Bertambah Kuat Beribadah Dan Berlindung Dengan Mu Dari Kejahatan Dan Kebinasaan 9332



Ini Keutamaan Wudhu yang Disampaikan Rasulullah ﷺ 
by yudi
WUDUHU memiliki keajaiban yang luar biasa. Pahala bagi orang yang mendawamkan salah satu ibadah bersuci ini digambarkan dalam hadis berikut. Dari Abu Hurairah Ra., ia berkata:
“Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai dari tubuh seseorang mu’min, sesuai dengan anggota yang dicapai oleh wudhu yakni sampai di mana air itu menyentuh tubuhnya, sampai di situ pula perhiasan yang akan diperolehnya di syurga.” (HR. Muslim). 
BACA JUGA: Berbicara Ketika Wudhu, Apa Hukumnya?
Wudhu dapat merontokkan kesalahan-kesalahan seorang muslim. Dari Usman bin Affan Ra., dia berkata: 
“Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Barangsiapa yang berwudhu lalu memperbagus wudhunya (menyempurnakan sesempurna mungkin), maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya.’” (HR. Muslim).
Dalam hadis lain dikatakan, dari Abu Hurairah Ra. bahwasanya Rasulullah Saw. bersabda: 
“Apabila seseorang hamba yang Muslim atau mu’min itu berwudhu, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua kesalahan yang disebabkan ia melihat padanya dengan kedua matanya dan keluarnya ialah beserta air atau beserta tetesan air yang terakhir. Jika ia membasuh kedua tangannya, maka keluarlah dari kedua tangannya itu semua kesalahan yang dilakukan oleh kedua tangannya beserta air atau beserta tetesan air yang terakhir. Selanjutnya apabila ia membasuh kedua kakinya, maka keluarlah semua kesalahan yang dijalankan oleh kedua kakinya beserta air atau beserta tetesan air yang terakhir, sehingga akhirnya keluarlah ia dalam keadaan suci dari semua dosa.” (HR. Muslim). 
Dalam sebuah redaksi hadis yang panjang, beliau ﷺ bersabda:
“… Sesungguhnya ummatku yang akan datang itu ialah dalam keadaan bercahaya wajahnya serta putih bersih tubuhnya dari sebab berwudhu dan aku adalah yang terlebih dulu dari mereka itu untuk datang ke telaga (haudh).” (HR. Muslim) 
BACA JUGA: Benarkah Tidak Usah Wudhu Lagi Sesudah Mandi?
Dari Abu Hurairah Ra. bahwasanya Rasulullah Saw. bersabda:
“Sukakah engkau semua kalau aku tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dan dengannya dapat pula menaikkan beberapa derajat?” Para sahabat menjawab: “Baiklah, ya Rasulullah ﷺ.” Beliau ﷺ lalu bersabda: “Yaitu menyempurnakan wudhu sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi (seperti terlampau dingin dan sebagainya) banyaknya melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan shalat sesudah melakukan shalat. Itulah yang disebut ribath. Itulah yang disebut ribath (perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyak ketaatan pada Allah).” (HR. Muslim) []
https://www.islampos.com/ini-keutamaan-wudhu-yang-disampaikan-rasulullah-143046/?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sebelum berwuduk hendaklah membersihkan bahagian mulut terlebih dahulu dengan menggunakan kayu sugi atau berus gigi dan berkumur kemudian basuhlah kesemua anggota wuduk dengan sempurna tanpa pembaziran air.
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad ﷺ bersabda: “Sekiranya aku tidak menyusahkan umatku, aku akan perintahkan umatku berwuduk pada setiap kali solat dan bersiwak (bersugi) pada setiap kali wuduk.”  (Hadis Riwayat Ahmad)
1.   Mulakan dengan bacaan  Bismillah beserta bacaan doanya:Serulah nama Allah pada permulaan wuduk dengan berkata: “Bismillah” (perlahan atau kuat).
Nabi Muhammad ﷺ bersabda: “Tidak ada wuduk untuk mereka yang tidak menyebut nama Allah atasnya.” (Riwayat – Ibn Maajah, At-Tirmizi, Abu Daud, dan lain-lain)
2.   Membasuh jari-jemari hingga pergelangan tangan sambil membaca:Humran r.a. meriwayatkan bahawa Uthman r.a. dipanggil untuk menunjukkan cara berwuduk lalu membasuh tangannya tiga kali … kemudian berkata, “Aku melihat Rasulullah ﷺ berwuduk, sama seperti yang telah aku berwuduk tadi.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
3.   Berkumur-kumur dan membaca:Nabi Muhammad ﷺ bersabda: “Apabila kamu berwuduk kemudian basuh mulut.” (Riwayat Al-Baihaqi)
4. Masukkan air ke dalam hidung dan keluarkannya kembali (istinsyaq):
     a.   Masukkan air ke dalam hidung sambil membaca;
     b.   Mengeluarkan air dari hidung, membaca:Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu berwuduk, hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung, kemudian mengeluarkannya.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Abd Khair r.a.berkata: “Kami sedang duduk melihat ke arah Ali r.a., dimana beliau berwuduk dan memasukkan air ke dalam mulutnya dengan tangan kanannya dan membasuh mulut dan hidung, kemudian dikeluarkan dari hidungnya dengan tangan kirinya dia berbuat tiga kali, kemudian berkata: “Sesiapa yang ingin melihat cara penyucian Rasulullah ﷺ, maka ini adalah penyuciannya.” (Riwayat – Ad-Daarimee)
5.   Membasuh muka 3 kali sambil berniat mengambil wuduk.
      a.   Niatnya:     b.   Seiring itu disunatkan juga membaca:     c.   Bersihkan muka 3 kali dari atas dahi ke dagu dan dari telinga ke telinga.Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berniat untuk mendirikan solat, basuh muka dan tangan sehingga ke siku, gosok (dengan melepaskan tangan basah ke atas) kepala kamu, dan (basuh) kaki sehingga ke buku lali … ” (Al-Ma’idah 5:06)
Humran Ibn Abaan r.a. meriwayatkan bahawa Uthman r.a. dipanggil untuk menunjukkan cara berwuduk sebagaimana Rasulullah ﷺ berwuduk. Humran r.a. berkata: “Kemudian baginda ﷺ mencuci mukanya tiga kali.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim)
6.   Membasuh kedua tangan sampai ke siku, sambil membaca doa:
         a.  Ketika membasuh tangan kanan:         b.  Ketika membasuh tangan kiri:Nu’aim Ibn Mijmar r.a.berkata: “Aku melihat Abu Hurairah berwuduk. Dia membasuh mukanya dan menyempurnakan wuduk, kemudian mencuci tangan kanannya sehingga sampai ke lengan, kemudian tangan kirinya sehingga sampai ke lengan.” dan pada akhirnya dia berkata: “Ini adalah bagaimana saya melihat wuduk membuat Rasulullah ﷺ.” (Riwayat – Muslim)
7.  Menyapu air ke  sebahagian  kepala sambil membaca:“Nabi Muhammad ﷺ menyapu kepalanya dengan dua tangan, menggerakkan ia ke hadapan dan ke belakang, bermula dengan bahagian depan kepala sehingga ke tengkuk Baginda ﷺ, kemudian kembali semula ke tempat dari mana ia mula.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmizi, dan lain-lain)
8. Membasuh bahagian luar dan dalam kedua belah telinga sambil membaca doa:Daripada Abdullah ibn Amr r.a. tentang cara melaksanakan wuduk Rasulullah ﷺ: “Baginda ﷺ menyapu kepalanya dan memasukkan jari telunjuk ke dalam telinganya dan menyapu belakang telinganya dengan ibu jari.” (Riwayat – Abu Daud, An-Nasa’i, Ibn Maajah, Ibn Khuzaimah)
9.   Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
       a.  Semasa membasuh kaki kanan, disunatkan membaca:       b.  Sewaktu membasuh kaki kiri disunatkan membaca:Ibn Umar r.a. berkata; “Rasulullah ﷺ dalam perjalanan, jauh di belakang kami dan kemudian datang kepada kami ketika sudah tiba masanya untuk solat Asar. Kami mula berwuduk dan lap kaki kami, kemudian baginda ﷺ menyeru; “Celakalah buku lali dari api neraka. (Dua atau tiga kali).” (Riwayat – Al-Bukhari dan Muslim)
Al-Mustaurad r.a. berkata; “Apabila Rasulullah ﷺ berwuduk, Baginda ﷺ akan memasukkan air antara jari-jari kaki dengan jari kecilnya.” (Riwayat – Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibn Maajah).
10.   Doa Wuduk. 
Menghadap ke arah kiblat dan membaca doa wuduk:Daripada Uqbah bin Amir r.a., Nabi ﷺ bersabda: “Tidak seorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba Allah dan utusan-Nya”, melainkan dibukakan untuknya lapan pintu syurga, ia boleh memasukinya melalui pintu yang ia kehendaki.” (Hadis Riwayat Muslim).

https://shafiqolbu.wordpress.com/
Cara Dan Doa-Doa Wuduk | Shafiqolbu
RUKUN, SUNAT DAN CARA MENYEMPURNAKAN WUDUKNovember 15, 2017 · by Hafiz Mokhtar · in Masalah Solat
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد
Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Bab cara berwuduk atau cara ambil air sembahyang merupakan di antara tajuk yang hangat dibincangkan. Disebabkan itu, saya akan menjelaskan dengan semudah mungkin agar anda mudah faham dan mengamalkannya. Kesemua ilmu ini telahdiambil daripada kuliah syarahan Mastika Hadis Jilid 2 yang diadakan di Masjid Negara dan disampaikan oleh Dr Abdul Basit.

Disebabkan, penjelasan atau syarahan Dr Abdul Basit yang agak panjang iaitu 1 jam 37 minit. Saya dengan rendah diri menulis rumusan berdasarkan ilmu yang didapati daripada syarahan kuliah beliau. Kesemua ini hanyalah kesimpulan atau isi-isi penting daripada kuliah tersebut. Selain itu, anda juga boleh jadikan penulisan saya ini sebagai teks bacaan semasa mendengar kuliah tersebut jika tidak mempunyai buku seperti kebanyakan mereka yang mendengar secara live.

Pertama sekali saya akan menjelaskan makna wuduk dari segi bahasa (lughah) dan istilah. Kemudian saya akan mengongsikan rukun wuduk, sunat berwuduk, syarat wajib wuduk, perkara yang membatalkan wuduk, perkara yang diharamkan bagi orang yang tidak berwudu’, perkara makruh ketika berwudu’ dan diakhiri dengan cara mengambil wuduk dengan sempurna. Penutupnya pula, saya akan tutup dengan bacaan doa yang disunatkan baca selepas selesai berwuduk. Semoga dipermudahkan. Insya Allah.

Makna Wuduk.Dari segi bahasa: Cantik, indah dan bercahaya. Iaitu untuk memberi cahaya kepada muka kita.Dari segi istilah : Suatu perbuatan menggunakan air.Rukun Wuduk.Terdapat enam rukun wuduk. Iaitu dua rukun kering (rukun 1 dan 6) dan dua rukun basah (2 hingga 4)
Niat wudhu: Iaitu untuk membezakan jenis ibadah yang dilakukan.Membasuh muka: Tempat tumbuh rambut hingga ke dagu dan paras telinga kanan hingga ke paras telinga kiri serta melebihkan sedikit.Membasuh tangan meliputi kedua siku.Menyapu sebahagian kepala.Menyapu kedua kaki meliputi kedua buku lali serta melebihkan sedikit.Tertib: Iaitu menurut susunan yang disebut dalam al-Quran.Sunat  Wuduk.Basuh kedua tapak tangan.Berkumur-kumur.Masukkan air ke dalam hidung.Menyapu air keseluruh kepala.Basuh kedua telinga (dalam dan luar).Mendahulukan yang kanan.Gosok di celah jari tangan, kaki dan janggut jika panjang.Mengulangi 3 kali perbuatan.Berturut-turut: Iaitu bersambung dari awal sampai akhir tanpa bertangguh.Syarat-Syarat Wajib Wuduk.Islam.Mumayyiz: Boleh bezakan yang baik dan buruk.Suci daripada haid dan nifas.Jangan ada sesuatu benda pada anggota yang boleh mengubah air seperti gincu dan mekap.Jangan ada sesuatu yang boleh menghalang air daripada terkena kulit seperti titisan lilin dan sisik ikan.Mengetahui mana yang sunat dan mana yang wajib.Jangan iktikad mana-mana perkara yang fardhu itu sunat.Air yang diambil wuduk itu suci.Perkara yang Membatalkan Wuduk.Keluar segala sesuatu daripada antara dua jalan kemaluan kecuali air mani. Tetapi jika keluar air mani wajib mandi.Hilang akal disebabkan tidur,mabuk, pengsan. Tidur disini bermaksud tidur yang tidak tetap punggung.Bersentuhan kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram (mazhab syafie’ sahaja)Hadas kecil atau besar.Makan daging unta (hanya untuk mazhab hambali).Perkara yang diharamkan bagi orang yang berhadas kecil.Solat Fardhu atau solat sunat.Sujud Tilawah atau sujud syukur.Tawaf.Menyentuh mushaf al-Quran: Al-Quran di dalam henset dikecualikan.Perkara makruh ketika berwuduk.Curah air yang berlebihan.Kurang basuh dengan tiga kali dengan sengaja tanpa sebab.Berborak ketika mengambil wuduk.Cara mengambil wuduk dengan sempurna.Mulakan membasuh kedua tapak tangan dengan bacaan bismillah.Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebanyak 3 kali.Niat serentak bersama membasuh muka dalam hati.Membasuh muka tiga kali daripada atas hingga ke bawah sembil membersihkan kelopak mata. Jika ada celak perlu hilangkannya terlebih dahulu.Kemudian, basuh tangan daripada hujung jari hingga ke siku dan lebihkan sedikit sebanyak tiga kali.Menyapu seluruh kepala sebanyak tiga kali.Menyapu dalam dan luar telinga sebanyak 3 kali.Membasuh kaki kanan dari hujung jari hingga meliputi buku lali dan bahagian atasnya sedikit sebanyak tiga kali. Kemudian ulang pada kaki kiri pula. Gosokkan di celah-celah jari dan pastikan tumit yang terlipat kulitnya mengenai air wuduk tersebut.Tertib.Video Cara Mengambil Wuduk Dengan Betul.
Doa selepas wuduk.Doa selepas wuduk ini adalah daripada hadith yang shahih. Jadi, marilah kita sama-sama amalkannya. Hadithnya seperti di bawah:Uqbah telah menceritakan daripada Umar bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: Tidaklah salah seorang di antara kalian berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya, kemudian dia berkata, “Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘Abdahu wa rasulluh” ( Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya.” melainkan akan dibuka pintu syurga yang lapan untuknya. Dia masuk dari pintu manapun yang dia kehendaki.(Shahih Muslim)                   Doa Selepas WudukSebagai penutup kata, segala kekurangan daripada penulisan dia atas datangnya daripada saya dan yang baik itu datang daripada Allah S.W.T. Saya juga ingin meminta maaf jika ada yang tersinggung disebabkan kesalahan saya itu. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang diberi syafaat oleh Rasulullah S.A.W. Selamat beramal semua
Wallahu’alam.
Rukun, Sunat dan Cara Menyempurnakan Wuduk | Malaya Journal

Cara Ambil Wudhu – Langkah Demi Langkah

Sebelum anda menunaikan solat, hendaklah anda mengambil wudhu terlebih dahulu. Berwudhu adalah salah satu perkara yang amat penting yang perlu dilakukan kerana tanpa wudhu, solat anda adalah tidak sah. Maka, di sini saya nak kongsikan sedikit cara ambil wudhu dengan betul.

Tahukah anda untuk menyentuh Al-Quran juga seelok-eloknya anda perlu berwudhu? Jadi anda boleh mulakan Bacaan Al-Quran 30 Juzuk & Cara Melancarkan Pembacaan anda sebelum menunaikan solat.
Sebelum anda memulakan wudhu, sila perhatikan tujuh perkara ini:Orang yang mengambil wudhu itu mestilah seorang Islam.
Orang yang mengambil wudhu itu sudah tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk, bersih dan kotor, atau disebut juga sebagai mumaiyiz.
Jika yang mengambil wudhu adalah seorang wanita, hendaklah dia suci daripada haid dan nifas.
Pastikan tiada bahan pada kulit yang boleh menghalang air sampai ke kulit seperti lipstick dan plaster yang menampal luka.
Orang yang mengambil wudhu itu perlu tahu fardhu wudhu iaitu yang mana wajib dan yang mana sunat, yang tujuannya adalah agar dia tidak meninggalkan yang fardu.
Gunakan air mutlak atau air yang suci serta mensucikan untuk mengambil wudhu.
Pastikan berwudhu dengan sempurna iaitu air sampai rata pada bahagian-bahagian anggota wudhu.
Fardhu atau rukun wudhu pula mempunyai 6 perkara yang perlu diketahui; iaitu:Berniat untuk mengambil wudhu.
Membasuh muka dengan meratakan air dari tempat tumbuh rambut kepala hingga kedua-dua tulang dagu dan antara cuping telinga dan anak telinga kiri.
Membasuh dua tangan serta dua siku.
Sapu sebahagian daripada kepala.
Membasuh kedua-dua kaki seta kedua-dua buku lalli.
Tertib.
Ini pula cara-cara untuk mengambil wudhu mengikut step by step. Di sini saya sertakan sekali antara perkara sunat wudhu yang patut dilakukan.Niat di dalam hati untuk melakukan wudhu.
Membaca Bismillah sambil mencuci kedua belah tangan sampai ke pergelangan tangan.
Berkumur-kumur sebanyak tiga kali.
Memasukkan air ke lubang hidung dan mengeluarkannya sebanyak tiga kali.
Membasuh muka sebanyak tiga kali dari tempat tumbuh rambut kepala hingga ke bawah dagu dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri.
Basuh tangan hingga ke siku sebanyak tiga kali.
Disunnahkan untuk menyapu ke seluruh kepala. Mulakan dengan membasahi kedua tangan dan letakkan kedua telapak tangan di atas rambut bahagian depan, sapukan kedua telapak tangan sehingga ke bahagian belakang kepala dan tarik kembali sehingga sampai ke mula menyapu tadi. Memadai menyapu satu kali tetapi dibolehkan sehingga tiga kali.
Menyapu dengan air ke telinga dan diulangi sebanyak tiga kali.
Membasuh kedua kaki sehingga ke buku lali dan dilakukan sebanyak tiga kali.Membaca doa berwudhu.
Setelah selesai mengambil wudhu dengan sempurna, anda juga perlu tahu tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu anda. Hal ini perlu diketahui bagi mengelakkan anda terus bersolat kerana menyangka anda masih dalam keadaan berwudhu. Ingat, solat tanpa wudhu menjadikan solat anda tidak sah. Jadi, sia-sialah solat anda tadi. 
Berikut adalah perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu sesorang itu.Keluar sesuatu benda daripada qubul atau dubur seperti air kencing, tahi, kentut dan sebagainya.Tidur dalam keadaan yang tidak tetap punggungnya seperti tidur mengiring, terlentang, meniarap dan yang serupa dengannya.Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, pitam atau sakit.Bersentuh kulit diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya dengan tidak berlapik. Mahram adalah keluarga yang tidak boleh dikahwini.
Abu Hurairah RA berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Tidak akan diterima solat salah seorang diantara kalian apabila ia berhadas sehinggalah ia berwudhu” (HR Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, gunalah cara ambil wudhu yang betul secara tertib dan beringatlah tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu anda. Dengan berwudhu juga anda boleh mula memegang dan menyentuh Al-Quran. Oleh itu, anda boleh terus mengaji dan membaca Al-Quran. 
Nak hafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan? Ini Caranya.
Sumber: Cara Ambil Wudhu - Langkah Demi Langkah Secara Tertib




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/04/bertambah-kuat-beribadah-dan-berlindung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mama Tahu Afina Baik Baik Disana Doakan Mama Kuat Bayi 12 Hari Meninggal Dunia Rindu Ibu Tak Terluah

Mama Tahu Afina Baik Baik Disana Doakan Mama Kuat Bayi 12 Hari Meninggal Dunia Rindu Ibu Tak Terluah

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 728 hits
Pemergian anak yang dikandung dan dilahirkan sama sekali tidak dijangka Beberapa hari selepas kelahiran si kecil ini meninggalkan ibu dan semua buat selama lamanya Luahan ibu ini cukup membuatkan rasa sayu dan air mata menitis Perkongsian i...
Ma Ruf Amin Pertahanan Indonesia Kuat Cuma Belum Super

Ma Ruf Amin Pertahanan Indonesia Kuat Cuma Belum Super

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 368 hits
Selama menjabat sebagai Presiden mantan Rais Aam PBNU ini menekankan Jokowi telah berupaya mengoptimalkan pertahanan Indonesia Hal itu dilakukan mantan Gubernur DKI Jakarta itu hingga saat ini dan lima tahun ke depan
Wan Azizah Berceramah Di Kubu Kuat Bn

Wan Azizah Berceramah Di Kubu Kuat Bn

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 420 hits
Diterbitkan 31 Mac 2019 11 13 malam PRK RANTAU Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam ini bertandang di kubu lawan apabila menghadiri ceramah kelompok di Kampung Sri Lalang Rantau Berdasarkan data pilihan raya umum ke 14 di...
Jom Minum Dutch Lady Protein Untuk Permulaan Hari Yang Lebih Kuat

Jom Minum Dutch Lady Protein Untuk Permulaan Hari Yang Lebih Kuat

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 394 hits
Jom Minum Dutch Lady Protein Untuk Permulaan Hari Yang Lebih Kuat l Assalamualaikum Siapa hari hari sarapan minum susu kita geng Ana sejak kecik sampai dah tua ni wajib minum susu setiap kali sarapan Dan susu pilihan Ana tak lain tak bukan ...
Alhamdulillah Baby Isabella Kuat Sarat Hamil 8 Bulan Nourul Terjatuh Pula Dalam Tandas

Alhamdulillah Baby Isabella Kuat Sarat Hamil 8 Bulan Nourul Terjatuh Pula Dalam Tandas

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 547 hits
Penyanyi Nourul Wahab berkongsi yang dia terjatuh ketika berada dalam tandas berikutan leka dan terlalu banyak berfikir Bagaimanapun Nourul bersyukur kandungannya yang kini berusia 8 bulan selamat dan dan berada dalam keadaan baik Fikir mac...
Kuat Betul Dia Polis Trafik Tercampak Dilanggar Kereta Masih Mampu Bangun Semula

Kuat Betul Dia Polis Trafik Tercampak Dilanggar Kereta Masih Mampu Bangun Semula

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 299 hits
Kemalangan boleh berlaku di mana mana sahaja dan ia berpunca daripada pelbagai faktor tetapi kebiasaannya ia disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri Disitulah perlunya khidmat anggota polis trafik yang bertugas mengawal keadaan jalan r...
Main Congkak Je Pun Nampak Biasa Tapi Mampu Asah Motor Halus Anak Bonding Pun Makin Kuat

Main Congkak Je Pun Nampak Biasa Tapi Mampu Asah Motor Halus Anak Bonding Pun Makin Kuat

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 950 hits
Sebenarnya tak susah pun nak cipta bonding dengan anak anak di rumah Tak perlukan kos yang tinggi pun Cuma berikan tumpuan yang lebih saja Salah satu permainan yang tak terjangka hebatnya adalah permainan congkak Bukan saja cipta bonding ta...
Kalau Kuat Itu Hanya Pilihan Yang Kita Ada

Kalau Kuat Itu Hanya Pilihan Yang Kita Ada

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 304 hits
KALAU KUAT ITU HANYA PILIHAN YANG KITA ADA Orang nampak aku seorang yang kuat Hakikatnya aku memang tiada pilihan lain selain menjadi kuat Bukan senang okay kadangkadang aku mengaku juga aku diambang putus asa Aku hanya fikir Sudahlah Tuhan...
Kejahatan Narkoba Meningkat Hukuman Mati Gagal Timbulkan Efek Getar

Kejahatan Narkoba Meningkat Hukuman Mati Gagal Timbulkan Efek Getar

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 201 hits
Banyak pelaku vonis mati sebelum dieksekusi tetap melanjutkan operasi peredaran narkotika di Lapas kata Usman Hamid di Kantor Amnesty Internasional Indonesia Gedung HDI Hive Lantai 3 Menteng Jakarta Pusat Rabu
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon