Betullah Apa Najib Cakap Ni Dan Covid 19 Tak Kenal Siapa




Mungkin bagi Menteri Kesihatan yang juga dikenali sebagai Menteri Air Suam, Dr Adham Baba kawan-kawannya dalam Kabinet sekarang kebal dari jangkitan COVID-19 sebab mereka adalah Menteri.. jadi beliau telah mengeluarkan perintah yang melonggarkan peraturan kuarantin kepada kawan-kawannya itu..
Perintah tersebut pada dasarnya mengurangkan tempoh kuarantin menteri dari 10 ke tiga hari dan dinamakan sebagai "Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021"
Ia ditandatangani Adham dan akan berkuatkuasa hari ini 9 Feb 2021
Perintah itu menyatakan: "Menteri mengecualikan jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian seksyen 15 Akta, Ini merujuk kepada Akta (342) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988."
Seksyen 15 akta ini memperuntukkan: 
"Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai."
Oleh itu, anggota kabinet tidak perlu menjalani prosedur operasi standard (SOP) tempoh kuarantin 10 hari yang ditetapkan kerajaan untuk mereka yang masuk dari luar negara.
Bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak menyifatkan kuarantin selama 3 hari sahaja ini lebih bahaya disebabkan oleh purata tempoh inkubasi Covid ialah 5 hingga 6 hari dengan memberikan 3 kes sebagai contoh:..
Contoh 1: Kes ADUN Kampung Tunku. - pulang dari Sabah pada 27 Sept. - Dibenarkan KKM untuk potong gelang pada 30 Sept setelah ujian pertama negatif.- Didapati positif Covid pada 2 Okt.
Contoh 2: ADUN Ayer Limau - pulang dari Sabah pada 28 Sept. - Dipotong gelang pada 1 Okt setelah ujian pertama negatif - Didapati positif Covid pada 2 Okt.
Contoh 3: kes ADUN Maharani - pulang dari Sabah pada 26 Sept. - Ujian pertama negatif. - Didapati positif Covid pada 4 Okt.
"Lagi bahaya jika jangkitan yang tersalah lepas ialah dari luar negara sebab ada kebarangkalian ianya mutasi Covid baru yang lebih ganas seperti mutasi UK dan mutasi Afrika Selatan. 
"Pada ketika kes aktif sudah cecah 51,000 dan kapasiti KKM sudah jauh dilepasi, sistem kesihatan kita tidak mungkin dapat bertahan jika mutasi UK yang menular dengan kadar 70% lebih laju merebak ke negara kita.. tulis Najib di laman Facebooknya..
pay per click
Doktor veteran, Dr Milton Lum Siew Wah yang juga merupakan seorang Pakar Kesihatan yang aktif menulis mengenai isu-isu Covid-19 juga mempertikaikan tindakan Dr. Adham Baba itu.
Lum yang dipetik Malaysiakini berkata harus ada peraturan sama untuk semua kerana virus itu tidak dapat membezakan antara menteri atau golongan sebaliknya.
"Sekiranya menteri menganggap mereka dapat melepaskan diri daripada Covid-19 dengan kuarantin tiga hari, mereka tersilap.
"Peraturan (terbaru) ini membahayakan menteri. Ia juga membahayakan orang yang berinteraksi dengan menteri itu, dan lebih buruk lagi ia memberi mesej yang sangat negatif kepada masyarakat,"
Dengan contoh yang diberikan oleh menteri, Lum berkata seorang rakyat biasa dapat menggunakan hujah yang sama jika pernah didakwa di mahkamah kerana melanggar kuarantin.
"Sekiranya anda mendakwa seseorang kerana tidak mematuhi arahan kuarantin selama 10 hari, peguam mereka mungkin mencelah dan berkata: 'pelanggan saya melakukan kuarantin tiga hari, kan?'
"Bagaimana pihak pendakwaan mahu mengambil tindakan lanjut?"
Doktor veteran turut kecewa kerana baginyaKetua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah seperti gagal bersuara untuk menolak arahan Adham.
"Nampaknya Noor Hisham tidak tegas dan ini sangat mengecewakan.
"Kita mungkin tidak tahu jika dia (Noor Hisham) memang bertegas tetapi tidak diendahkan, namun nampaknya dia tidak begitu,"
Hmm.. Secara dasarnya aku sokong apa yang Najib pertikaikan ini.. kerana apa yang telah dilakukan oleh Dr. Idham itu adalah satu tindakan double standard.. dalam lain ayat.. orang lain buat tak boleh.. tapi kawan-kawan dia buat boleh.

Kenapa perlu ada undang-undang sebegitu?.. Covid-19 ini tak mengenal siapa. Tidak kira muda atau tua, lelaki atau perempuan, dewasa atau bayi. Tidak juga ia memilih warna kulit apatah lagi kaum

Mohon TS Muhyiddin tukar saja dia tu.

Bagi aku kan.. Najib ni lebih menonjol sebagai Ketua Pembangkang yang berjaya daripada sebagai Perdana Menteri.. sebab isu-isu yang dibawanya sebagai Bekas Perdana Menteri ini lebih memihak kepada rakyat.



*** Semalam aku pertikai Najib kat >> SINI <<.. ada yang kata aku Blogger JKOM.. hari ni aku sokong Najib.. Blogger siapa pulak aku ni ya??.. ha.. ha.. ha.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/02/betullah-najib-cakap-ni-covid-19-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Persoal Laluan Hijau Covid Malaysia Indonesia

Najib Persoal Laluan Hijau Covid Malaysia Indonesia

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 301 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan pelaksanaan skim laluan hijau timbal balik Indonesia Malaysia bagi meningkatkan perdagangan antara kedua dua negara Menurut Najib laluan hijau Covid hanya membabitkan negara yan...
Najib Excusing Ministers From Full Quarantine Could Open Malaysia S Doors To Dangerous Covid 19 Variants

Najib Excusing Ministers From Full Quarantine Could Open Malaysia S Doors To Dangerous Covid 19 Variants

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 234 hits
The Pekan MP noted that the average incubation period before Covid 19 infections were detectable was around five to six days beyond the three days of surveillance that ministers only need to perform under the exemption Picture by Yusof Mat ...
Najib Cakap Bawah Beliau Negara Berpendapatan Tinggi Tetapi Ppum Minta Derma Dari Rakyat

Najib Cakap Bawah Beliau Negara Berpendapatan Tinggi Tetapi Ppum Minta Derma Dari Rakyat

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 323 hits
BERMACAM komen dibuat mengenai RAYUAN PPUM kepada rakyat agar memberi sumbangan kewangan kepada mereka melawan COVID19 melalui platform E dagang LAZADA Sampai macam itu sekali kesempitan kewangan PPUM Entah kemana perginya wang negara selam...
Covid 19 Macam Macam Nasihat Saya Beri Akhirnya Saya Juga Salah Najib

Covid 19 Macam Macam Nasihat Saya Beri Akhirnya Saya Juga Salah Najib

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 222 hits
Firdaus AzilJanuari 30 2021 Ahli Parlimen Pekan itu berkata beliau tidak sangka ada pihak menyalahkan dirinya kerana peningkatan kes sehingga menghampiri 6 000 semalam Gambar failKUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...
Hiburan Mula Mula Tak Percaya Covid Ini Serius Ratu Dangdut Amelina Akui Terkesan Dah Tak Tahu Nak Cakap Apa

Hiburan Mula Mula Tak Percaya Covid Ini Serius Ratu Dangdut Amelina Akui Terkesan Dah Tak Tahu Nak Cakap Apa

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 558 hits
Kini hanya pasrah ratu dangdut Malaysia Amelina berkata dia kini sudah tidak tahu nak cakap apa terhadap apa yang dialaminya kini Sumber Instagram Amelina Amelina yang sebelum ini amat terkenal dengan sikap ceria dan tidak pernah lekang den...
Covid 19 Selangor Kenal Pasti Kilang Tempat Kerja Punca Kluster

Covid 19 Selangor Kenal Pasti Kilang Tempat Kerja Punca Kluster

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 293 hits
Rahimah AbdullahPOIS adalah program saringan di semua kilang tempat kerja yang berpotensi mencipta kluster dan perebakan SHAH ALAM Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan Program Preventing Outbreak at Ignition Site bagi memutuskan ranta...
Laluan Hijau Adakah Indonesia Negara Yang Berjaya Kawal Covid 19 Najib

Laluan Hijau Adakah Indonesia Negara Yang Berjaya Kawal Covid 19 Najib

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 236 hits
Datuk Seri Najib Razak melahirkan kebimbangan dengan langkah kerajaan yang bersetuju secara prinsip untuk mewujudkan laluan hijau dengan Indonesia supaya warga kedua dua negara boleh saling lawat melawat tanpa dikuarantin Bekas Perdana Ment...
Kerajaan Perlu Jawab Penurunan Kes Covid 19 Hasil Dari Saringan Yang Dikurangkan Najib Razak

Kerajaan Perlu Jawab Penurunan Kes Covid 19 Hasil Dari Saringan Yang Dikurangkan Najib Razak

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 228 hits
PETALING JAYA Najib Razak tertanya adakah penurunan jumlah kes jangkitan baharu Covid 19 yang diumum setiap hari akibat jumlah saringan yang banyak dikurangkan selepas Kementerian Kesihatan dikatakan tidak lagi saring semua kontak rapat pos...
Syarikat Besar Diminta Bantu Henti Penularan Covid 19

Syarikat Besar Diminta Bantu Henti Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 162 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM M SARAVANANPUTRAJAYA Para pemain industri diminta bersama sama dengan kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak Covid 19 ekoran berlakunya peningkatan kes positif termasuk kluster kluster berkaitan ...
Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram

Sambal Ikan Bilis Lembut

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Lagu Kenangan Semasa Di Lpmp Riau

Filem Balas Balik

Kisah Hari Raya Pertama Di Kuala Pilah

Resipi Laksa Kuah Lemak Utara Padu Bak Hang

Sin Chew Daily Minta Maaf Macam Tu Jer Tiada Tangkapan Tindakan Perundangan