Bestnya Kalau Travel Ke Genting Highland


Suami MY, bukanlah jenis lelaki yang suka travel, makan angin dan staycation sana sini ni. Bila cuti je, ajak balik kampung. Memang takde ke mana pun. Kalau balik kampung tu, memang duduk aje la kampung tu. Kalau nak ajak pergi ke mana mana tu, hanyalah rumah adik beradik dan saudara mara je. Singgah makan pun di hentian Rehat & Rawat je. 
Bukan kedekut, tapi dulu dulu memang takde duit nak corner corner... Sekarang pun tidaklah banyak duit, tapi boleh la kalau nak bercuti dekat dekat. Cumanya, bila anak ramai kecik kecik, susah sikit nak handle. Lemaslah, terlepas pandang Mijan lah, tersepit pintu lif lah..hahahaha... insyaAllah..  rasanya hujung tahun ni, Mijan dah ok kot. Dah semakin mendengar kata dan mudah diurus. Lagipun memang suami MY tak suka berjalan jalan sangat. Suka pergi kebun, suka bakar daun, suka menyangkul, tanam tanam, dan juga suka tengok movie/ TV
Tapi kebelakangan ni, suami Mama Yan teringin nak ke pulau pulau peranginan sekitar Malaysia ni. Sejak sejak dah ramai kawan, dah berbual bual dengan circle yang lebih besar, baru lah terbuka hati nak berjalan. Tambah pula sekarang dah ada sosial media, bila tengok kawan kawan muatnaik gambar gambar percutian, teringin juga dia agaknya. Tengok kawan kawan snorkeling kat pulau air jernih, teringin benar gayanya dia. Hari tu, suami tunjukkan kat MY gambar Pulau Mabul.  Huhhh... dah la Pulau Mabul tu jauh kat Sabah, kena naik flight, tak terbayang macam mana nak kawal askar ramai ramai ni nanti. Ada sekali tu kan viral, Hanis Zalikha dan suaminya bercuti di Maldives. Gambar gambar tu la suami MY tengok, uiii...lawanya pulau ni. Hahaha... takyah Maldives lah, kat Malaysia pun banyak pulau pulau yang cantik. Kita aje yang tak pernah berjalan bang. Hihihi...
Sebenarnya kalau kita cari hotel promo, berlambak tempat percutian yang cantik, menarik, dan berpatutan harganya di seluruh Malaysia. Nak yang atas bukit, atas gunung, tengah pulau, tepi pantai, di tengah kota metropolitan, di pinggir desa, semua tempat ada tawaran penginapan hotel yang menarik.  Yang penting kena rajin dan bijak mencari. 
Memang nak sangat bercuti cuti dengan anak anak. Mujurlah dah duduk pekan kecik, kalau masih tinggal di taman lama dulu, mesti anak anak dengar je kawan kawan cerita pergi bercuti. Bila lagi nak cipta kenangan dengan anak anak. Eh, bukan anak anak je, suami pun. Suami Mama Yan membesar di kawasan yang agak pedalaman. Ferris wheel kat Fun fair pun beliau tak pernah naik. Cara membesar setiap orang kan tak sama... dia enjoy zaman kanak kanak dia dengan cara dia. Mandi di sungai, basuh kain di sungai, tolong mak abah kopek getah beku, cari sayur hutan, jalan kaki mengaji malam dan panjat pokok dan lain lain aktiviti kampung lagi.
Zaman sekarang, mana lah ada aktiviti panjat pokok, lastik sarang tebuan, mandi sungai semua tu. Kita la kena create aktiviti dan kenangan untuk anak anak. 
Kalau suami MY simpan keinginan untuk bercuti ke pulau pulau, Mama Yan pula, teringin nak bercuti ke tempat tempat sejuk di tanah tinggi macam Genting Highland, Cameron Highland dan Bukit Fraser. Tiga tiga tempat tu kat Pahang dan MY anak jati Pahang. Pernah la pergi dua ke tiga kali ke sana masa awal remaja dulu dulu. Ikut rombongan sekolahlah, tumpang famili kawanlah, ikut kem motivasi lah. Tapi sekarang ni, teringin sangat nak bawa anak anak ke Genting Highland
MY selalu tengok kawan kawan muat naik gambar di Genting, alahaiii...bestnya. Dahla sejuk, nyaman, banyak aktiviti, banyak mainan sama ada indoor ataupun outdoor, ada mainan untuk anak anak dan dewasa juga. 
Mama Yan dah lama teringin nak naik menda macam ni
Masa pergi Legoland dulu,MY tengah memgandungkan si Mijan,Budak yang jaga mainan ni,Tak kasi naik ibu nandung naik.
Hihihi.


Ni yang panjat panjat macam ni..
Si Abang dengan Sarah suka la ni.. MY kalau 20 tahun yang lepas masih gagah kot nak memanjat manjat dinding ni
Sekarang...,Saka apa benda entah yang berdukung kat badan ni. Dulu dulu tak berat,Sekarang berat mata memandang, Berat lagi MY ni nak berjalan, nak berlari, nak naik tangga, nak bangun dari sujud pun terasa berat, sampai sakit lutut...hahaha
Yang ni pula,Moq dengan Ucid memang suka.. Hidup diorang dipenuhi dengan nama nama dan behaviour dinosour

Bestnya dapat menikmati pemandangan tanah tinggi dengan cuaca yang nyaman dari dalam kereta kabel
Kalau pergi berdua je dengan suami..
Alahai romantiknya
Tapi dengan syarat, suami tak gayat
Buatnya encik suaminya gayat,Sampai lembik lutut, gigil, adesss... hilang macho
Suami MY gayat yang normal aje
Sebab hari tu,Laju je naik tangga kecik kat menara tangki air tu untuk inspection tangki
Cuma nak turun tu,Barulah ada rasa kecut perut sikit

Allah Taala telah ciptakan gunung ganang,Jika berkemampuan dan berkesempatan,Lihat, hayati dan syukurilah segala anugerah yang Allah berikan
Sambil hayati keindahan,Jangan lupa zikirkan Masya-Allah sebagai kata kata pujian tanda mengkagumi kebesaran Allah Yang Maha Pencipta



Kat Genting ada Jurassic Research Centre rupanya..
Dah la kat rumah MY tu,Boleh kata tiap minggu ada slot cerita Jurassic Park

Semua cerita dinosour kat Netflix tu anak anak dah hafal jalan ceritanya
Jadi memanglah MY teringin ingin ingin sangat nak bawa anak ke sini
Diorang semua suka sangat dengan movie Jurassic Park ni. Dengan kartun kartunnya sekali..
Yang menyampahnya,Walaupun dah hafal setiap turutan babak,Masih lagi nak acah acah terkejut dengan serangan dinosour

Jadi, percutian ke Genting Highland dengan membawa anak anak bujang yang sangat meminati filem Jurassic Park sangat sangat sesuai. Lepas ni MY nak buat paper work percutian ke Genting Highland la kat suami. 
hotel di genting highland pun banyak pilihan. Macam macam range harga ada. Ikut bajet kewangan, aktiviti yang nak dilakukan dan juga berapa ramai ahli rombongan Cik Kiah yang menyertai



Ni gambar gambar bilik di First World Hotel, MY cilok dari website Traveloka
Pemilihan bilik hotel adalah sangat penting dan harus diberi keutamaanbagi MY yang beranak pinak ramai ni,MY perlukan hotel yang berbentuk apartment bilik bilik untuk memuatkan askar askar yang ramai ni
Nampaknya,dengan menggunakan platform Traveloka,percutian menjadi lebih mudah kerana terdapat banyak pilihan hotel dan apps Traveloka sangat mesra pengguna. 
Dalam keadaan negara kita dan seluruh rakyat yang masih dalam proses untuk menghadamkan SOP endemik, memang wajiblah kita menjadi salah seorang rakyat yang menjadi duta dan pelancong di negara sendiri. Hashtag, SupportLokal
Jom kita buat plan untuk Cuti cuti Malaysia

Hmm... okaylah.
MY nak sambung usha hotel hotel yang sesuai dengan percutian keluarga MY
Dah ada bajet dan tentatif program,senang la suami nak approve nanti
Doakanlah ya..






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2022/01/bestnya-kalau-travel-ke-genting-highland.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Genting Highland Tempat Percutian Menarik Ketika Cuti Musim Perayaan

Genting Highland Tempat Percutian Menarik Ketika Cuti Musim Perayaan

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 283 hits
Genting Highland Tempat Menarik Untuk Percutian Singkat Bersama Keluarga Ketika Cuti Perayaan Tak lama lagi kaum cina akan menyambut perayaan Tahun Baru Di Malaysia ni antara cuti perayaan yang akan dapat cuti umum termasuk Tahun Baru Cina ...
Genting Hk Mp Wants Accountability As Malaysian Investments Take A Hit

Genting Hk Mp Wants Accountability As Malaysian Investments Take A Hit

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 216 hits
Subang MP Wong Chen has demanded accountability from three Malaysian banks with substantial investments from government linked funds over their decision to extend sizeable unsecured loans to Genting Hong Kong which is now in financial troub...
Tycoon Lim Quits As Genting Hong Kong Chairman Ceo

Tycoon Lim Quits As Genting Hong Kong Chairman Ceo

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 254 hits
Lim Kok Thay owns 76 of Genting Hong Kong HIONG KONG Genting Hong Kong chairman and chief executive officer Lim Kok Thay has resigned days after the company filed to wind up its business in one of the biggest stumbles by a cruise operator s...
Cruise Operator Genting Hong Kong Files To Wind Up Company

Cruise Operator Genting Hong Kong Files To Wind Up Company

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 190 hits
Troubled cruise operator Genting Hong Kong Ltd reported a record loss of RM7 13 billion in May HONG KONG Troubled cruise operator Genting Hong Kong Ltd has filed to wind up the company putting the spotlight on what support its lead sharehol...
Genting Hk Stocks Plunge 56 On Fears Of More Defaults

Genting Hk Stocks Plunge 56 On Fears Of More Defaults

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 167 hits
An artist s impression of the Global class of mega cruise ships from Genting owned shipbuilder MV Werften which has filed for insolvency HONG KONG Troubled cruise operator Genting Hong Kong Ltd plunged by a record 56 after shares resumed tr...
Highland Tower Actor Two Others Fined For Drug Possession

Highland Tower Actor Two Others Fined For Drug Possession

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 204 hits
Muhamad Niezam Mohd Zaidi and two film industry executives were also ordered to undergo supervision by the National Anti Drug Agency KUALA KANGSAR A film actor and two others were fined by the magistrate s court here today after they pleade...
Ride Paling Menggerunkan Di Genting Skyworlds

Ride Paling Menggerunkan Di Genting Skyworlds

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 242 hits
Selepas pertama kali masuk ke Genting Skyworlds ramai yang tanya mana satu ride yang Paling Menggerunkan Di Genting Skyworlds Secara peribadi saya bukan jenis yang suka aktiviti thrill macam ni sebab saya takut ketinggian gayat dan juga tak...
Nyaris Dirampok Penumpang Sopir Travel Melawan Sampai Ribut Di Bkt

Nyaris Dirampok Penumpang Sopir Travel Melawan Sampai Ribut Di Bkt

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 154 hits
Suyud mengatakan keributan mengundang perhatian warga Kebetulan juga saat itu ada anggota yang sedang berpatroli Pelaku saat ini telah diamankan di Polsek Duren Sawit
Berpeluh Tu Confirm Tak Guna Stroller Isteri Hafizul Kamal Kongsi Tip Travel Sendiri Dengan Anak

Berpeluh Tu Confirm Tak Guna Stroller Isteri Hafizul Kamal Kongsi Tip Travel Sendiri Dengan Anak

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 185 hits
Setiap kali keluar rumah dengan anak masa dihabiskan untuk mempersiapkan keperluan anak kecil kita Persiapan jadi lebih panjang bila mana hendak travel jauh Lagi lagi sendirian tanpa dibantu suami Apa ibu nak buat jika travel sendirian tanp...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024