Bersatu Musuh Dalam Selimut Puad Zarkashi


BERITA
By Admin-S On Dec 30, 2020

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi secara terbuka mengakui bahawa pemimpin akar umbi UMNO sudah lama sedar yang tikam UMNO dari belakang di PRU 14 adalah Bersatu.

(Suara TV) – Malah dedahnya yang rancang membubarkan UMNO setelah Pakatan Harapan (PH) berkuasa adalah Bersatu bukan PKR atau DAP.

Puad menegaskan walaupun PH sudah tumbang, tetapi DNA mereka masih ada dalam Bersatu 2.0. Hal ini kerana, Bersatu melihat UMNO sebagai rival bukan kawan.

“Sekarang mereka tidak boleh haramkan UMNO melalui perundangan. Tetapi melayan UMNO dengan cara melemahkan UMNO dan akhirnya kuburkan UMNO.

“Bersatu lebih terdesak dan perlu melemahkan UMNO jika Bersatu mahu tambah kerusi Parlimen dan DUN di PRU ke 15 akan datang,” katanya dalam satu catatan di Facebook.

Dalam pada itu, ujar Puad lagi, sebab itu tidak timbul PKR dan DAP mahu bubarkan UMNO.

Hal ini kata beliau, tendensinya, UMNO- Bersatu akan bertembung. Bersatu akan guna muslihat seperti yang berlaku di PRN Sabah.

“Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa dakwa UMNO boleh tergolek kali kedua. Itulah rasional kenapa 143 Ketua Bahagian menolak kerjasama dengan Bersatu kerana tindak tanduk Bersatu mahu menggolekkan UMNO kali kedua.

“Percayalah, kalau Bersatu masih menghalalkan kaedah lompat parti untuk tambah Ahli Parlimen Bersatu, sudah tentu Ahli Parlimen UMNO menjadi target untuk dipujuk bukan Ahli Parlimen PAS.
“Itu yang patut dikhuatiri oleh Annuar. Kalau Ketereh adalah kubu UMNO, maka parti mana yang akan menjadikannya kubur. DAP, PKR atau Bersatu? Soal beliau.

Justeru, Puad berkata, kalau Annuar kata pemimpin akar umbi resah, mereka sebenarnya lebih mengetahui apa yang berlaku di bawah. Mereka terdedah dengan pujukan dan tawaran.

“Semoga UMNO bukan umpama, terlepas dari mulut buaya tetapi masuk ke mulut harimau,” katanya.

Puad menjangkakan akan ada yang komen, kenapa perbezaan pendapat dibahas di luar kerana bagi mereka musuh akan untung jika berlaku perbahasan terbuka.

“UMNO adalah parti besar. Ia kembali bangkit. UMNO wajar lebih terbuka. Jangan sapu sampah bawah carpet. Jangan apologatik, takut apa orang lain kata.

“Di zaman media sosial tidak ada yang boleh disembunyikan. Maklumat, percakapan dan kenyataan mudah bocor.

“Jika bukan orang lain bocorkan, orang sendiri akan bocorkan. Bukan rahsia pun 145 Ketua Bahagian UMNO menolak bersama Bersatu untuk PRU ke 15,” dedahnya.

Menurut beliau lagi, dua hari lepas Annuar membuat posting terbuka. Beliau tuduh seorang pemimpin yang ada platform rasmi buat perkara yang berlawanan dengan dasar parti.

“Annuar terlupa beliau Setiausaha Agung BN. Beliau pun suka mendahului Presiden. Annuar mendakwa parti sedang di bawa ke arah perpecahan bukan konsolidasi. Annuar tutup mata sebelah. Sebenarnya UMNO yang sedang ditikam dan dilemahkan dari belakang.

“Sekarang ini sibuk Bersatu membeli dan memujuk Ketua Ketua cawangan UMNO untuk menubuhkan cawangan baru Bersatu. Kenapa tidak dipujuk ketua PAS, PKR dan Amanah?

“Masa orang Bersatu jadi Menteri Besar, mereka gunakan jawatan ketua kampung sebagai tawar menawar tubuh cawangan baru. Sekarang guna Perdana Menteri desak Menteri Besar UMNO beri kuota 60-40 untuk lantik Ketua Kampung dan ahli majlis,” dedahnya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/bersatu-musuh-dalam-selimut-puad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puad Zarkashi Ingatkan Annuar Musa Yang Rancang Nak Bubar Umno Adalah Bersatu Bukan Pkr Atau Dap

Puad Zarkashi Ingatkan Annuar Musa Yang Rancang Nak Bubar Umno Adalah Bersatu Bukan Pkr Atau Dap

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 289 hits
Akan ada yang komen kenapa perbezaan pendapat dibahas di luar Pada mereka musuh akan untung jika berlaku perbahasan terbuka UMNO adalah parti besar Ia kembali bangkit UMNO wajar lebih terbuka Jangan sapu sampah bawah carpet Jangan apologati...
Ex Jasa Man Tun Faisal Lashes Out At Former Boss Puad Zarkashi Over Umno Dap Possible Alliance

Ex Jasa Man Tun Faisal Lashes Out At Former Boss Puad Zarkashi Over Umno Dap Possible Alliance

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 298 hits
Tun Faisal Ismail Aziz had lambasted Datuk Puad Zarkashi who is also an Umno Supreme Council member to be a part of a conspiracy among a few others in the council to change the party s purported No Anwar no DAP policy Bernama picKUALA LUMPU...
Garam Musuh Dalam Selimut

Garam Musuh Dalam Selimut

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 325 hits
GARAM MUSUH DALAM SELIMUT FB LIVE 14 DEC 2020 GARAM ADALAH SEBAHAGIAN DARI NUTRIEN Makanan kita terbahagi kepada dua kumpulan besar iaitu makronutrien dan mikronutrien Makronutrien adalah protein lemak dan karbohidrat Tugas besar mereka ada...
Menjawab Hujah Dan Fitnah Puad Zarkashi

Menjawab Hujah Dan Fitnah Puad Zarkashi

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 184 hits
Tun Faisal Ismail Aziz Malaysia Now Agak pelik apabila mantan ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas dan ahli majlis kerja tertinggi dilantik Puad Zarkashi masih tidak mengenali saya walaupun selepas dua tahun bekerja bersama Puad sepatutnya...
Pendirian Yang Betul Bagi Umno Ialah No Bersatu

Pendirian Yang Betul Bagi Umno Ialah No Bersatu

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 222 hits
Sebagaimana sudah agak kerap saya menulis sebelum ini hakikat bahawa baik Anwar Ibrahim atau DAP kedua duanya bukanlah musuh yang sebenar bagi UMNO ia kini nampaknya mula disedari Terbaru Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Ham...
Umno Dan Bersatu Benci Tapi Rindu

Umno Dan Bersatu Benci Tapi Rindu

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 439 hits
Ketika istiadat pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Dato Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar negeri itu yang ketiga Sultan Nazrin bertitah secara sinis terhadap sejarah yang berlaku di negeri tersebut Tetapi perkara ini buka...
Mat Sabu Optimis Ph Masih Bersatu

Mat Sabu Optimis Ph Masih Bersatu

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 426 hits
Mat Sabu yakin PH masih kukuh untuk hadapi PRU akan datang Foto oleh Yusof Mat IsaMELAKA 26 Dis Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu yakin Pakatan Harapan masih bersatu dan akan kekal kukuh bagi menghadapi pilihan raya umum akan d
Bersatu Sedang Bekerja Keras Untuk Memastikan Pru15 Kerusi Mb Johor Milik Mereka

Bersatu Sedang Bekerja Keras Untuk Memastikan Pru15 Kerusi Mb Johor Milik Mereka

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 354 hits
PRU15 MB Johor dari BersatuHARUN ZAKARIAPerlumbaan Bersatu dalam merebut gelaran MB Johor kali ini semakin hangat Manakan tidak bila rakan mereka Umno sedang leka mereka menyusun langkah untuk merampas kerusi di Johor untuk PRU akan datang ...
Bernd Leno Mahu Skuad Arsenal Terus Bersatu Hadapi Waktu Sukar

Bernd Leno Mahu Skuad Arsenal Terus Bersatu Hadapi Waktu Sukar

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 206 hits
Masa untuk bersatu untuk mengubah nasib telah pun tiba Penjaga gol Arsenal Bernd Leno menggesa rakan sepasukannya untuk kekal bersatu dalam misi mengubah nasib mereka yang malang ketika ini Mereka yang hanya menang sekali dalam 10 perlawana...
Every Scratch On This 1955 Bsa Gold Star Tells A Story

20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

Benedict Tandang Mansang Rerigang Pulai Lelingai Chord

Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

3h2m Park Avenue Sungai Petani

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Unifi Dah Boleh Guna

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar

Tips Bawa Power Bank Dalam Flight Untuk Korang Yang Nak Travel N

Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

Musang King Dakwa Semua Penceroboh Di Mahkamah Dan Mereka Yang Melindungi Sejak 40 Tahun Lalu