Bersatu Sedia Pertaruh Annuar Tok Pa Di Gua Musang Jeli


 
Bersatu Kelantan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti dan PN untuk membuat keputusan, jika PRK diadakan kelak serta ada cadangan mencalonkan Annuar Musa (kiri) dan Mustapa Mohamed (kanan) bertanding di kerusi Gua Musang serta Jeli.PETALING JAYA: Bersatu Kelantan sedia memberi laluan kepada ahli politik berpengaruh, termasuk Annuar Musa dan Mustapa Mohamed bertanding di Parlimen Gua Musang serta Jeli, jika PRK diadakan kelak.
Ketua Bersatu Kelantan Kamaruddin Md Noor berkata langkah menghantar dua ahli politik itu ke Dewan Rakyat bagaimanapun perlu mendapat persetujuan pucuk pimpinan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu.
“Kita serah kepada pucuk pimpinan untuk buat keputusan muktamad, jika ada cadangan (calonkan Annuar dan Mustapa).
“Perbincangan dibuat peringkat atas kita (Bersatu Kelantan) menerima apa saja keputusan, selepas peringkat akar umbi memberi maklum balas kerana yang lebih penting kemenangan untuk Bersatu dan PN,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Adun Nenggiri, Azizi Abu Naim, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, mendapatkan injunksi sementara untuk menghentikan PRK bagi kerusi DUN itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi membincangkan pelaksanaan PRK DUN Nenggiri.
Selain Azizi, lima Ahli Parlimen yang turut dihentikan keahlian Bersatu kerana menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ialah Zahari Kechik (Jeli), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).
Adun Selat Klang, Abdul Rashid Asari pula menyokong Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
Semuanya gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.
Annuar ialah bekas Ahli Parlimen Ketereh selama tiga penggal, manakala Mustapa lebih dikenali sebagai Tok Pa pula memenangi kerusi Parlimen Jeli sejak 1995, sebelum menarik diri daripada bertanding pada PRU15.
Kamaruddin yang juga Adun Ayer Lanas berkata, Bersatu sedia mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang, Jeli dan DUN Nenggiri jika PRK diadakan selepas wakil rakyatnya menyuarakan sokongan kepada Anwar.
“Kita yakin mampu mempertahankan ketiga-tiga kawasan ini dan ada calon sesuai memandangkan kerjasama dan persefahaman Bersatu, PAS di Kelantan cukup baik dan kita boleh mengulangi persefahaman ini dalam PRK nanti.”
Katanya, Bersatu sudah melantik wakilnya untuk menjalankan tugas Adun bayangan selepas siri pengkhianatan wakil rakyatnya dalam membela nasib rakyat di Gua Musang, Jeli dan Nenggiri. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/06/bersatu-sedia-pertaruh-annuar-tok-pa-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Swcorp Pahang Pasang Cctv Pantau Kegiatan Buang Sampah Di Laluan Kuala Lipis Gua Musang

Swcorp Pahang Pasang Cctv Pantau Kegiatan Buang Sampah Di Laluan Kuala Lipis Gua Musang

papar berkaitan - pada 16/6/2024 - jumlah : 58 hits
LIPIS nbsp Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Pahang mengambil inisiatif memasang kamera litar tertutup di beberapa lokasi panas sepanjang laluan Lingkaran Tengah Utama Kuala Lipis Gua Musang sejak awal bulan
Gua Musang Mp Refuses To Vacate Seat Over Vague Notice

Gua Musang Mp Refuses To Vacate Seat Over Vague Notice

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 107 hits
Bersatu s Azizi Abu Naim says he will not comply with a notice from the party stating that it intends to revoke his membership Bersatu s Gua Musang MP Azizi Abu Naim has refused to vacate his seat despite receiving a notice from the party i...
Rupanya Tok Pa Bukan Lagi Ahli Bersatu Muhyiddin Pun Baru Tahu

Rupanya Tok Pa Bukan Lagi Ahli Bersatu Muhyiddin Pun Baru Tahu

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 47 hits
N Faizal GhazaliMuhyiddin Yassin berkata dia baru menyedari Mustapa Mohamed bukan lagi ahli Bersatu walaupun bekas Menteri itu sudah keluar parti pada September lalu Menurut presiden Bersatu itu dia juga tidak tahu berkenaan sebab yang memb...
Bersatu Sedia Lawan Semula Di Dun Nenggiri Adakah Pas Mahu Menunggu Pengkhianatan Berulang

Bersatu Sedia Lawan Semula Di Dun Nenggiri Adakah Pas Mahu Menunggu Pengkhianatan Berulang

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 69 hits
Saiful NizamPengumuman kekosongan luar jangka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Nenggiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Mohd Ammar Nik Abdullah sekali lagi membuka ruang untuk kita menilai integriti dan keikhlasan Bersatu...
Keluarga Zayn Rayyan Bertemu Semula Netizen Sebak Akhirnya Bersatu

Keluarga Zayn Rayyan Bertemu Semula Netizen Sebak Akhirnya Bersatu

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 63 hits
Netizen sebak lihat keluarga Zayn Rayyan bertemu semula selepas ibu bapa nenek dan datuk dibebaskan dengan ikat jamin hari ini Mana tidaknya setelah hampir dua minggu berpisah akhirnya kesemua ahli keluarga kanak kanak autistik Allahyarham ...
Lee Jehoon Dedah Sedang Bersiap Sedia Untuk Penggambaran Taxi Driver 3 Signal 2

Lee Jehoon Dedah Sedang Bersiap Sedia Untuk Penggambaran Taxi Driver 3 Signal 2

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 40 hits
Berita baik untuk peminat Lee Je hoon Artikel Berkaitan Dalam sebuah temubual khas pelakon lelaki tersebut telah mendedahkan karya yang sedang menantinya Akui Lee Je hoon dia sedang bekerja keras untuk musim ke 2 Signal dan musim ketiga Tax...
Hamzah Azmin To Clash For Number 2 Post In Bersatu Polls

Hamzah Azmin To Clash For Number 2 Post In Bersatu Polls

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 82 hits
A source says that having the two leaders in the party s top posts would augur well for Bersatu Bersatu Supreme Council members Hamzah Zainudin and Azmin Ali are expected to vie for the number two post at the party polls in October Speaking...
Xiaomi Tv Box S 2nd Gen

Bermalam Di Hotel Legend Inn Taiping

How The Manly 150ah Lithium Battery Protects Against Overcharging And Short Circuits

Ww Tapau Jer

Lays Squid Got Chili

Najib Kekal Dipenjara

Supplement Yang Nieyl Makan Sekarang

Ww Panduan Pengendalian Daging Ayam Yang Selamat



Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok


10 Kebaikan Durian Belanda Untuk Kesihatan Badan

Kenapa Melayu Makin Hilang Di Dunia

With China Producing Many Cars Should We Be Happy

Buasir Otak Tv Lahir Kat Arab Tapi Tak Cakap Bahasa Arab Be Like

Semak Passport Renewal Status How To Check Online

Moxy Putrajaya Keselesaan Dan Keseronokkan Dalam Satu Tempat