Bersediakah Asean Malaysia Sahut Cabaran Piala Dunia Bazookapenaka My



KUALA LUMPUR – Antara topik hangat yang diperbincangkan dalam kalangan peminat sukan di rantau Asia Tenggara sepanjang minggu lalu sudah pasti terarah kepada hasrat negara-negara anggota ASEAN hendak membida bersama penganjuran Piala Dunia FIFA 2034.
Walaupun soal penganjuran kejohanan bola sepak terbesar dunia itu bukan perkara baru kerana sudah dibangkitkan beberapa kali sebelum ini sejak sedekad lalu, perkembangan kali ini dilihat lebih kukuh apabila pemimpin tertinggi kesemua 10 anggota ASEAN bersetuju untuk mengemukakan bidaan tersebut.
Perkara itu diumumkan Pengerusi ASEAN yang juga Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan o-cha pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 di Bangkok, 23 Jun lalu.
Malah, kajian kebolehlaksanaan sudah sepatutnya selesai dijalankan apabila usaha untuk memulakan kajian itu dikatakan sudah dipersetujui pada peringkat Mesyuarat Menteri-Menteri Sukan ASEAN pada 2015 apabila Malaysia menjadi tuan rumah sidang kemuncak tersebut.
ASEAN, dengan jumlah penduduk 640 juta orang, ekonomi ketiga terbesar di Asia dan ketujuh terbesar dunia (dijangka menjadi keempat terbesar dunia pada 2030), sememangnya mempunyai peminat dan pengikut yang fanatik bola sepak, baik melibatkan saingan Piala Dunia, serantau atau liga terkemuka dunia seperti Liga Perdana Inggeris dan La Liga Sepanyol.
Bagaimanapun, timbul beberapa cabaran dan persoalan mengenai impian besar negara-negara ASEAN untuk menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak paling berprestij itu. – BERNAMA
KEMAMPUAN KEWANGAN
Kos penganjuran kejohanan bola sepak terunggul dunia itu bukan kecil dan negara-negara ASEAN perlu bersedia membelanjakan kos berbilion ringgit bagi menyediakan kemudahan dan stadium. Rusia dilaporkan membelanjakan kos melebihi AS$11 bilion (lebih kurang RM45 bilion) untuk menganjurkan Piala Dunia 2018. Tuan rumah edisi 2014, Brazil pula dilaporkan membelanjakan sekitar AS$15 bilion (kira-kira RM62 bilion), peningkatan AS$4 bilion yang dibelanjakan Afrika Selatan bagi edisi 2010.
Malah, kos membuat bidaan juga bukan sedikit. Sebagai rekod, England membelanjakan 21 juta (kira-kira RM110 juta) untuk membida Piala Dunia 2018 yang dimenangi Rusia. Kos edisi 2034 pastinya akan meningkat berikutan inflasi dan keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk meningkat jumlah pasukan bertanding dari 32 ke 48.
INFRASTRUKTUR
Antara syarat untuk menganjurkan Piala Dunia ialah negara penganjur perlu memiliki kemudahan dan infrastruktur baik. Negara penganjur juga perlu menyediakan stadium dengan kapasiti minimum 80,000 tempat duduk untuk perlawanan pembukaan dan final, minimum 60,000 tempat duduk bagi aksi separuh akhir dan 40,000 tempat duduk untuk perlawanan pusingan awal. Namun, infrastruktur dibina untuk kejohanan terkemuka juga sering kali menjadi ‘gajah putih’ selepas temasya sukan itu berakhir.
Mengikut panduan pembidaan FIFA, negara penganjur juga harus memiliki kemudahan jalan raya, pengangkutan awam, hotel penginapan mencukupi untuk menampung pemain, ahli pasukan dan pengadil, selain tempat latihan khas untuk setiap pasukan. Penyediaan infrastruktur, terutamanya jika dibina baru boleh menelan kos besar.
ISRAEL
Negara penganjur perlu memberi jaminan kepada FIFA bahawa semua negara bertanding akan dijaga dan dibenarkan bertanding. Oleh kerana Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel, warga negara berkenaan tidak dibenarkan untuk memasuki negara ini, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Kementerian Dalam Negeri.
Sekiranya Israel, menduduki ranking ke-82 dunia, mencipta kejutan untuk layak ke Piala Dunia 2034, akan timbul masalah dan persoalan mengenai penyertaan negara berkenaan, terutama apabila Malaysia dan Indonesia tiada hubungan diplomatik dengan Israel. Untuk rekod, Israel pernah layak ke Piala Dunia pada edisi 1970 di Mexico.
Untuk rekod, Malaysia sebelum ini dibatalkan hak untuk menganjurkan Kongres FIFA 2017, yang turut menyaksikan pengundian tuan rumah Piala Dunia 2026, kerana tiada jaminan untuk mendapatkan visa perjalanan bagi delegasi dari negara berkenaan.
Pada awal tahun ini, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) pula melucutkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 dijadual di Kuching, Sarawak bermula 29 Julai hingga 4 Ogos kerana kerajaan Malaysia gagal memberi jaminan kepada perenang negara itu.




Bagaimanapun, beberapa warga Israel pernah memasuki Malaysia dengan kebenaran kerajaan sebelum ini, iaitu pada 1997 pasukan kriket Israel menyertai pertandingan Piala Majlis Kriket Antarabangsa (ICC), selain pemain Chelsea, Yossi Benyoun beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Harimau Malaya pada 2011. Pada sesi Parlimen April lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, seramai 105 warga Israel dibenarkan memasuki Malaysia dari 2016 hingga Mac 2019.
PENGALAMAN, RANKING
Negara-negara anggota ASEAN pula kurang pengalaman beraksi di peringkat tertinggi seperti Piala Dunia untuk memberi saingan kepada pasukan-pasukan ‘elit’ atau untuk mengelak daripada menjadi pasukan belasahan.
Hanya Indonesia satu-satunya negara ASEAN pernah beraksi di Piala Dunia ketika edisi 1938 di Perancis. Indonesia ketika itu dijajah Belanda, dikenali sebagai Dutch East Indies. Bagaimanapun, pasukan itu bernasib malang apabila terpaksa bertemu kuasa besar, Hungary seawal pusingan pertama dan tersingkir dengan kekalahan 0-6. Hungary menamatkan saingan di tempat kedua selepas tewas 2-4 kepada Itali di final.
Dari segi ranking, tiada negara ASEAN menduduki ranking 50 teratas dunia buat masa ini. Pasukan menghuni ranking tertinggi kini ialah Vietnam berada di tempat ke-96 dunia, diikuti Thailand (116), Filipina (126), Myanmar (138), Malaysia (159), Indonesia (160), Singapura (162), Kemboja (169), Laos (188) dan Brunei (193).
CHINA
Kuasa besar Asia, China dilihat berminat untuk menganjurkan Piala Dunia 2030. Negara tembok besar itu, dilihat mempunyai kekuatan kewangan sebagai ekonomi kedua terbesar dunia dan infrastruktur yang diperlukan untuk menganjurkan kejohanan itu. Sebagai tuan rumah Piala Asia 2023, China sudah bersedia membina stadium khas untuk bola sepak di sembilan dari 12 bandar raya yang akan menjadi tuan rumah Piala Asia 2023.
Jika China berjaya dalam bidaan untuk Piala Dunia 2030, peluang sangat tipis buat ASEAN untuk menjadi tuan rumah edisi seterusnya kerana kejohanan itu tidak boleh diadakan di benua sama untuk berturut-turut. Untuk rekod, Piala Dunia hanya pernah diadakan di Asia sekali sebelum ini, pada 2002 di Jepun dan Korea Selatan, manakala Qatar akan menjadi tuan rumah kedua dari Asia pada 2022.
NEGARA TUAN RUMAH
Satu lagi persoalan ialah berapa banyak negara akan menjadi tuan rumah jika ASEAN menganjurkan Piala Dunia. Jepun dan Korea Selatan menjadi negara pertama menganjurkan Piala Dunia secara bersama, manakala 2026 bakal menjadi edisi pertama akan dianjurkan tiga negara – Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.
Jika kesemua 10 negara mahu menganjurkan kejohanan itu secara bersama, ia dilihat tidak ideal dan kurang daripada empat negara dianggap paling ideal kerana faktor logistik, kemudahan dan teknikal. Selain itu, proses kelayakan sebagai tuan rumah juga agak rumit jika kesemua 10 negara menjadi hos bersama kerana seluruh benua Asia hanya diberikan lapan slot bermula edisi 2026 (selepas format kejohanan ditukar kepada 48).
Biarpun berdepan pelbagai cabaran yang perlu diatasi, setiap halangan sudah pastinya ada penyelesaian. Tiada apa yang mustahil.
Pemimpin negara-negara ASEAN tentunya sudah mengambil kira segala cabaran yang bakal dihadapi dalam usaha merealisasikan hasrat besar ini untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA pada masa akan datang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2019/07/bersediakah-asean-malaysia-sahut-cabaran-piala-dunia-bazookapenaka-my/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebanyakkan Negara Anjur Piala Dunia Fifa Alami Kerugian Mampukah Malaysia Laporan

Kebanyakkan Negara Anjur Piala Dunia Fifa Alami Kerugian Mampukah Malaysia Laporan

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 380 hits
Piala Dunia FIFA merupakan satu kejohanan berprestij di peringkat antarabangsa yang mana banyak negara mengimpikan untuk menganjurkannya dan menjadi tuan rumah Perkara ini kerana kejohanan yang berlangsung empat tahun sekali ini dianggap da...
Piala Dunia 2034 Malaysia Tidak Mencari Tiket Percuma

Piala Dunia 2034 Malaysia Tidak Mencari Tiket Percuma

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 232 hits
MALAYSIA tidak mencari 8216 tiket percuma 8217 beraksi pada Piala Dunia menerusi cadangan untuk negara ASEAN membida bersama penganjuran Piala Dunia 2034 Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Hamidin Mohd Amin untuk membida b...
Piala Dunia Fifa 2034 Asean Setuju Bida Hak Sebagai Tuan Rumah

Piala Dunia Fifa 2034 Asean Setuju Bida Hak Sebagai Tuan Rumah

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 330 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Asean Setuju Bida Hak Tuan Rumah Piala Dunia Fifa 2034

Asean Setuju Bida Hak Tuan Rumah Piala Dunia Fifa 2034

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 329 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Fam Menyambut Baik Hasrat Malaysia Negara Asian Membuat Bidaan Piala Dunia 2034

Fam Menyambut Baik Hasrat Malaysia Negara Asian Membuat Bidaan Piala Dunia 2034

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 361 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Krm Minat Anjur Piala Dunia Ragbi 7 S 2022

Krm Minat Anjur Piala Dunia Ragbi 7 S 2022

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 262 hits
Melihat pada peningkatan sambutan terhadap sukan ragbi Kesatuan Ragbi Malaysia KRM merancang untuk membida penganjuran Piala Dunia Ragbi 7 sepasukan pada 2022 JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELA...
Terbaik Dua Taman Tema Air Popular Malaysia Masuk Top Rangking Dunia

Terbaik Dua Taman Tema Air Popular Malaysia Masuk Top Rangking Dunia

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 627 hits
Siapa sangka Taman Tema Air Malaysia mampu masuk top rangking dunia ia bukan sesatu yang mudah kerana kita bersaing dengan negara maju lain yang lebih hebatKita memiliki beberapa buah taman tema air berkelas dunia antaranya ialah Sunway Lag...
Ranking Baru Bola Sepak Dunia Malaysia Kini Atasi Indonesia Dan Singapura

Ranking Baru Bola Sepak Dunia Malaysia Kini Atasi Indonesia Dan Singapura

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 676 hits
Berdasarkan kemas kini terbaharu pada 14 Jun yang dibuat oleh badan FIFA Malaysia telah berjaya melonjak ke tangga ke 159 dunia Ranking itu menunjukkan Malaysia berada pada tangga ke 159 mengatasi kedudukan negara jiran Indonesia yang berad...
Kenapa Rakyat Malaysia Antara Tergemuk Di Dunia

Kenapa Rakyat Malaysia Antara Tergemuk Di Dunia

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 417 hits
Ramai yang give up dengan program lose weight dan malaysia kekal sebagai antara negara tergemok dunia Boleh google tentang negara2 yang mempunyai ramai penduduk obes Walaupun gym banyak program kurus berlambak lambak dan supplement ibarat p...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya