Bersatu Pas Tak Sederap Langkah


 
Bersatu dalam mesyuaratnya 7 Feb lalu dikatakan turut membincangkan ‘perkembangan amat meyakinkan’ hasil pertemuan kepimpinan tertinggi parti itu dan PAS — gabungannya dalam Perikatan Nasional (PN). Ini berdasarkan perkongsian Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali, dalam satu hantarannya di Facebook.
Turut memuat naik arahan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin supaya jentera parti itu digerakkan segera bagi menghadapi kemungkinan PRU mengejut hujung tahun ini, namun seakan-akan ada yang tidak kena kerana jelas selepas itu reaksi PAS tidak senada – atau langkah Bersatu dan PAS tidak sederap.
Sambil Bersatu sudah selesai mengadakan pemilihannya November lalu untuk ia menumpukan kepada persiapan menghadapi PRU sebelum penggal pentadbiran kerajaan tamat pada 2027, PAS pula dijangka mengadakan pemilihannya September ini untuk ia menentukan hala tujunya selepas itu.
Semalam, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Mokhtar Senik berkata semua ahli parti itu diminta tidak mengikut ‘paluan gendang’ atau gesaan supaya jawatan presiden atau timbalan presiden yang ketika ini disandang Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man dipertandingkan.
Dalam pada itu, sumber membayangkan jawatan presiden dan timbalan presiden PAS mungkin dipertandingkan buat kali pertama dalam pemilihan dijangka September ini selepas ia kali terakhir dipertandingkan pada 2015 – lebih-lebih lagi jika Hadi yang menyandang jawatan presiden sejak 2002 mengundur diri seperti diminta segelintir ahli susulan keuzurannya.
Pada masa sama, ada ura-ura mendakwa Tuan Ibrahim juga mahu memberi laluan kepada pemimpin lain, namun wujud gesaan pro-ulama memintanya kekal pertahan jawatan nombor dua parti.
Secara mudahnya, di peringkat ini atau pada waktu ini, kedua-dua parti berkenaan tidak berada di muka surat yang sama, dengan masing-masing berbeza keutamaan.
Kata Azmin, ‘perkembangan amat meyakinkan’ itu adalah hasil pertemuan kepimpinan tertinggi Bersatu dan PAS pada 5 Feb lalu tanpa menyebut siapakah yang hadir.
Namun, tidak sependapat dengan Azmin, Tuan Ibrahim pula berkata parti itu sedia berdepan PRU sebelum 2027, namun tidak menjangkakannya diadakan seawal tahun ini.
“Tak mustahil PRU serentak dengan PRN tetapi tidak ikut di Sabah (DUN tamat Oktober) tahun ini. Mungkin ikut PRN Melaka (penggalnya tamat pada Nov 2026) dan Johor (penggalnya tamat pada Mac 2027) yang diadakan lebih awal (berbanding PRU15).
“Berdasarkan senario semasa dengan peningkatan kos hidup, kegagalan PMX (Anwar Ibrahim) menunaikan pelbagai isu semasa, saya yakin PRU tidak diadakan dalam masa terdekat (tahun ini),” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu kepada FMT pada Jumaat lalu.
Persoalan berbangkit apakah persiapan menghadapi PRU awal tidak dibincangkan dengan PAS dalam mesyuarat 5 Feb itu hingga Tuan Ibrahim berhujah demikian? Atau pertemuan kepimpinan tertinggi kedua-dua parti itu hanya membabitkan Muhyiddin dan Hadi?
Dilaporkan juga PAS dikatakan tidak terlalu teruja menyertai naratif dimainkan Bersatu konon PRU mengejut bakal diadakan hujung tahun ini. Menurut sumber PAS, belum ada penyelarasan gerak kerja antara dua parti utama PN terbabit.
Tidak cukup dengan itu, sumber Bersatu pula dipetik FMT sebagai mendedahkan hanya segelintir pemimpin parti itu yang bersungguh-sungguh mahu PRU diadakan segera manakala sebahagian lagi tidak yakin akan berlaku PRU mengejut.
“Ketika ini PAS dan Bersatu seolah-olah bergerak sendiri, seorang ke timur dan seorang ke barat. PAS tidak terlalu beria-ia (PRU mengejut hujung tahun ini), segelintir dalam Bersatu pula dilihat bersungguh-sungguh… tetapi jentera PAS tetap sedia.”
“Setahu saya pertemuan dikatakan (Azmin) antara Hadi dan Muhyiddin berlaku tanpa ada satu keputusan konkrit,” kata sumber itu yang turut mendakwa belum ada pertemuan rasmi di peringkat tertinggi kedua-dua parti, termasuk rundingan mengenai calon perdana menteri PN.
Persoalan lain yang timbul adakah Azmin sengaja mahu cipta gambaran semuanya baik-baik belaka di antara Bersatu dan PAS – sesuatu yang jadi kemahirannya termasuk ketika mengetuai kempen PN dalam PRK Mahkota pada 28 Sept 2024?
Gara-gara wujudnya percanggahan Bersatu dan PAS, penganalisis turut tidak menaruh sebarang simpati terhadap PN, dengan James Chin dari Universiti Tasmania menyimpulkannya sebagai bayangan Bersatu sedar pengaruh mereka semakin pudar, tambahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semakin mengukuhkan kuasanya sambil PAS pula mengukuhkan kedudukannya sendiri.
“Semakin lemah sesuatu parti, semakin awal kamu perlu bersiap sedia untuk menghadapi PRU,” katanya manakala Asrul Hadi Abdullah Sani dari ADA Southeast Asia berkata seruan Muhyiddin lebih kepada mencipta keraguan dan mengganggu kestabilan kerajaan.
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara beranggapan dakwaan tersebut sekadar strategi Bersatu menutup kelemahan dan mengubah persepsi ia ‘parti bercelaru’ susulan pertelingkahan dalaman berpunca daripada kepimpinan parti itu sendiri.
“PAS memang berada dalam keadaan kuat berbanding Bersatu. ‘Tak senada’ pendirian sebab mereka tahu mustahil untuk PRU berlaku hujung tahun ini dan pasti akan dipersoal pihak tertentu sekiranya andaian itu tidak berlaku. Maka tiada keperluan untuk PAS menjerat diri sendiri,” katanya.
Semua perkembangan itu mendorong Azmin cuba menjernihkan keadaan pada Ahad dengan menafikan Bersatu cuba membuat gimik politik dengan mengarahkan jentera digerakkan segera bagi menghadapi kemungkinan PRU mengejut.
“Ini bukan gimik tapi persiapan … ini betul-betul. Saya beritahu setiap ketua bahagian, dan rakyat siap sedia (untuk pilihan raya). Salah ke saya gesa ahli buat persiapan? Tidak salah. Saya nak Bersatu solid dan mantap. Bubar sahaja (Parlimen) nanti, kita sudah sedia,” katanya.
Ia senada dengan kenyataan Ahi Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim sebelum ini bahawa ‘tiada yang luar biasa’ mengenai kemungkinan PRU16 hujung tahun ini, sambil menganggap kenyataan Azmin itu sebagai nasihat kepada ahli Bersatu.
Barangkali jawapan terbaik ditawarkan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul: “Jika benar, good luck untuk Azmin (yang kenyataannya mungkin bersifat peribadi dan perancangannya sendiri.) Tetapi realitinya, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk berlaku kerana keputusan membubarkan Parlimen adalah keputusan perdana menteri dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.” - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/bersatu-pas-tak-sederap-langkah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gagal Tebuk Atap Apa Langkah Terdesak Pas Dan Bersatu Pn Bersatu Ala Ko

Gagal Tebuk Atap Apa Langkah Terdesak Pas Dan Bersatu Pn Bersatu Ala Ko

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 110 hits
Ketika Kerajaan Madani memasuki tahun ketiga pentadbirannya Bersatu mula melakukan persiapan jenteranya dengan jangkaan berlaku pilihan raya mengejut penghujung tahun ini Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali berkata presiden parti itu Muhyidd...
Tak Perlu Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam Pemimpin Bersatu Pas Beritahu Sekutu

Tak Perlu Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam Pemimpin Bersatu Pas Beritahu Sekutu

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 118 hits
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Afnan Hamimi Taib Azamudden berpendapat peranan Kementerian Perpaduan Negara memadai dalam menguruskan isu berbangkit berkait ehwal bukan Islam PETALING JAYA Pemimpin Bersatu dan PAS menolak cadangan sa...
Pas Tak Teruja Sertai Naratif Pru Mengejut Bersatu

Pas Tak Teruja Sertai Naratif Pru Mengejut Bersatu

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 138 hits
FMT ReportersPETALING JAYA PAS dikatakan tidak terlalu teruja menyertai naratif dimainkan sekutunya Bersatu yang kononnya PRU mengejut bakal diadakan hujung tahun ini menurut sumber parti Sumber PAS itu juga memberitahu masih belum ada peny...
Pas Baru Nak Tersedar Yang Selama Ni Kena Tunggang Dengan Bersatu

Pas Baru Nak Tersedar Yang Selama Ni Kena Tunggang Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 112 hits
Tak susah mana nak baca kenapa Bersatu melalui Azmin tiba tiba sebut pilihanraya tahun ni Sebabnya depa dah nampak hala tuju angin PAS ke depan ni macam mana PAS dah mula bercakap tentang calon PM dari parti mereka tentang empat Menteri Bes...
Jika Ada Pimpinan Pas Sebesar Nik Aziz Pas Akan Dihormati

Jika Ada Pimpinan Pas Sebesar Nik Aziz Pas Akan Dihormati

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 101 hits
Menitik Malam Cita cita untuk lihat Pas akan bersama dan menyokong kerajaan Madani berlaku apabila parti itu masih lagi dipimpin oleh Hadi Awang Dendam peribadi menyebabkan Pas alergik dengan Anwar Ibrahim Jika Pas mahu memulihkan imejnya s...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Understand Your Target Audience

Sinopsis Filem Mantera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal