Bersatu Kecam Pemimpin Pas Yang Hipokrit Sebenarnya Apakah Perbezaan Ke



Seruan terbuka Pas kepada ahlinya untuk berhimpun bersolidariti dengan Datuk Seri Najib Razak telah menimbulkan perselisihan dengan Bersatu, rakan sekutu mereka dalam Perikatan Nasional (PN). Bersatu mengkritik perhimpunan diketuai Pas itu, menyifatkan ia sebagai mengecewakan. Setiausaha Bersatu Wilayah Persekutuan, Mahathir Rais berkata, pemimpin mereka sudah menghabiskan masa bertahun-tahun berkempen menentang rasuah dan menarik sokongan rakyat berdasarkan perjuangan itu. Tetapi kini katanya, pemimpin yang pernah menggelar pentadbiran Najib sebagai kleptokrasi dan korup kini meminta kelonggaran dan menganggap bekas perdana menteri itu sebagai mangsa ketidakadilan. “Ini berbau oportunisme politik, mendedahkan kesanggupan untuk mengorbankan prinsip demi kepentingan politik. “Perhimpunan ini melambangkan isu yang lebih besar dalam politik Malaysia – pemimpin kedua-dua pihak kelihatan lebih fokus untuk memelihara pengaruh mereka daripada menangani kebimbangan rakyat. “Rakyat dibiarkan sebagai penonton semata-mata dalam teater politik di mana pihak berkuasa melindungi satu sama lain, tanpa mengira pihak mana mereka berada,” katanya dalam satu kenyataan. Kata Mahathir, mereka yang telah mengkhianati amanah ne ============================================================================== 23 Ogos 2022, Datuk Seri Najib dijatuhkan hukuman penjara keseluruhan 72 tahun. 12 tahun untuk 1 kes salahguna kuasa. Dan 10 tahun setiap satu untuk 6 kes pecah amanah dan gubah wang haram. Dari penjara 72 tahun, mahkamah bagi semua hukuman berjalan serentak. Makanya jadilah 12 tahun sahaja. Beserta RM210 juta denda. Dua minggu selepas itu, pada 9 September, Najib terus masukkan rayuan pengampunan Diraja. Minta pengampunan penuh supaya dia tak lagi masuk penjara. Pada Februari 2024, majlis pengampunan buat keputusan bagi diskaun separuh jumlah hukuman. Maka jadilah 6 tahun dan RM50 juta denda. Atas perangai “dah bagi betis nak peha”, sekarang pasukan Najib Razak menuntut lebih. Bukan saja nak diskaun, depa nak juga Najib dapat tahanan rumah. Kononnya, ada adendum (titah tambahan Agong) yang nakkan Najib sedemikian. Ini pandangan saya mengenainya: Adendum ini Mahkamah Tinggi dah putuskan hanya hearsay, atau cakap dengar. Dokumennya kita tak tahu ada ke tak ada. Hanya pemimpin UMNO yang kata ada. Istana pula mendiamkan saja. Bila mahkamah tak boleh sahkan kewujudannya, macam mana mahkamah nak putuskan Lembaga Pengampunan itu salah pula. 6 Januari ini depa rayu ke Mahkamah Rayuan, saya percaya nanti keputusannya tetap sama. Kalau pun ada dan wujud Adendum tu, titah Agong nak DSNR dapat tahanan rumah, undang-undang celah mana depa nak guna? Tiada undang-undang yang membolehkan tahanan rumah untuk kesalahan jenayah berat. Adakah kita kena pinda undang-undang semata-mata untuk dia? Tiada negara di dunia yang benarkan hukuman tahanan rumah bagi kesalahan rasuah dan salah guna kuasa. Di China, lagikan pula. Tiada penjara, terus ditembak mati saja. Apa beza kes Najib dan Anwar? Anwar dah jalani hukuman penjara 4 tahun dari 5 tahun dia kena jatuh hukuman. Berbaki 1 tahun sahaja. Ini sama dengan kebanyakan pesalah lain, lepas jalani separuh hukuman depa boleh minta ampun. Najib ni nak layanan terlalu istimewa. Tak sampai dua tahun dalam penjara, dah dapat ampun separuh hukuman. Tak sampai tiga tahun tuntut lagi nak duduk rumah pula. Dah kena pula buat undang-undang baru untuk tolong dia. Saya bukan benci DSNR, tapi pada saya kepentingan negara itu melebihi kepentingan mana-mana bekas perdana menteri. Untuk Malaysia dipercayai kembali, beliau harus jalani hukuman sekurang-kurangnya separuh jalan. Janganlah mendesak mendapat layanan istimewa, bila mana kes ini diiktiraf di luar negara sebagai kes kleptokrasi terteruk dalam sejarah dunia. Dapat diskaun hari tu pun kita dah ditertawakan. No one is above the law. Jangan lah dibezakan undang-undang orang jalanan berbanding untuk golongan kayangan. Jadi pemimpin itu perlulah berkorban. Empat tahun lagi bukannya lama, Mandela dulu dipenjara 27 tahun lamanya. Namun, bukan atas jenayah salah guna kuasa. Dia dapat enam tahun ini sebenarnya dah bertuah juga.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/12/bersatu-kecam-pemimpin-pas-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Pas Panas Isu Derma Jihad Ramai Kecam Sanggup Lindungi Pemfitnah

Pemimpin Pas Panas Isu Derma Jihad Ramai Kecam Sanggup Lindungi Pemfitnah

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 143 hits
HarapandailySeorang pemimpin Pas dilihat panas susulan tindakan parti itu memohon derma jihad bagi membiayai tuntutan saman fitnah sebanyak RM825 000 daripada tiga pemimpin DAP terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad Ah...
Pemuda Pas Perlis Ngo Buat Laporan Polis Terhadap Pemimpin Dap

Pemuda Pas Perlis Ngo Buat Laporan Polis Terhadap Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 242 hits
KANGAR Pemuda Pas Perlis bersama enam badan bukan kerajaan membuat tujuh laporan polis ke atas dua pemimpin DAP yang didakwa cuba menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini Laporan berkenaan dibuat terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaa...
Bala Cakap Pandai Saman Fitnah Ds Anwar Terhadap Mp Pendang Pemimpin Dari Parti Pas Pas F

Bala Cakap Pandai Saman Fitnah Ds Anwar Terhadap Mp Pendang Pemimpin Dari Parti Pas Pas F

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 163 hits
Perbicaraan kes saman fitnah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Solahuddin Hashim yang sepatutnya bermula 20 Jan ini dijadualkan semula ke Oktober 2026 Peguam Datuk SN Nair yang mewakili Anwa...
Tanyalah Dulu Kalau Tak Erti Pmx Bidas Pemimpin Pas

Tanyalah Dulu Kalau Tak Erti Pmx Bidas Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 114 hits
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata tidak salah ahli semua peringkat parti itu menyumbang dalam derma jihad kepada Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad yang kalah dalam kes saman fitnah difailkan tiga pemimpin DAP Hashim berka...
Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Hukum Penukaran Uang Baru Menjelang Lebaran Apakah Ada Unsur Riba

Mi Goreng Mamak Basah Dan Pedas Guna Teknik Ini Baru Menjadi

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music

Tiga Adab Dalam Menulis Menyampaikan Berita

Small Space Decor Ideas How To Make A Tiny Home Look Bigger With Simple Tricks

Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cerita Pemilik Keldai Dan Anaknya

Keeping Jellyfish In The Aquarium Practical Fishkeeping

Tinjauan Awal Jenis Jenis Tumbuhan Herba Kawasan Tanah Lembap

Terlalu Ramai Berebut Peluang Yang Sedikit Peluang Yang Banyak Tak Ramai Yang Ambil

14 Mp Umno Dikatakan Bakal Melompat

Sisi Gelap Hari Raya Apa Yang Tak Diceritakan