Besar Besar Tulisan Kad Oku Ada Nama Ace Berjurai Air Mata Doktor Say Pegang Kad Oku Anak
Sebelum ini Doktor Say Shahzril pernah berkongsi mengenai perkembangan anak sulungnya, Ace di sosial media miliknya. Walalupun pada awalya dia meluahkan rasa kurang bersemangat selepas mendapat laporan perkembangan putera sulungnya sehingga terasa berat.
View this post on Instagram
A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)
“Kena duduk dan dengar progress Ace dah lalui sepanjang 4 bulan EIP (early intervention program), bukan saya tak suka dengar progress Ace tapi bakal berat lah otak jadinya”
Doktor selebriti itu sering berkongsi kisah Aezriel (Ace) yang disahkan menghidapi mild autism. Dalam pada masa yang sama doktor Say mengharapkan yang terbaik buat anaknya itu.
Semalam doktor Say Shahzril atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin memuatnaik gambar dia memegang kad OKU anak sulungnya. Menurutnya, dia merasakan pilu dan sedih apabila terima kad OKU anaknya. Tambahnya lagi, dia merasakan sedih bukan kerana malu tetapi kerana dia mengambil sedikit masa untuk menerima bahawa anaknya memang secara ‘rasmi’ berbeza.
“sy tahu kad inilah yg boleh menjadi bantuan terunggul kepada Ace sekiranya sy atau wife tiba2 tiada di dunia ni”
“Nak kata sy sedih anak sy OKU juga tak sebab OKU doesnt mean dia tak boleh enjoy the world like other kids do. Sy serius taktahu kenapa sy sayu tapi it took me quite some time to accept that my son is now “OFFICIALLY” different.”- tulis doktor Say.
View this post on Instagram
A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)
Walaupun dia tahu ada segelintir individu yang tidak bersetuju atas tindakan membuat kad OKU untuk Ace, doktor Say tetap dengan pendiriannya. Di posting yang lain, doktor say berkongsi kebaikan kad OKU dari akaun @pwlearningcentre
View this post on Instagram
A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)
Antara komen warganet:
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Besar- besar Tulisan Kad OKU Ada Nama Ace..”- Berjurai Air Mata Doktor Say Pegang Kad OKU Anak appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/besar-besar-tulisan-kad-oku-ada-nama-ace-berjurai-air-mata-doktor-say-pegang-kad-oku-anak/