Bertanggungjawab Dengan Pemberian Faraid Yang Di Terima



Ada sesetengah orang masih tidak tahu hukum faraid apabila berlaku sesuatu kematian. Tetapi ada juga rata-rata yang tahu hukum faraid. Tetapi sekarang yang menjadi isunya, ada sesetengah yang tahu tu , tidak menggunakan hukum faraid sepenuhnya seperti yang diajarkan dalam Islam. Peraturan Islam dalam menentukan hukum faraid memang dah tersusun dengan cantik, dengan syarat diamalkan 100% seperti yang dikehendaki dalam Islam. Namun ada sesetengahnya seolah-olah seperti memejam sebelah mata, mengabaikan tanggungjawab sepatutnya selepas mendapat bahagian masing-masing. Admin suka dengan perkongsian di facebook oleh Hishamuddin Abd Majid. Mari kita cuba selami dan mengambil iktibar dengan apa yang dikongsikan. Mudah-mudahan kita boleh menjadi orang yang bertanggungjawab yang mana lebih pahalanya berbanding menuntut harta simati kemudian berjoli sesuka hati.

-Admin-

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya...iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya. Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.

Mari kita berfikir akan kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.

1. Semasa hidup simati org susah, adikberadik tak pernah menjenguk, apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2.

2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu)

3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.

4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada, isteri dan anak2 tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.

6. Sejurus selepas simati dikebumikan, adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Simati tiada anak lelaki, so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.

8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid, bahagian utk isteri, anak2, ibu simati dan adik beradik simati.

8. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit, lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih, dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran. Kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10. Nak cari mana 150k? nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut rumah dijual, dapatlah bahagian sibalu dan anak2 dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat mustahil dpt cari rumah baru.

Bermula lah episod merempat si anak2 yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jgnkan sibalu, si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris. Harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali. Waris2 semua lesap lepas dpt bahagian masing2.

Walaupon berhak pada harta simat tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri..ya tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum.

Jika kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.

Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar, bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh, wajib bg walinya mengikut turutan wali sebelah simati menyediakan nafkah utk anak simati. Kalu tidak diambil peduli, menanggunglah diakhirat kelak.

Hukum faraid itu sgt adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2 dibawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn diberi juga kepada adik beradik simati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

INGAT YEA..! dpt pembahagian harta simati bkn terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.

Wallahu'alam


Kredit : Fb Hishamuddin Abd MajidHantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2017/05/bertanggungjawab-dengan-pemberian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cinta Terima Kasih

Cinta Terima Kasih

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 287 hits
Terima kasih untuk Cinta kerana kau telah menyedarkan aku betapa cinta itu perlukan pengorbanan kesetiaan dan kesabaran
Hiburan Jangan Sebar Berita Tak Sahih Kkm Tak Terima Sebarang Laporan Monkeypox Di Malaysia

Hiburan Jangan Sebar Berita Tak Sahih Kkm Tak Terima Sebarang Laporan Monkeypox Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 206 hits
Semalam tular di media sosial Twitter mengenai satu hantaran foto yang memaparkan seorang kanak kanak didakwa telah dijangkiti virus Monkeypox ataupun cacar monyet di Malaysia Penularan foto tersebut ternyata telah menimbulkan perasaan cema...
Puluhan Tenaga Kesehatan Di Sorong Belum Terima Insentif Penanganan Covid 19

Puluhan Tenaga Kesehatan Di Sorong Belum Terima Insentif Penanganan Covid 19

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 237 hits
puluhan tenaga kesehatan mendatangi Kantor Wali Kota Sorong Mereka menuntut pemerintah daerah agar membayar hak hak mereka yang belum diselesaikan Perwakilan dari puluhan tenaga kesehatan tersebut bertemu Wali Kota Lambert Jitmau untuk meny...
Hiburan 35 600 Rakyat Mati Tau Tak Netizen Tak Setuju Pm Terima Honorary Doctorate Di Jepun Ungkit Cerita Prn Sabah

Hiburan 35 600 Rakyat Mati Tau Tak Netizen Tak Setuju Pm Terima Honorary Doctorate Di Jepun Ungkit Cerita Prn Sabah

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 179 hits
Universiti tertua di Jepun Universiti Nihon telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perubatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menurut anugerah itu adalah tanda pengiktirafan usaha dan sumbangan beliau dalam memera...
Na Inwoo Kongsi Sebab Terima Watak Dalam Drama Jinx At First

Na Inwoo Kongsi Sebab Terima Watak Dalam Drama Jinx At First

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 190 hits
Na In woo yang baru baru ini tampil dalam drama terbaru Jinx At First yang diarahkan oleh Yoon Sang ho yang sudah mula ditayangkan pada 15 Jun lalu Jinx At First merupakan kisah di mana manusia dan sumpahan yang menjalani kehidupan tidak ba...
2 Pembantu Kesihatan Terima Rasuah Rm15 000 Bagi Urusan Kerja Pengurusan Jenazah Ditahan Sprm

2 Pembantu Kesihatan Terima Rasuah Rm15 000 Bagi Urusan Kerja Pengurusan Jenazah Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 178 hits
Foto Harian MetroSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapat perintah Mahkamah Majistret Shah Alam untuk menahan dua pembantu kesihatan bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah RM15 000 setiap seorang bagi urusan...
Terima Bantuan Dari Jokowi Pedagang Di Denpasar Pakai Untuk Kembangkan Usaha

Terima Bantuan Dari Jokowi Pedagang Di Denpasar Pakai Untuk Kembangkan Usaha

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 296 hits
Sejumlah pedagang yang biasa berjualan di Pasar Kreneng Kota Denpasar Bali mendapat bantuan dari Presiden Joko Widodo Salah satu penerima bantuan Wayan Sariadi yang kesehariannya menjual nasi kuning mengaku senang dan berterima kasih Bantua...
Broker Terima Tepukan Gemuruh Di Festival Filem Cannes Lakonan Iu Dipuji Media Luar Negara

Broker Terima Tepukan Gemuruh Di Festival Filem Cannes Lakonan Iu Dipuji Media Luar Negara

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 141 hits
Nampaknya filem Broker mendapat perhatian ramai sejak ianya dipromosikan Malah naskhah itu dijemput untuk ditayangkan di Filem Festival Cannes ke 75 Untuk pengetahuan Broker membawa kisah perjalanan istimewa yang tidak dijangka mengenai kot...
Ptptn Terima Rm1 9 Bilion Bayaran Balik

Ptptn Terima Rm1 9 Bilion Bayaran Balik

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 184 hits
PETALING JAYA Sebanyak RM1 9 bilion bayaran balik telah diterima oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional bagi tempoh enam bulan bermula 1 November 2021 sehingga 30 April 2022 Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba