Ini kali kedua Iman diberi pelepasan balik sendiri sempena cuti semester. Sama macam cuti yang lepas, kali ini juga Iman bercuti selama seminggu. Belum pun alarm berbunyi Pak Inche telah mengejutkan Sk untuk bersiap. Tengok jam, lagi seminit pukul 5 dan Iman dijangka sampai pukul 6.30 pagi, punyalah semangat, hahaha. Bagus jugak, Iman sampai betul-betul lepas subuh, lepas ambil Iman terus pergi sarapan di McD Skudai
Disebabkan kami sarapan awal, jadi makan tengahari pun awal jugak. Pak Inche suruh masak kari ayam dan dia buat sambal belacan. Makanlah tiga beranak dengan penuh selera. Petang tu jalan-jalan tiga beranak ke Toppen. Pak Inche tak pernah lagi sampai ke sini sedangkan Sk dan Iman entah berapa kali jejak, hahaha. Walaupun perut sebenarnya macam kenyang lagi, macam tak best pulak kalau tak singgah makan lalu kami ke Hock Kee Kopitiam
Sk tak berhajat nak ambil main course lalu memilih Thai Sauce Fried Tofu ni. Hanya tauhu goreng biasa yang dicurahkan sos chilli Thai serta karot dan timun serta bawang yang dimayang serta taburan bijan. Kami kongsi makan ni tiga beranak bersama ayam pandan. Pak Inche pulak pesan Soft Shell Crab Asam Laksa, tapi sampai ke sudah tak sampai.. hurmmm
Ini kisah esoknya, kali ni kami mengukur kawasan ke Paradigm Mall pula. Sampai Paradigm terus jer isi perut makan Nasi Padang di medan selera. Lepas tu jalan sampai penat, hahaha, sebelum balik singgah Dip N Dip makan cekelat sepuas hati kononnya celebrate sekali birthday Iman yang dah terlepas pada 20 Januari lalu. Happy birthday, Imannnnnnnn
Iman cerita, masa di sana Iman diraikan kawan-kawan di kedai mamak dan kawan-kawan belanja makan. Penuh kedai mamak dari hujung meja ke hujung meja bersambung, katanya. Alhamdulillah, tak kisahlah di mana pun yang penting ingatan ikhlas dari kawan-kawan kan, terharu bonda dengo cerita Iman. Ialah, semua pun student lagi, kan
Pancake Brownie Club, salah satu menu baru di Dip N Dip. Ia merupakan gabungan pancake dan brownies yang dilapisi sos coklat. Terdapat tiga pilihan sos dan kami pilih milk choc. Yang biji-biji tu caramel. Makan kongsilah tiga beranak, tak boleh ui makan manis banyak-banyak, takutttttt! Mahal pulak tu, hahahaha.. tu yang benonya, alasan kunun manis, hahaha|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |