Betul Ke Ph Makin Tak Popular


Minda Rakyat  

RAMALAN Firma Fitch Solution bahawa populariti Pakatan Harapan (PH) merudum dalam beberapa bulan akan datang boleh dianggap sebagai petunjuk dan nilai populariti dalam konteks politik semasa.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya, berkata berdasarkan situasi itu, PH perlu bersifat seimbang dalam mengendali isu nasional sama ada berkaitan subsidi negara, pemansuhan atau pengurangan bajet, pengenaan cukai baharu mahu pun menentukan hala tuju negara.

Katanya, pengabaian kepada majoriti masyarakat sebenarnya tidak baik kepada masa depan gabungan dalam PH dan juga masa depan PH itu sendiri.

“Persepsi semasa bahawa kerajaan PH tidak mampu mengurangkan kos sara hidup adalah berbeza dengan harapan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu bahawa PH boleh membantu mengurangkan beban rakyat seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), gaji minimum, penghapusan tol dan sebagainya.

“Kebimbangan Malaysia Baharu yang dipersepsikan mengabaikan masyarakat majoriti lebih 60 peratus perlu dikikis, dengan pembaharuan tanpa mengikis kepentingan Melayu sesuai dengan perlembagaan negara,” katanya ketika dihubungi tadi.

Awang Azman berkata, proses memperkenalkan dasar dan kesinambungan perlu dilihat lebih baik daripada apa yang sudah dibuat kerajaan terdahulu agar rakyat lebih yakin kepada kerajaan PH.

Firma penyelidikan Fitch Solution meramalkan populariti PH merudum dalam beberapa bulan akan datang kerana antara lain disebabkan dasar dan perbalahan dalam gabungan politik itu.

Firma penyelidikan itu menyatakan meskipun kajian itu tidak menjurus kepada kemungkinan pembubaran PH, namun risiko hal itu berlaku juga semakin meningkat.

“Pandangan kami di Fitch Solutions ialah PH mengalami risiko kejatuhan popularitinya kerana tiga sebab - pertama, pengundi mungkin semakin berpendapat bahawa kerajaan tidak membantu mengurangkan kos hidup.

“Kedua, gabungan itu berulangkali memaparkan perpecahan dan ketiga, kekecewaan pengundi dengan idea bahawa kerajaan PH akan meneruskan 'Malaysia Baru' dengan tahap kesetaraan kaum yang lebih tinggi," kata firma itu dalam satu kenyataan.

Firma itu menilai skor risiko politik jangka pendek Malaysia pada 72.5 daripada 100, dengan 'proses membuat dasar' dan 'kesinambungan dasar' menjadi sub-komponen paling lemah pada 68.3 dan 67.5.

Fitch Solutions memetik kegagalan PH setakat ini untuk memastikan beberapa janji pilihan raya, seperti menyelaraskan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan dan memperkenalkan semula subsidi bahan api sebagai punca pertikaian.

Sementara itu Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Mansor Mohd Noor, berkata beliau sependapat dengan ramalan dibuat firma berkenaan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/betul-ke-ph-makin-tak-popular.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Tanda Anda Makin Gemuk

12 Tanda Anda Makin Gemuk

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 1682 hits
Stress rasa baca tanda ni Sebab dah ada pun hampir kesemua tanda ni Haha Tapi sebab cara pemakaian orang tak nampak kita ni gemuk pun Tapi orang terdekat memang perasan kita gemuk Waaa Ok Jangan nangis Jom work out Tapi bila nak start Haha ...
Makin Yakin Bila Jerawat Dan Bekas Jerawat Dari Remaja Dah Makin Pudar

Makin Yakin Bila Jerawat Dan Bekas Jerawat Dari Remaja Dah Makin Pudar

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 386 hits
Testimoni Shaklee Effect Pengalaman Muka Naik Jerawat Dan Tinggal Bekas Jerawat Hitam Jerawat tumbuh sejar dari remaja dari 2002 first time datang kat Taiping tak tahan dengan cuaca panas muka teruk di penuhi jerawat Masa tu tangan geram Th...
Makin Dikata Jangan Tak Boleh Makin Dia Nak Kaunselor Cadang 3 Cara Elak Konflik

Makin Dikata Jangan Tak Boleh Makin Dia Nak Kaunselor Cadang 3 Cara Elak Konflik

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 307 hits
Makin dikata jangan tak boleh makin dia nak Kaunselor cadang 3 cara ganti katakan tidak kepada anak boleh elak konflik antara ibu bapa dan anak Perkataan jangan tak boleh dikatakan didengari oleh anak lebih 40 kali sehari Memang tidak boleh...
Ini Buktinya Dunia Dan Kehidupan Manusia Makin Hampir Ke Penghujung

Ini Buktinya Dunia Dan Kehidupan Manusia Makin Hampir Ke Penghujung

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 776 hits
Di zaman Nabi Muhammad dunia diibaratkan seperti orang tua yang sudah bongkok tiga Bagaimana keadaan dunia sekarang ini
Waspada Demam Berdarah Gejalanya Makin Sulit Dikenali Bagaimana Cara Mendeteksi Dan Mencegahnya

Waspada Demam Berdarah Gejalanya Makin Sulit Dikenali Bagaimana Cara Mendeteksi Dan Mencegahnya

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 257 hits
Demam berdarah dengue yang disebabkan oleh virus dan ditularkan melalui nyamuk memang banyak mencemaskan masyarakat di negara tropis Gejala dengue hemonhagic fever tidak khas sebab itu sering kali sulit dideteksi sejak dini Namun gejala yan...
Bn Dan Pas Shah Alam Kumpul Data Pengundi Prk Dun Semenyih Kerjasama Makin Erat Viral

Bn Dan Pas Shah Alam Kumpul Data Pengundi Prk Dun Semenyih Kerjasama Makin Erat Viral

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 417 hits
SHAH ALAM Barisan Nasional dan Pas Parlimen Shah Alam melakukan gerak kerja bersama mengumpul data pengundi bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih Pengerusi BN Parlimen Shah Alam Datuk Azhari Shaari ini adalah seb...
Khas Buat Yang Bergelar Isteri Bacalah Doa Pengasih Ini Supaya Suami Makin Sayang Rileks Media

Khas Buat Yang Bergelar Isteri Bacalah Doa Pengasih Ini Supaya Suami Makin Sayang Rileks Media

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 449 hits
Setiap wanita pasti ingin dicintai oleh suaminya Anda juga kan Selain berusaha secara lahir dengan selalu tampil cantik di depannya dan juga bersikap yang baik ada juga usaha batinnya yang harus anda lakukan yaitu dengan doa Apa doa yang ha...
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Despite Us Pullout Pm Anwar Says Malaysia Still All In On Paris Agreement