Beza Jerawat Hormon Atau Biasa Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Beza Jerawat Hormon Atau Biasa, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Tidak dinafikan, kulit wajah memainkan peranan yang sangat penting dalam penampilan seseorang. Hal ini kerana, ia merupakan perkara yang pertama dilihat dalam interaksi seharian kita.
Bukan itu sahaja, kulit yang bersih dan sihat juga mampu memberikan keyakinan yang tinggi kepada seseorang itu, malah turut mencerminkan tahap penjagaan seseorang itu.
Namun begitu, masalah kulit seperti jerawat bukanlah perkara asing bagi setiap orang. Biasanya, ia mungkin boleh disebabkan oleh perubahan kulit, tekanan, perubahan hormon ataupun persekitaran.
Namun, tidak semua jerawat sama. Mungkin jerawat yang tumbuh di wajah anda akibat dari hormon yang tidak seimbang ataupun jerawat yang biasa sahaja.
Jadi, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini.
Kenapa muka tiba-tiba naik jerawat?
Kadangkala, jerawat muncul muka secara tiba-tiba walaupun kita menjaga kebersihan kulit. Fenomena ini biasanya berpunca daripada beberapa faktor yang mempengaruhi keseimbangan kulit dan hormon.
Antara sebab utama termasuk:
Perubahan hormon, terutama sebelum haid atau semasa akil baligh
Tekanan emosi yang meningkatkan pengeluaran sebum
Penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai
Diet tinggi gula atau makanan berminyak
Kurang tidur dan gaya hidup tidak sihat
Adakah jerawat perlu dipicit?
Ramai yang tergoda untuk memicit jerawat yang timbul di muka kerana rasa gatal atau tidak selesa. Namun, tindakan ini boleh menjejaskan kulit dan meningkatkan risiko parut.
Berikut perkara yang perlu diketahui:
Tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan radang lebih teruk
Risiko parut kekal meningkat
Sebaiknya gunakan rawatan topikal atau jumpa pakar dermatologi
BACA: Tidur Pun Kena Ada Cara Betul, Rahsia Untuk “Natural Beauty” Wanita
Cara hilangkan jerawat di muka
Menghilangkan jerawat bukan sahaja tentang mencuci muka, tetapi memerlukan rutin penjagaan kulit yang sesuai dan konsisten.
Berikut beberapa langkah yang boleh diamalkan:
1. Gunakan pembersih lembut sesuai kulit muka jerawat
2. Rawatan topikal mengandungi bahan aktif seperti benzoyl peroxide atau salicylic acid
3. Pastikan rutin pemakaian pelembap dan pelindung matahari harian
4. Elakkan menyentuh muka terlalu kerap
Berapa lama parut jerawat akan hilang?
Selepas jerawat kecut, parut biasanya mengambil masa tertentu untuk pudar, bergantung pada jenis parut dan jenis kulit.
Berikut anggaran umum:
Parut merah biasanya hilang dalam 3-6 bulan
Parut gelap mungkin mengambil 6-12 bulan bergantung jenis kulit
Parut berlubang memerlukan rawatan dermatologi seperti laser atau microneedling
Jerawat hormonal vs jerawat biasa – Cara bezakan & rawat
Jerawat hormonal
Biasanya muncul di sekitar dagu, rahang dan leher, berkaitan dengan perubahan hormon bulanan. la boleh lebih dalam dan menyakitkan.
Rawatan efektif termasuk rutin skincare hormon-friendly, konsultasi dermatologi dan kadang-kadang ubat hormon.
Jerawat biasa
Biasanya muncul di dahi, hidung dan pipi disebabkan minyak berlebihan, kotoran atau pori tersumbat. la lebih mudah dirawat dengan rutin pembersihan harian, topikal ringan dan perubahan diet.
Kesimpulan
Masalah muka jerawat boleh dikawal dengan memahami punca dan jenis jerawat yang dialami.
Dengan mengenal pasti sama ada jerawat bersifat hormonal atau biasa, anda boleh memilih rawatan yang tepat untuk kulit lebih sihat dan bebas jerawat.
Amalkan rutin penjagaan kulit yang konsisten, elakkan memicit jerawat dan dapatkan nasihat pakar jika perlu untuk hasil yang optimum.
BACA: Elak Kulit Muka Berjerawat, Ketahui Cara Guna Pencuci Muka Dengan Betul
Sumber: Hello Doktor
The post Beza Jerawat Hormon Atau Biasa, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/17/beza-jerawat-hormon-atau-biasa-ini-apa-yang-anda-perlu-tahu/