Bertaubatlah Ahli Parlimen


Alhamdulillah, kita menarik nafas lega apabila Setiausaha Dewan Rakyat mengeluarkan surat menangguhkan sidang Dewan Rakyat, kelmarin selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah serta penilaian risiko semasa yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan disebabkan jangkitan Covid-19 di Parlimen. Sudah tentu kita tidak mahu berlaku lagi huru-hara di Parlimen sekiranya ada ahli Parlimen dijangkiti.

Bersidang pun Parlimen, kadangkala seolah-olah melihat sarkas, ada yang kata lebih teruk daripada itu. Memalukan. Amat menyakitkan hati melihat gelagat ahli Parlimen ultra kiasu terutama yang mengganggu semasa bacaan al-Fatihah kepada mangsa Covid-19 ketika Perdana Menteri memberi ucapan dalam pembukaan sidang Parlimen, minggu lalu. Sepatutnya semua ahli Parlimen diam dan bertafakur tetapi lain jadinya.

Gelagat ahli Parlimen pihak pembangkang kelihatan langsung tidak beradab dan kurang mencerminkan diri sebagai wakil rakyat. Setiap kali pihak ahli Parlimen berucap, pasti akan diganggu dan tidak memberikan ruang dan peluang untuk bercakap. Sayang seribu sekali sayang, rakyat yang memberi undi kepada setiap ahli Parlimen dan mengharapkan memberikan khidmat terbaik di Parlimen tetapi lain yang diharapkan, lain yang berlaku.

Rata-rata rakyat yang melihat gelagat ahli Parlimen ini melahirkan kekecewaan dan tertanya-tanya, apakah Yang Berhormat ini sudah hilang kewarasan untuk berbahas dan memberikan cadangan bermanfaat kepada rakyat? Memang rakyat yang mengundi untuk menaikkan mereka dan bukannya undi itu datang daripada kumpulan tertentu. Jika benar setiap ahli Parlimen memikirkan undian ke atas mereka adalah daripada kumpulan mereka tanpa sokongan rakyat, maka telahan itu salah. Bukan semua rakyat termasuk bukan Melayu melibatkan diri dalam kumpulan-kumpulan yang propembangkang.

Lihatlah apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang termasuk bandar-bandar besar seperti Ipoh, Johor Bahru dan Seremban. Rata-rata yang terkesan dengan impak Covid-19 adalah golongan kelas pertengahan dan peniaga bukan Melayu yang majoritinya menyokong pembangkang tetapi kehidupan mereka kini langsung tidak terjaga.

Ada dalam kalangan mereka kini melahirkan kekesalan kerana sikap ahli Parlimen pembangkang tidak ubah sama seperti wakil Barisan Nasional (BN) suatu ketika dahulu. Kepentingan agenda peribadi untuk mengejar populariti lebih utama daripada kepentingan rakyat. Di manakah suara pembangkang dalam mengutarakan nasib golongan peniaga bukan Melayu yang kini hidup sukar untuk meneruskan operasi perniagaan?

Berbanding situasi Noor Hisham yang memberikan ruang dan peluang kepada timbalannya, Datuk Dr. Chong Chee Kheong untuk mewakilinya dalam mengumumkan perkembangan terkini wabak Covid-19. Apabila ruang dan peluang ini diberikan, komen-komen negatif dan laungan persepsi kurang baik agak kurang dilontarkan oleh pihak tertentu. Timbulnya situasi antara dua darjat.

BUAYA
Jika dahulu apabila Noor Hisham berucap dan memaklumkan perkembangan terbaru pandemik, pelbagai konotasi dan persepsi dilontarkan seolah-olah semua itu kesalahan Kementerian Kesihatan. Sepatutnya sebagai pihak yang melaungkan slogan kesamarataan hak rakyat, tidak perlu membezakan agama dan kaumnya. Jika isu ini kurang mampu ditonjolkan maka slogan itu hanya sebagai satu perhiasan, bukannya berdasarkan meletakkan yang hak kepada yang berhak.

Sikap antara dua darjat dan isu tidak beradab bukan budaya masyarakat yang berintegriti dan berpegang kepada kesopanan dan kesusilaan negara. Malah rata-rata rakyat yang terkesan dengan impak Covid-19 ingin melihat perubahan bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga pembangkang. Sememangnya rakyat sedang memerhati setiap tingkah dan hasilan mereka kepada manfaat rakyat. Usah melihat pembangkang tidak terkesima seperti apa yang sedang dialami BN, iaitu kekalahan disebabkan ditolak rakyat dalam pilihan raya umum (PRU).

Buat masa ini, majoriti rakyat memilih untuk diam dan tidak teruja memberi respons apa yang sedang berlaku dalam situasi politik negara. Walaupun dikatakan majoriti Melayu menolak UMNO dan majoriti Cina menolak MCA, tetapi itu hanya andaian dan persepsi. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya, jangan disangka reaksi rakyat diam menunjukkan UMNO dan MCA sudah hilang taring.

Di pihak kerajaan Perikatan Nasional (PN), sentiasa sedar dan setiap masa mengambil jalan proaktif dalam menjaga hubungan dengan BN. Ini kerana trend politik hari ini adalah zaman integrasi politik. Tanpa sokongan BN, kerajaan PN tidak akan berdiri kukuh. Mahu tidak mahu, rundingan untuk bersama BN perlu dipelihara sehingga Parlimen dibubarkan.

Berbalik kepada isu kurang beradab di Parlimen, ia menunjukkan ahli politik agak kurang matang dan cepat beremosi. Walaupun rata-rata netizen memberikan komen negatif di media sosial tetapi disebabkan ia hanya datang daripada satu kelompok masyarakat, maka tidak diendahkan. Perbuatan ini juga mendapat liputan meluas media antarabangsa yang memberikan pandangan agak sinis ke atas mentaliti ahli Parlimen kita.

Isu ini kurang diuar-uarkan di media sosial seolah-olah pembangkang cuba mengelak untuk berdepan realiti sebenar krisis dialami negara. Gambaran sebegini di media sosial antarabangsa memberikan impak ke atas keyakinan pelabur untuk datang ke sini. Pada pandangan mereka, situasi politik negara ini kurang stabil dan bila-bila masa pemerintah boleh bertukar tangan. Akhirnya, yang rugi adalah rakyat yang menyokong dan memangkah mereka dalam PRU lalu.

Walaupun gelagat itu dianggap sebagai satu strategi tetapi kesannya amat besar kepada ekonomi negara. Maka tidak mustahil Penarafan Antarabangsa Fitch meletakkan Malaysia pada rating BBB+ walaupun dijangka pertumbuhan ekonomi kita, iaitu 4.5 peratus pada 2021 dan 6.3 peratus pada 2022. Komen yang diberikan agak positif dengan kadar kelajuan suntikan vaksin dan keyakinan untuk ekonomi Malaysia kembali pulih. Tetapi disebabkan gelagat ahli politik yang terlalu menekan pempolitikan, akhirnya negara masih di takuk lama.

Bertaubatlah ahli Parlimen, dahulukan kepentingan rakyat.

Oleh: Profesor Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah
dan Dr. Iskandar Hasan Tan Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/08/bertaubatlah-ahli-parlimen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
30 Ahli Parlimen Bn Tandatangani Surat Akuan Sokong Muhyiddin Sumber

30 Ahli Parlimen Bn Tandatangani Surat Akuan Sokong Muhyiddin Sumber

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 492 hits
Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional difahamkan telah menandatangani surat akuan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam satu pertemuan sulit di Wisma Perwira Kementerian Pertahanan pada Ahad malam ...
Sekat Ahli Parlimen Guna Polis Pn Kalah Anwar

Sekat Ahli Parlimen Guna Polis Pn Kalah Anwar

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 264 hits
Malaysia mencatat sejarah hitam hari ini apabila bukan sahaja pasukan polis menutup Bangunan Parlimen malah dalam jarak 2 kilometer jalan masuk ke Parlimen Kumpulan Ahli ahli Parlimen Pembangkang pagi ini yang berarak menuju ke Parlimen sel...
Puluhan Ahli Parlimen Pembangkang Berarak Menuju Bangunan Parlimen Dari Dataran Merdeka Pagi Tadi

Puluhan Ahli Parlimen Pembangkang Berarak Menuju Bangunan Parlimen Dari Dataran Merdeka Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 308 hits
nbsp KUALA LUMPUR Puluhan Ahli Parlimen pembangkang berarak menuju semula ke Parlimen selepas berkumpul di Dataran Merdeka kira kira jam 10 20 pagi tadi Mereka berarak beramai ramai berjalan kaki sambil membawa sepanduk yang meminta Perdana...
Hanya 19 Ahli Parlimen Hadir Mesyuarat Bukan 40 Kata Orang Dalam Bn

Hanya 19 Ahli Parlimen Hadir Mesyuarat Bukan 40 Kata Orang Dalam Bn

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 332 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Spekulasi timbul bahawa hanya 19 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menghadiri satu mesyuarat dengan Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bukannya 40 Ahli Parlimen yang dikatakannya Orang dalam parti itu ...
Wartawan Lagi Ramai Berbanding 50 Ahli Parlimen Pembangkang Di Dataran Merdeka

Wartawan Lagi Ramai Berbanding 50 Ahli Parlimen Pembangkang Di Dataran Merdeka

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 274 hits
On Aug 2 2021 Jumlah wartawan yang membuat liputan di Dataran Merdeka pada pagi ini lebih ramai berbanding Ahli Ahli Parlimen blok pembangkang yang berhimpun namun ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sudah memiliki majoriti ...
Surat 40 Ahli Parlimen Bn Sokong Kerajaan Tulen Kata Ismail Sabri

Surat 40 Ahli Parlimen Bn Sokong Kerajaan Tulen Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 320 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan ketulenan surat 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong kerajaan bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikeluarkan pada 29 Julai lalu Ismail Sa...
Bagus Tak Jadi Hamba Ppbm Nazri Dedah Hanya 2 Ahli Parlimen Bn Tak Sokong Pn

Bagus Tak Jadi Hamba Ppbm Nazri Dedah Hanya 2 Ahli Parlimen Bn Tak Sokong Pn

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 258 hits
August 1 2021 Pertemuan melibatkan 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional di bangunan Parlimen pada Khamis lepas memang berlaku dan semuanya memberikan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional kata Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Moh...
Ahli Parlimen Star Sabah Tenang Sahaja

Ahli Parlimen Star Sabah Tenang Sahaja

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 349 hits
JEFFREY KITINGAN KOTA KINABALU Ahli ahli Parlimen Parti Solidariti Tanah Airku Sabah masih kekal setia bersama Perikatan Nasional dan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata STAR Saba...
Ulasan Samsung Galaxy A36 5g Hp Android Menengah Rasa Premium

Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah

Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Steven Sim Sahut Cabaran Lebai Kelaqah

Siti Nordiana Seribu Setia Chord

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Covid 19 Dan Pkp Belum Berakhir Rindunya Makan Masakan Kampung Bersama Keluarga

Jangan Takut Kepada Kegagalan Jangan Diragut Kebahagiaan Orang

Berlumba Lumbalah Dalam Melakukan Hal Hal Kebaikan

Menukar Domain Blog Dari Com Kepada Blogspot

Perikatan Nasional Mula Gerak Kempen Awal Pilihan Raya Umum Ke 16 Melalui Jelajah Teraju Pahang

Pn Ini Realistik Muhyiddin Persoal Umno Ragu Mampu Pertahan 26 Kerusi Pru15