Betul Ke Iphone Sesuai Untuk Content Creator
Pening kepala saya sejak dua menjak ni bila phone dah mula buat hal. Phone Realme yang saya beli pada tahun 2019 ni dah mula buat hal bila button untuk on kan phone jadi keras dan payah nak ditekan. Saya perlu tekan berkali-kali sebelum phone berjaya dibuka. Dalam waktu kecemasan, perkara ni memang agak menyakitkan hati dibuatnya.
Bukan itu saja, kualiti gambar pun dah mula jadi berkabus (macam ada asap) dan terlalu terang. Jadi tiap kali sebelum ambil gambar, saya kena lap dulu pada bahagian cermin kamera untuk elakkan effect berasap tu. Fuh..sekarang berasap, saya tak harap ia akan datang dengan effect berapi pulak lepas ni. Bila gambar dah tak cantik, video apatah lagi kan?
Fikir punya fikir, akhirnya saya decide untuk beli phone yang baru. Tapi phone apa? Suami kasi cadangan untuk beli Iphone 14 kerana kualiti gambarnya yang cun untuk ambil gambar dan video. Nak lagi bila saya terpaksa angkut kamera mirrorless saya yang besar itu ke sana ke mari demi untuk buat content video, syahdu pulak hati suami melihatnya, haha..syahdula sangat.
Gambar dari AppleKalau di rumah, saya boleh berharap kepada kualiti kamera saya yang super tip top untuk buat video tapi kalau di luar rumah, jenuh juga mengangkut kamera yang besar gedabak tu. Sebab itu saya selalu juga curi guna phone baru suami untuk create video content bila berada di luar rumah.
Iphone untuk Content CreatorSiapa je taknak guna Iphone kan tapi bila dengar harganya boleh mencecah sehingga RM8000 tak termasuk aksesori, saya rasa tak berbaloi pula berhabis duit untuk beli benda yang akan rosak setelah beberapa tahun pakai. Kan liabiliti namanya tu. Jadi saya buat sedikit bacaan untuk kukuhkan pendapat saya mengenai phone biasa juga terbaik, jadi point ini senang saya nak gunakan untuk lawan mulut dengan suami nanti :D
Malangnya selepas buat bacaan, semua artikel dan pendapat menyatakan Iphone adalah superior phone yang wajib dimiliki oleh seorang content creator. Oh, no! Jom baca apa hasil maklumat yang saya dapat daripada internet tentang Iphone ni.
1. Iphone Terbaik untuk InstagramIni adalah sebab utama saya nak beli phone baru. Saya seringkali dapat job review di Instagram yang memerlukan saya untuk buat video. Tapi saya perasan video yang saya hasilkan akan kelihatan pecah apabila di post pada IG Story. Bukan saja kualiti gambar tak cantik bila saya shoot gunakan phone, malah kalau saya gunakan kamera pun kualiti video tak nampak cantik sebaik saja masuk ke dalam IG Story.
Instagram beri kelebihan kepada pengguna Iphone apabila gambar dan video yang diupload menggunakan Iphone akan hasilkan kualiti yang lebih jelas dan bersih berbanding Android. Ini kerana Instagram mengoptimumkan aplikasi mereka dengan IOS, tidak Android kerana terdapat pelbagai jenis operating sistem bagi Android jadi susah mereka nak optimizekan mengikut semua jenis (ikut kefahaman saya, kalau silap tolong betulkan). Jadi sebab itu kualiti gambar dan video lebih baik bila diupload ke Instagram menggunakan Iphone.
2. Iphone Terbaik untuk VideographyNak hasilkan video yang baik bukan senang terutamanya bila nak hasilkan video bergerak tanpa bantuan gimbal. Tapi nak menggunakan gimbal semasa buat video pun bukan senang. Saiznya yang besar dan perlu disetting sebelum nak gunakannya buat saya rasa agak leceh gunakan gimbal. Tapi stabilization penting untuk hasilkan video yang nampak smooth dan tak terlalu banyak gegaran.
Gambar dari YugatechJadi saya Google handphone yang terbaik untuk buat video. Jawapan yang saya jumpa adalah Pixel phone! Tapi satu masalah tentang phone ini adalah susah nak hantar service kerana tiada service centre Pixel di Malaysia. Jadi kalau berlaku sebarang masalah dengan Pixel, phone perlu dihantar ke luar negara untuk dibaiki dan kos untuk baiki ini mahal ye anak-anak.
Iphone pula jatuh di carta nombor dua dengan Iphone 14 Pro Max mendahului diikuti Iphone 13 Pro Max. Saya dah tengok video yang dihasilkan oleh pengguna Iphone 14 Pro Max di Youtube dan hasilnya excellent! Awak boleh tengok video bestindotech dan dalam video ni, ada video larian dengan gunakan Iphone 14 Pro Max, stabilization nampak kemas walaupun tanpa gunakan gimbal. Terbaik!
3. Tahan Lasak dan Water ProofMacam yang semua maklum, Iphone adalah phone lasak yang tahan gegaran walaupun jatuh daripada bangunan tinggi. Jadi sebagai seorang ibu dan content creator, phone tahan lasak ni sangat berguna untuk saya. Selain tahan lasak, ia juga water proof jadi kalau termasuk dalam air tetap tak akan rosak. Tapi bukan maksudnya boleh rendam phone dalam air lama-lama dan dibawa masuk dalam air laut pula. Tidak ye.
Satu lagi sebab ramai content creator gunakan Iphone adalah kerana brand itu sendiri memang ekslusif. Tapi bagi saya sendiri, saya lebih sayangkan duit daripada jenama. Tak pernah dalam hidup saya gunakan Iphone walau sekali dan saya pun tak berhajat nak gunakannya. Tapi bila dapat tahu tentang kelebihan yang ada pada Iphone yang mana sangat membantu kehidupan sebagai seorang content creator, saya rasa keimanan saya agak tergugat sekarang. Tambah lagi suami racun baik punya..aish, pening kepala..
Jadi Apa Pilihan Saya?Akhirnya saya berjaya buka satu lagi akaun pelaburan tambahan dan bukanlah membeli Iphone terbaru. Kali ini saya buka pula akaun Wahed Invest dan baru siap lakukan transaksi deposit melalui aplikasi Wahed. Plan saya, simpan dulu duit yang ada dan tahun depan saya akan dapat Iphone 15 yang baru :D
Kenapa tahun depan?
Saya ada tiga sebab utama. Yang pertama adalah kerana kejatuhan harga ringgit pada masa kini mempengaruhi harga Iphone 14 yang baru. USD1 kini bersamaan dengan RM4.70 jadi memang tak hairanlah mengapa harga Iphone 14 boleh mencecah sehingga RM8000. Salah satu punca mahal kerana kejatuhan nilai wang kita. Lagipun saya kena menyimpan untuk hadapi jangkaan masalah kemelesetan ekonomi tahun depan
Yang kedua, saya dapat tahu Apple akan memperkenalkan charger type-C untuk Iphone 15 tahun depan. Walaupun Iphone sekarang pun dah boleh gunakan dengan charger type-C tapi untuk sambungan tersebut, pengguna perlu beli aksesori tambahan sebelum boleh disambungkan pada charger. Maksudnya kena keluarkan duit lagi
Dan sebab yang ketiga ini takde kaitan dengan phone, cuma market saham sedang jatuh begitu juga dengan keadaan pasaran ekonomi dunia. Jadi ini adalah waktu terbaik untuk saya buka akaun pelaburan yang baru, lagi pun saya dah lama plan nak invest dalam Wahed Invest cuma tak teruskan sebelum ini kerana rasa was-was. Lagi pun saya tak pernah buka akaun dengan robo-advisor sebelum ini. Kalau rajin, nanti saya kongsikan sebab kenapa saya buka akaun Wahed Invest okeh
Jadi kalau awak ada plan nak beli Iphone terutama kepada content creator, bolehlah start pertimbangkan samada Iphone ni worth to buy atau tak. Kalau saya mampu bertahan sampai keluar Iphone 15, in shaa Allah bolehlah saya beli Iphone pertama saya tahun depan tapi kalau tidak, mungkin saya akan beli awal sikit mana yang ada saja, mungkin juga bukan Iphone. Sayang duit maa..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2022/10/kelebihan-iphone-untuk-content-creator.html