Betul Ke Sarsi Boleh Legakan Batuk
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Betul ke Sarsi boleh Legakan Batuk? | Sebut sarsi orang tau kordial atau perisa minuman yang sama macam sirap, jagung dan sebagainya. Sarsi boleh kata minuman yang tak popular tapi ada peminatnya yang tersendiri.
MF sendiri tak menyukai sarsi ni... sebab rasanya pelik kan... tapi sekarang hari-hari MF akan minum sarsi ni sejak tahu kebaikan dan tahu serta terbukti sarsi boleh legakan sakit tekak dan batuk
Betul ke sarsi boleh legakan batuk?
Sebenarnya MF pun tak tahu, tapi ada terdengar petua batuk dari petikan ceramah Ustaz Syamsul Debat.
Antara petua dia bagitahu..
"Ambil air sarsi yang gas tu, rebus sampai menggelegak dan hilang gas tu" lepas tu minum suam-suam. MF pun cuba, tapi beli yang gas... MF beli je kordial atau pati sarsi jenama Double Lion... Beli yang botol biasa je.. sebab nak cuba kan... Balik rumah bancuh, letak gula sikit.. nak letak gula batu lagi bagus..ataupun madu.. ikutlah mana-mana kan...lepas minum... MF amal la.. setiap hari.. bancuh.. suami pun bancuh buat bekal air sarsi kalau MF batuk..
Alhamdulillah.. gatal tekak dan batuk yang MF alami seminggu reda.. Alhamdulillah dengan izin Allah kan...
Jadi, MF pun cari info pasal sarsi ni.. sebab apa mujarab kan... Diperbuat dari apa sarsi ni?
Kat botol tu dia tulis Sarsaparilla..
So, MF carilah info-info pasal sarsi ni... Dan MF kongsikan di sini untuk pengetahuan bersama
Kebaikan Sarsaparilla untuk Kesihatan (Kebaikan Sarsi)
Buah pokok Sarsaparilla
Sumber gambar: Google images
Tumbuhan sarsaparilla mengandungi pelbagai bahan kimia, seperti saponin dan fitosterol, yang mempunyai sifat antioksidan , anti-radang dan anti-sakit. Tumbuhan ini juga telah digunakan sejak zaman dahulu sebagai ubat herba tradisional untuk merawat pelbagai penyakit
Tumbuhan ni dah lama digunakan sebagai tumbuhan herba rupanya dan mempunyai pelbagai khasiat. Antaranya:
1. Mencegah kanserSarsaparilla mengandungi antioksidan yang boleh menghalang kerosakan sel dan menangkis kesan radikal bebas dalam badan. Selain itu, beberapa kajian juga menunjukkan ekstrak sarsaparilla boleh menghalang pertumbuhan sel kanser
Walau bagaimanapun, kajian lanjut masih diperlukan untuk memastikan keberkesanan dan kesan sampingan sarparilla sebagai pencegah kanser
Tapi takde bukti kukuh la kan.. cuma kita boleh usaha la dengan amalkan minum air dari ekstrak pokok Sarsaparilla ni
2. Melegakan gejala psoriasisTumbahan ini dikatakan mampu melegakan penyakit kulit, seperti psoriasis . Berdasarkan kajian, ekstrak sarsaparilla mengandungi astilbin dan saponin yang mempunyai sifat anti-radang dan mempunyai kesan yang hampir sama dengan ubat kortikosteroid
Bahan ini boleh mengurangkan keradangan pada kulit, jadi ia boleh membantu melegakan gejala psoriasis, seperti mengelupas, gatal-gatal dan kulit bersisik
Yang ni pun MF perasan juga... Sebab MF ada ekzema kan... Reda juga la bila selalu minum sarsi
3. Melambatkan penuaanAnti aging... ni perempuan suka la kan.... Tumbuhan Sarsaparilla ni mengandungi antioksidan juga dilihat mampu melambatkan proses penuaan kulit dengan ketara
Ekstrak akar Sarsaparilla dikenali untuk merangsang pengeluaran kolagen dalam kulit dan mencegah kerosakan kulit akibat pendedahan matahari
Yang nak awet muda, boleh amalkan...
4. Melegakan sakit sendiSarsaparilla mengandungi sebatian yang mempunyai kesan anti-radang dan anti-sakit. Secara tradisinya, tumbuhan ini telah lama digunakan untuk merawat keradangan dan sakit sendi , contohnya akibat rheumatoid arthritis , gout dan osteoarthritis
5. Membantu sakit kulitSarsaparilla mengandungi bahan kimia yang mempunyai sifat antibakteria dan antikulat. Beberapa kajian makmal menunjukkan bahawa ekstrak tumbuhan sarsaparilla boleh menghalang pertumbuhan dan membunuh pelbagai jenis bakteria dan kulat
Ikutkan ini cara tradisi. Ambil pokok ni dan terus buat secara tradisional. Tak pastilah kalau kita minum kordial atau perisa saja kan. Rasanya tak begitu berkesan sebab dah lalui proses macam-macam
6. Mengekalkan kesihatan dan fungsi hatiKajian yang dibuat oleh penyelidik juga menemui bahawa ekstrak sarsaparilla nampaknya melindungi fungsi hati dan mencegah kerosakan hati. Selain itu, sarsaparilla juga kelihatan berguna dalam membantu proses detoksifikasi atau menghapuskan bahan toksik dalam badan
7. Mencegah batukIni antara kajian yang telah ditemui mengatakan tumbuhan sarsaparilla yang disediakan dalam bentuk teh telah digunakan secara tradisional sebagai ubat batuk dan selesema
Ini kerana sarsaparilla mengandungi sebatian untuk menipiskan kahak, meningkatkan daya tahan badan, dan menyokong proses pemulihan selesema
Jadi, tumbuhan Sarsaparilla ni telah pun dibuktikan mampu melegakan batuk dengan pengalaman MF sendiri
Akar pokok Sarsaparilla
Sumber gambar: Google images
Tapi yang lebih berkhasiat ialah ekstrak dari akarnya. Kalau korang cari kat Shopee atau Lazada, ada jual ekstrak Sarsaparilla... Dan ada juga diprosess jadi bentuk pil atau supplemen
Ada banyak lagi khasiat lain ditemui, tapi kajian tu hanya dalam skala yang kecil. Jadi, tak boleh nak kata memang confirm ianya mujarab. Selain daripada khasiat di atas, terdapat banyak lagi khasiat sarsaparilla seperti merawat bengkak dalam badan dan menjaga kesihatan buah pinggang.
Keberkesanan dan kesan sampingan sarsaparilla sebagai ubat masih tidak diketahui pada masa ini, jadi ia masih memerlukan kajian lanjut. Namun, setakat hari ni, MF tak rasa apa-apa kesan sampingan la...
Apa pun, jangan harapkan manfaat dan khasiat ini dengan hanya mengambil minuman atau gula-gula perisa ini, sebab kandungan gula yang tinggi boleh memudaratkan. Nak pula sekarang ni ada perisa tiruan kan.
Petua melegakan batukSelain makan ubat dan minum sarsi, ada petua lain yang boleh membantu melegakan batuk, antaranya:Air kosongAiskrim vanilaAir garam(pernah cuba tembikai atau nenas cicah garam... Alhamdulillah menjadi dengan izin Allah)Air haliaAir kunyitAir kayu manisAir limau nipisAsam jawaMadu asliSup ayamYogurt
Kita usaha saja, Allah yang memberikan kesembuhan.
Apa pun petua minum air sarsi untuk melegakan batuk tu, korang boleh cuba sebab selain sedap... Batuk pun lega... Itu bagi diri MF la.. Kalayu orang lain MF tak pasti... Tapi boleh cuba...
Jenama sarsi yang boleh dipercayai MF pernah cuba beberapa perisa sarsi, antaranya yang sedap dan berkesan bagi MF ialah Double Lion, F&N dan juga Ameen... Yang lain-lain brand tak pernah cuba... Cuma kalau nak beli pastikan ada tulis minuman atau kordial Sarsaparilla.. insya-Allah boleh dipercayai.
Kita cuba ja ya, tapi keyakinan tu Allah la 100% kan...
Sekian..
Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat
Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2024/11/betul-ke-sarsi-boleh-legakan-batuk.html