Bersatu Johor Tolak Salahuddin Ayub
Setakat malam tadi, masih belum jelas siapa pengarah pilihanraya kecil Tanjung Piai, tetapi nama yang disebut-sebut oleh Mahathir adalah Timbalan Presiden Amanah dan juga Pengarah Pilihanraya PH Johor, Salahuddin Ayub
Menurut sumber yang baru dapat malam tadi, kepimpinan akar umbi Bersatu Johor dan bahagian Tanjung Piai menolak pelantikan Salahuddin sebagai pengarah PRK tersebut
Mereka berpendapat, Salahuddin bukanlah orang yang layak untuk menjadi pengarah bagi PRK itu, memandangkan dia sendiri tak tahu "culture" orang Johor, kemenangan dia di parlimen Pulai adalah hasil sokongan pengundi DAP terhadap dia, undi melayu dia tak dapat
"Benar, rumah Salahuddin di kampung serkat, famili dia pun duduk disana, tapi hujung minggu je dia balik situ, jumpa orang, itu pun sebab ada jeti nelayan kat kampung dia, pasal dia Menteri Pertanian, kalau la dia jadi Menteri lain, aku rasa dia balik duduk rumah je la"
"Bersatu Johor bukan tak ada pemimpin yang bagus, kita ada Tan Sri (Muhyiddin Yasin), Mazlan Bujang, Sahruddin (Menteri Besar) kalau nak bagi pengalaman, bagi kat Syed Saddiq pun boleh, kita sokong dan kita bantu, apa hal pulak, seat Bersatu orang lain pulak yang nak jadi Commander
"Aku tak setuju dan jangan harap aku nak tukar keputusan aku ini, dulu dekat Semenyih, orang dah kata, budak tu (Muhammad Aiman) tak boleh pakai, kerja tak ada, menipu jer pandai, tapi Tun (Mahathir) nak juga budak tu, Tan Sri (Muhyiddin) pun tak setuju, last-last Tan Sri kena sound dengan Tun
"Kau fikir la bro, PRK ni tempat parti nak test kekuatan, nak test leadership, nak tengok jentera, ni apa kena pulak orang parti lain yang nak take the lead? apa Bersatu Johor ni sakai sangat ke? sampaikan nak lead PRK tempat sendiri pun tak reti
Bila aku tanya, kenapa tiba-tiba Mahathir nak lantik Salahuddin pulak
Kata sumber aku, 'Mahathir memang tak suka kepimpinan Bersatu Johor bro, sejak kes Osman Sapian, pelantikan MB dan banyak la lagi, aku pun tak tau apa yang dia berbulu sangat dengan kami kat Johor ni"
Habis tu dia ok pulak dengan menteri-menteri bersatu dari Johor? (itu soalan aku)
"Dah menteri dia bro, dia yang lantik, menteri bingung macam mana pun dia hadap je la."
Tapi dia kan pengarah Pilihanraya PH Johor? soal aku
"Siapa yang lantik dia? bila dia dilantik? Tan Sri tu tegak lagi bro... apa hal nak lantik dia pulak
Last aku nak tanya ni, kau setuju ke Amanah melalui Salahuddin lead PRK ni
"Mampos aku tak setuju."
Ok aku nak tulis dalam blog, apa yang kau cerita kat aku ni.. hahaha.
"Kau memang, barua Umno, hahahah tapi jangan mention nama aku tau"
Perbualan aku melalui whatsapp tamat jam 10.20 malam, setelah hampir satu jam bersembang
Aku akan update lagi, sekiranya ada bahan terbaru mengenai krisis Amanah dan Bersatu Johor menjelang PRK Tanjung Piai
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://darulehsantoday.blogspot.com/2019/09/bersatu-johor-tolak-salahuddin-ayub.html