Beza Dropship Dan Affiliated Mana Lagi Best


Beza Dropship dan Affiliated |  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah hari ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Dropship dan Affiliated – Mana Lagi Best?
Jika sebelum ini saya telah berkongsi mengenai apa itu affiliated, kali ini kita akan bercerita sedikit sebanyak dengan anda mengenai dropship pula. Antara kedua ini, mana lagi best untuk disertai?
Apa itu Dropship? “Drop shipping is a streamlined form of retail business wherein the seller accepts customer orders but does not keep goods sold in stock. ” – Wikipedia
Baiklah secara ringkasnya, dropship adalah keadaan di mana anda tidak menyimpan sebarang stok namun anda menerima pesanan (order) dari pelanggan dan seterusnya memberikan maklumat dan bayaran tertentu kepada pihak lain untuk menghantar barangan yang dipesan itu tadi.
Mudahnya, orang order dengan anda, anda pula order dengan orang lain pula bersama maklumat pelanggan anda tadi. Anda tak perlu simpan stok barang. Hanya perlu cari pelanggan sahaja.
Bagaimana Dropship Dibayar? Anda akan mendapat bayaran daripada pelanggan anda berdasarkan harga yang telah anda tetapkan. Sebagai contoh anda menjual sehelai baju pada harga RM200. Namun pada asalnya pihak pembekal menjual pada harga RM160 pada dropship mereka. Di sini anda akan mendapat RM40 sebagai untung anda.
Harga dropship juga telah ditetapkan oleh pihak pembekal kepada dropship mereka. Biasanya harga jualan bagi setiap dropship ini telah ditetapkan oleh pihak stokis ataupun pembekal. Ini bagi memastikan tiada pihak yang kill market ataupun merosakkan harga pasaran.
Kebaikkan Dropship Kebaikkan bagi dropship ini adalah anda tidak perlu memegang sebarang stok pada anda. Anda tidak perlu takut akan kerugian kerana tiada stok pun pada anda. Jika jualan tidak laku sekalipun, tiada modal yang anda keluarkan.
Selain itu juga, anda tidak perlu untuk membuat sebarang pengeposan ataupun penyediaan bahan. Hanya perlu berikan maklumat pelanggan kepada pembekal, mereka akan uruskan semuanya. anda hanya perlu menjual dan mereka akan uruskan semua. Anda hanya menikmati pulangan dari jualan anda.
Anda bolehlah beriklan di mana sahaja. Secara dalam talian ataupun secara bersemuka. Ambil bayaran daripada pelanggan dan juga maklumat untuk pengeposan, berikan bayaran harga dropship kepada pembekal berserta maklumat dan selesai.
Beza Dropship dan Affiliated Jadi sekarang anda sudah faham bukan apa itu dropship dan juga affiliated? Kesemuanya tidak memerlukan anda untuk menyimpan sebarang stok pada anda. Anda hanya perlu beriklan sahaja dan dapatkan pelanggan. Anda dibayar berdasarkan pelanggan yang anda dapat.
Namun anda dapat faham tak sebarang perbezaan antara keduanya ini?
Bagi affiliated, anda hanya perlu mempromosikan atau beriklan melalui link yang disediakan sahaja. Dapatkan pelanggan untuk klik link tersebut dan membuat pembelian dan selesai. Namun bagi dropship pula, anda dikehendaki untuk mendapatkan bayaran dan maklumat pengeposan daripada pelanggan dan memberikan maklumat dan bayaran tersebut kepada pembekal.
Nampak tak? Dropship ini lagi banyak kerja dari affiliated. Affiliated share link dan selesai. Bagi dropship pula kita kena berurusan langsung dengan pelanggan tersebut. Jadi ada kerja tambahan yang perlu untuk dilakukan.
Jadi yang mana lagi menarik?
Seperti entri yang sebelumnya, saya lebih suka kepada affiliated kerana kurang kerja yang perlu dilakukan. Namun dropship tidak kurang hebatnya. Dahulu pun saya menanggung yuran pengajian saya dari dropship lah
Dedua pun bagus. Zaman sekarang, apa yang boleh buat duit, kita teruskan. Asalkan Halal.
amirnawawi The post Beza Dropship dan Affiliated – Mana Lagi Best? appeared first on AMIRNAWAWI.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://amirnawawi.com/beza-dropship-dan-affiliated-mana-lagi-best/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Hilang P Walaun

Mana Hilang P Walaun

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 400 hits
RINA HAMZAHAda bran abang besaq MCA Kasi satu warning terus buat pusingan tajam Kalau zaman PH la kaaaa DAP yang bersuara habis sawan lebai lebai pas buat report polis kata cina DAP memerintah negara Tak ker bahalol umpas punya troopers wak...
Hiburan Tak Ada Duit Macam Mana Nak Kahwin Azrel Ismail Sibuk Kumpul Aset Serah Soal Jodoh Pada Illahi

Hiburan Tak Ada Duit Macam Mana Nak Kahwin Azrel Ismail Sibuk Kumpul Aset Serah Soal Jodoh Pada Illahi

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 395 hits
Pelakon Azrel Ismail berkata dia kini hanya mahu fokus kepada kerjaya dan menyerahkan soal jodoh kepada Illahi kerana memikirkan tentang tanggungjawab berat bergelar suami jika sudah mendirikan rumah tangga Sumber Instagram Azrel Ismail Men...
Di Mana Adab Rakyat Hormat Pemimpin Negara

Di Mana Adab Rakyat Hormat Pemimpin Negara

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 237 hits
PUTRAJAYA Tindakan mana mana individu membuat cercaan berhubung lawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Jakarta Jumaat lalu menyerlahkan kedangkalan fikiran dan hilangnya adab menghormati pemimpin negara Presiden Pertubuhan Inte...
Zaman Ph Mana Jadi Macam Gini Kan

Zaman Ph Mana Jadi Macam Gini Kan

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 160 hits
Gempar Kotak bantuan kerajaan ditukar dengan kotak logo parti February 10 2021 Kotak makanan yayasan Perak untuk DUN pengkalan hulu Ni gambar semasa kotak sampai Maknanya Kotak Yayasan Perak dah sampai Tapi peliklah kenapa keesokannya banya...
Nak Buat Macam Mana Saya Memang Nakal

Nak Buat Macam Mana Saya Memang Nakal

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 302 hits
Sebut sahaja nama Elizabeth Tan pasti ramai tahu penyanyi dan pelakon itu sinonim dengan imej yang agak seksi dan nakal Dek kerana aksi nakalnya itu Elizabeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy sering mendapat komen berbaur lucah daripada gol...
Cleansing Balm Obsess Best Sangat Sebab Mekap Senang Tanggal

Cleansing Balm Obsess Best Sangat Sebab Mekap Senang Tanggal

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 442 hits
Cleansing Balm Obsess dah sampai kat tangan k fiezz Yeay Memang tak sabar nak cuba cleansing balm obsess ni sebab k fiezz jenis kaki mekap pakai sunscreen sunblock setiap hari Sebelum ni untuk bersihkan mekap sunscreen sunblock k fiezz guna...
The Best Tips And Tricks Living In 60 Square Meters

The Best Tips And Tricks Living In 60 Square Meters

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 230 hits
Do you know how to distribute a house of 60 square meters and make good use of the space We give you all the keys to achieve it CLEAR THE WINDOWS THE VIEWS ENLARGE If you The post appeared first on
Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025