Betul Betul Ka Bohong Bohong Ni Kerajaan Jamin Parlimen Bersidang Secepat Mungkin Kata Takiyuddin


 
FMT Reporters -April 26, 2021 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan, berkata semua pihak termasuk pembangkang boleh menyalurkan pandangan melalui saluran ditetapkan, seperti Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang ditubuhkan bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai hal berkaitan penguatkuasaan perintah itu.PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan sidang Parlimen akan segera dipanggil pada masa sesuai, sama ada sebelum atau selepas perintah darurat tamat pada 1 Ogos depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan, bagaimanapun berkata perkara itu bergantung pada nasihat dan pandangan pakar, termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Takiyuddin berkata, semua pihak, termasuk pembangkang boleh menyalurkan pandangan kepada kerajaan melalui saluran ditetapkan, seperti melalui Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang ditubuhkan bawah Ordinan Darurat bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai hal berkaitan penguatkuasaan perintah itu.
“Dalam masa sama, tidaklah wajar wujud kesangsian atau syak wasangka berlakunya salah guna kuasa kerana sistem kerajaan berfungsi seperti biasa, termasuklah dalam aspek pemantauan pentadbiran oleh agensi penguat kuasa, terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan juga Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
“Justeru semua pihak diseru supaya memberikan sepenuh kerjasama kepada kerajaan dalam usaha memastikan kelangsungan hidup rakyat dalam aspek-aspek kesihatan, ekonomi dan sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Parlimen dijadual digantung selama enam bulan 20 hari hingga 1 Ogos susulan perisytiharan darurat pada 12 Jan.
Media semalam melaporkan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan untuk mendesak dan mengesyorkan kepada kerajaan supaya menyambung semula sidang Parlimen.
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, berkata keputusan itu selaras kenyataan Agong sebelum ini bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, kerajaan amat menyedari tanggungjawab keperlembagaan dalam memastikan penerusan proses demokrasi di negara ini terjamin melalui sidang Parlimen.
Takiyuddin berkata, keutamaan kerajaan pada masa ini adalah usaha memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dikawal sepenuhnya, termasuklah melindungi Ahli Parlimen, pegawai dan semua pihak yang berurusan dengan Parlimen.
“Kerajaan mengambil maklum gesaan beberapa pihak, termasuk parti politik supaya Parlimen dipanggil bersidang walaupun negara masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19 yang belum reda sepenuhnya.
“Dalam hal ini kerajaan ingin menarik perhatian semua pihak bahawa langkah pengawalan dan pencegahan wabak berbahaya ini masih berterusan dengan seluruh jentera kerajaan memberi fokus terhadap tindakan imunisasi, rawatan, pengasingan dan juga pelan vaksinasi yang berterusan.
“Di samping itu pihak penguatkuasa, terutama polis, tentera, imigresen, RELA dan lain-lain masih bertungkus lumus menjaga perbatasan negara daripada dibolosi pendatang asing yang turut membawa risiko penularan Covid-19 dari negara luar,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/kerajaan-jamin-parlimen-bersidang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tak Boleh Mandulkan Demokrasi Umno Desak Parlimen Bersidang

Kerajaan Tak Boleh Mandulkan Demokrasi Umno Desak Parlimen Bersidang

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 207 hits
KUALA LUMPUR 13 Ramadan 1442H Ahad UMNO mendesak dan mengesyorkan kepada kerajaan supaya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kembali bersidang semasa tempoh darurat kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan Beliau berkata perkara it...
Farhash Puji Keputusan Mkt Umno Desak Kerajaan Agar Parlimen Bersidang

Farhash Puji Keputusan Mkt Umno Desak Kerajaan Agar Parlimen Bersidang

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 158 hits
April 26 2021 Parti Keadilan Rakyat Perak menerima baik keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang mendesak kerajaan agar Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kembali bersidang Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata k...
Pegawai Awam Tak Boleh Cela Kerajaan Menerusi Media Kata Takiyuddin Ekoran Pendedahan Kpn

Pegawai Awam Tak Boleh Cela Kerajaan Menerusi Media Kata Takiyuddin Ekoran Pendedahan Kpn

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 266 hits
May 2 2021 6 41 PMTakiyuddin Hassan berkata pegawai kerajaan boleh memberi pandangan atau mengkritik menggunakan saluran yang betul PETALING JAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata pegawai kerajaan tidak harus mend...
Undi 18 Anwar Bidas Takiyuddin Mungkin Kamu Tidur Di Parlimen

Undi 18 Anwar Bidas Takiyuddin Mungkin Kamu Tidur Di Parlimen

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 157 hits
PORT DICKSON 29 April Sudah menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan melaksanakan usia kelayakan mengundi 18 tahun kerana ia diluluskan Dewan Rakyat lebih satu setengah tahun yang lalu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sehubunga...
Ingat Semua Pegang Kata Kata Lebai Ini Kerajaan Jamin Undi18 Dilaksana Tahun Ini

Ingat Semua Pegang Kata Kata Lebai Ini Kerajaan Jamin Undi18 Dilaksana Tahun Ini

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 316 hits
May 2 2021 Takiyuddin Hassan menjangkakan dasar Undi18 dapat dilaksanakan Julai ini PETALING JAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata kerajaan memberi jaminan dasar Undi18 akan dilaksanakan tahun ini berbanding Sept...
Kerajaan Pertimbang Wujud Badan Selia Perkhidmatan P Hailing Kata Menteri

Kerajaan Pertimbang Wujud Badan Selia Perkhidmatan P Hailing Kata Menteri

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 240 hits
Kerajaan pertimbang wujud badan selia perkhidmatan p hailing kata menteri Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 18 A
Kerajaan Jamin Segerakan Undi 18

Kerajaan Jamin Segerakan Undi 18

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 218 hits
Untuk berita penuh https bit ly 3xC8EJV https bit ly 3nGcu0b https bit ly 2S6J0Nc Muzik www bensound com SinarHarian VideoSinar Undi18 Pembangkang PRU15 SPR PemudaUMNO UMNO BarisanNasional JaminanUndi18 Parlimen Tanggungjawab P
Mohon Tuanku Tubuh Rci Secepat Mungkin Tolong Kami Tuanku

Mohon Tuanku Tubuh Rci Secepat Mungkin Tolong Kami Tuanku

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 166 hits
MALAYSIA DATELINETimbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub memohon perkenanan Yang diPertuan Agong untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja secepat mungkin berikutan perang terbuka antara Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri Menur...
Kerajaan Baharu Perlu Untuk Bawa Negara Keluar Daripada Kemelut Kata Zaid

Kerajaan Baharu Perlu Untuk Bawa Negara Keluar Daripada Kemelut Kata Zaid

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 245 hits
April 19 2021 Bekas menteri undang undang Zaid Ibrahim berkata masalah utama yang dihadapi negara kini ialah kepimpinan yang lemah di Putrajaya PETALING JAYA Bekas menteri pusat Zaid Ibrahim menggesa supaya pilihan raya umum diadakan pada p...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri