Best Day Ever Jamuan Makan Ulang Tahun Perkahwinan Julia Johari Ke 8 Tahun


Kek Mango, tema kuning nampaknya banyak mewarnai rumah termasuklah mi spagetti tu haha
Saat di uji kejadian waktu malam, sehari sebelum majlis klik SINI, aku dah whatsapp ke semua tetamu jemputan. Tetiba selepas usai hantar mesej tetamu terakhir, aku kembali sebak lagi. Aku masuk tidur awal, seolah-olah merajuk dengan diri. Walhal ujian ini bukan aku seorang yang rasa, bahkan penduduk sekitarnya pun terpalit sama. 

Aku tidur sambil air mata masih menyeka di anak mata. 😞 sedihkan. Kalau bukan sebab nak rancang anjur majlis makan-makan, aku tak mungkin terasa sampai macam tu sekali. Seolah-olah perasaan tu macam lalui anak hilang tau tak. 

Bangun esok pagi, nak solat Subuh. Air masih berbaki sikit tapi agak keruh sebab dalam air takungan simpanan kami macam berkeladak air. Turun ke dapur, buka pili air. Masih kosong, hampanya rasa hati. Apa aku rancang dari awal seakan musnah, ya memang lah orang cakap boleh tunda Sabtu depan. Tapi hati aku dah tak ada untuk hari akan datang tau tak...entah kenapa.Kek Durian pujaan ramai.
Aku termenung di jendela waktu pagi, tak dapat lelapkan mata semula. Aku tunggu sampai jam 8. Sekali aku berdoa depan pili air, "Allah jika ini harinya, kau rezekikanlah air dan permudahkanlah".
Itu aku doa....aku buka pili air...AIR DERAS MENGALIR awak!Deras dan bukan berwarna kuning, tak berbau, malah laju.
Eh!! Tersentak aku, AKU MIMPI KE MALAM TADI sampai mesej semua tetamu majlis batal sebab masalah air?
Jemmmmm otak aku! Rupanya kawan-kawan ada mesej cakap Air Selangor sudah henti tugas untuk masalah Emergency tu. Allah! Terasa Allah berikan aku pelangi pagi tu korang.
Aku naik atas, bincang dengan suami, suami masih ragu-ragu, seakan dia punya mood sudah hilang berbanding semalam. Aku faham, dia ragu-ragu sebab takut ia sekejap je untuk beberapa jam, tapi aku yakin, jika hari ini rezeki aku, Allah mesti luaskan rezeki kami sekeluarga.
Aku bincang elok-elok dengan suami, dia setuju untuk aku jemput semula kawan-kawan seramai 15 keluarga. Bukan 15 orang ye, ini 15 keluarga punya jemputan on the same day! 
Bayangkanlah betapa kalutnya aku dengan semangat membuak kembali, aku pm seorang demi seorang, semua bagi respon dan beri galakan dekat aku supaya keep cool dan MEREKA DATANG ! 
Ya semua datang, ALLAH, rezeki kedua di kurniakan sahabat & keluarga mereka yang sporting, tahu akan masalah aku tengah hadapi. Syukur, alhamdulilah. Spagetthi Bolognese wajib juju masak, khas untuk anak-anak tetamu. 

Terus aku hayunkan tangan masak nasi lemak, tangan kiri panaskan sambal, tangan kanan goreng ayam, kaki aku ke sana ke mari dengan pantas. Suami dan Abg Qi terus membantu aku mop lantai, basuh bilik air tetamu dan menyusun barangan. 
Syukur Allah permudahkan urusan aku dengan bantuan 2 hero yang aku sayang. Ini juga contoh buat anak kami Abg Qi, menjamu orang makan adalah konsep sedekah yang perlu di pelajari. Bukan saje-saje anjur jamuan ulang tahun, tapi ada mesej utama aku dan suami nak tonjolkan pada Abg Qi sebenarnya ada bermacam cara untuk kita tingkatkan amalan bersedekah.
Contohnya, beli hadiah dan anjur lucky draw, biar nilainya murah tapi pastinya setiap tetamu merasa nikmat keseronokkan di layani dengan sempurna. Jangan kita harapkan hadiah dari tetamu, amalkan konsep memberi lebih baik dari menerima. 
Sambal petai pokok abah tanam, sambal sotong, ayam goreng yang di potong kecil serta set nasi lemak pandan, nasi impit dengan serunding homemade Kelantan juga ada. 

Tepat jam 12.30 hari, semua lauk pauk dan pencuci mulut sudah siap beratur di atas meja. Allah, aku nak mengalir air mata lagi, kali ini air mata gembira dan bersyukur dengan izinNya majlis jamuan makan kami dapat diadakan. BarakaAllah. 
Depan ruang tamu kami solat Zohor, sujud syukur kepada Allah kerana Dia benarkan hari ini dipermudahkan. Allah, Allah, Allah terima kasih Allah. 
Nasi lemak pandan 20 pot beras aku masak, 3 kali pusingan masak dalam rice cooker Philips. Aku suka masak nasi dalam rice cooker ni sebab ia tak ada kerak sangat, paling aku suka CEPAT MASAK. 

Aiskrim Malaysia 40 batang kami beli dekat kedai dan bekukan sendiri, air sirap pandan pun aku bancuh sendiri, gula aku cairkan 2kg cukup untuk buat ulangan. Ais suami beli pagi hari berkenaan. Leganya tengok tersusun rapi, tengah tunggu tetamu sampai jam 2 petang. 


Sebelum 15 keluarga tetamu sampai, Abg Qi sempat rakam kenangan kami berdua dengan kek sempena meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-8 tahun. Siap panjat kerusi tinggi nak snap gambar umi dan walid. 
Allah, terima kasih Abg Qi sayang, gambar ini cukup sempurna, terpancar kegembiraan dan kepuasan hati umi dan walid dapat realisasikan apa yang dirancang. Geng mak-mak, dari 15 tetamu jemputan, 14 keluarga datang alhamdulilah.
Antaranya geng mak-mak blogger gojes yang aku kenal sudah hampir 6 tahun lamanya. Ya, memang lama dah sudah lama tak bersua. Ada rakan blogger lain dan jiran sepejabat. 
Kali terakhir aku anjur party makan tahun 2013 sewaktu Abg Qi genap umur 1 tahun di McD, Kepong. Waktu itu pun sangat meriah seganda dari jemputan ini tau. Gembira diorang semua dapat jumpa kembali yeyy. Love sangat!

Tuan rumah yang sangat gembira, tak boleh simpan senyum meleret ni sebab diorang pemanis paling berharga dalam majlis berkenaan. Diorang penyuntik semangat aku dalam diam. Terima kasih kalian. 

Meriah kan? Full house, mujur 14 keluarga dari 15 aku jemput, kalau lebih mau kena open kat luar makan haha. Anak-anak tetamu penyeri majlis, diorang sakan main beyblade dengan Abg Qi tu yang berkumpul ramai haha. 
Terima kasih jiran kesayangan, Nik dan suami serta anak-anak. Hari tu anjur jamuan raya kat rumah juju diorang outstation. Maka jemput kali kedua, baru adil kan hehe. 

Blogger kak Tati Mansur & keluarga, terima kasih kak sudi datang. Dapat hadiah lucky draw hanger tu ingat-ingat lah juju masa nak sidai kain haha. Luv u akak! 

Haaaaa, korang! Semangat bergambar, macam-macam aksi geng mak-mak bergambar tau tak hahaha, seronok tau, di mana-mana port pasti bergambar, aktiviti selepas makan haruslah bergambar non stop hehehehe. 

Nak balik pun bergambar dekat pagar rumah pulak hahaha, layankan aje kami semua. 😂😂😂

Apa kata tetamu jemputan... 😍😍

Tepat jam 6.30 petang selesai sudah majlis kami. Syukur semua selesai, makanan pun selesai dan tak membazir, yeyyy happy to the moon and back. Aku tersenyum, suami tersenyum, abg Qi lagi puas senyum sebab seronok dapat main dengan kawan-kawan baru. 
Jutaan terima kasih kerana sporting terima jemputan kali kedua Onz party tau. Maafkan kami sekiranya ada kekurangan di sana sini. Hanya Allah dapat membalas rezeki melimpah ruah kepada kalian semua, aminnn. Mmmuahhh! 💋💋💋
Layan video live sepanjang majlis berlangsung. Klik!

Sabtu, 20 Julai 19, jam 2 petang, tarikh yang tak akan dilupakan sehingga akhir hayat aku. 
[Background video song by Afgan - Katakan Tidak.] 

Jodoh pasti bertemu, bukan setakat peneman hidup, tapi inilah peneman sahabat-sahabat tika aku susah senang, mereka mewarnai hidup aku hari itu, pelangi indah mereka bawa tak mungkin aku lupa sampai bila-bila. 💗
Aku sayang korang, till jannah, janji! Sobs sob **Sebak 😓
Jumpa lagi !

xxx

Jom layan gambar 120 keping di bawah:
Link Gambar Jamuan klik:1) Teaser- https://bit.ly/2XY2GF42) Part 1- https://bit.ly/2OjGvVo3) Part 2- https://bit.ly/2Z6TfzU4) Part 3- https://bit.ly/30LEnav5) Part 4- https://bit.ly/2JZhMQP

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2019/07/best-day-ever-jamuan-makan-ulang-tahun.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persiapan Di Sebalik Tabir Jamuan Makan Makan Rumah Julia Lagi

Persiapan Di Sebalik Tabir Jamuan Makan Makan Rumah Julia Lagi

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 936 hits
Cermin jadikan backdrop haha Aku pernah kongsi bulan lepas yang aku TAK BOLEH MOVE ON Korang ingat lagi tak kisah tu Alaaa rumah julia tu lah klik lepas dah anjur pada 22 Jun 19 lepas masuk tarikh 20 Julai 19 aku ON balik jamuan makan makan...
Kamera Hasselblad 907x Edisi Khas Dilancarkan Sempena Ulang Tahun Ke 50 Misi Ke Bulan

Kamera Hasselblad 907x Edisi Khas Dilancarkan Sempena Ulang Tahun Ke 50 Misi Ke Bulan

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 323 hits
Sudah lima puluh tahun misi Apollo 11 membawa dua angkasawan ke permukaan bulan Ia adalah satu langkah kecil untuk manusia dan satu lompatan besar untuk umat manusia untuk mengembara ke angkasa lepas Sempena ulang tahun misi bersejarah ini ...
Konsert Legenda Rai Ulang Tahun Ke 45 Hubungan Malaysia China

Konsert Legenda Rai Ulang Tahun Ke 45 Hubungan Malaysia China

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 423 hits
KOTA KINABALU 16 Zulkaedah 1440H Jumaat Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata penganjuran Konsert Legenda Laluan Sutera Maritim 2019 adalah satu daripada platform untuk memupuk dan memelihara hub...
Majlis Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke 76 Raja Perlis Ditunda 12 Okt 2019

Majlis Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke 76 Raja Perlis Ditunda 12 Okt 2019

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 496 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Dalam Tun M Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Wanita Ini Juga Berkongsi Tarikh Lahir Yang Sama Dengan Tun M

Dalam Tun M Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Wanita Ini Juga Berkongsi Tarikh Lahir Yang Sama Dengan Tun M

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 529 hits
Sejak dipilih semula menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh pada 10 Mei tahun lalu selepas Pilihan Raya Umum ke 14 Dr Mahathir sangat disegani pemimpin negara dunia pertama negara maju mahupun negara membangun Dalam Tun M menyambut ulang ...
Eksklusif Wawancara Bersama Tun Dr Mahathir Sempena Hari Ulang Tahun Ke 94

Eksklusif Wawancara Bersama Tun Dr Mahathir Sempena Hari Ulang Tahun Ke 94

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 449 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pihak Berkuasa Kesihatan P Pinang Arah Tutup 120 Kedai Makan Sejak Awal Tahun 2019 Ini

Pihak Berkuasa Kesihatan P Pinang Arah Tutup 120 Kedai Makan Sejak Awal Tahun 2019 Ini

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 374 hits
Sebut pasal negeri Pulau Pinang semua orang tahu itu negeri yang terkenal dengan kelebihan dari segi makanannya yang sangat sedap Saya sebagai orang Pulau Pinang mungkin ada sedikit perasaan syok sendiri Siapa lagi nak banggakan dengan kele...
Kriss Hatta Dipindah Ke Rutan Polda Metro Jaya Di Hari Ulang Tahun

Kriss Hatta Dipindah Ke Rutan Polda Metro Jaya Di Hari Ulang Tahun

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 198 hits
Kriss Hatta Dipindah ke Rutan Polda Metro Jaya di Hari Ulang Tahun Saat kepindahan Kriss dari Resmob ke ruang tahanan terlihat pihak keluarga dari Kriss juga ikut mendampingi kepindahan Kriss ke ruang tahanan Salah satunya yakni ibundanya T...
Eh Gila Laa Nabila Huda Kecam Ara Johari Makan Mi Pedas Campur Durian

Eh Gila Laa Nabila Huda Kecam Ara Johari Makan Mi Pedas Campur Durian

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 891 hits
Gara gara menyahut cabaran makan mi pedas yang dicampur bersama buah durian penyanyi Ara Johari dikecam oleh ramai netizen BACA Bukan Saya Yang Bela Beruang Ara Johari Rimas Dituduh Bela BeruangMenerusi perkongsian video di Instagram milikn...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord