Bertuahnya Saya Dapat Nikmati Sesi Mahkamah Farid Kamil Hadapi 4 Pertuduhan Dadah
Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari telah diarahkan membela diri atas pertuduhan menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol oleh Mahmakah Majistret Petaling Jaya, Selangor, semalam.
LIHAT : Gambar Farid Kamil Tampar Polis Dalam Keadaan Khayal Ganja
Farid Kamil didapati bersalah menggunakan THC yang juga dadah terdapat pada ganja di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pukul 4.30 petang, pada 11 Januari 2018.
Berikutan itu pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Farid ketika ditemui di luar mahkamah oleh mStar memberitahu dia menerima keputusan mahkamah itu dengan hati terbuka.
“Dengan keputusan ini ia dapat memberi peluang kepada peguam saya untuk membuat pembelaan…. dan keadilan akan ditimbang tara.
“Alhamdulillah saya juga berpeluang untuk nikmati sesi mahkamah secara langsung,” – Farid Kamil.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Farid Kamil didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Ashraf Ahmad, 35 tahun, seorang eksekutif akaun syarikat swasta dan Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin, 24 tahun, seorang anggota polis.
Manakala pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Mohd Nizam dengan niat menghalang tugas polis.
Pertuduhan keempat pula iaitu berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan kepada Mohd Nizam, yang boleh mendatangkan kemarahan dan penghinaan terhadap mangsa.
Kesemua empat kesalahan Farid Kamil itu didakwa dilakukan Balai Polis Trafik Kota Damansara pukul 1.20 petang pada 11 Januari tahun lalu.
Seramai lima orang saksi telah dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula sejak 18 Disember 2018 dan mahmakah menetapkan 15 dan 16 Mei ini bagi bicara bela diri.
The post “Bertuahnya Saya Dapat Nikmati Sesi Mahkamah” – Farid Kamil Hadapi 4 Pertuduhan & Dadah appeared first on TEHPANAS.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.tehpanas.com/farid-kamil-seronok-dalam-mahkamah/