Betulkah Doa Makan Yang Biasa Kita Baca Itu Tidak Sunnah


Assalam.. Bab makan merupakan suatu bab yang sentiasa menarik bagi mana2 makhluk hidup sekalipun di alam semesta ini. Kerana Allah sebagai Pencipta yang menjadikan makhluk2 Nya hidup dengan keperluan kepada makanan, kecuali para Malaikat.




Nikmat MakanMenariknya keperluan makhluk2 hidup Allah ini diciptakan dengan perlu kepada makanan tersebut disertai pula dengan rasa nikmat dalam pemakanan tersebut. Tidak seperti keperluan kepada oksigen atau cahaya, kita tak berapa 'merasai nikmat tersebut', tetapi keperluan kepada makanan sangat terasa nikmatnya ketika proses pemakanan tersebut berlaku.

Sehinggakan makhluk dari jenis manusia dan haiwan contohnya sanggup memilih makanan tertentu yang mungkin sukar diperolehi semata2 untuk menikmati makanan tersebut, walaupun nikmat itu hanya sekadar di antara lidah hingga tekak sahaja. Kemudian setelah makanan masuk kekerongkong hingga dalam perut, tidak terasa lagi nikmatnya, atau silap2 boleh jadi mudarat atau penyakit pula.. akhirnya keluar sebagai najis.

Namun apa yang membezakan kemuliaan kita sebagai makhluk dari jenis manusia berbanding makhluk lain seperti haiwan dan lain2 adalah, kita disarankan untuk mengingati Allah Pencipta kita dan Pencipta nikmat makanan tersebut, sebagai hamba (makhluk) yang diberi makan olehNya. Inilah topik hari ini perihal Doa Makan yang sepatutnya menjadi amalan kita (penulis khususnya) semua.


Doa Makan Yang Daif / MungkarSeperti yang diketahui doa makan yang biasa dibaca serta diajar oleh sekolah tadika kepada anak2 kecil kita yang biasa kita dengar seperti dibawah..

"Allahumma baariklana fiima razaqtana waqina 'azaabannar".

Doa ini kebanyakan kita sedia maklum ianya telah dibahaskan oleh ulama hadis (Muhadisin), statusnya adalah Daif Jiddan, daif (lemah) yang bersangatan, sangat2 lemah statusnya. Manakala Imam Bukhari menyatakan hadis ini Mungkar, iaitu buruk pada orang yang buruk hafalannya, banyak salah dan lalainya, nampak kefasikannya, serta bertentangan dengan hadis lain yang diriwayatkan oleh orang lebih dipercayai. Bukan buruk pada makna, kerana maknanya sudah baik, cuma buruk kepada si perawi.

Menurut Al Hafidz Ibnu Hajar al Asqalani, (gelaran Al Hafidz di hadapan nama diberi kepada mereka yang hafaz ratusan ribu hadis)..
"Yang benar, menurut Imam Bukhari hadits ini (doa di atas) sangat munkar".
[Imam Ibnu Hajar al Asqalani, Lisanul Mizan, 5/165]

Ada pon doa tersebut bukanlah suatu yang buruk, bahkan ianya mempunyai makna yang baik untuk dibaca dan diamalkan sebagai doa makan. Cuma harus diingat doa tersebut di atas BUKAN daripada Nabi SAW. Jangan kata itu doa dari (hadis) Nabi SAW. Selain dari itu, ianya boleh dibaca sebagai doa biasa sahaja. Jadi doa tersebut jelas bukan dari hadis Nabi SAW, tetapi boleh saja diamalkan sekiranya kita mahu, dan janganlah kita berbalah tentangnya, bila sudah tahu statusnya.


Doa Makan Yang Hasan (Status Hadis Yang Baik)Terdapat suatu doa makan dari hadis Nabi SAW yang Hassan (Statusnya Baik), diriwayatkan oleh At Tirmidzi, iaitu..

"Allahumma baarik lana fihi wa ath’imna khairan minhu"

Rasul SAW bersabda:

: مَنْ أَطْعَمَهُ اللَّهُ طَعَامًا فَلْيَقُلْ، اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ ، وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ: وَمَنْ سَقَاهُ اللَّهُ لَبَنًا فَلْيَقُلْاللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ
Barangsiapa yang diberi makan oleh Allah hendaklah ia mengucapkan,"Ya Allah, berkatilah kami (akan makanan ini) di dalamnya, dan berilah kami makan yang lebih baik darinya"
Dan barangsiapa yang Allah beri minum susu kepadanya hendaklah ia berkata (berdoa),"Ya Allah berkatilah kami (akan susu ini) padanya dan tambahkanlah kami darinya"
[Shahih At-Tirmidzi 3/158]

Syarah Doa Makan & Doa Minum Susu ini juga seperti yang disampaikan oleh Ustaz Dato Shamsuri Haji Ahmad di atas


Doa Makan Yang Sahih, "Sebutlah Nama Allah"1. Riwayat Umar bin Abi Salamah:Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan akan bacaan (doa) ketika hendak makan, iaitu dengan hanya menyebut Nama Allah, "Bismillah".
عُمَرَ بْنَ أَبِي سَلَمَةَ، يَقُولُ : كُنْتُ غُلاَمًا فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَا غُلاَمُ، سَمِّ اللَّهَ، وَكُلْ بِيَمِينِكَ، وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ»
Maksudnya: Daripada Umar bin Abi Salamah katanya:
Sewaktu aku kecil di bawah jagaan Rasulullah SAW tanganku sentiasa berlegar sekeliling talam (untuk mendapatkan makanan dan lauk). Rasulullah SAW berkata kepadaku: "Wahai anak, sebut nama Allah (baca bismillah), makan dengan tangan kananmu dan makanlah (ambillah makanan) yang hampir denganmu".

[Hadis riwayat al-Bukhari (Jilid. 5, hlm. 2056) dan Muslim (Jilid. 6, hlm. 109)

2. Riwayat A'isyah RA:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهَاأَنَّ رَسُولَ اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَذْكُرْ اسْمَ اللّٰهِ تَعَالَى فَإِنْ نَسِيَ أَنْ يَذْكُرَ اسْمَ اللّٰهِ تَعَالَى فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللّٰهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ.

Daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila salah seorang di antara kamu makan, maka hendaklah dia menyebutkan nama Allah SWT. Jika dia terlupa untuk menyebut nama Allah SWT pada awalnya, hendaklah dia mengucapkan:
بِسْمِ اللّٰهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ(Dengan nama Allah pada setiap permulaannya dan pengakhirannya)".

[Hadith riwayat Abu Dawud, No. Hadith : 3767, At-Tirmizi, No. Hadith : 1858, Abu 'Isa berkata : Hadith ini adalah hasan sahih]

3. Riwayat A'isyah RA:Daripada Aishah RA katanya,
"Rasulullah SAW menghadapi hidangan bersama 6 orang sahabat Baginda, tiba-tiba datang seorang Arab (badwi) lalu makan makanan tersebut dengan 2 kali suapan sahaja. Lalu Baginda bersabda, "Sekiranya orang itu membaca Bismillah sebelum ia makan nescaya makanan itu mencukupi untuk semua (ada keberkatannya pada makanan tersebut)".

[Hadith Riwayat At-Tirmizi, katanya hadith hasan sahih]

wallahua'lam..

.

Rujukan:
http://www.islam.gov.my/e-hadith/416-mengucapkan-bismillah-ketika-makan http://www.islam.gov.my/e-hadith/1357-tuntutan-membaca-bismillah-sebelum-makanhttp://rozaimiramle.blogspot.com/2013/04/status-hadis-berkaitan-doa-makan-yang.html


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mindloading.blogspot.com/2018/12/betulkah-doa-makan-yang-biasa-kita-baca.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MindLoading+%28Mind+Loading%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baca Doa Doa Ini Sebelum Memulakan Perjalanan Dan Ketika Berulang Alik Ke Tempat Kerja Rileks Media

Baca Doa Doa Ini Sebelum Memulakan Perjalanan Dan Ketika Berulang Alik Ke Tempat Kerja Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 796 hits
Pesanan arw4h ayah captain dahulu baca doa doa ini untuk berulang alik ke tempat kerja Jika berlaku kem4l4ngan Allah SWT akan melindungi kamu serta memelihara dari sebarang kec3deraan Pernah suatu hari pada tahun 1992 captain terlibat dalam...
Insha Allah Mujarab Baca Dan Amalkan Doa Pendek Ini Anak Anda Akan Solat Tanpa Disuruh Atau Dipaksa Lagi Selepas Ini

Insha Allah Mujarab Baca Dan Amalkan Doa Pendek Ini Anak Anda Akan Solat Tanpa Disuruh Atau Dipaksa Lagi Selepas Ini

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 569 hits
Bagaimana membuat anak anak solat dengan kesedaran mereka sendiri tanpa perlu disuruh dan dimarah Seorang sahabat pernah bercerita Aku menceritakan satu kisah yang terjadi padaku Anak perempuanku yang berumur 16 tahun solat baginya adalah h...
Bertukar Makan Nasi Beras Rebus Nak Tahu Kelebihannya Baca

Bertukar Makan Nasi Beras Rebus Nak Tahu Kelebihannya Baca

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 1181 hits
Kini kami sekeluarga sudah bertukar dari menggunakan nasi beras biasa ke beras rebus setiap hari Kiranya sudah dalam lebih kurang tiga bulan gitu Macam macam jenis beras rebus kami dah cuba makan Dari nasi beras rebus basmathi berjenama Fai...
Baca Dan Tiupkan Doa Ini Ke Badan Yang Sakit Insya Allah Lekas Sembuh

Baca Dan Tiupkan Doa Ini Ke Badan Yang Sakit Insya Allah Lekas Sembuh

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 327 hits
Rasulullah SAW memiliki doa doa tertentu dalam kegiatan kegiatan setiap harinya bahkan saat sedang sakit Imam an Nawawi dalam al Adzkar an Nawawi menyebutkan sebuah riwayat dari Aisyah RA istri Rasul SAW bahwa saat Rasul hendak tidur Rasul ...
Ingin Dimudahkan Hisab Di Akhirat Nanti Baca Doa Ini

Ingin Dimudahkan Hisab Di Akhirat Nanti Baca Doa Ini

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 485 hits
Sebagai umat Islam kita pasti mengharapkan keselamatan di akhirat kelak dan berkumpul dengan saudara saudara kita di surga nantinya Akan tetapi sebelumya amalan kita selama di dunia akan dihisab Walau nabi Muhammad Saw dijamin untuk masuk S...
Baca Doa Ini Jika Kamu Sering Mendapat Cobaan Berat

Baca Doa Ini Jika Kamu Sering Mendapat Cobaan Berat

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 238 hits
Cobaan berat mungkin pernah kita alami Bahkan ada sebagian dari saudara kita yang begitu sering mendapatkan takdir buruk Cobaan demi cobaan datang silih berganti dan menguji tingkat kesabaran seseorang Tentu duka meliputi mereka yang sering...
Doa Doa Kepada Anak Sesuai Al Qur An Dan Sunnah

Doa Doa Kepada Anak Sesuai Al Qur An Dan Sunnah

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 324 hits
Doa Nabi Ibrahim Ya Tuhanku jadikanlah negeri ini negeri yang aman dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala berhala Ya Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang orang yang tetap mendirikan shalat ya Tuhan kami pe...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization