Bertemu Ketika Usia 13 Tahun Terpisah 10 Tahun Akhirnya Dilamar Di Depan Ibu Bapa


Bertemu Ketika Usia 13 Tahun, Terpisah 10 Tahun, Akhirnya Dilamar Di Depan Ibu Bapa. Kalau dah jodoh, takkan ke mana. Begitulah pepatah yang sesuai untuk pasangan pengantin Muhammad Hairulrizal Abu Bakar dan Nor Aimi Nabilla Dato’ Haji Zaimi. Kedua pasangan ini bertemu kali pertama pada usia 13 tahun sewaktu majlis di rumah Hairul pada 2006. Namun, selepas itu mereka terpisah selama 10 tahun sebelum bertemu lagi ketika Aimi berusia 22 tahun. Pertemuan itu kemudiannya membuahkan bimbit perkenalan hingga akhirnya membawa ke jinjang pelamin.
Berjumpa Buat Kali Pertama Pada 2006
Menurut Aimi, selepas 10 tahun, mereka berjumpa di Instagram. Pada ketika itu Hairul bekerja di Algeria manakala Aimi masih menuntut di Malaysia.

Lost Contact 10 Tahun Menurut Aimi juga suaminya itu seorang yang mementing keluarga. Bahkan, lamaran Hairul kepadanya dilakukan di hadapan kedua ibu bapanya.
Lamaran Juga Dilakukan Di Hadapan Kedua Ibu Bapa
Aimi juga berkata yang beliau amat terkejut dengan lamaran Hairul tersebut. Walaupun beliau pada asalnya merancang mendirikan rumah tangga pada usia 27 tahun, namun kehadiran Hairul membuka pintu hatinya untuk melangsungkan perkahwinan lebih awal.
Sangat Terkejut
Artikel Lain
Tanda-Tanda Paling Tepat Dia Sebenarnya Adalah Jodoh Anda. Kalau Dah Jumpa, Ikat Cepat! Tanda-Tanda Paling Tepat Dia Sebenarnya Adalah Jodoh Anda. Kalau Dah Jumpa, Ikat Cepat! Jodoh adalah misteri yang ditentukan tuhan. Ia melibatkan adanya kesamaan antara dua insan yang punya ikatan emosi, spiritual dan fizikal untuk hidup bahagia bersama. Walaupun mungkin anda tidak dapat mengungkapkan misteri itu, namun sekurang-kurangnya anda mampu melihat tanda-tanda bahawa dia pilihan tepat untuk anda.
Oleh itu, perlu untuk anda ketahui tanda-tandanya sebelum anda memastikan dia jodoh anda. Apabila masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan benarlah dia insan yang ditakdirkan untuk hidup bersama anda, jangan sesekali pula anda melepaskan.
1. Terima anda seadanya
Apapun anda sebelum ini atau apa yang pernah anda lakukan dahulu, dia langsung tak ambil kisah kerana yang penting siapa anda sekarang. Dia sedar bahawa setiap manusia ada kelemahan dan keburukan masing-masing. Malah siapalah dia yang ingin menghukum anda atas kelemahan anda itu.
2. Bersahaja di depan anda
Dia tidak berpura-pura menjadi orang lain, bahkan selesa menjadi dirinya sendiri dan bersikap bersahaja di depan anda. Jika anda amati tingkah laku, cara pertuturan, caranya makan dan sebagainya yang menunjukkan sikapnya yang dibuat-buat atau pelik, sah dia berlakon di hadapan anda. Tapi jika dia tampil bersahaja maka benarlah dia calon hidup anda yang tepat.
3. Rasa senang apabila bersamanya
Bukan hanya dirinya, malah apabila berada di sampingnya anda tidak akan rasa jemu. Ini menandakan yang anda miliki kesamaan dengannya. Apabila ada daya tarikan antara anda berdua secara automatiknya akan muncul perasaan tenang, gembira dan rasa tidak tertekan apabila bersama. Malah kehadirannya dalam hidup anda menjadi pengubat ketika anda senang mahupun susah.
4. Sentiasa jujur dengan anda
Kejujuran merupakan kunci utama dalam membina sebuah hubungan. Selagi kejujuran bertakhta di hati, kebahagiaan akan menjadi milik anda berdua. Dengan adanya sikap jujur, hubungan yang terjalin antara anda berdua akan menjadi lebih ikhlas. Namun jika anda miliki pasangan yang tidak jujur maka akan wujud kecurangan dalam hubungan. Sebaiknya gabungkan sikap jujur dan kesetiaan bagi menghangatkan lagi sebuah percintaan yang sejati.

5. Memahami diri anda
Dia hendaklah sentiasa memahami diri pasangannya dan berada bersama anda dalam apa jua keadaan sama ada susah atau senang. Apabila anda hadapi kesulitan, dia berusaha untuk menghulurkan bantuan dan menjadi penawar pada kesulitan yang anda hadapi. Bukan itu sahaja, dia juga sanggup mengharungi ranjau duri yang anda berdua hadapi dalam hubungan.
6. Tidak malu tampilkan kelemahannya
Tiada manusia yang sempurna di dunia ini jadi tidak hairanlah jika kita punya kelemahan tertentu. Apabila dia ditakdirkan untuk menjadi pasangan anda, dia tidak akan pernah menutup kelemahan yang dimilikinya serta bersedia memberitahu anda mengenainya. Memang benar, bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan otang yang dicintai. Namun yang baiknya apabila anda berdua tahu kelemahan masing-masing, maka dari situ anda berdua boleh berusaha untuk membaiki kelemahan tersebut menjadi lebih baik.
7. Saling mempercayai antara satu sama lain
Dalam sesebuah hubungan, penting anda dan pasangan miliki sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Ia penting bagi mengelakkan timbul rasa ragu-ragu antara anda dan pasangan. Malah apabila ada sikap percaya, hubungan yang dibina akan menjadi lebih tulus. Apabila anda berdua saling mempercayai, pastikan anda berdua akan rasa selamat memberitahu apa jua rahsia kerana anda berdua tahu rahsia itu akan tersimpan kemas dalam diri masing-masing. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.
8. Dia menginspirasikan anda menjadi lebih baik
Kehadirannya dalam hidup anda membuatkan anda sentiasa rasa bersemangat. Sokongan positif yang sentiasa didorongkan kepada anda membuatkan anda ingin menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Hubungan yang saling menyokong antara satu sama lain ini bakal menjadikan hubungan anda berdua lebih berjaya di masa akan datang.
9. Orang sekeliling menerimanya
Apabila keluarga terutamanya orang tua dan kawan-kawan anda boleh menerima kehadirannya, itu petanda dia jodoh anda. Sudah tentu kehadirannya disenangi oleh orang penting yang ada di sekeliling anda. Penerimaan keluarga dan kawan-kawan anda itu sebagai bukti bahawa mereka yakin dia boleh memberikan kebahagiaan kepada anda hingga akhir hayat.
10. Dapat membayangkan masa depan bersamanya
Apabila anda sudah boleh membayangkan masa depan anda untuk hidup bersama dengannya, memang dialah jodoh anda. Biasanya kalau sesebuah hubungan itu dijalin secara serius, pasangan anda tidak ragu-ragu untuk membincangkan tentang masa depan misalnya tentang tarikh untuk berjumpa orang tua anda, merisik, bertunang dan berkahwin.

11. Dengarkan kata hati
Dengarlah kata hati anda saat anda ingin membuat keputusan untuk hidup bersama seseorang. Manusia dikurniakan Allah dengan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangan. Dengan deria ini anda akan saling mengetahui perasaan, membaca fikiran dan dapat menduga reaksi serta tindak balas pada situasi tertentu. Apabila ada keyakinan dengan pilihan anda, berdoa dan berserahlah pada ketentuan Ilahi agar jodoh yang ditakdirkan ini tepat untuk anda.
12. Lakukan solat Istikharah dan bertawakal
Jodoh dan pertemuan merupakan ketentuan Allah SWT. Jika dia pilihan anda, buatlah keputusan dengan sebaiknya. Namun jika dia bukan jodoh anda, tolaklah dia dengan sebaiknya. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepada-Nya. Teruskan berdoa dan lakukan solat Istikharah agar anda diberi petunjuk untuk membuat keputusan yang sebaiknya.
Sumber: Pesona Pengantin
The post Bertemu Ketika Usia 13 Tahun, Terpisah 10 Tahun, Akhirnya Dilamar Di Depan Ibu Bapa appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/bertemu-ketika-usia-13-tahun-terpisah-10-tahun-akhirnya-dilamar-di-depan-ibu-bapa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Jangan Beri 2 Benda Ini Selagi Belum Cecah 17 Tahun Kalau Tak Hancur Masa Depan Mereka

Ibu Bapa Jangan Beri 2 Benda Ini Selagi Belum Cecah 17 Tahun Kalau Tak Hancur Masa Depan Mereka

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 453 hits
Ibu Bapa Jangan Beri 2 Benda Ini Selagi Belum Cecah 17 Tahun Kalau Tak Hancur Masa Depan Mereka Anak lelaki itu tunjang keluarga Andai betul cara didikannya mereka akan membesar menjadi pemimpin yang hebat Jadi mak ayah perlu tahu bagaimana...
73 Kematian Kanak Kanak Pada Tahun 2017 Ibu Bapa Wajib Memasang Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Menjelang 2020

73 Kematian Kanak Kanak Pada Tahun 2017 Ibu Bapa Wajib Memasang Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Menjelang 2020

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 406 hits
Timbalan Menteri pengangkutan YB Dato Hj Kamaruddin di pelancaran kempem Malaysia Save Our Future yang digerakkan oleh Tateh telah mengumukan cadangan bahawa orang ramai diwajibkan memasang kerusi keselamatan kanak kanak pada setiap kendera...
Belum Sempat Berbakti Pada Ibu Gadis Ini Akhirnya Bertemu Illahi Setelah Bertarung Nyawa

Belum Sempat Berbakti Pada Ibu Gadis Ini Akhirnya Bertemu Illahi Setelah Bertarung Nyawa

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 443 hits
Belum Sempat Berbakti Pada Ibu Gadis Ini Akhirnya Bertemu Illahi Setelah Bertarung Nyawa Akibat Accident Segala urusan ajal m4ut rezeki dan jodoh itu sememangnya terletak di tangan Allah Begitu juga suratan yang berlaku kepada arw4h Khairun...
Bocah Usia Belasan Tahun Ini Sering Ngompol Kecurigaan Sang Ibu Selamatkannya Dari Diabetes

Bocah Usia Belasan Tahun Ini Sering Ngompol Kecurigaan Sang Ibu Selamatkannya Dari Diabetes

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 305 hits
Akhir tahun 2015 dunia terasa kiamat bagi suami istri Konang Prihandoko dan Aisyah Rahmah Anak bungsunya Fulki Baharuddin Prihandoko yang saat itu masih berumur sembilan tahun didiagnosa menderita penyakit diabetes melitus tipe 1 Itu berart...
2 Tahun Dibiarkan Rusak Akhirnya Tanggul Di Kali Bekasi Segera Diperbaiki

2 Tahun Dibiarkan Rusak Akhirnya Tanggul Di Kali Bekasi Segera Diperbaiki

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 302 hits
Tanggul di Jalan Cipendawa Bekasi rusak parah sejak Februari 2017 lalu Kerusakan yang dibiarkan tersebut menggerus badan jalan dari arah Cipendawa menuju ke Jatiasih Akibatnya satu jalur tak bisa dilalui kendaraan terutama roda empat
Nora Danish Sedia Bagi Adik Pada Ney Ney Tahun Depan Kali Ini Impikan Bayi Perempuan

Nora Danish Sedia Bagi Adik Pada Ney Ney Tahun Depan Kali Ini Impikan Bayi Perempuan

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 343 hits
Pelakon Nora Danish tanpa berselindung memaklumkan dia sedia hamil lagi tahun depan kerana mengimpikan cahaya mata perempuan Katanya keinginan menimang bayi perempuan tetap membara walaupun kehidupannya kini lengkap dengan kehadiran dua cah...
Cuba Amalkan Setiap Pagi Sedekahkan Al Fatihah Kepada Ibu Bapa Anda Anda Pasti Terkejut Dengan Kesannya

Cuba Amalkan Setiap Pagi Sedekahkan Al Fatihah Kepada Ibu Bapa Anda Anda Pasti Terkejut Dengan Kesannya

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 407 hits
Informasi By rencah7 Rasulullah SAW pernah bersabda Setiap pagi sedekahkan Al Fatihah kepada kedua ibu bapamu nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu Berdasarkan Hadith Nabi SAW Tidak akan terputu
Anak Tidur Rumah Kawan Apa Ibu Bapa Kena Ingati

Anak Tidur Rumah Kawan Apa Ibu Bapa Kena Ingati

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 691 hits
Setiap ibu bapa ingin melindungi anak dan memastikan mereka sentiasa selamat dan jauh daripada masalah Memastikan anak anda selamat di sekolah atau bersama pengasuh mungkin satu perkara yang sukar untuk dilakukan namun ia mungkin akan menja...
Bukan Semua Orang Mampu Buat Cam Ini Netizen Puji Cara Syafie Naswip Layan Ibu Bapa

Bukan Semua Orang Mampu Buat Cam Ini Netizen Puji Cara Syafie Naswip Layan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 504 hits
Pelakon yang memegang watak Mat Dan dalam filem Polis Evo 2 Syafie Naswip mendapat pujian netizen Memuat naik video dirinya bersama ibu di laman sosial Instagram Syafie berkongsi saat mesra bersama ibu bapa dengan peminatnya Pada awal pemba...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba