Betul Ke Penyakit Ain Itu Wujud


Betul Ke Penyakit Ain Itu Wujud? | Semenjak blogger menukarkan dashboard, cik en masih lagi mengambil mood untuk menggunakan interface yang baru ini. Malam ini cik en ada sedikit mood mengadap pembaharuan blogger so cik en nk kongsi satu topik yang mungkin korang tahu ataupun tak pernah tahu. Cerita ini bermula Sabtu lepas, cik en buat rawatan spa di favourite spa cik en di Manjung ini iaitu D'Wafa Care. Ownernya yang bernama Ida mennimbulkan topik Penyakit Ain ini dan cik en rasa ianya topik yang sesuai untuk cik en sharing dengan korang. Apakah Penyakit Ain ini? Adakah Penyakit Ain ini Sihir dan relevenkah kita terutama orang Islam mempercayai Penyakit Ain ini. Betul Ke Penyakit Ain Itu Wujud?


Betul Ke Penyakit Ain Itu Wujud?

Betul Ke Penyakit Ain Itu Wujud?
Allah SWT berfirman yang bermaksud: 


Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian),
Surah al-Qalam (51)


Ibn Abbas, Mujahid dan lain-lain berkata: (لَيُزْلِقُونَكَ) bermaksud mereka hendak menggelincirkan. (بِأَبْصَارِهِمْ) "Dengan mata mereka, maksudnya mereka dengki kepadamu kerana kebencian mereka terhadapmu. Seandainya bukan kerana perlindungan dan pemeliharaan Allah pada dirimu dari mereka (nescaya engkau tidak selamat)


Di dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa sasaran dan pengaruh "mata" benar-benar nyata adanya atas perintah Allah SWT. Sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadis yang diriwayatkan dari pelbagai jalan yang banyak. (Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 8/260)


Apa Itu Penyakit 'Ain?
Penyakit Ain atau ditulis Penyakit 'Ain ada diterangkan dalam laman web Pejabat Mufti Wilyah Persekutuan yang menyatakan Penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh.


“‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya. Ain boleh terjadi dengan rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad, (boleh juga terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walau) daripada seorang yang soleh (tanpa disengajakan).” 
-Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani (Lihat Fath al-Bari, 10/203-205)


Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksudnya: 


“Al-‘ain itu adalah haq (benar).”
Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda yang bermaksudnya: 


"Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain lah (yang dapat menjaungkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah."
Riwayat Muslim (5831)


Imam al-Nawawi berkata: 


“Pada hadith ini terdapat ithbat keimanan pada takdir Allah SWT dan benarnya perkara ‘ain (penyakit ‘ain) dan bahawa ia sangat berbahaya.” - 
Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 7/328


Benarlah Wujud Penyakit 'Ain Daripada firman Allah dan hadis hadis dan riwayat yang cik en kongsi, benarlah Penyakit 'Ain ini wujud dan ianya sangat merbahaya sebabnya ianya berlaku dalam ketidaksedaran kita. Contohnya zaman sekarang media sosial adalah satu medium yang sangat penting dalam kehidupan. Media sosial digunakan secara peribadi dan juga perniagaan. Apabila ada media sosial, kita akan banyak kongsi perihal suka dan duka peribadi kita yang mana tanpa kita sedar ianya membawa kepada Penyakit 'Ain.
 
Jika dulu, cik en selalu relatedkan penyakit ini dengan menangkap gambar haiwan dan haiwan itu mati. Tapi sekarang ianya wujud dalam kehidupan kita sebagai manusia dan bukan setakat haiwan sahaja. Pujian yang melampau seperti kecantikan, kekayaan, kebahagian dan sebagainya boleh juga menjadi punca penyakit ini selain iri hati, ketidakpuasan dan dengki orang sekeliling kita pada diri kita. 


Contoh lain yang cik en , ida dan yang lain masa di spa bincangkan adalah " Upload gambar anak, orang memuji cantik dan beberapa hari selepas itu anak tak sihat" Selain itu, upload gambar kebahagian suami isteri, orang memuji dan mungkin ada yang dengki dan beberapa hari selepas itu suami isteri bergaduh" Ini antara contoh yang mungkin korang perasan atau mungkin tak perasan. Apa kata korang rewindkan semula ada tak terjadi kisah sebegini pada korang


Rawatan Penyakit 'Ain
Apa yang cik en baca, penyakit ini bukan sihir tapi ianya perlu mendapatkan rawatan yang sebetulnya. Rawatan rawatan ini, korang boleh buat sendiri dan mungkin boleh amalkan setiap hari. 



Bacaan ayat Ruqyah atau doaMandian Air/BerwudukMengamati dan tadabbur surah al-Falaq serta mengamalkannyaBeringat untuk besederhana dalam berkongsi kisah peribadi dan gambar di media sosial.
Selain daripada diatas, korang boleh rujuk kepada ustaz, pakar perubatan Islam dan orang yang pandai. 

Apa pun, kita sendiri kena muhasabah diri. Ianya untuk mengelakkan kita menjadi seorang yang iri hati, dengki dan sebagainya. Manusia kan? mana pernah tak buat silap. Kata kata dalam hati itu yang kita kena cepat sedar. Apabila terdetik dihati "Bukan cantik mana" "Bahagialah sangat" pun dah boleh kita dalam kelompok orang yang iri hati tanpa sedar. Allahualam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurfuzie.com/2020/10/betul-ke-penyakit-ain-itu-wujud.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itu Bukan Dalam Rancangannya Azmin Ali Dedah Tun M Sebenarnya Mahu Tubuhkan Pn Rancang Pru Bulan Oktober

Itu Bukan Dalam Rancangannya Azmin Ali Dedah Tun M Sebenarnya Mahu Tubuhkan Pn Rancang Pru Bulan Oktober

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 368 hits
loading Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali mendakwa idea penubuhan Perikatan Nasional datang dari bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad
Keterbatasan Itu Ada

Keterbatasan Itu Ada

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 274 hits
Assalammualaikum wbtKETERBATASAN ITU ADAAda hadnya seperti mana Allah meletakkan hukum untuk kesejahteraan hidup hambaNYA di dunia sampailah akhirat Sedangkan ada hukum pun manusia sering lupa dan melampaui batas yang wajib ditaati Apatah l...
Hari Ini Terbukti Kuasa Itu Penting Jawatan Lagi Penting

Hari Ini Terbukti Kuasa Itu Penting Jawatan Lagi Penting

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 237 hits
Hamdan TahaKerajaan PN kerana mereka ada kuasa dan semua dah ada jawatan maka walaupun mereka tidak saling hormat menghormati pun tapi asas nak bersama itu ada itu sebab undian di parlimen PN masih kuat berbanding pembangkang Pembangkang pu...
Bersatu Temerloh Akur Kenyataan Presiden Sedia Kerjasama Rampas Kerusi Itu Dari Ph

Bersatu Temerloh Akur Kenyataan Presiden Sedia Kerjasama Rampas Kerusi Itu Dari Ph

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 258 hits
TEMERLOH Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Temerloh menyokong penuh kenyataan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin agar parti itu memperkasakan kerjasama politik antara parti sekutu Perikatan Nasional seperti Barisan Nasional Gabungan...
Adakah Lipoma Itu Bahaya

Adakah Lipoma Itu Bahaya

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 345 hits
ADAKAH LIPOMA ITU BAHAYA Lipoma adalah ketumbuhan bukan kanser Ia adalah ketumbuhan tumor yang membesar secara perlahan untuk jangka masa beberapa tahun Jadi ia tidak berbahaya Ia berasal dari tisu lemak dalam tubuh kita yang dipanggil adip...
Orang Yang Tahu Itu Dinilai Pada 3 Boleh Sebelum Diiktiraf Sebagai Orang Berilmu

Orang Yang Tahu Itu Dinilai Pada 3 Boleh Sebelum Diiktiraf Sebagai Orang Berilmu

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 441 hits
Seseorang yang tahu banyak perkara belum boleh diiktiraf sebagai Orang Berilmu jika dia tidak ada 3 BOLEH Bila tidak ada The post first appeared on
Dijambret Di Depan Bank Kakek Makmur Uang Itu Untuk Beli Kain Kafanku

Dijambret Di Depan Bank Kakek Makmur Uang Itu Untuk Beli Kain Kafanku

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 254 hits
Aksi penjambretan terjadi di salah satu bank di Jalan Kartini Kota Baubau Sulawesi Tenggara Kejadian tersebut terekam oleh CCTV Video yang diunggah di media sosial Sabtu memperlihatkan aksi dua orang begal menggunakan sepeda motor jenis yam...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids