Bersediakah Malaysia Untuk Pru15


AKHIR-akhir ini khabar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal diadakan tidak berapa lama lagi berlegar di setiap ruang. Adakah ini merupakan satu ‘PRU kejutan’ susulan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional pada 1 Mac 2020 atau tanggapan ‘mood feel good factor’ rakyat sudah bersedia untuk berhadapan dengan suasana meraikan proses pendemokrasian yang sering berlaku setiap 5 tahun sekali.
Jika ia diadakan dalam masa terdekat, sudah pasti ini merupakan satu sejarah dimana PRU diadakan dalam jangka masa tidak sampai 3 tahun.
Bersediakah Malaysia? Bersediakah parti politik dengan pengalaman, manifesto, imej, trek rekod, jenama dan pemasaran politik; tidak lupa calon mereka. Apakah ia masih tertumpu kepada tohmahan, fitnah, persepsi, simpati dan mengaibkan antara satu sama lain?
Apa kita mahu sebenarnya dalam meraikan demokrasi? Rasional atau emosi? 2018 menyaksikan kerajaan Barisan Nasional (BN) tewas dan bagaimana kemudiannya pemimpin yang mengetuai jentera BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melalui proses pembunuhan karakter sehingga didakwa di mahkamah tetapi pada waktu yang sama wujud satu ‘turning point’ disaat-saat ramai menjangkakan era politik beliau sudah berakhir, beliau kini mengetuai ‘perang politik’ untuk memastikan BN dan Muafakat Nasional (MN) masih signifikan dalam konteks politik arus perdana tanah air.
Apakah ini pergelutan persepsi? Apakah ada masa depan? Apakah Malaysia bersedia sekali lagi untuk melihat percaturan persepsi dalam politik yang sentiasa memeriahkan dunia Malaysia kerana ini juga demokrasi bagi segelintir rakyat Malaysia.
Ada juga yang yang sudah memulakan semboyan hanya PRU kerusi Parlimen akan dipertandingkan manakala kerusi negeri akan menyusuli kemudian. Jika benar, berhati-hati dalam membuat keputusan radikal ini.
Dalam mahu menzahirkan keadaan menentu dan stabil, kita akan terus berpolitiking dari tahun ke tahun kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) juga penting. Ini bukan mustahil kerana PRN Sarawak tidak diadakan sekali dengan PRU sejak 1979. Beban kos, sumber manusia dan keselamatan perlu diambil kira tatkala kita berada dalam proses pemulihan gejala Covid-19.
Tidak ada indikator yang jelas untuk mengumumkan pembubaran Parlimen. Lazimnya, jika sekiranya ada keyakinan bahawa masyarakat cenderung sokongannya ke atas kerajaan, kita boleh jangkakan PRU sudah tiba apatah lagi terjamin kestabilan dan keadaan yang menentu.
Jauh lebih dari itu, yang bertanding mesti memahami sentimen pengundi kerana adakalanya ia memberi gambaran berlainan. Itu selalunya menentukan keputusan kerajaan untuk pembubaran Parlimen.
Saya percaya kerajaan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan hanya bergantung kepada populariti beliau yang menjulang naik sepanjang tempoh masa Covid-19 atau defisit kepercayaan dalam kepimpinan gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk memutuskan tarikh PRU. Banyak perkara lain juga harus diteliti oleh Perdana Menteri. Ini termasuk juga meminimakan masalah dalaman kerana Perikatan Nasional masih merupakan gabungan ‘Perikatan’ yang longgar apatah lagi di dalam ‘Perikatan’ ada beberapa gabungan besar.
 
Isu LOGO Begitu juga dengan isu penggunaan logo, manifesto, agihan kerusi dan jentera sepadu PRU. Bagi PH, isu PH Plus perlu diatasi segera khususnya calon Perdana Menteri; hubungan antara PKR, Amanah dan DAP serta Tun Dr Mahathir Mohamad. Adakah penyokong mereka bersedia untuk membiarkan keputusan beberapa minggu lalu demi parti? Atau, soal ‘pengganti’ dan ‘komunikasi’ masih membelenggu PH?
Rakyat Malaysia sentiasa bersedia dengan PRU walaupun telah melalui siri PRK sejak 2018-2020. Yang menarik adalah apakah parti gabungan besar sudah bersedia atau mahu mengikut tren Singapura, Jepun dan Korea Selatan yang mengadakan PRU sewaktu Covid-19.
Pengalaman BN di PRU 2018 dan PH di Langkah Sheraton sudahpasti mematangkan tindakan, keputusan, gerak kerja dan masa depan parti masing-masing. Penaungan fahaman politik akan sebenarnya menentukan keputusan kali ini dengan disertai oleh personalized politics.
Pengundi kini sudah cerdik, informasi datang dengan sendirinya kepada mereka. Pengundi boleh memilih untuk keluar atau tidak; pengundi boleh setia pada parti, calon atau isu yang dibawa. Maka, kategori pengundi juga berbeza-beza. Ada yang menyokong parti dalam apa keadaan sekalipun, ada pula tidak memihak; ada juga yang suka melakukan ‘undi protes’.
Pengalaman lepas politik kepartian mengajar kita menghalusi sebarang keputusan yang mahu dibuat dalam PRU Ke-15 ini. Pengundi berumur 18 tahun juga ternanti-nanti sama ada sudah diwartakan keabsahan mereka mengundi.
Kos PRU dijangka menelan belanja 800 juta ringgit. Bersediakah kita. Perlu difikir bagaimana untuk memastikan ‘keputusan politik’ tidak sering membunuh antara satu sama lain tetapi bawa cerminan ‘politik matang’ yang memenangkan agenda rakyat kerana Akta Lompat Parti tidak ada dan masing-masing boleh menjadi kawan semula dalam jangkamasa tidak sampai 24 jam selepas berakhirnya PRU andaikata wujud percaturan politik baharu sekali lagi. Kita nantikan sidang Parlimen pada 13 Julai 2020 ini; apakah akan ada pergerakan baharu?
Bagi rakyat, PRU Ke-15 barangkali tidak seperti PRU Ke-14. Individu yang dijadikan ‘bahan kempen’ kini menjadi yang paling popular. Itulah politik tanah air. Emosi boleh menggembirakan kita sebentar tetapi kerasionalan akan membantu kita lebih bersedia untuk berhadapan dengan hari-hari mendatang tanpa perlu gusar bagaimanakah keadaan politik, ekonomi dan sosial Malaysia.
Ini bergantung kepada struktur politik yang dipilih nanti. Percayalah, pemangkahan kali ini lebih penting dari PRU Ke-14 kerana kita mahukan kerajaan yang stabil, menentu dan mengambil berat masa depan rakyat dari sudut kebajikan dan kesejahteraan serta kerukunan masyarakat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
* Profesor Dr Sivamurugan Pandian ialah profesor di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia
SH
The post Bersediakah Malaysia untuk PRU15? appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/12/bersediakah-malaysia-untuk-pru15/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skmm Kompaun Syarikat Telekomunikasi Malaysia Sebanyak Rm4 6 Juta Kerana Tidak Patuh Piawaian Kualiti Perkhidmatan

Skmm Kompaun Syarikat Telekomunikasi Malaysia Sebanyak Rm4 6 Juta Kerana Tidak Patuh Piawaian Kualiti Perkhidmatan

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 433 hits
Setiap suku tahun pihak SKMM dilihat seperti memantau kepatuhan piawahan perkhidmatan telekomunikasi dan mengeluarkan kompaun terhadap syarikat telekomunikasi sekiranya gagal patuh piawaian kualiti perkhidmatan Terbaru setakat suku kedua 20...
47 Individu Pulang Ke Malaysia Sejak 10 Jun 3 Julai Positif Covid 19

47 Individu Pulang Ke Malaysia Sejak 10 Jun 3 Julai Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR 4 Julai Seramai 47 individu yang pulang ke negara ini sejak 10 Jun lalu sehingga semalam didapati positif COVID 19 kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Ismail Sabri berkata kesemua individu itu dikesan positif hasi...
Pak Kadir Di Antara Orang Melayu Paling Kaya Dalam Malaysia Pada Tahun 1990an

Pak Kadir Di Antara Orang Melayu Paling Kaya Dalam Malaysia Pada Tahun 1990an

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 416 hits
Najib Tun Razak Ramai yang mungkin tidak tahu Pak Kadir merupakan antara orang Melayu paling kaya dalam Malaysia pada tahun 1990an Dia pernah menjawat sebagai pengarah dan penah menjadi pemegang saham terbesar syarikat MRCB Masa itu MRCB me...
Lesen Memandu Unhcr Tidak Boleh Digunakan Bagi Memandu Kenderaan Di Malaysia

Lesen Memandu Unhcr Tidak Boleh Digunakan Bagi Memandu Kenderaan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 736 hits
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan ia selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 Astro AWANIKUALA LUMPUR Lesen memandu Suruhanjaya Tinggi Bangsa Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian yang digunakan ...
Servis Copywriting Malaysia Instant Copywriting Termurah

Servis Copywriting Malaysia Instant Copywriting Termurah

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 442 hits
AssalamualaikumBismillahPernahkah korang terfikir kenapa dah bertahun menjalankan bisnes tetapi sales tak pandai nak naik naik Even aku sendiri yang menjalankan bisnes menjual minyak angin dan perfume stress tau buat ayat ayat iklan setiap ...
Bursa Malaysia Dijangka Ikuti Prestasi Bursa Serantau

Bursa Malaysia Dijangka Ikuti Prestasi Bursa Serantau

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 258 hits
KUALA LUMPUR 4 JULAI Bursa Malaysia dijangka mencatatkan prestasi dagangan sejajar dengan bursa serantau minggu depan memandangkan pasaran mungkin meneruskan kenaikan kukuh didorong laporan positif mengenai perkembangan vaksin Covid 19 yang...
England Isytihar Malaysia Negara Berisiko Rendah

England Isytihar Malaysia Negara Berisiko Rendah

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 379 hits
Malaysia Thailand Singapura dan Vietnam merupakan antara negara negara Asia Pasifik yang dibenarkan kembali atau melawat England tanpa perlu menjalani proses kuarantin 14 hari Kementerian Pengangkutan negara itu pada Jumaat mendedahkan lebi...
Youths Show Malaysia S Lawmakers That Virtual Parliament Completely Possible

Youths Show Malaysia S Lawmakers That Virtual Parliament Completely Possible

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 270 hits
The initiative known as Parlimen Digital saw 222 youth representatives reflecting the federal seats in Malaysia convene a two day debate session beginning today Picture via Twitter Parlimen Digital MYKUALA LUMPUR July 4 Frustrated with the ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat