Bersuka Ria Di Legoland Theme Park Malaysia Resort


Bersuka Ria Di LEGOLAND® Theme Park Malaysia Resort | Bersambung lagi kisah kami di LEGOLAND®. LEGOLAND® Part 2 gittew. Nak masukkan semua cerita dalam satu entry panjang sangat pulak nanti. Jadi nya kita asingkan untuk lebih nampak tersusun sebab nak spam banyak gambar ni.. hehe.. Ok.. Selesai upacara perasmian LEGO® City 4D – Officer In Pursuit, maka bermulalah pengembaraan kami sekeluarga di Taman Tema LEGOLAND® bermula pada 23 January dan berakhir pada 24 January 2019


Bersuka Ria Di LEGOLAND® Theme Park Malaysia Resort
Walaupon 2 hari berpeluang bersuka ria di Taman Tema LEGOLAND®. Tapi masih rasa tak puas hati sebab ada banyak tempat yang tak sempat nak explore. Memang besar lah LEGOLAND® ni di mana ianya dibahagikan kepada dua bahagian. Theme Park dan juga Water Park. Untuk LEGOLAND® Theme Park, terdapat LEGO® Ninjago™ World, Miniland, Imagination, LEGO® Technic, LEGO® Kingdoms, Land of Adventures dan LEGO® City. Ini pon tak sempat explore walaupon 2 hari apatah lagi nak ke LEGOLAND® punya Water Park. Memang tak sempat. 
Sumber gambar: Legoland
Ok… Back to the story. Pengembaraan kami bermula pada 23 January 2019 dan pit stop pertama yang kami pergi adalah LEGO® City. Dalam LEGO® City ni ada macam-macam aktiviti. Tapi kami hanya sempat singgah di Driving School, Junior Driving School dan Boating School sahaja. Sebab sampai pon dah petang. Jadinya… Kejar masa selagi boleh dan sebelum LEGOLAND® tutup.

Posing dulu

Sumber gambar: LegolandDriving SchoolSebelum dibenarkan memandu, anak-anak di beri penerangan dan penyampaian video mengenai keselamatan jalan raya terlebih dahulu dan juga tips lain seperti isyarat, lampu isyarat dan parking. Selesai semua baru lah masing-masing dibenarkan memandu. Aktiviti ini untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 13 tahun. Selesai sesi pemanduan, pemandu cilik ini akan diberi lessen memandu mereka sendiri. Tapia da bayaran yang akan dikenakan. Kalau tak silap dalam RM35++


Junior Driving SchoolIngat budak 6 tahun ke atas saja ker boleh belajar memandu? Nah… Kelas memandu untuk kanak-kanak 3 hingga 5 tahun pon ada yer. Bezanya diorang tak masuk kelas penerangan. Terus boleh memandu. Janji kaki pemandu dapat cecah pedal dan juga steering. Dapat lah Iman Harraz pengalaman memandu kereta LEGO®. Ada lah juga bakat dia memandu. Kalau di asah boleh pergi jauh ni… hahaha… 
Boating SchoolBoat sorang satu
Dah selesai anak-anak belajar memandu, kami pergi ke next pit stop pula. Betul-betul berdepan dengan Driving School ni, iaitu Boating School. Masa untuk menguji kemahiran navigasi anda semasa anda mengawal kapal bertema LEGO® yang berkuasa bateri melalui perairan yang tenang ke pelabuhan terakhir anda… haaa gittew. Kalau kanak-kanak umur 6 tahun dengan ketinggian minimum 120cm, boleh lah menunggang boat secara bersendirian. Kalau kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas, kena ada pengawasan orang dewasa.

Harraz naik dengan ibu
Ibu yang over ☺

Ni namanya salah posing
Memang layan lah menuggang boat ni. Iman Hakimi naik sampai dua kali. Untuk Boating School ni, bermula pada pukul 10.30 am – 5.30 pm. Sabtu/Ahad di buka pada pukul 10.30 am – 6.00 pm. Hari Khamis tutup yer. 
LEGOLAND® Express
Sumber gambar: Legoland
Dah puas meneroka Driving School dan Boating School, kami mengembara dengan menaiki keretapi pula. Penat berjalan kan… hehe… Naik LEGOLAND® train yang akan membawa anda melaui perjalanan menuju ke Kawasan tarikan utama di Taman. Sambil duduk sambil menikmati pemandangan di sekitar taman LEGOLAND®.


Lunch Di Market Restaurant LEGOLAND® Malaysia
Sumber gambar: Legoland
Memandang kan kami sampai dah petang di LEGOLAND®, jadi nya kami decide untuk jalan-jalan dulu instead of makan lunch. Nak check-in hotel pon belum masanya lagi. Anak-anak pon dah tak sabar nak explore LEGOLAND® Theme Park. Dah penat berjalan, marilah isi perut. Tak perlu risau nak makan dekat mana sebab dalam LEGOLAND® Theme Park ni ada banyak kedai makan. Setiap destinasi ada restaurant. Macam dalam LEGO® City ni Market Restaurant lah yang ada.


Dalam Market Restaurant ni ada disediakan makanan Asia dan Barat. Antaranya ayam panggang, pizza, pasta, nasi ayam, salad, buah-buahan, pencuci mulut dan banyak lagi. Memang luas dan selesa lah. Anda boleh pilih sama ada nak makan di luar restaurant atau di dalam. Yang best nya, ada aktiviti untuk anak-anak. Aktiviti mewarna. Siapa mewarna paling cantik dapat lah hadiah. Tak ada lah anak-anak bosan menunggu makanan kan. Waktu operasi pula bermula pada hari Rabu – Ahad jam 11:00 pagi hingga 5:00 petang. Manakala pada hari Isnin dan Selasa pula tutup

Ok… Dah selesai jalan-jalan dan makan-makan sampai LEGOLAND® Theme Park pon nak tutup, tiba masa untuk check-in hotel pula. Untuk hotel ni saya akan share dalam next entry. Jadinya… Saya sambung pengembaraan pada hari kedua @ 24 January 2019 pula yer. Selepas habis majlis pelancaran LEGO® City 4D – Officer In Pursuit, kami isi perut terlebih dahulu sebab dah masuk waktu lunch. 
Sumber gambar: Legoland
Pizza sedap dengan buah Plum rangup
Bihun sedap 
Kali ni lunch di Pizza Mania. Menyediakan hidangan Itali iaitu Pizza dengan pelbagai topping, pasta, sup, salad organic, minuman dan pencuci mulut. Makanan untuk vegetarians pon ada. Tapi ianya akan disediakan mengikut permintaan. Restaurant pon luas, selesa dan santai lah. Memang makanan dekat Pizza Mania ni semua sedap-sedap. Pizza, croissant, bihun goreng, eh!... Terbayang-bayang lah kesedapannya. Waktu operasi pula bermula pada hari Jumaat – Selasa jam 11.00 pagi hingga 5:00 petang. Tutup pada hari Rabu dan Khamis.


Ok… Dah kenyang semua, kami sambung kembara dalam LEGOLAND® yang masih belum di jejaki. Destinasi pertama adalah dunia IMAGINATION. Dalam ni ada Build & Test, DUPLO® Playtown, Kids Power Tower, LEGO® Studios & Observation Tower. Tapi hanya sempat masuk LEGO® Studios dan tempat-tempat ini saja.

DUPLO® Playtown
Penat ke ☺
Budak-budak kalau dah nampak playground memang tak senang duduk lah. Layan kejap anak-anak main dalam DUPLO® Playtown ni. Main sambil belajar gittew sebab macam-macam mainan ada untuk diterokai.


Observation Tower
Tinggi juga

Next pit stop, Observation Tower. Nikmati permandangan Taman Tema LEGOLAND® dengan pusingan 360 darjah bila naik Menara ni. Memang best. Taka da rasa gayat pon… hehe.. Boleh tengok betapa besarnya LEGOLAND® Theme Park ni. 
Sumber gambar: Legoland
Selesai teroka dunia IMAGINATION, kami terokai dunia LEGO® KINGDOMS. Dalam ni ada Castle Stage, Merlin's Challenge, Royal Joust, The Dragon, The Forestmen's Hideout dan Dragon's Apprentice. Yang Dragon’s Apprentice ni sesuai untuk kanak-kanak umur 4 tahun ke atas. Qahirah naik ni sampai menangis. Takut katanya… hehe.. Lain-lain tempat dalam LEGO® KINGDOMS yang sempat kami terjah:


Merlin's Challenge
Sumber gambar: Legoland
Naik mystical carousel yang berpusing-pusing tu. Pening kepala mak nak. Sesuai untuk kanak-kanak umur 4 tahun ke atas. Kesian Harraz sebab nak naik tapi tak lepas. Menangis dia tak dapat naik.

Royal JoustCowgirl and Cowboy
Yang ini pula aktiviti berkuda. Bersiar-siar dengan kuda. Tapi kuda LEGO®. Dapatlah Qahirah and Qhalif fefeeling Cowgirl and Cowboy.. hehe.. Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas

The DragonOk… Ini last pit stop kami sebelum berangkat pulang. Naik roller coaster The Dragon. First round husband dengan Iman Hakimi yang naik. Iman Qhalif ikut saja. Saya tunggu dekat luar. Ingatkan Qhalif tak lepas naik. Rupanya The Dragon ni untuk kanak-kanak umur 6 tahun ke atas. Keluar je dari Castle Stage tu si Qhalif dah terjerit ‘Ibu… best kita naik roller coaster’. Wahhh… Berani betul budak ni. Cakap dengan husband ‘Rasa macam nak naik, tapi takut’. Husband cakap ‘Qahlif pon berani naik’.. ppffttt…
Sumber gambar: Legoland
Ok lah. Rasa tergugat pulak bila budak 6 tahun pon berani. Tak kan kita yang dah tua ni takut kot. Maka naik lah saya. Tapi ajak Iman Hakimi teman… ngeeee… Last naik roller coaster masa zaman sekolah kot. Roller coaster dalam Leisure Mall dulu. Memang berdebar jugak lah. Takut kena panic attack pulak nanti.. haha.. Terjerit-jerit juga lah dibuatnya. Iman Hakimi relax jer. Cukup lah. Tak nak naik lagi dah.

Miniland
Dalam perjalanan nak ke hotel, kami berjalan menelusuri taman-taman mini di tengah-tengah LEGOLAND® dimana terdapat MINILAND yang sangat mempesona yang di bina untuk mercu tanda ikon di Asia. Karya hebat yang dibina ini menggunakan lebih daripada 30 juta batu bata LEGO® yang mempamerkan tarikan terkenal dari 17 negara Asia seperti Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Merlion Singapura, Taj Mahal India, Angkor Wat Cambodia dan juga tanda unik Johor. Panjang pulak kalau nak sebut satu-satu kan.


KLCC... Abaikan muka kembang semangkuk tu ☺
Overall… Memang tersangat best. Cuma tak puas hati sebab tak habis explore. Ada juga tempat-tempat yang ditutup sebab under construction macam LEGO® NINJAGO™ WORLD.  Dan banyak tempat best-best tak sempat nak singgah sebab nak kejar masa. Letih? Macam saya dan suami memang letih lah. Walau letih tapi happy sebab tengok anak-anak enjoy. Bagi anak-anak pula, tak ada istilah letih. Kuat betul energy diorang. Harap ada rezeki kami untuk datang ke LEGOLAND® Malaysia Resort lagi sebab tak puas.


Siapa yang belum pernah pergi tu, Harap-harap ada rezeki anda ke sini juga nanti. Untuk yang sedang merancang percutian ke LEGOLAND® Theme Park Malaysia Resort, ini harga tiket nya. Untuk maklumat terkini mengenai promosi dan aktiviti, boleh follow social media LEGOLAND® Malaysia Resort di:

Websitehttps://www.legoland.com.my/
FacebookLEGOLAND Malaysia
Instagram@legolandmalaysia
Alamat

LEGOLAND® Malaysia Resort7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini  79250 Nusajaya, Johor Darul Takzim, Malaysia
No. Telefon07-597 8888

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.fizarahman.com/2019/02/bersuka-ria-di-legoland-theme-park-malaysia-resort.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancaran Filem 4d Pertama Dunia Lego City 4d Officer In Pursuit Di Legoland Malaysia

Pelancaran Filem 4d Pertama Dunia Lego City 4d Officer In Pursuit Di Legoland Malaysia

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 672 hits
LEGOLAND Antara wishlist anak anak untuk ke sini Asal keluar iklan dekat TV atau nampak iklan LEGOLAND mula lah berzikir Ibu Nak pergi LEGOLAND Ibu Jom lah pergi LEGOLAND Reaksi Ibu Insyaallah Doa lah banyak banyak supaya ada rezeki kita un...
Pengalaman Di Escape Theme Park Penang 2018

Pengalaman Di Escape Theme Park Penang 2018

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 721 hits
It s A Place For Those Who Love NatureAssalamualaikum Siapa pernah pergi ke Escape Theme Park Penang Alhamdulillah saya dah pergi 2 3 kali sebelum ni Memang best tapi harga memang agak mahal So jom layan story pengalaman saya ke Escape Them...
Adventure Di Berjaya Time Square Theme Park

Adventure Di Berjaya Time Square Theme Park

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 486 hits
Berapa lagi baki cuti korang semua tahun ni At least kalau ada sehari pun kira okay la sebab saya nak kongsikan dengan korang apa yang korang boleh buat masa cuti korang Kenapa kena amek cuti Sebab tempat yang saya nak share ni kalau pergi ...
Pergi Legoland Malaysia Buat Kali Ketiga

Pergi Legoland Malaysia Buat Kali Ketiga

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 426 hits
29 Disember lalu mama sekeluarga telah Pergi Legoland Malaysia Buat Kali ketiga Ini Kali ketiga kami Pergi Legoland Malaysia Kali terakhir adalah pada 2017 membawa arwah Tok Mat sekali Kali ni tema Masa kami ke sana adalah Winter Wonderland...
Jom Jenjalan Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Jom Jenjalan Bayou Lagoon Park Resort Melaka

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 512 hits
Jom Jenjalan Bayou Lagoon Park Resort Melaka Target terpijak kami sempena cuti tahun baru cina Terpijak sebab tak rancang pun Tetiba macam rasa kesian kat kebudaks yang langsung tak gi mana cuti ni Book semalamnya satu apartmen dua bilik Da...
Kerajaan Ph Akan Rapatkan Jurang Golongan Miskin Dan Kaya Di Malaysia

Kerajaan Ph Akan Rapatkan Jurang Golongan Miskin Dan Kaya Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 291 hits
Kerajaan akan terus berusaha merapatkan hubungan miskin dan kaya supaya kekayaan negara kita dapat diagih bersama Jangan samakan identiti kaum dengan kaya dan miskin kata Perdana Menteri Tun Mahathir semasa ucapan sambutan Hari Perpaduan da...
Trial Of World S Greatest Thief Set To Begin Next Week Not Only Najib But Also Malaysia In The Global Spotlight

Trial Of World S Greatest Thief Set To Begin Next Week Not Only Najib But Also Malaysia In The Global Spotlight

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 316 hits
Don t do any more hanky panky in the bid to delay the trial No Fear Nor Favour A strategic move by the attorney general to withdraw these three charges instead of including them with the other charges which are to be heard on Feb 12 in the ...
Flowers That Are Simply Aesthetically Different From A Better Florist Malaysia

Flowers That Are Simply Aesthetically Different From A Better Florist Malaysia

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 431 hits
Looking for stunning flowers to buy from a Something you ve never bought before something that s simply aesthetically different A Better Florist is the that offers the most beautiful floral arrangements in fact a catalog of gorgeous careful...
Dell Xps 13 Generasi Baru Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga Bermula Rm5909

Dell Xps 13 Generasi Baru Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga Bermula Rm5909

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 312 hits
Dell pada awal tahun ini telah mengumumkan kemaskini kepada sejumlah komputer riba dibawah mereka termasuk salah satunya adalah komputer riba dengan rekaan kompak mereka iaitu XPS 13 Kini selang sebulan komputer riba Dell XPS 13 turut telah...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids