Betul Ke Antivaksin Merasakan Influenza Ini Tidak Bahaya


Heboh isu influenza di Malaysia ini adalah konspirasi BigPharma untuk menghabiskan stok vaksinasi.

Tahu kenapa dia boleh berkonspirasi begitu? Jawapannya senang. Sebab dia bukan doktor. Dia tak tengok pesakit yang kena Influenza.

Dato Dr Musa Nordin mengatakan semakin banyak kes Influenza yang berlaku kebelakangan ini. Ini benar menurut pengalaman saya juga. Kami melihat banyak kes batuk, selsema dan demam yang bila diuji dengan ujian makmal, positif Influenza.

Malah, terbaru, KKM membantu mempercepatkan perolehan ubat Tamiflu dan vaksin Influenza bagi premis swasta setelah melihat peningkatan permintaan terhadap rawatan tersebut.

Antivaksin merasakan Influenza ini tidak bahaya.

Tetapi, setiap tahun 3-5 juta kes jangkitan pernafasan yang teruk dari Influenza berlaku, menyebabkan kematian seramai 250 000 ke 690 000 orang di seluruh dunia.

Petanda sakit influenza
Orang yang Berisiko Rendah Dapat Serangan Virus Influenza
Memang benar, bagi orang yang berisiko rendah, ianya seperti batuk selsema biasa. Tapi ia berisiko menyebabkan komplikasi termasuklah kematian kepada mereka yang berisiko tinggi seperti:


Wanita mengandung Kanak-kanak bawah 5 tahun Orang tua lebih 65 tahun Penghidap penyakit kronik seperti asthma, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya Mereka yang mempunyai imuniti yang lemah seperti pesakit AIDS dan penerima kemoterapi Mereka yang berat badan berlebihan (BMI lebih 30) Golongan berisiko tinggi dapat virus Influenza

Sebab itu, vaksin disarankan pada mereka ini.

Tapi kalau saya tak ada risiko, wajar tak ambil vaksin?

Wajar! Sebab ia akan mengurangkan risiko anda kena demam panas, risiko anda tak tidur malam dek menjaga anak anda yang merengek akibat sakit badan kena Influenza. Hanya mereka yang pernah kena Influenza sahaja akan faham seksa rasanya.

Berbalik kepada auta antivaksin tadi. Memang jelas auta dia. Mari betulkan balik.

Virus Influenza memang ada beratus-ratus strain. Ia dibahagikan kepada A, B, C dan D.

Yang menyebabkan jangkitan bermusim dan wabak adalah Influenza A dan B. Influenza A dan B juga ada banyak jenis dan sentiasa berubah disebabkan mutasi virus. Kita gelarkan fenomena ini sebagai Antigenic Drift dan Antigenic Shift.

Bagi Influenza A, strain dikenalpasti berdasarkan Hemagglutinin dan Neuraminidase. H dan N. Dari sini lah kita dapat H1N1 dan sebagainya. Yang sekarang ini sedang menular adalah strain H1N1 dan H3N2. Malah, ia boleh dipecahkan lagi kepada beberapa subset lagi.

Eh, kejap! H1N1 tu bukan selsema burung ke?

Iya, virus ini lah dulu yang menyebabkan wabak (pandemic) satu dunia pada tahun 2009. Waktu itu kecoh sebab ia merebak ke seluruh dunia. Ia masih wujud kini, tetapi hanya menyebabkan jangkitan bermusim (seasonal Influenza). Bahaya tak? Sama seperti dahulu, ianya merbahaya kepada mereka yang berisiko tinggi yang dah saya jelaskan di atas.

Okay, now Influenza B. Kalau Influenza A dikelaskan mengikut H dan N, Influenza B dibahagikan mengikut keturunan sel (cell lineage). 2 jenis keturunan sel adalah B/Yamagata dan B/Victoria. Seperti juga Influenza A, ia juga boleh dibahagikan lagi mengikut keturunan sel seterusnya.

Faham tak sekarang? Influenza ini ada banyak jenis. Dan jenis yang menyebabkan jangkitan bermusim boleh bermutasi dan akan berubah-rubah.

Siapa yang pantau perubahan mereka ini?
World Health Organization (WHO) lah. Mereka ada jawatankuasa sendiri yang memantau Influenza ini. Ianya dikenali sebagai Global Influenza Surveillance and Response System, GISRS. Setiap tahun, mereka ini akan mengeluarkan saranan untuk strain apa yang perlu dimasukkan dalam vaksin. Ianya berdasarkan kajian dan pemantauan seluruh dunia.

Untuk merumitkan lagi kefahaman kita semua, saranan ini bergantung kepada kawasan mana sesebuah negara itu terletak. Ini kerana, seasonal Influenza ini lebih kuat menyerang pada musim sejuk. Dan kita tahu, musim sejuk adalah berbeza mengikut kedudukan sesebuah negara sama ada di
kwsn utara (northern hemisphere, NH), atau selatan (southern hemisphere, SH). Umumnya, saranan vaksinasi untuk kawasan utara dan selatan keluar pada waktu berbeza, merangkumi virus yang berbeza dan saranan suntikan diberikan pada bulan berbeza. Malah, negara yang berada di garisan khatulistiwa, juga dibahagikan kepada NH atau SH mengikut saranan WHO.

Hanya 2 negara sahaja terkecuali dari saranan bermusim ini.
Malaysia dan Kenya, dikategorikan sebagai negara yang mempunyai kes Influenza sepanjang tahun (all year round). Bermakna, tidak ada saranan khusus strain mana yang nak disuntik atau bila nak disuntik. Istimewa betul Malaysia ni.

Bermakna, kita ada risiko 50-50 untuk diserang strain yang sama ada datang dari NH atau dari SH.

Saranan untuk NH dikeluarkan WHO pada bulan Februari, manakala saranan untuk SH akan keluar pada bulan September. Selepas ada saranan baru, akan ada vaksin baru, kalau ada perubahan dari segi virus yang menyerang. Sebab itu lah suntikan vaksin Influenza disarankan setiap tahun. Kerana setiap tahun, jenis virus Influenza dalam vaksinnya akan berbeza.

Ambil Suntikan Vaksin Influenza Setiap Tahun
Jadinya, kita di Malaysia, ambil lah suntikan Influenza setiap tahun, tak kisah pada bila-bila masa. Sebab, anda akan rendahkan risiko kena jangkitan Influenza sekurang-kurangnya 50%!

kenapa perlu ambil vaksin setiap tahun?
Antivaksin tak akan terangkan sejelas ini, sebab mereka tak faham konsep sebenar. Contohnya, dalam pos antivaksin ini, dia ingat dalam vaksin 2019 ada type A dan B, tahun lain, type lain pulak. Walhal, memang tiap-tiap tahun akan ada 2 strain Influenza A dan 2 strain Influenza B dalam vaksin quadrivalent. Yang berbeza adalah subset dan cell lineage nya.

Dalam minda mereka, vaksin ini hanyalah alat BigPharma nak buat duit. Walhal dia tak tahu, harga rawatan kalau masuk wad akibat Influenza adalah jauh lebih tinggi berbanding vaksin itu sendiri.

Jangan jadi antivaksin!


Perkongsian dari Dr Amirul Amzar

Langkah-langkah mencegah dari terkena Influenza


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.byrain.com.my/2020/01/betul-ke-antivaksin-merasakan-influenza.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Otak Dijajah Bahaya Presiden Pas Negara Ganjil

Otak Dijajah Bahaya Presiden Pas Negara Ganjil

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 205 hits
Tuan Guru Abdul Hadi1 Penjajahan fikiran yang paling berbahayaKUALA LUMPUR Kita sudah berjaya daripada terus diduduki oleh para penjajah dan penjajahan fikiran itu yang paling berbahaya Itulah kata kata hikmah daripada Presiden PAS Tan Sri ...
Hut Ke 79 Ri Puan Seluruh Rakyat Harus Merasakan Pembangunan Yang Merata

Hut Ke 79 Ri Puan Seluruh Rakyat Harus Merasakan Pembangunan Yang Merata

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 98 hits
Puan menyebut kesejahteraan rakyat sebagai tujuan dari kemerdekaan harus dapat dipastikan dicapai
Mona Allen Kongsi Gambar Keluarga Comel Betul Petra Pegang Adiknya Persia

Mona Allen Kongsi Gambar Keluarga Comel Betul Petra Pegang Adiknya Persia

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 97 hits
Mona Allen kongsi gambar keluarga comel Petra pegang adiknya Persia Mona Allen selamat bersalin anak keduanya pada 4 Jun yang lalu Mona Allen Kongsi Gambar Keluarga Comel Betul Petra Pegang Adiknya Persia Dalam satu hantaran yang dikongsika...
Baby Walker Hanya Satu Pembaziran Tak Bantu Anak Berjalan Bahaya Untuk Bayi

Baby Walker Hanya Satu Pembaziran Tak Bantu Anak Berjalan Bahaya Untuk Bayi

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 74 hits
Baby walker hanya satu pembaziran tak bantu anak berjalan bahaya untuk Baby walker atau alat bantu jalan sering kali menjadi pilihan ibu bapa yang ingin mempercepatkan proses anak mereka untuk mula berjalan Baby Walker Hanya Satu Pembaziran...
Bahaya Darah Tinggi Waktu Hamil Bayi Kurang Dapat Nutrien Oksigen

Bahaya Darah Tinggi Waktu Hamil Bayi Kurang Dapat Nutrien Oksigen

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 117 hits
Tekanan darah tinggi ketika hamil wujud apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna berpunca dari salur darah dalam uri yang tidak berkembang dengan sempurna Penyakit darah tinggi berbahaya semasa mengandung 1 Pengaliran darah ke pla...
Mengenal Bahaya Gempa Megathrust Ancam Guncang Indonesia Jangan Diremehkan

Mengenal Bahaya Gempa Megathrust Ancam Guncang Indonesia Jangan Diremehkan

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 72 hits
Kepala Pusat Gempabumi dan Tsunami BMKG Daryono mengatakan potensi terjadinya di gempa megathrust di Indonesia sangat bisa saja terjadi
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba