Bersyukur Dan Bersederhana Dalam Soal Makan



Makanan dan minuman merupakan sebahagian daripada nikmat yang disediakan oleh Allah kepada manusia. Justeru, mereka yang berpeluang merasai kenikmatan dan kelazatannya harus rasa bersyukur. 

Didapati soal rezeki dapat menikmati makanan dan minuman sering dilupakan oleh sesetengah orang kerana ia terlalu biasa dirasai. Kita hanya akan merasai betapa pancaindera lidah yang membolehkan kita menikmati makanan merupakan satu nikmat yang besar apabila peluang itu tiada lagi. 

Banyak cara Allah menarik semula nikmat makan yang diberikan. Ia sama ada satu ujian atau balasan yang Allah berikan. 

Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan kepupusan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada mereka yang sabar.” - (Surah al-Baqarah, ayat 155).

Kehidupan dalam dunia yang semakin ‘maju’ dengan pelbagai jenis penyakit telah ‘menghalang’ ramai orang daripada memakan jenis-jenis makanan dan minuman tertentu. 

Bagi mereka mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi, alahan dan buah pinggang terpaksa berpantang daripada memakan makanan dan minuman berlemak, manis, berkanji dan mengandungi bahan perisa.

Manakala, ramai tidak berpeluang menikmati makanan dan minuman yang diingini kerana kemiskinan. Apa diingini tidak dapat ditunaikan.  

Makanan dan minuman juga merupakan sebahagian daripada rezeki. Ia diperolehi secara terus dalam bentuk makanan dan minuman atau rezeki dalam bentuk wang dan kemudian baru digunakan untuk membeli makanan dan minuman. 

Sesungguhnya, setiap individu menerima rezeki yang berbeza-beza banyaknya..  Firman Allah bermaksud: “Dan Allah telah melebihkan sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain dalam hal rezeki.” - (Surah an-Nahl, ayat 71).

Justeru, sesiapa dilebihkan rezeki dan berpeluang menikmati apa yang dingini, seharuslah sentiasa mengucapkan syukur kepada Allah. Sesiapa bersyukur, maka Allah akan menambahkan rezeki dan kenikmatan hidup kepadanya.

Biarpun peluang menikmati makanan dan minuman terbuka luas, tidak pula bermakna semuanya boleh dimakan dan diambil dengan sewenang-wenangnya.  Allah mengingatkan agar hanya memakan daripada benda-benda halal lagi baik.

 Allah mengingatkan perkara ini melalui firman-Nya yang bermaksud: “Oleh itu makanlah (wahai orang-orang yang beriman) semua yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.” – (Surah al-Baqarah, ayat 172). 

Dalam ayat lain firman-Nya bermaksud: “Allah menghalalkan mereka segala benda yang baik dan mengharamkan mereka segala benda yang kotor.”- (Surah al-Araf, ayat 157).

Ini bermakna terdapat jenis makanan yang dikategorikan haram dimakan oleh orang muslim. Makanan dan minuman yang halal lagi baik sama ada jenisnya atau cara ia diperolehi. 

Orang muslim amat berhati-hati dalam memilih makanan. Banyak makanan halal disediakan oleh Allah, yang lebih baik dan mendatangkan kebaikan.

Konsep bersyukur dengan nikmat diberikan Allah, mengingatkan kita kepada masih ramai lagi tidak dapat menikmati apa yang mampu kita nikmati.  

Ramai orang miskin tidak mendapat bekalan makanan secukupnya. Jikapun ada makanan diperolehi, ia sekadar cukup mengalas perut mengelak diri daripada kebuluran. Pepatah ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ melambangkan kemiskinan hidup yang dialami sebahagian daripada kita.

Rakyat negara kita masih bernasib baik kerana tiada dilaporkan meninggal dunia kerana kebuluran. Masih ada pihak sudi menghulurkan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan. Sikap prihatin rakyat Malaysia amat membanggakan.  

Namun, di negara miskin ramai mati kebuluran. Bekalan makanan yang diperolehi tidak mencukupi dan kurang zat pemakanan. Keadaan mereka amat menyedihkan.

Apa yang berlaku di luar negara wajar dijadikan pengajaran. Kebanyakan negara miskin bukan kerana tidak mempunyai sumber galian atau tanah yang subur untuk diusahakan pertanian. Sebaliknya, ia berpunca keadaan negara yang bergolak akibat perang saudara dan perebutan kuasa.

Rakyat yang tidak bersalah terpaksa menanggung akibatnya. Rakyat terpaksa melarikan diri mencari perlindungan, sedangkan ada pihak terus membolot kekayaan dalam keadaan negara yang terus dicengkam kemiskinan.

Keadaan yang sama mungkin berlaku di negara kita jika rakyat tidak bersatu padu dan melakukan tindakan bertentangan dengan kehendak majoriti rakyat. Bersyukurlah dengan nikmat keamanan negara dilalui sekarang. 

Golongan miskin mengharapkan peluang mendapat makanan bagi meneruskan hidup. Wajib orang muslim membantu muslim lain dalam keadaan kelaparan sekadar termampu.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila kamu memasak satu kuali, maka banyakkan airnya (kuah). Kemudian lihatlah kepada sesetengah jiran tetanggamu untuk diberikan kepada mereka.” - (Hadis riwayat Muslim).  

Hadis tersebut dengan jelas memperlihatkan tentang pentingnya memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukannya biarpun sekadar kuah. Bagi golongan miskin, dapat merasai kuah itu sudah merupakan satu nikmat yang besar. 

Sesungguhnya, kemuliaan sedekah bukan kepada berapa banyak, jenis atau nilainya, tetapi bergantung kepada keikhlasan hati. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api" - (Hadis riwayat Ahmad)

Manusia memerlukan makanan sebagai pembekal tenaga dan keperluan perubatan. Keperluan itu hanyalah ‘sederhana’ mengikut tahap-tahap tertentu..

Tenaga diperlukan bagi membolehkan manusia melakukan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi. Firman Allah dalam surah al-Zuriat ayat 56 bermaksud: “Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku”. 

Namun, makan terlalu banyak tidak pula menyebabkan kekuatan bertambah. Sebaliknya ia menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Antara masalah lebih makanan ialah mengalami masalah kegemukan.

Badan gemuk mendedahkan diri menjadi sarang kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti penyakit berkaitan jantung, kencing manis, darah tinggi, lelah, badan lemah dan buah pinggang. 

Sebab itu Islam mengajar umatnya bersederhana dalam soal makan. Makanlah sekadar untuk memberi tenaga dan menikmati rasa kurniaan Allah. Firman Allah SWT: “Makanlah dan minumlah serta janganlah berlebih-lebihan.” – (Surah al-Araf, ayat 31).

Rasulullah SAW mengingatkan agar mengawal makan untuk mengelak penyakit. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Perut ialah rumah segala jenis penyakit dan penjagaan terhadap makan adalah permulaan perubatan. Permulaan penyakit ialah mengisi perut dengan berlebih-lebihan.” (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah memberi aturan makan yang terbaik ialah perut ‘dibahagi’ tiga. Satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. 

Makan berlebihan menyebabkan badan menjadi semakin lemah. Proses penghadaman makanan terpaksa berjalan berterusan tanpa rehat jika makan banyak dan kerap. 

Proses penghadaman yang tidak lancar akan menyebabkan terganggu sistem badan, termasuklah kecerdasan otak terganggu.   

Ketika kekenyangan, rasa malas dan mengantuk akan menguasai diri.  Fikiran menjadi buntu dan ingin berehat berterusan. Sebab itu, orang makan banyak menghabiskan masa dengan tidur dan berehat.

Diceritkan oleh al-Rabi bahawa Iman Syafie pernah berkata: “Aku tidak pernah makan kenyang sejak berusia 16 tahun kerana kekenyangan akan menambah berat badan, mengeraskan hati, menumpulkan otak, menyebabkan mengantuk dan malas beribadat.”

Bagi golongan kaya, makan bukan lagi sekadar untuk kenyang semata-mata, tetapi juga lambang kemewahan dan status. Berbelanja makan di tempat mewah bernilai sehingga ribu ringgit untuk sekali makan menjadi perkara lumrah. 

Sikap makan kerana ingin bermegah dan bongkak amat ditegah. Rezeki yang Allah kurniakan boleh jadi akan ditarik balik bila-bila masa. Ramai orang kaya tidak dapat makan apa yang digemari disebabkan masalah penyakit.

Sesungguhnya, berbelanja berlebih-lebihan merupakan satu perbaziran. Perbuatan membazir merupakan sifat syaitan dan yang perlu dijauhi.  Umat Islam diajar agar bersederhana dalam perbelanjaan dan mengelak sikap bakhil. 

Firman Allah bermaksud: “Dan juga mereka yang apabila membelanjakan hartanya tiadalah melampaui batas dan tiada pula bakhil kedekut (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah sederhana antara kedua-dua (boros dan bakhil) itu.” - (Surah al-Furqan, ayat 67).

Membelanjakan harta membantu golongan miskin memenuhi keperluan makanan  lebih mulia daripada memberi kepada rakan atau saudara yang sudah mencukupi keperluan makannnya. 

Membelanja rakan makan sekadar dikira hadiah, sedangkan membantu golongan miskin merupakan satu sedekah. Pahala sedekah lebih besar daripada pahala memberi hadiah.

Allah menjanjikan balasan berlipat ganda kepada mereka yang membelanjakan harta  ke jalan-Nya.

Firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 261 bermaksud: “Perumpamaan orang yang menggunakan hartanya kepada jalan Allah, bagaikan biji yang tumbuh menjadi tujuh tangkai. Pada setiap tangkai itu berbuah seratus biji dan Allah melipat gandakan (pahala) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Mengetahui.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/ght.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Singgah Makan Di Tuuu Dia Pak Tam Di R R Tapah Arah Selatan

Singgah Makan Di Tuuu Dia Pak Tam Di R R Tapah Arah Selatan

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 1109 hits
Singgah Makan di Tuuu Dia Pak Tam di R R Tapah Arah Selatan Assalamualaikum Minggu lepas Cik Rose balik kampung Hampir seminggu Cerita balik kampung nanti cerita kemudian di lain entry Hari ni nak cerita tempat makan best di R R Tapah Arah ...
Layan Je Makan Figo Japanese Dumpling Kimchi

Layan Je Makan Figo Japanese Dumpling Kimchi

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 667 hits
LAYAN JE MAKAN FIGO JAPANESE DUMPLING KIMCHI Aku ni peminat kimchi Dulu rajin laa buat kimchi sendiri Sekarang ni aku serba kemalasan Lepas dialisis tadi macam teringin gila nak makan gyoza Sebab sebelum ni aku pernah makan brand Figo punya...
Suka Makan Ketam Ini Tip Nak Beli Ketam Yang Banyak Isi Dan Telur

Suka Makan Ketam Ini Tip Nak Beli Ketam Yang Banyak Isi Dan Telur

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 1445 hits
Geramnya tengok ketam segar di pasar Gemuk dan besar saiznya Memang sedap kalau masak kari masak lemak bercili kam heong dan sebagainya Kalau ketam yang baru naik dari laut rebus bersama serai pun dah cukup buat anda berselera untuk makan B...
Anak Kembar Fad Bocey Hari Hari Nak Makan Sup Sheera Kongsi Resipi Mudah

Anak Kembar Fad Bocey Hari Hari Nak Makan Sup Sheera Kongsi Resipi Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 399 hits
Memang favourite si kembar Hayyan dan Zayyan makan sup ayam dan sayur walaupun setiap hari menu yang sama Sheera isteri kepada Pelawak Fad Bocey berkongsi resipi dan masakanya di instagram suaminya Manakala menu untuk si kecil Aminah pula S...
Nak Senang Beri Anak Makan Ubat Lakukan 5 Teknik Ini Menarik Untuk Dicuba

Nak Senang Beri Anak Makan Ubat Lakukan 5 Teknik Ini Menarik Untuk Dicuba

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 486 hits
Apabila anak kecil mengalami demam sudah pasti doktor akan membekalkan ubat untuk membantu mengurangkan jangkitan dan menurunkan suhu badannya Masalah timbul apabila ada segelintir si kecil yang berasa takut setiap kali syringe atau sudu ub...
Pasal Makan Shein

Pasal Makan Shein

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 428 hits
Assalamualaikum To be frank I dah nak termuntah dah fikir nak masak apa untuk Shein Makanya ni nak kena masak sampai August 2020 ko ghaser Hahahahaha Balik balik menda yang sama je I masak Tingin jugak nak masakkan dia macam Spaghetti Chick...
Zahid Kata Bala Di Palu Kerana Lg Bt Syed Saddiq Tanya Kalau Makan Rasuah Bala Turun Tak

Zahid Kata Bala Di Palu Kerana Lg Bt Syed Saddiq Tanya Kalau Makan Rasuah Bala Turun Tak

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 300 hits
PETALING JAYA Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengaitkan bencana di Palu dengan gejala LGBT seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal berita tempa...
Pesta Makan Buah Buahan Sk Batu Yon 2018

Pesta Makan Buah Buahan Sk Batu Yon 2018

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 1565 hits
Bismillah Assalamualaikum Dah lama saya tak berblogging Banyak kisah yang tak sempat saya kongsikan Entahlah Bukan malas atau tak berminat tetapi masa tak dapat dikorbankan huhu Hari ni saya nak ceritakan tentang Pesta makan buah buahan yan...
Podcast Apa Apa Saja Saya Menyesal Jadi Along Harian Metro 02 02 2025

Infaq Kasih X Usim Living Lab Perkasa Program Csr Wtckl

Warisan Leader Wants Macc To Probe Arifin Following New Expos

Siti Kasim History Never Lies Pas Is A Born Hypocrite Non Muslims Will Remain Kafir In Their Eyes

Mastering The Skill Of Market Analysis

Pengambilan Jawatan Kpm Februari 2025 Peluang Kerjaya Dalam Bahagian Genius Putrajaya

Senarai Nama Panglima Atm

Aepul Roza Feat Sharul Kamal Terapi Percuma Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Mendaki Gunung Wakakusa Di Nara Park Jepun

Biaya Pembangunan Masjid Raya Al Jabbar 207 M Dari Dana Pinjaman 3 4 T

Bagaimana Stres Mempengaruhi Otak Dan Tubuh Kita

6 Aroma Terbaik Untuk Hilangkan Stres Dan Buat Rasa Tenang

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten

Eco Friendly Housing How Wellcamp S Prefab Homes Reduce Environmental Impact