Betul Kata Rafizi Kritikan Dr Puad Terhadap Padu Hanya Kerana Peribadi
Semalam, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli
menjawab kritikan Speaker Dun Johor, Dr Puad Zarkashi terhadap Padu atau
Pangkalan Data Utama.
Menurut Timbalan Presiden PKR itu, kritikan Dr
Puad adalah semata-mata bersifat peribadi.
Katanya, apa yang dilontarkan Dr Puad itu
adalah gambaran rasa tidak puas hati dengan tindakannya yang lantang mengkritik
isu syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum ini.
“(Orang politik) yang bising sangat ini Dr
Puad saja, kalau Malaysia kaya-raya pun dia tetap tidak setuju dengan saya
kerana dulu saya bawa isu 1MDB ketika dia Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas
(JASA).
“Selepas itu beliau kalah pilihan raya dan
terpelanting dari kerajaan, ini semua berkaitan dengan isu peribadi.
Rafizi berkata lagi, beliau tidak mahu memberi
perhatian sangat kepada kritikan yang hanya membabitkan kumpulan kecil terutama
yang bersifat peribadi.
Beberapa hari lalu, Dr Puad menyifatkan sistem
Padu sebagai gagal kerana sistem kerja, komunikasi dan imej Rafizi yang
didakwanya tidak diyakini rakyat.
Meneliti kenyataan Rafizi berkenaan Dr Puad,
kita pasti tidak dapat mengelak daripada bersetuju dengannya.
Sejak UMNO hilang kuasa, Dr Puad memang selalu
menujukan ktitikannya terhadap Rafizi.
Setelah Rafizi menjadi menteri, meskipun UMNO
adalah sebahagian daripada kerajaan madani pimpinan Anwar Ibrahim, apa saja
berkaitan Rafizi hampir tidak pernah terlepas daripada kritikannya.
Paling kerap beliau melabel Rafizi sebagai
Raja Formula yang gagal.
Mengulang-ulang label yang sama, di sampingnya
minatnya yang lebih tertarik untuk mengkritik Rafizi, tentulah tidak dapat
dinafikan ia hanya bersifat dendam peribadi semata-mata.
Dr Puad bukan saja berdendam dengan Rafizi
kerana keaktifannya mendedahkan skandal 1MDB telah menyebabkan UMNO hilang
kuasa, bahkan menunjukkan kegagalan tugasnya selaku Ketua Pengarah Jasa ketika
itu.
Sudahlah UMNO hilang kuasa, dia pula hilang
kerja…mana tak marah beb!!
Tapi agak pelik kali ini, sebelum ini bila ada
saja serangan yang ditujukan terhadapnya, biasanya cepat saja Dr Puad
menjawabnya balik melalui media sosialnya.
Namun, semakan dalam media sosialnya setakat
pagi ini, Dr Puad masih belum lagi memberi respon terhadap apa yang Rafizi kata
terhadapnya.
Kenapa masih senyap?
Tengah koyak teruk ke? ShahbudinHusin
28/03/2024.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/03/betul-kata-rafizi-kritikan-dr-puad.html