Bersatu Jadi Umno 2 0 Mungkin Ya Mungkin Tidak


Shakira Buang 
   
Kebimbangan Parti Bersatu akan berubah perlahan-lahan menjadi Umno 2.0 kemungkinan besar tidak akan berlaku, kata seorang penganalisis politik.

Menganggap jangkaan itu sebagai tidak tepat, pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Mohd Azizuddin Mohd Sani, Bersatu bukanlah satu-satunya parti yang dianggotai bekas ahli Umno.

Katanya PKR juga ditubuhkan oleh sebahagian daripada bekas pemimpin dan anggota Umno namun terbukti hingga kini ia tidak menjadi Umno 2.0.

"Saya tak fikir Bersatu akan jadi Umno 2.0 walaupun (pemimpin) Bersatu itu asalnya memang daripada Umno, tapi tak semualah.

"Ramai juga orang muda yang bukan daripada Umno masuk Bersatu. Justeru nak cakap (Bersatu) menuju menjadi Umno 2.0 tak tepatlah," katanya kepada Malaysiakini.

Malah menurut Mohd Azizuddin isu itu tidak perlu ditimbulkan.

Katanya jika tindakan Bersatu menerima orang Umno menjadi anggota parti yang mendorong kebimbangan tersebut, hal sama pernah dilakukan PKR.

Azizuddin berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan salah satu parti komponen PH yang dilihat semakin hampir menjadi Umno 2.0.

Nak jadi parti nasional Kenyataan itu dibuat aktivis masyarakat dan peguam terkemuka, S Ambiga pada 17 Feb lalu berdasarkan dua contoh yang diberikannya.

Pertama kata Ambiga, Mahathir dilihat tidak menunjukkan kebimbangan terhadap beberapa pemimpin Bersatu yang mengemukakan idea-idea kontroversi.

Mahathir juga katanya tidak bertindak ke atas pemimpin parti yang dipertikaikan kelayakan akademik mereka.

"Ada salah seorang naib presiden yang berkata dia percaya kerajaan wajar memberikan mereka kontrak dan beliau (Mahathir) tidak menyanggah kenyataan tersebut dengan segera.

"Pada saya, ia adalah masalah kerana tokoh terbabit sebenarnya menggalakanrasuah (dalam kes tersebut)," katanya merujuk kepada kenyataan bekas pengerusi SPR yang kini menyertai Bersatu, Abdul Rashid Abdul Rahman, pada Dis tahun lalu.
Pensyarah UUM, Mohd AzizuddinMengulas lanjut Mohd Azizuddin berkata kebimbangan Ambiga terhadap apa yang dikemukakan oleh Abdul Rashid yang juga naib presiden Bersatu tidak semestinya menunjukkan pertubuhan terbabit akan menjadi seperti Umno.

Katanya rasa bimbang itu juga tidak perlu ada apabila Bersatu mengumumkan untuk melebarkan sayap mereka ke Sabah sekali gus mungkin memberi saingan kepada parti setempat.

"Bersatu kena bertindak begitu kalau mereka mahu menjadi parti nasional. Kalau sekadar menjadi parti semanjung sahaja, susahlah.

"PKR, Amanah dan DAP pun dah masuk Sabah dan Sarawak," katanya.

Patut di landasan betul Cuma katanya sekarang Bersatu masih baru dan dipimpin perdana menteri sendiri.

Pada masa sama katanya tetap ada kebarangkalian orang Umno melompat masuk ke parti Bersatu.

"Jadi, itulah yang dilihat Bersatu macam nak jadi Umno 2.0 tapi saya rasa terlampau awal untuk menganggap Bersatu akan jadi Umno 2.0

Bagaimanapun, Prof Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berpandangan apa yang berlaku dalam Bersatu hari ini jelas menunjukkan gaya pentadbiran Umno-BN dan ia sangat mengecewakan.
Jeniri Amir"Apa yang dilakukan oleh pengerusi Bersatu dan perdana menteri itu bukan sahaja mengecewakan tetapi saya fikir akan menjurus kepada gaya zaman Umno-BN.

"Beliau tidak mengotakan janjinya. Apa yang dikatakan, lain yang dibuatnya.

"Dan di sebalik semua ini saya fikir ialah ketamakan kuasa dan dia (Mahathir) sudah lupa akan semua janjinya untuk meletakkan parti politik dan Malaysia ini berada pada landasan yang betul," katanya.

Menurut Jeniri Mahathir melakukan pusingan U semata-mata untuk memastikan Bersatu menjadi parti yang dominan dalam PH tanpa mempedulikan perasaan parti lain.

Beliau turut memberi amaran, apa yang berlaku itu - jika diteruskan - boleh mencetuskan konflik yang serius dalam PH.

"Kalau Mahathir terus melakukan tindakan itu, bukan sahaja menjejaskan kredibiliti beliau sebagai perdana menteri, malah menyebabkan konflik yang tajam.

"Saya tak fikir rakan kompenan PH, khususnya PKR, senang hati dengan tindakan Mahathir yang seolah-olah mementingkan dirinya sendiri," katanya.

Gali lubang sendiri Jeniri menambah Bersatu ghairah mahu menguatkan parti itu terutama selepas menyedari kedudukannya yang mungkin melemah apabila Mahathir berundur nanti.

Demi menjamin kekuatan yang ada bertahan, katanya, Bersatu rela menerima bekas pemimpin parti yang menjadi musuh mereka dalam politik sebelum ini.

"Saya amat percaya Mahathir punya motif untuk menguatkan Bersatu sebagai parti kompenan," katanya.

Bahkan, kata Jeneri, kebimbangan Ambiga itu perlu menjadi kebimbangan kepada seluruh rakyat Malaysia apabila ia tidak menunjukkan wajah Malaysia Baru yang diharapkan.

"Di mana Malaysia Barunya?

"Kalau inilah yang dilakukan, ini ialah Malaysia yang kembali kepada zaman Mahathir dulu.

Percayalah, ini adalah langkah menggali lubang sendiri yang akan menjerumuskan mereka dalam masalah besar," tegasnya.

Sementara pemimpin PH yang dihubungi Malaysiakini turut menyatakan kebimbangan yang sama, tetapi ia tidak semestinya bersifat negatif secara mutlak.
Siti Mariah Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (Awan), Dr Siti Mariah Mahmud, misalnya berkata kebimbangan itu adalah bagus untuk PH.

"Kita tak boleh menafikan perkara (kebimbangan) itu tetapi saya fikir ia bagus kerana ia akan menggalakkan perbincangan dalaman mengenai apa yang wajar dilakukan dalam PH agar tidak bercanggah dengan perjuangan bersama.

"Kita tidaklah terlalu bersangka buruk kerana apabila kita selalu bersangka buruk dengan kawan-kawan, maknanya kita akan mencari kesalahan dan sebagainya. Jadi, kita beri peluang," katanya.
Ong Kian Ming
Anggota Parlimen Bangi daripada DAP, Dr Ong Kian Ming, pula berkata semua rakan kompenan PH perlu berada di landasan yang sama dalam agenda mereka.

"Saya rasa semua parti kompenan dalam PH perlu bersepakat dalam agenda PH.

"Kalau Bersatu memang akhirnya menjadi Umno 2.0 ada kemungkinan besar rakyat akan menolak kami pada PRU ke-15 dan ini perlu dielakkan," tegasnya.

Kenyataan itu turut dikongsi pembangkang. Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pada hakikatnya Bersatu ialah parti serpihan Umno.
Asyraf WajdiSelepas Bersatu membentuk kerajaan bersama PH, katanya, ada ramai golongan oportunis dalam Umno mula melompat menjadi tapak baru.

"Mereka inilah (yang keluar Umno dan masuk Bersatu) yang dulunya menjadi duri dalam daging.

"Semasa dalam Umno mereka banyak terlibat dalam perebutan projek-projek kerajaan sehingga membudayanya politik wang dalam parti.

"Apabila Umno hilang kuasa, 'virus-virus’ inilah paling awal meninggalkan parti dan menyertai Bersatu.

"Kini mereka membawa wabak sama dalam parti Bersatu," katanya.

Bagaimanapun, tambah Asyraf, apa yang penting ialah Umno kini sedang melalui proses penyucian dan pembersihan.

"Saya berterima kasih kepada Bersatu kerana membantu Umno menjadi agen penyuci," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/bersatu-jadi-umno-20-mungkin-ya-mungkin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setia Kepada Perjuangan Bukan Kepada Parti Isyarat Tun M Mahu Menukar Bersatu Kepada Umno 2 0

Setia Kepada Perjuangan Bukan Kepada Parti Isyarat Tun M Mahu Menukar Bersatu Kepada Umno 2 0

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 398 hits
Semalam ketika berucap di Pesta Demokrasi di Petaling Jaya Tun Mahathir Mohamad menyeru mereka yang bergelar penyokong agar tidak buta buta menjadi setia kepada mana mana parti Mereka sebaliknya kata Perdana Menteri hendaklah setia kepada p...
Percayalah Bersatu Akan Tunduk Akhirnya Kepada Kehendak Bekas Pemimpin2 Umno Sabah

Percayalah Bersatu Akan Tunduk Akhirnya Kepada Kehendak Bekas Pemimpin2 Umno Sabah

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 700 hits
Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Hajiji Mohd Nor yang sebelum ini mengetuai kumpulan pemimpin UMNO meninggalkan parti itu hari ini melahirkan keyakinan Bersatu akan tetap berkembang ke negeri di bawah bayu itu Katanya walaupun B...
Despite Dr M S Claims Sabah Bersatu To Become Reality Says Former State Umno Leader

Despite Dr M S Claims Sabah Bersatu To Become Reality Says Former State Umno Leader

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 309 hits
Former Sabah Umno chairman Datuk Seri Hajiji Mohd Noor who was part of the party s Dec 12 2018 exodus remains upbeat over the possibility of Parti Pribumi Bersatu Malaysia spreading its wings to the state Hajiji said he was currently in con...
Al Anfal 61 63 Allah Yang Menyuruh Pas Dan Umno Bersatu

Al Anfal 61 63 Allah Yang Menyuruh Pas Dan Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 377 hits
1 Allah SWT berfirman maksudnya Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah Sesungguhnya Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui 2 Firman Allah SWT yang bermaksud...
Dr M Welcomes Ex Umno Mps Into Bersatu

Dr M Welcomes Ex Umno Mps Into Bersatu

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 302 hits
Bersatu chairperson Dr Mahathir Mohamad issued membership cards to former Umno lawmakers in Putrajaya this evening Of the seven six were present at the time of writing Masjid Tanah MP Mas Ermieyati Samsuddin Hamzah Zainuddin Shabudin Yahaya...
Tabiat Buruk Umno Diteruskan Bersatu Annuar

Tabiat Buruk Umno Diteruskan Bersatu Annuar

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 336 hits
Diterbitkan Hari ini 8 47 pagi Selepas kalah dalam PRU14 Umno menjalani proses reformasi yang serius jelas Setiausaha Agungnya Annuar Musa Bagaimanapun beliau berkata tabiat buruk Umno itu tidak hilang sebaliknya mendakwa diteruskan parti p...
Dap Makin Marah Dengan Percaturan Mahathir Menerima Ahli Parlimen Umno Menyertai Bersatu Viralhancing

Dap Makin Marah Dengan Percaturan Mahathir Menerima Ahli Parlimen Umno Menyertai Bersatu Viralhancing

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 690 hits
Sejak menjadi kerajaan tanggal 9 Mei 2018 Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri paling tua di dunia fana ini Tetapi Mahathir mendapat masalah kerusi Melayu amatlah kurang dalam PH parti barunya bernama PPBM hanya mampu menang 13 kerusi ...
Psm Pilihan Terbaik Lepas Bersatu Terima Bekas Mp Umno Kata Arul

Psm Pilihan Terbaik Lepas Bersatu Terima Bekas Mp Umno Kata Arul

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 446 hits
S Arutchelvan berkata ramai tidak berpuas hati dengan PH malah beranggapan Umno dan Bersatu sama sahaja Foto oleh Choo Choy MaySEMENYIH 16 Feb Parti Sosialis Malaysia percaya mereka pilihan terbaik pengundi di Pilihan Raya Kecil Dewan
Masih Wujud Keraguan Kemasukan Pemimpin Umno Ke Dalam Bersatu

Masih Wujud Keraguan Kemasukan Pemimpin Umno Ke Dalam Bersatu

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 368 hits
Masih wujud keraguan kemasukan pemimpin Umno ke dalam BersatuPosted By on February 17 2019Biar pun Bersatu berhak menerima menjadi ahli 7 wakil rakyat Umno baru baru ini namun rakan gabungan dalam Pakatan Harapan tetap berasa gusar terhadap...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner