Beza Endemik Dan Epidemik Serta Pandemik
BEZA ENDEMIK DAN EPIDEMIK SERTA PANDEMIK
BEZA ENDEMIK DAN EPIDEMIK SERTA PANDEMIK
Sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Malaysia untuk lebih peka kepada istilah-istilah yang berkaitan dengan kesihatan ekoran penularan virus Covid-19 yang semakin membimbangkan.
Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, anda perlu mengambil sikap peduli untuk memahi dengan lebih dekat tentang istilah dan perkataan yang berkaitan supaya pemahaman kita lebih jelas dan melindungi diri daripada virus Covid-19.
Terbaru kita dikejutkan dengan berita tentang Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi penyebaran virus Covid-19 sebagai pandemik.
Untuk memahami apakah maksud istilah kesihatan yang berkaitan dengan virus Covid-19, berikut penjelasan BEZA ENDEMIK DAN EPIDEMIK SERTA PANDEMIK
ENDEMIK
Bermakna di dalam – daerah/orang
Kejadian penyakit yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau tempat. Penyakit ini dijangka sentiasa ada kes dan pada kadar yang stabil serta rendah.
Contoh penyakit endemik di Malaysia adalah denggi.
EPIDEMIK
Bermakna dikalangan – daerah/orang
Kejadian penyakit naik mendadak melebihi kadar biasa dan dilihat jelas dalam komuniti dalam tempoh tertentu. Ia juga dikenali sebagai ‘Wabak’. Sebagai contoh, jangkitan deman kapialu pada 2 kes yag saling berkait dianggap wabak/epidemik.
Contoh penyakit epidemik di Malaysia adalah wabak Covid-19 yang sedang berlaku di beberapa buah negara dan kejadian Polio di Sabah(2019)
Wabak endemik paling popular adalah penyakit malaria yang sentiasa menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika seperti Republik Congo, Madagascar dan Peru
Di Congo, wabak demam kuning dan malaria, di Madagascar pula adalah wabak bubonik yang sangat berbahaya sementara Peru pula berdepan wabak demam kuning, malaria dan demam denggi.
PANDEMIK
Bermakna semua- daerah/ orang
Kejadian wabak besar-besaran ke seluruh dunia. Merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar. Kebiasannya melibatkan jangkitan penyakit baharu. Ciri –ciri pandemik adalah melibatkan kadar serangan yang tinggi dalam masa yang singkat. Ia melibatkan sebaran yang pantas dan menyebabkan kematian yang tinggi.
Contohnya kejadian wabak Antonine, wabak Jusne serta ‘The Black Death’ yang dipercayai membunuh puluhan juta orang sekitar abad ke 14.
KESIMPULAN
Secara mudahnya, pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata.
Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika tidak dikawal dengan rapi.
Pandemik bermula daripada penularan wabak di peringkat epidemik yang merebak secara meluas sehingga tidak dapat dikawal dan mampu membunuh ramai orang dalam masa singkat.
Selain itu, kita juga perlu memahami sekiranya sesuatu wabak itu berada pada peringkat endemik dan menyerang satu negara misalnya, tetapi berada dalam keadaan terkawal, wabak itu tidak akan dikategorikan sebagai satu pandemik.
Berdasarkan rekod, pandemik yang sedang berlaku adalah penyakit HIV/AIDS yang diramalkan mampu mengorbankan sehingga 100 juta orang pada tahun 2025 kelak.
Untuk maklumat terkini, layari Portal Kementerian Kesihatan Malaysia.
The post BEZA ENDEMIK DAN EPIDEMIK SERTA PANDEMIK appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/beza-endemik-dan-epidemik-serta-pandemik.html