Bersatu Bermasaalah Kepada Pn Bermasaalah Juga Pada Ph




Bersatu adalah parti yang sudah terbelah kepada dua – satu kumpulan bersama Tun Mahathir Mohamad dan satu lagi bersama Muhyiddin Yassin.Daripada 13 kerusi Parlimen yang dimenangi Bersatu dalam PRU14 lalu dan kini hanya tinggal 12 setelah kalah dalam PRK Tanjung Piai, separuh daripadanya dengan Tun Mahathir dan separuh lagi menyokong Muhyiddin.Mereka yang bersama Tun Mahathir ialah dirinya sendiri, Mukhriz Mahathir, Dr. Maszlee Malik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Amiruddin Hamzah dan termasuk Dr. Shahruddin Salleh yang baru-baru ini meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerjaraya.Enam lagi Ahli Parlimen adalah bersama Muhyiddin yang kini merupakan Perdana Menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional atau PN.Makna kata, Bersatu benar-benar sudah terbahagi dua dan lebih sesuai dipanggil Berdua berbanding Bersatu.Lain-lain Ahli Parlimen dalam Bersatu yang ada bersama Muhyiddin adalah dalam kategori pelompat-pelompat katak daripada UMNO yang diketuai Hamzah Zainuddin yang menyertai parti itu setelah UMNO hilang kuasa pada PRU14 dan Geng Azmin Ali yang dipecat atau keluar daripada PKR.Bersatu kumpulan Muhyiddin menubuhkan kerajaan PN bersama UMNO, BN, Pas, GPS, geng Azmin dan beberapa parti kecil yang lain.Kumpulan Tun Mahathir yang dalam waktu yang sama sudah terpecat daripada Bersatu kerana bersama pembangkang dan masih berjuang mempertahankan hak mereka melalui mahkamah, meneruskan perjuangan bersama Pakatan Harapan atau PH dan kini amat berazam untuk menjatuhkan Muhyiddin.Jika PN belum didaftarkan dan hubungan Bersatu pro Muhyiddin dalam gabungan itu seperti tidak ketahuan taraf atau statusnya, kedudukan Bersatu pro Tun Mahathir dalam PH adalah bukan sebagai anggotanya yang sah.PH hanya dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah, manakala yang melibatkan Bersatu pro Tun Mahathir dan Warisan, ia dikenali sebagai PH Plus.Dalam kedua-dua gabungan – baik PN atau PH – kedudukan Bersatu tidak banyak bezanya iaitu Bersatu pro Muhyiddin berada dalam gabungan PN yang tidak berdaftar, sementara Bersatu pro Tun Mahathir berada bersama PH yang berdaftar, namun bukan sebagai ahli yang sah.Cumanya, dalam PN, mereka menjadi kerajaan dan Muhyiddin selaku Presiden Bersatu adalah Perdana Menteri, tetapi di dalam PH yang merupakan pembangkang, Tun Mahathir yang mengaku dirinya masih Pengerusi Bersatu bukanlah Ketua Pembangkang.Ketua Pembangkang adalah Anwar yang kini merupakan Pengerusi PH.Walau bagaimanapun, sama ada dalam PN atau PH, kedua-dua Bersatu yang sudah terbelah dua itu tetap mahu menjadi parti yang dominan atau diterima sebagai ketua.Di dalam PN, oleh kerana Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu adalah Perdana Menteri, walaupun beliau menganggap dirinya ketua dalam gabungan itu, tetapi UMNO nampaknya masih berdalih untuk menjadikan pendaftaran PN suatu realiti, jauh sekali untuk saling berbahagi kerusi.Ertinya, selagi PN belum didaftarkan, kedudukan Muhyiddin sebagai Ketua atau Pengerusi PN masih lagi dianggap tidak sah, walaupun beliau adalah Perdana Menteri serta ketua dalam kerajaan yang ada UMNO didalamnya.Bagi UMNO, berdasarkan kenyataan beberapa pemimpin utamanya, sokongan mereka kepada PN dan Muhyiddin adalah sehingga Parlimen dibubarkan untuk diadakan PRU15 saja, tetapi tidak dalam pilihanraya tersebut.Sebaliknya, dalam PRU15 nanti, UMNO dan BN hanya mahu bekerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional atau MN dan akan mengenepikan Bersatu.Keadaan ini memberi gambaran bahawa UMNO mahu merebut kembali kerusi Perdana Menteri daripada Muhyiddin kerana jawatan itu sudah biasa dipegangnya sejak merdeka lagi.Dengan semua keadaan itu, kecuali ada keajaiban dalam bertolak ansur dan kesediaan untuk berkongsi kerusi oleh UMNO di saat-saat akhir nanti, PN hampir pasti akan terus bermasalah dengan Bersatu kemungkinan ditinggal bersendirian serta Muhyiddin bakal kehilangan kerusi Perdana Menterinya selepas PRU15 nanti.Tambah melukakan UMNO, ada pula pemimpin Bersatu yang celupar mahu UMNO lebih banyak berkorban, bukan Bersatu yang menawarkan pengorbanan terhadap UMNO yang lebih besar, lebih kuat dan lebih utuh akar umbi perjuangannya.Di dalam PH, walaupun Bersatu bukan anggota rasmi gabungan itu, tetapi ia juga mahu menjadi parti dominan dan diiktiraf sebagai ketua.Dengan berbekalkan lima kerusi Parlimen atau enam jika termasuk Dr. Shahruddin yang baru-baru ini meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri, Tun Mahathir masih berusaha menonjolkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri sekali lagi bagi gabungan tersebut.Tindakan ini dengan sendirinya bererti Tun Mahathir mahu melangkaui kedudukan Anwar yang merupakan Pengerusi PH ketika ini.Lebih daripada itu, Tun Mahathir juga beberapa kali memanggil PKR, DAP dan Amanah bermesyuarat dengannya seolah-olah beliau masih lagi Pengerusi PH, walaupun Anwar tidak pernah menghadirinya.Kesimpulannya, sudahlah parti sedang terbelah dua, baik dalam PN atau PN, Bersatu sentiasa mahu menjadi dominan dan dianggap sebagai ketua.Kalau yang ada jawatan Perdana Menteri mahu menganggap dirinya ketua, ia mungkin jugalah boleh diterima, sebaliknya yang sudah menjadi bekas dan tidak berstatus anggota rasmi pun masih mahu menjadi ketua serta ingin dirinya diangkat sebagai calon Perdana Menteri sekali lagi.Tidakkah itu benar-benar pelik dan inilah masalah terbesar dalam PH sekarang ini?Bersatu, kini jadi Berdua, tetapi sentiasa bermasalah kepada kedua-dua PN dan juga PH. (Shahbudindotcom 17/06/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/bersatu-bermasaalah-keoada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Dapat Mandat Penuh Mpt Bersatu Sebagai Pm Kelapan

Muhyiddin Dapat Mandat Penuh Mpt Bersatu Sebagai Pm Kelapan

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 419 hits
By 5 June 2020Muhyiddin mendapat mandat dan sokongan penuh MPT Bersatu sebagai PM kelapan KUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia malam tadi menyokong dan memberikan mandat penuh terhadap kepimpinan P...
Tun M Muhkriz Tiga Yang Lain Bukan Lagi Ahli Bersatu Mpt Ppbm

Tun M Muhkriz Tiga Yang Lain Bukan Lagi Ahli Bersatu Mpt Ppbm

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 399 hits
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang berlangsung malam tadi mengesahkan keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi ahli parti itu telah terhenti dengan sendirinya selaras dengan perlembagaan parti Sel...
Mpt Bersatu Sahkan Dr M 4 Yang Lain Bukan Lagi Ahli Parti

Mpt Bersatu Sahkan Dr M 4 Yang Lain Bukan Lagi Ahli Parti

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 312 hits
MALAYSIAKINIMesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu semalam mengesahkan keahlian Dr Mahathir Mohamad terhenti secara serta merta Selain Dr Mahathir pemberhentian serta merta itu turut melibatkan Mukhriz Mahathir Syed Saddiq Syed Abdul R...
4 Ahli Mpt Bersatu Keluar Mesyuarat

4 Ahli Mpt Bersatu Keluar Mesyuarat

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 360 hits
Empat ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia dilihat meninggalkan mesyuarat tertinggi parti itu malam tadi Mereka adalah Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad Datuk Abu Bakar Yahya dan tiga anggota penaja parti i...
Sah Mpt Iktiraf Muhyiddin Pemangku Pengerusi Bersatu

Sah Mpt Iktiraf Muhyiddin Pemangku Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 337 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia malam tadi membuat keputusan mengiktiraf Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemangku Pengerusi parti yang sah Keputusan MPT i...
Pemimpin Pro Tun M Pulang Awal Mesyuarat Bersatu

Pemimpin Pro Tun M Pulang Awal Mesyuarat Bersatu

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 384 hits
Mesyuarat Bersatu malam tadi mungkin tidak berjaya mengambil keputusan penting apabila beberapa anggota MPT yang dianggap pro kepada Dr Mahathir Mohamad dilihat meninggalkan mesyuarat selepas hampir dua jam berlangsung Antara yang dilihat k...
Daftar Pn Untuk Survival Bersatu Umno Tolak Ikut Serta Puad Zarkashi

Daftar Pn Untuk Survival Bersatu Umno Tolak Ikut Serta Puad Zarkashi

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 368 hits
Hasrat PM Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan mendaftarkan Perikatan Nasional sebagai gabungan yang sah mungkin tidak kesampaian berikutan penolakan daripada pimpinan Umno Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam siaran...
4 Mpt Tinggalkan Mesyuarat Bersatu Makin Kukuh

4 Mpt Tinggalkan Mesyuarat Bersatu Makin Kukuh

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 264 hits
Empat ahli MPT BERSATU tinggalkan mesyuaratKUALA LUMPUR Empat ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia dilihat meninggalkan mesyuarat tertinggi parti itu sebentar tadi Mereka adalah Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mo...
3 Ap Amanah Akan Sertai Bersatu Kukuhkan Pn Tumbangkan Harapan Ph

3 Ap Amanah Akan Sertai Bersatu Kukuhkan Pn Tumbangkan Harapan Ph

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 307 hits
3 Ahli Parlimen Amanah Akan Sertai Bersatu KUALA LUMPUR Tiga Ahli Parlimen Amanah dijangka akan menyertai Bersatu dalam masa terdekat bagi mengukuhkan lagi kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin Menurut sumber d...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities