Bersatu Sang Ular Lidi Nak Jadi Naga


ULASAN 

Zahid dan Najib: Mereka bukan lagi aset
tetapi liabiliti kepada Umno. 
SEBELUM ini beberapa pemerhati dan penganalisa politik membuat penilaian mengenai masa depan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM atau Bersatu) yang sudah berpecah dua itu. 
Ada secara simplistik meramalkan Bersatu tidak boleh bergerak jauh dan akan menghadapi masalah. Tanpa adanya Dr Mahathir bersama yang menjadi roh kepada parti itu, Bersatu akan terkulai. 
Ada juga yang berpendapat langkah Bersatu yang terpaksa berpakat dengan Umno untuk menjatuhkan kerajaan PH ia langkah terpaksa dibuat yang  membimbangkan masa depan Bersatu. Dengan mengambil kira Umno sebagai sebuah parti lama berpengalaman, Bersatu akan dileburkan oleh Umno

Pertama-tama masalah akan dihadapi Bersatu dalam pembahagian kerusi pada pilihan raya akan datang. Disebabkan kedua parti itu bernuansa yang sama, nasionalis Melayu maka dijangka berlaku pertindihan dan perebutan pengaruh. Apa lagi Bersatu itu dilahirkan dari tulang rusuk Umno ia senantiasa menjadi kesangsian dan kecemburuan Umno. Masakan Umno tidak ada dendam tersembunyi

Sebagai pecahan Bersatu yang bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) kemudian berjaya menumbangkan kerajaan Umno, kejadian itu sesuatu memilukan dan pasti Umno berdendam dengan Bersatu. Sejarah itulah dibaca sebagai Bersatu tidak akan bertahan lama. 
Penerimaan dan kesediaan Umno terhadap Bersatu sehingga tertubuh kerajaan PN hanya disegi zahir sahaja tetapi tidak dari dhamirnya. Lantaran itu diperkirakan Bersatu tidak akan mampu bergerak bebas dan mengembangkan pengaruhnya, Umno akan menaunginya. Apa lagi bila mengenangkan dalam politik tidak ada keikhlasan dan para pemainnya selalu bertindak seperti ketam dalam bakul, yang saling pijak memijak untuk menguak ke atas, diramalkan Bersatu dan Umno bermasalah. 
Perebutan kerusi. 
Masalah utama Bersatu dengan Umno adalah perebutan pengaruh dari kalangan kelompok sama, Melayu. Keadaan ini menyebabkan apabila sampai kepada agenda pembahagian kerusi dalam pilihan raya kelak akan timbul kerumitan itu. Untuk berpakat menjatuhkan kerajaan PH dan bentuk kerajaan PN mungkin mudah, tetapi untuk masa depan, meneruskan kemenangan itu bukan perkara gampang. 
Kerusi dimenangi oleh Bersatu dalam Piraum lalu sebanyak 13 kerusi kemudian terpaksa dibahagi dua dengan Dr Mahathir, bernisbah 7 : 6 kesemua kerusi itu adalah kerusi Umno. Umno sudah lama menguasai kerusi tersebut menganggap kerusi tradisi mereka. Jadi apabila Bersatu bersama Umno, masalah untuk membahagikan kerusi itu akan berlaku. 
Maka adalah penganalisa dan pengulas politik yang membuat andaian, mereka yang takut kepada kehebatan Umno selaku gajah penarik lama yang berjasa, Bersatu akan ditelan oleh Umno. Mereka membayangkan Umno tidak akan beri laluan kepada Bersatu. Sudah pasti Umno mahu kekal sebagai parti yang memperjuangkan Melayu, dan senantiasa teringat kepada kerajaan yang hilang itu

Disitulah nanti akan muncul masalah. Justeru mereka yang kecewa dengan Muhyiddin membawa Bersatu untuk bersama Umno dan Pas, terkilan. Mereka membayangkan tindakan itu sebagai silap dan memusnahkan Bersatu sendiri. Langkah menerima partai dipimpin kleptokrasi tidak menguntungkan Bersatu. Kebimbangan ini disuarakan oleh beberapa ahli parlimen Bersatu yang tidak bersama Muhyiddin. Misalnya MP Simpang Renggam yang pemerhati politik akademis Maszlee Malik membayangkan Bersatu akan ditelan hidup-hidup oleh Umno. 
Berubah corak.
Mulanya pandangan itu ada kebenaran dan logik dengan melihat keupayaan dan sejarah lampau Umno. Tetapi kini keadaan sudah berubah. Kebimbangan atau risiko bakal dihadapi Bersatu itu cepat disedari oleh Muhyiddin. Para pemikir dalam Bersatu mula bertindak menyelamatkan diri mereka dan mengatasinya. Tampaknya cepat dan bijak juga arkitek Bersatu bertindak. Kerana terlalu sakit hati dengan tindakan Muhyiddin sampai ada yang terlupa akan kelicitan Muhyiddin dalam bersiasah. 
Ada beberapa langkah telah diambil oleh Bersatu dimana langkah ini seakan tidak disedari atau dibiarkan pula oleh Umno. Langkah ini terbit dari "kebelutan" perdana menteri itu. Sikap lemau Umno kerana ada faktor tertentu, antaranya kerana kedudukan presidennya kini yang bergerak separuh jiwa sahaja kerana diri dibelit dan terjebak masalah di mahkamah. Langkah-langkah Bersatu ini satu tindakan yang tidak terduga sebelum ini.  
1. Menguatkan kerjasama, mengemaskan ikatan dengan Pas. 
Dengan menggunakan kedudukan sebagai perdana menteri, presiden Bersatu Muhyiddin Yassin merapatkan kerjasama dengan Pas. Muhyiddin nampak memberi mata yang lebih kepada Pas dan situasi ini menyeronokkan Pas sebagai parti baru merasai kuasa dan penuh obsesi. Tujuan Muhyiddin merapatkan kerjasama dengan Pas adalah untuk merelaikan MN. Itu motifnya. Muhyiddin cuba menyakinkan Pas bahawa partinya dengan rekod pemimpin yang tidak ada masalah lebih baik berbanding Umno yang mana ramai pemimpinnya bercabut. 
Untuk tujuan itulah maka Muhyiddin mendesak agar PN didaftarkan sebagai gabungan sah yang akan mengambil bahagian dalam pilihan raya kelak. Tujuannya jelas dengan mendaftarkan PN sebagai gabungan sah beliau dengan kedudukan sebagai PM akan jadi pengerusi PN. Banyak keuntungan dan kuasanya luas dengan menjadikan pengerusi gabungan antaranya orang yang akan menandatangani watikah untuk bertanding. 
Tindakan ini disedari oleh Zahid kerana itu mulanya beliau bersikeras untuk tidak bersama PN dan mahu kekal dalam Muafakat Nasional (MN). Zahid pernah mengumumkan tindakan drastik MN keluar daripada PN, dan kerjasama MN dengan PN hanya diperingkat parlimen sahaja. Bagaimana ketegasan Zahid itu akhirnya mencair juga. Kenapa? 
2. Berunding dengan Pas. 
Tanpa diketahui dan diberi tahu diam-diam Muhyiddin telah beruding dengan Abdul Hadi Awang  untuk menubuhkan PN sebagai gabungan sah. Beliau berjaya memujuk Pas agar mengajak Umno dengan alasan-alasan kepentingan bersama. Pas pula menampakkan kecenderungan luar biasa kepada Bersatu apabila telah menyatakan persetujuan atas pelawaan Muhyiddin untuk jadi anggota penaja PN

Difahamkan Pas telah menamakana Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man dan Khairuddin Aiman Razali sebagai wakil Pas ke arah penubuhan. Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan. Kecenderungan Pas ini ternyata gagal dibendung oleh Umno.  
3. Menambah kekuatan Bersatu.
Tidak cukup itu Muhyiddin terus mengatur dan mencatur usaha untuk mencapai hasratnya menguasai gabungan PN. Untuk menampakkan Bersatu bergerak ke depan dan memperluaskan pengaruhnya, Muhyiddin menerima Azmin Ali dan kumpulannya menjadi ahli Bersatu. 
Pada mulanya terdengar desas desus Azmin akan menubuhkan parti baru, tetapi rancangan sudah berubah dengan Azmin dan sembilan (9) MP lain akhirnya menyertai Bersatu. Dengan bergabungnya Azmin bersama Bersatu, kekuatan Bersatu dari kepasititi MP sudah bertambah daripada 22 kepada 32 kini.  
Bersatu kini menjadi ketumbukan kedua terbesar dari segi MP selepas Umno yang 39 orang. Dengan mengambil kira Bersatu menjadi lebih intim dengan Pas, mereka akan memiliki 50 kerusi parlimen dimana angkanya sudah mengatasi Umno. Penyertaan Azmin ke dalam Bersatu jangan dipandang remeh ia adalah persiapan untuk Bersatu jadi makin ampuh. Pastinya selepas ini Azmin akan berada di puncak dalam Bersatu

4. Guna kedudukan sebagai PM. 
Bagi menguasai keadaan Muhyiddin akan menggunakan posisinya sebagai PM dan kuasa prerogatif yang ada, dan dengan sokongan Pas dan Azmin untuk mendahului Umno. Tindakan dan strategi itu menjadikan Umno Umno perlahan-lahan jadi kumpulan kecil bersediri dalam PN. Walaupun Umno ada tiga rakan MCA dan MIC tetapi ia bukan menjadi rakan setia kerana apabila kekuasaan menjadi penentu. Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengikut ke arah mana angin bertiup sahaja. 
Persoalannya apakah Umno sedar apa yang sedang diatur dan dirancang sekarang ini. Bersatu kini sedang menguatkan dirinya daripada ular Lidi untuk menjadi seekor Naga yang perkasa dan akan menelan gajah tempang bernama Umno. Zat-zat atau gizi digunakan oleh Muhyiddin untuk membesarkan diri menjadi Naga ialah dengan merapatkan kerjasama dengan Pas dan menggunakan Azmin sebagai bahan Bicarbonate politik Bersatu

Sekiranya Umno mahu jadi parti yang relevan kena sedar perkembangan ini. Keadaan Umno seperti gajah tempang itu perlu disembuhkan segera. Langkah drastik berani dan bertanggungjawab peluru diambil. Gajah itu kena dibawa berubat dan berjumpa doktor atau pawang pandai. 
Caranya, ialah Umno perlu menyusun barisan sendiri dan menginsafi kekuatan asal, nekad untuk bertanding sendiri tanpa memikirkan penggabungan dengan mana-mana pihak. Seperkara Umno kena ingat dan sedar akan sumpah sejak azali Pas yang akan menentangnya kerana perbezaan ideologi. Satu hal lagi Umno kena bijak dan memahami sejarah dalam bersahabat dengan Pas, begitu juga Pas dengan Umno. Sebagai parti lama Umno tentu sudah masa dengan sepak terajang politik

Seperti dinyatakan tindakan paling afdal ialah perkasakan Gajah dan buang Gembala sakit itu

Sekiranya gembala itu masih merasa dia mampu, masih belum mengaku masalah dirinya, Umno tidak perlu ragu-ragu jatuhkan dia dari belakang Gajah itu. Letakkan orang lain di atas rengga nya biar orang itu mengedarainya. Sebaik-baiknya Zahid dan Najib Razak rela berundur secara terhormat dan tidak menjadikan dia sebagai faktor dalam Umno. Itu tindakan terbaik kalau mereka berdua sayangkan Umno. Orang Umno jangan jadikan mereka sebagai faktor kepada kekuatan Umno. 
Muka baru yang tidak ada dosa perlu diangkat dan salah seorang daripada mereka perlu dipilih sebagai gembala baru. Timbalan Presiden Mohamad Hassan dan Naib-naib presiden Umno boleh memainkan peranana ini; Ismail Sabri Yaacob, Khalid Norden dan Mahadzir Khalid dengan dibantu ketua pemuda Asyraf Wajdi Dusuki dan juga ketua Wanita, Puteri dan lain-lain. Golongan profesional dalam Umno juga tidak perlu terikat dengan paradigma lama dalam Umno yang merosakkan parti itu.  
Kalau nama-nama itu tadi merasakan tidak termampu untuk berhadapan dengan Muhyiddin yang lebih senior daripada mereka, Umno masih ada Tengku Razaleigh Hamzah. Tawar atau berikan peluang untuk menggembala gajah bernama Umno itu kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Janganlah akan keusangan Tengku Razaleigh dalam politik tetapi tengoklah integriti yang ada kepadanya. 
Tindakan ini perlu dipercepatkan dan jangan tunggu sementara Bersatu terus membesarkan perut dan mulutnya untuk menjadi Naga

Sementara Bersatu sedang memproses untuk menjadi Naga, Umno juga perlu bertindak. Kita tahu kasih sayang dan hormatnya Umno kepada Zahid dan Najib dengan jasa-jasanya sangat agung. Tetapi apabila mereka sudah menjadi liabiliti tidak perlu mereka disimpan lagi. Orang Umno kena tanya diri mereka, apakah mereka lebih sayang kepada Umno atau berterusan ingin mempertahankan peribadi-peribadi yang telah mencemarkan Umno.  [wm.kl.8:56 am 25/08/2020] 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/04/yang-penting-ikhlas-dan-tidak-cuba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Yakin 6 Wakil Rakyat Kami Tak Kebuloq Nak Masuk Bersatu

Saya Yakin 6 Wakil Rakyat Kami Tak Kebuloq Nak Masuk Bersatu

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 300 hits
Tidak ada pemimpin Amanah yang berminat menyertai Bersatu terutama ketika parti berkenaan menyaksikan ramai anggota dan pimpinannya meninggalkan mereka kata Dr Mujahid Yusof Naib presiden Amanah itu menjelaskan Bersatu merupakan sebuah part...
Apa Ada Dan Apa Yang Nak Dibangga Jadi Ahli Bersatu

Apa Ada Dan Apa Yang Nak Dibangga Jadi Ahli Bersatu

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 239 hits
Setakat Muhyiddin jadi PM Azmin Menteri Kanan pun masih tak sudi jadi ahli
Tunjuk List 101 Kami Nak Tengok Jangan Dok Gempaq Saja

Tunjuk List 101 Kami Nak Tengok Jangan Dok Gempaq Saja

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 382 hits
Har ini barisan pemimpin Pakatan Harapan terpaksa membuat sidang media di Parlimen minta Menteri Kewangan dedahkan senarai 101 Projek rundingan Terus Pelik sampai kena paksa untuk dedah bayangkan Dah jadi Kerajaan takut nak dedah Rafizi dul...
Sama2 Nak Tamat Zaman Bujang Mira Filzah Beri Ucapan Birthday Buat Adik

Sama2 Nak Tamat Zaman Bujang Mira Filzah Beri Ucapan Birthday Buat Adik

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 783 hits
Pengacara cantik Mira Filzah sejak kebelakangan ini telah mencuri tumpuan warganet apabila memberi bayangan majlis perkahwinannya akan berlangsung tidak lama lagi selepas satu temu bual berkenaan pendapatnya mengenai malam berinai Namun beg...
Saya Nak Bergaduh Dengan Dia Isteri Tuntut Cerai Kerana Suami Terlalu Baik Menyayanginya

Saya Nak Bergaduh Dengan Dia Isteri Tuntut Cerai Kerana Suami Terlalu Baik Menyayanginya

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 590 hits
Saya nak bergaduh dengan dia Isteri tuntut cerai kerana suami terlalu baik menyayanginyaSeorang wanita di India nekad menuntut cerai hanya kerana tidak pernah bertengkar dengan suaminya selepas 18 bulan mendirikan rumah tangga Difahamkan wa...
Lupa Kata Laluan Kwsp Apa Nak Buat

Lupa Kata Laluan Kwsp Apa Nak Buat

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 275 hits
Lupa Kata Laluan KWSP Masalah yang sering dihadapi oleh pengguna portal online KWSP ialah lupa password atau kata laluan KWSP Namun jangan panik Kami ada penyelesaiannya Pakar Wang akan kongsikan maklumat berkenaan Lupa Kata Laluan KWSP Pan...
Hiburan Macam Mana Nak Berniaga Lagi Instagram Selebriti Digodam Kali Ini Pelakon Roy Azman Jadi Mangsa

Hiburan Macam Mana Nak Berniaga Lagi Instagram Selebriti Digodam Kali Ini Pelakon Roy Azman Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 341 hits
Kesal dan kecewa pelakon Roy Azman mendedahkan bahawa akaun Instagram miliknya iaitu royazman30 telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab Akaun instagram miliknya yang mempunyai lebih kurang 261 000 pengikut itu telah digodam dan...
Roy Azman Kecewa Ig Digoda Itulah Tempat Saya Cari Makan Macam Mana Nak Berniaga

Roy Azman Kecewa Ig Digoda Itulah Tempat Saya Cari Makan Macam Mana Nak Berniaga

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 582 hits
Dukacita dimaklumkan akaun Instagram saya royazman30 kena godam Sejujurnya saya kecewa sangat dengan apa yang berlaku sebab itulah tempat saya cari makan Sudah ada 261 000 pengikut bukan senang nak bangunkan source
Kenapa Nak Suruh Hentikan Perdebatan Isu Kontrak

Kenapa Nak Suruh Hentikan Perdebatan Isu Kontrak

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 250 hits
Mohd Asri Abu BakarYiddin pagi ni meminta semua pihak samada dari team KERAjaan ataupun dari pihak pembangkang supaya dapat menghentikan segala perbalahan dan perbahasan mengenai kes direct nego yang di bangkitkan oleh Menteri Kewangan Sema...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan