Berubah Menjadi Baik Apabila Usia Meningkat



Umumnya, apabila usia meningkat, manusia berubah kepada nilai-nilai peribadi lebih baik. Perbuatan maksiat yang sebati dalam diri ketika usia muda ditinggalkan selari dengan keupayaan diri yang semakin terbatas dari segi kekuatan fizikal dan membataskan diri untuk terus melakukan apa yang biasa dilakukan pada usia muda.

Bagaimanakah pula sekiranya peningkatan usia ini tidak membawa perubahan yang baik, malah kecenderungan seseorang itu kepada perkara maksiat atau berunsur negatif semakin menjadi-jadi. Adakah ini petanda atau penentu sikap ini berkekalan atau ada `cahaya’ yang tidak diketahui manusia?

Jika pada usia tersebut tidak menjadi satu titik tolak ke arah perubahan yang baik, maka dibimbangi selepas itu memang sukar hendak berubah.
Walau bagaimanapun, kita sewajarnya melihat hal ini dari sudut optimistik.

Sebenarnya jika perkara ini dilihat dari sudut Islam, ia lebih kepada hidayah Allah SWTt. Hidayah ini tidak terbatas dan diterima oleh orang tertentu sahaja, ia adalah milik Allah.

Apabila menyentuh perubahan manusia sama ada ia perlu berlaku atau tidak perlu berlaku, bila ia berlaku, hakikatnya ia di luar pengetahuan akal manusia.

Pun begitu, berasaskan pengalaman semasa, kajian menunjukkan kepentingan berlaku pada usia tersebut tetapi ini juga tidak menafikan kebarangkalian seseorang untuk berubah menjadi baik selepas usia 40 tahun atau hampir dengan kematian.

Ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW bermaksud: "Manusia dihimpunkan di dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai setitis mani, 40 hari segumpal darah, 40 hari sebagai seketul daging, 40 hari berikutnya ditentukan jantina, amalan, rezeki, syurga atau neraka." 
Dan di hujung hadis tersebut, Baginda bersabda: "Kamu kena ingat, ada di antara kamu yang beramal di dalam hidupnya sebagai seorang ahli syurga sehingga orang melabelnya ahli syurga. Tiba-tiba pada penghujung hidupnya, dia telah melakukan satu perkara yang Allah murka kepada-Nya menyebabkan ia mati dalam kemurkaan Allah. Dan ada juga di kalangan kamu yang berlaku sebaliknya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi pengajaran yang dapat diambil daripada hadis ini, ialah bahawa kehidupan kita ditentukan oleh husnul khatimah. Di antara doa yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi dan perlu kita amalkan iaitu, Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati manusia, tetapkanlah hatiku dalam ketaatan kepada-Mu.

Jelaslah di sini bahawa perubahan pada usia 40 tahun itu penting dan kita kena sentiasa mengawasi usia kita dan waktu yang diamanahkan kepada Allah kepada kita.

Sebenarnya, perubahan boleh berlaku dengan syarat: Pertama, perubahan berlaku sebagai hidayah daripada Allah. Kedua, perubahan boleh berlaku dengan sebab kita membudayakan ilmu di dalam hidup kita dan ia boleh berlaku dengan pelbagai cara sejajar dengan kecanggihan. Ketiga, perubahan ini penting dengan sebab pergaulan kita. Keempat, kita kena sentiasa mengamalkan apa yang kita tahu, walaupun ia kecil.

Maka dalam soal melakukan perubahan ini, janganlah kita suka bertangguh-tangguh kerana banyak kerugiannya. Ini dibuktikan dan diperkukuhkan lagi dengan surah Ali Imran ayat 133 bermaksud: "Dan bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa."

Mengapa Islam amat menitikberatkan soal usia dan apakah kepentingan usia dalam Islam? Rasulullah SAW bersabda: "Dua nikmat yang manusia sering lalai dan alpa ialah kesihatan dan waktu atau usia yang Allah berikan." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Imam al-Qurtubi bercerita di dalam bukunya, Tazkirah Tentang Kematian dan Perkara Berkaitan Akhirat, sebuah kisah yang berlaku di Mesir mengenai seorang Muazin yang sanggup murtad kerana ingin berkahwin dengan seorang perempuan beragama Kristian yang dilihatnya sewaktu hendak melaungkan azan. Tetapi hidupnya berakhir dengan kematian sebelum sempat bersama wanita tersebut.

Kesan daripadanya, jelas Imam al- Qurtubi, bagaimana usianya di sisi Allah yang sudah pastinya menjadi ahli Neraka kerana sanggup murtad hanya kerana hendak berkahwin dengan wanita Kristian tersebut.

Pengajaran daripada kisah ini, ialah manusia tidak mengetahui penghujung usianya dan hanya Allah SWT Maha Mengetahui. Jadi, menjadi satu perkara yang penting, supaya umur yang diberikan dan diamanahkan oleh Allah sentiasa dimanipulasikan untuk mendatangkan pahala kepada kita.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/12/bql.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apabila Kesihatan Menjadi Keutamaan

Apabila Kesihatan Menjadi Keutamaan

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 702 hits
Hi korang Betul kan semuanya melibatkan wang apabila nak sihat dan melibatkan wang yang banyak jugak apabila kita sakit nasib baik SA ada insurans so takde la risau mana but still risau jugak kalau sakit berpanjangan apa yang SA cuba buat s...
Harga Ron95 Dipastikan Tidak Meningkat Mendadak Apabila Diapungkan

Harga Ron95 Dipastikan Tidak Meningkat Mendadak Apabila Diapungkan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 185 hits
10 Disember 2018 2 31 PM PUTRAJAYA Kerajaan akan memastikan harga petrol RON95 bagi pengguna yang tidak layak mendapat subsidi bersasar tidak meningkat dengan margin terlalu besar wala
Isteri Ini Berkongsi Detik Cemas Apabila Terkena Serangan Jantung Moga Kisahnya Menjadi Iktibar

Isteri Ini Berkongsi Detik Cemas Apabila Terkena Serangan Jantung Moga Kisahnya Menjadi Iktibar

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 448 hits
Isteri Ini Berkongsi Detik Cemas Apabila Terkena Serangan Jantung Moga Kisahnya Menjadi Iktibar Serangan jantung tidak mengenal usia jantina dan waktu Masih ingat tak lagi pelakon filem dan drama terkenal yang juga hos rancangan Roda Impian...
Gambar Cantiknya Apabila Misha Omar Berhijab Di Majlis Ijab Kabul Adik Sampai Pu Azman Hantar Teks Peribadi

Gambar Cantiknya Apabila Misha Omar Berhijab Di Majlis Ijab Kabul Adik Sampai Pu Azman Hantar Teks Peribadi

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 801 hits
Baru baru ini penyanyi Misha Omar memuat naik foto di laman Instagramnya tampil ayu mengenakan hijab Dia yang berbaju kurung berwarna hitam sedondon tudung kelihatan begitu anggun Percubaan Kak Mitch utk kelihatan seperti Nur dlm drama rama...
Apabila Sesekali Berkumpul Meriah

Apabila Sesekali Berkumpul Meriah

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 261 hits
Hi korang Selamat hari Isnin permulaan hari heppp jangan Monday Blues SA cuba menjadi ok hari ni 2 hari kat rumah takde aktiviti selain dari memasak dan jugak pergi hospital untuk fisio session lepas tu amik kesempatan jugak pergi beli baju...
Pan Brothers Sambut Baik Aturan Kawasan Berikat

Pan Brothers Sambut Baik Aturan Kawasan Berikat

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 198 hits
Vice Chief Executive Officer PT Pan Bothers Tbk Anne Patricia Sutanto mengungkapkan dengan dikeluarkannya PMK ini ke depan tidak hanya mempercepat kegiatan ekspor namun dapat juga meningkatkan daya saing produk Indonesia di pasar global
Ma Sebut Hakim Kena Ott Kpk Rusak Nama Baik Lembaga Peradilan

Ma Sebut Hakim Kena Ott Kpk Rusak Nama Baik Lembaga Peradilan

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 241 hits
Kepala Biro Hukum dan Humas MA Abdullah mengatakan pihaknya sudah banyak mengeluarkan aturan untuk para hakim Baik dari PERMA bahkan Maklumat dari Ketua Kemudian setiap Senin briefing Kemudian satu bulan ada pengarahan pembinaan tetapi teta...
Bagus Bawa Anak Main Di Pantai Jangan Fikir Kotor Tapi Baik Untuk Rangsangan Deria Anak

Bagus Bawa Anak Main Di Pantai Jangan Fikir Kotor Tapi Baik Untuk Rangsangan Deria Anak

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 452 hits
Perasan tak bila bawa ke pantai anak terus terkam nak main pasir Hinggakan sampai satu tahap ibu bapa bagi amaran jangan kotorkan tangan dan kaki Sebenarnya fitrah anak suka main pasir ini sangat bagus Ia boleh merangsang sensori pada diri ...
Pakaian Patuh Syariah Bagi Bidang Sukan Diterima Baik Atlet

Pakaian Patuh Syariah Bagi Bidang Sukan Diterima Baik Atlet

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 796 hits
Pakaian Patuh Syariah Bagi Bidang Sukan Diterima Baik Atlet Penetapan syarat pakaian patuh syariah dalam bidang sukan di Kelantan dilihat mudah diterima oleh atlet mahupun penduduk Kelantan sendiri Wan Roslan Wan Hamat yang merupakan Penger...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri