Bersukan Dan Kematian Mengejut


Ligakampung.com terbaca satu artikel paparan dari Facebook mengenai kematian mengejut dalam sukan. Rasanya ramai peminat sukan yang pernah membaca kematian mengejut di atas padang yang berlaku terutama pemain bola sepak.
Jadi kita baca artikel yang ditulis oleh pakar perubatan iaitu Dr Khairil Idham Ismail
BERSUKAN DAN KEMATIAN MENGEJUT
Tioté yang ketika itu berusia 30 tahun, bekas pemain bola sepak Twente dan Newcastle mengejutkan arena bola sepak apabila mati mengejut di China ketika sedang menjalani latihan.Bahkan, ada beberapa lagi kematian mengejut melibatkan atlit di dalam padang mahupun di luar padang menarik perhatian awam termasuklah kematian Marc-Vivien Foé, 28, ketika mewakili Cameroon menentang Columbia di dalam perlawanan separuh akhir Piala Konfederasi FIFA 2013. Bedah siasat autopsi menunjukkan punca kematian beliau adalah disebabkan oleh hypertrophic cardiomyopathy, faktor keturunan yang diketahui mengakibatkan sudden cardiac arrest (sca) ekoran beban kecelaruan aktiviti elektrikal di dalam jantung.Tak kurang juga kisahnya di dalam Malaysia yang melibatkan orang awam ketika bermain futsal, badminton dan sebagainya. Kisah-kisah ini menarik perhatian media yang meluas dan mendapat reaksi yang pelbagai.
Persoalannya, adakah tidak boleh bersukan kerana wujudnya risiko kematian mengejut?Secara insidennya, sudden cardiac arrest (SCA) ketika bersukan sangat-sangat jarang berlaku tetapi selalunya mendapat perhatian media yang lebih kerana sifat counter intuitive nya – “Macam mana ahli sukan yang “fit” boleh sakit jantung?”Sudden cardiac arrest (SCA) bermaksud jantung berhenti berfungsi secara tiba-tiba. Di dalam situasi SCA, fungsi elektrikal jantung yang menentukan ritma serta kadar jantung berdegup, secara tiba-tiba berhenti atau mengalami kecelaruan ritma yang dipanggil Fibrilasi Ventrikel (Ventricle Fibrillation). Di dalam banyak kes yang melibatkan atlit terutamanya di bawah 35 tahun, ia berpunca daripada struktur atau abnormality di jantung itu sendiri.Aktiviti fizikal yang mendadak atau berlebihan pada jantung yang tidak normal ini, meningkatkan risiko kepada terjadinya SCA. Jika dianalogikan, kalau kereta yang memang ada masalah wiring atau spare part rosak, jika dibawa juga dengan laju, akan menyebabkan kereta rosak dan tak dapat bergerak.Sungguhpun demikian hangatnya liputan berkenaan kematian mengejut ketika bersukan, kajian dari tahun 2002 – 2013, terhadap 1247 pesakit SCA berumur 35-65 tahun, oleh Eloi Marijon et al menunjukkan, SCA ketika bersukan adalah sangat-sangat rendah, berbanding SCA bukan berkaitan sukan.Selain itu, kajian menunjukkan, kebanyakan punca SCA bagi umur 35 tahun ke atas adalah disebabkan masalah salur darah jantung / “coronary artery disease” (CAD). Manakala umur 35 tahun ke bawah, terutama di kalangan atlit, kebanyakan SCA adalah disebabkan masalah “elektrikal” atau struktur jantung yang tidak normal sebagaimana yang terjadi kepada Marc-Vivien Foé.Journal antarabangsa American Heart Association, melaporkan, aktiviti fizikal atau senaman yang berkala (habitual physical activity) sangat bermanfaat dalam mengurangkan risiko sakit jantung disebabkan CAD yang menjadi punca kebanyakan SCA di kalangan mereka yang berumur 35 tahun ke atas. Jika dibandingkan antara risiko dan manfaat, ini jelas menunjukkan kebaikan senaman jauh lebih baik dari risikonya.“Habitual physical activity” boleh dilakukan dengan senaman atau aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit, dengan intensiti rendah atau sederhana, seperti “brisk walk” setiap hari atau kebanyakan hari seminggu.Manakala senaman berintensiti tinggi (HRmax >75%) juga boleh dilakukan dengan beberapa saranan seperti berikut:- i. berjumpa doktor atau dirujuk kepada pakar perubatan sukan bagi membuat pre-participation examination (PPE) atau medical checkup terutama mereka yang aktif bersukan atau yang mempunyai sejarah penyakit jantung atau penyakit yang berkaitan
ii. perlu tahu dan merujuk kepada doktor sekiranya terdapat tanda-tanda awal sakit jantung sebelum memulakan senaman
Rundingan dengan doktor atau pakar perubatan sukan juga amatlah penting kerana saranan aktiviti fizikal atau senaman yang sesuai boleh diberi atau ‘tailor’ buat mereka yang berisiko tinggi.Adalah disarankan juga penganjur sebarang kejohanan sukan supaya menyediakan khidmat perubatan bagi meningkatkan survival pesakit SCA.Bagi orang awam pula, terutama mereka yang aktif bersukan dinasihatkan agar mempelajari CPR / BLS supaya dapat memberi bantuan awal kepada mereka yang memerlukan ketika SCA terjadi waktu bersukan. Ini disokong oleh kajian yang menunjukkan survival pesakit SCA adalah lebih tinggi dalam acara sukan kerana adanya “by stander CPR.”Orang awam juga dinasihatkan supaya menjalani gaya hidup yang sihat menjurus secara holistiknya termasuklah pemakanan yang seimbang, kekal aktif, tidak merokok mahupun vaping, hindari tabiat alkohol, tabiat tidur yang sihat dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui status kesihatan diri.Kesimpulannya, manfaat melakukan aktiviti fizikal jelas terutamanya di dalam mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit (NCDs) dan risiko penyakit kardiovaskular. Kejadian Sudden Cardiac Arrest (SCA) berlaku di kalangan atlit atau mereka yang aktif bersukan adalah sangat rendah insidennya dan ia lazimnya berpunca daripada struktur jantung itu sendiri yang sememangnya tidak normal.Maka relatif waktu untuk bersenam sama ada pada malam, pagi atau petang bukanlah menjadi masalah. Jom kekal aktif dan sihat! Dr Ahmad Munawwar Helmi
Facebook : https://www.facebook.com/khairilidham.ismail
Pegawai Perubatan,
Pusat Perubatan Sukan Negara (PPSN),
Institut Sukan Negara (ISN)
Dr Khairil Idham Ismail
Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD),
Calon DPhil Kesihatan Masyarakat
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
Rujukan:
https://www.ahajournals.org/…/10.…/CIRCULATIONAHA.111.023861https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4406826/…https://www.ahajournals.org/…/10.…/CIRCULATIONAHA.107.181485https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4969030/ Bila membaca artikel ni, kita kenalah berilmu dalam bersukan. Jadi kekal sihat , bersenam, jaga makan dan tidur kita..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ligakampung.com/blog/bersukan-dan-kematian-mengejut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersukan Pada Waktu Malam Kurang Sesuai Mampu Sebabkan Serangan Jantung Dan Kematian Mengejut

Bersukan Pada Waktu Malam Kurang Sesuai Mampu Sebabkan Serangan Jantung Dan Kematian Mengejut

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 259 hits
Masyarakat milenial kini menjadikan waktu bersukan pada waktu malam sebagai rutin harian mereka Mana tidaknya sepanjang hari mereka sibuk bekerja sehingga tiada masa langsung untuk kekal aktif Oleh sebab itu mereka lazimnya memilih waktu ma...
Bersukan Melebihi Had Kemampuan Badan Berisiko Mengalami Serangan Jantung Mengejut

Bersukan Melebihi Had Kemampuan Badan Berisiko Mengalami Serangan Jantung Mengejut

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 316 hits
Bersukan di waktu malam menjadi pilihan kebanyakan masyarakat dek kerana kesibukan kerja pada waktu malam Bermain futsal jogging dan badminton antara sukan kegemaran masyarakat yang menjadi rutin mingguan mereka nbsp Bersukan tidak salah Te...
Pil Pengembali Keperawanan Dapat Picu Komplikasi Infeksi Yang Bisa Berujung Kematian

Pil Pengembali Keperawanan Dapat Picu Komplikasi Infeksi Yang Bisa Berujung Kematian

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 162 hits
Dr Herwinda Brahmanti MSc SpKK FINSDV dari Departemen Ilmu Dermatologi dan Venereologi Fakultas Kedokteran Universitas Brawijaya Malang menyebut bahwa penggunaan pil seperti ini setidaknya bisa memicu reaksi alergi dan iritasi Selanjutnya m...
Kematian Yang Dicemburui Sempat Ucap Syahadah Tiga Kali Pakcik Meninggal Dunia Masa Mengaji

Kematian Yang Dicemburui Sempat Ucap Syahadah Tiga Kali Pakcik Meninggal Dunia Masa Mengaji

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 457 hits
Seorang warga emas Mat Jusoh Harun meninggal dunia ketika bertadarus di sebuah masjid berhampiran rumahnya di Kampung Pauh Panji malam tadi Kematian bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut Tumpat itu berada dalam khusnul kha...
Scarlett Johansson Percaya Kematian Black Widow Adalah Kekal

Scarlett Johansson Percaya Kematian Black Widow Adalah Kekal

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 267 hits
Walaupun Avengers berjaya menewaskan Thanos dalam filem Avengers Endgame peminat terpaksa menelan hakikat melihat beberapa karakter kegemaran ditamatkan wataknya Dari Iron Man hingga ke Captain America dan Black Widow masih terdapat peminat...
Keluarga Mahasiswa Uho Kami Tidak Terima Cara Kematian Mereka

Keluarga Mahasiswa Uho Kami Tidak Terima Cara Kematian Mereka

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 156 hits
Keluarga dua mahasiswa Universitas Halu Oleo Kendari yakni Randi dan Muhammad Yusuf Kardawi yang meninggal saat unjuk rasa di Kantor DPRD Sultra pada 26 September 2019 lalu ikut demonstrasi ke Markas Polda Sultra Kendari Selasa
Muliakan Kematian Dia Ya Allah Pemergian Yang Dicemburui Pegawai Bomba Meninggal Dunia Ketika Bersalin

Muliakan Kematian Dia Ya Allah Pemergian Yang Dicemburui Pegawai Bomba Meninggal Dunia Ketika Bersalin

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 1134 hits
Seorang pegawai yang bertugas di Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Melaka Nor Shuhada Binti Mohd Redzuan dilaporkan telah meninggal dunia akibat komplikasi selepas bersalin Difahamkan bahawa jenazah Allahyarhamah telah d...
Kematian Pegawai Apmm Akibat Virus Zika Kkm Akan Lakukan Siasatan Terperinci

Kematian Pegawai Apmm Akibat Virus Zika Kkm Akan Lakukan Siasatan Terperinci

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 241 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti