Bersara Dengan Tenang


 


Ramai yang kurang cakna atau tidak tahu akan kepentingan Surat Penyelesaian Cukai (SPC) sekiranya mereka akan berhenti kerja atau bersara kelak.
Sebagai pekerja yang bertanggungjawab, kita harus tahu tindakan yang perlu diambil supaya amaun ganjaran dan manfaat yang akan dinikmati selepas bersara atau berhenti kerja diperoleh dengan segera dan amaun tersebut tidak dipotong untuk menjelaskan apa-apa cukai tertunggak akibat kegagalan melaporkan pendapatan terdahulu sebelum berhenti kerja.
Mungkin ramai tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan khususnya berkaitan percukaian sekiranya ingin menamatkan perkhidmatan bersama majikan sekarang. Justeru, artikel kali ini akan menjawab persoalan yang sering ditanya ini.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Ads by KioskedApa yang dimaksudkan dengan Surat Penyelesaian Cukai?
SPC merupakan perakuan yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) kepada majikan berkaitan hal ehwal cukai pendapatan pekerja yang akan berhenti kerja, bersara, yang hendak meninggalkan Malaysia, ataupun meninggal dunia.
Menjadi tanggungjawab majikan tidak kira sama ada di sektor awam mahupun di sektor swasta di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) bagi memaklumkan kepada HASiL dalam tempoh yang ditetapkan sekiranya berlaku penamatan perkhidmatan.
Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh majikan sekiranya berlaku penamatan pekerjaan?
Sebagai majikan yang bertanggungjawab, mereka perlu memaklumkan kepada HASiL tidak kurang daripada 30 hari sebelum tarikh pemberhentian pekerja yang akan berhenti kerja, bersara, atau yang akan meninggalkan Malaysia melebihi tiga bulan.
Bagi kes pekerja yang meninggal dunia, pemakluman perlu dibuat tidak lebih 30 hari selepas dimaklumkan kematian pekerja berkenaan.
Ads by KioskedAda tiga jenis borang perlu dihantar kepada HASiL mengikut situasi pekerja iaitu:
CP21 iaitu borang pemberitahuan oleh majikan bagi pekerja yang hendak meninggalkan Malaysia;CP22A iaitu borang pemberitahuan pemberhentian kerja (swasta); atauCP22B iaitu borang pemberitahuan pemberhentian kerja (agensi kerajaan).Bagi memberi kemudahan kepada majikan, HASiL menyediakan perkhidmatan dalam talian bagi membolehkan majikan mengemukakan borang CP21, CP22A, dan CP22B yang boleh diakses di https://mytax.hasil.gov.my/. Pilih “Perkhidmatan ezHasil” seterusnya ke “e-SPC”.
Permohonan SPC akan diproses selepas semua dokumen dan maklumat lengkap diterima.
Selain itu, majikan perlu menahan apa-apa bahagian wang yang akan atau boleh dibayar kepada pekerja dan tidak membayar apa-apa bahagian wang tersebut tanpa kebenaran HASiL sehingga tempoh 90 hari dari tarikh borang diterima oleh HASiL.
Majikan juga perlu membayar semua atau sebahagian amaun wang yang ditahan kepada HASiL apabila diarahkan pada bila-bila masa dalam tempoh tersebut. Bagaimanapun, majikan diberi pengecualian untuk tidak mengemukakan Borang Pemberitahuan Pemberhentian Kerja kepada HASiL sekiranya pendapatan seseorang pekerja tertakluk kepada Potongan Cukai Bulanan (PCB) atau jika saraan bulanan pekerja di bawah amaun minimum yang layak dikenakan PCB, dengan syarat pekerja berkenaan akan terus bekerja atau tidak bersara daripada mana-mana penggajian di Malaysia.
Borang pemberitahuan oleh majikan bagi pekerja yang hendak meninggalkan Malaysia pula tidak perlu dikemukakan sekiranya HASiL berpuas hati bahawa seseorang pekerja tersebut dikehendaki meninggalkan Malaysia secara kerap berhubung dengan penggajian yang dilakukannya.
Ads by KioskedApa kaitan SPC ini kepada pekerja dan majikan di luar sana?
Tujuan SPC untuk memastikan rekod percukaian pekerja dalam keadaan teratur.
Apabila permohonan SPC diterima, cawangan yang menguruskan fail akan menyemak rekod percukaian pekerja bagi tahun-tahun sebelumnya sama ada audit perlu dilakukan atau tidak. Sekiranya perlu, cawangan akan meminta dokumen tersebut daripada pihak pekerja.
Sekiranya terdapat amaun cukai yang perlu diselesaikan hasil daripada semakan, amaun tersebut perlu dibayar oleh pihak majikan kepada HASiL daripada amaun wang yang ditahan.
Adakah HASiL akan mengenakan apa-apa tindakan undang-undang terhadap majikan yang gagal mendapatkan SPC bagi pekerja terlibat?
Jika majikan gagal menjalankan tanggungjawab, majikan boleh disabitkan kesalahan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Ads by KioskedKelewatan atau kegagalan mengemukakan borang tersebut tanpa alasan yang munasabah merupakan kesalahan dan sekiranya disabitkan, boleh dikenakan denda tidak kurang RM200 atau tidak lebih daripada RM20,000; atau penjara tidak melebihi enam bulan; atau kedua-duanya, di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967.
Majikan juga bertanggungjawab untuk membayar amaun penuh cukai yang kena dibayar oleh pekerjanya. Amaun kena dibayar oleh majikan merupakan suatu hutang kepada kerajaan dan boleh dituntut melalui tindakan sivil.
Bagaimana pula dengan tanggungjawab pekerja dalam isu SPC ini?
Rekod pematuhan cukai seseorang pekerja ialah komponen penting yang akan disemak oleh HASiL sebelum SPC dikeluarkan. Justeru, terdapat beberapa perkara perlu dilakukan oleh pekerja sebagai tanggungjawab mereka, iaitu:
Memastikan pendapatan yang diterima berhubung dengan suatu penggajian dilaporkan dengan mengemukakan Borang Nyata Cukai sekiranya pekerja tersebut tidak memilih PCB sebagai cukai muktamad.
Pekerja juga disaran menyemak rekod pematuhan cukai mereka terlebih dahulu dengan HASiL sebelum majikan mengemukakan Borang CP21, CP22A, dan CP22B.
Ads by KioskedSetelah permohonan SPC dihantar oleh majikan, apakah tindakan yang perlu diambil oleh HASiL?
Permohonan SPC individu yang lengkap diterima oleh HASiL akan diproses mengikut Piagam Pelanggan kami, iaitu 14 hari bekerja daripada tarikh dokumen lengkap diterima.
SPC individu yang selesai diproses akan dihantar kepada majikan dan disalinkan kepada pekerja untuk makluman serta rekod.
Pegawai perhubungan awam (CCO) cawangan boleh dihubungi sekiranya menghadapi masalah dalam pengeluaran SPC individu. Senarai nama CCO boleh diperolehi menerusi portal rasmi HASiL di www.hasil.gov.my dengan klik pada tab “Hubungi Kami” dan seterusnya klik “Panggilan”. Anda perlu memilih “Pegawai Perhubungan Awam” untuk melihat senarai pegawai mengikut cawangan yang dikehendaki.
Kami amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh majikan dan pekerja dalam permohonan SPC ini bagi membolehkan HASiL dapat memproses permohonan tersebut dengan lancar.
Di harap perkongsian artikel ini dapat menjadi panduan dan dimanfaatkan sewajarnya oleh para majikan dan pekerja di luar sana yang masih ragu-ragu mengenai perkara ini.
Ads by KioskedSebarang pertanyaan serta maklum balas boleh dimajukan kepada HASiL melalui:
Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);HASiL Live Chat; danBorang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ - FMT
Artikel disediakan oleh Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/09/bersara-dengan-tenang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keknis Serba Boleh Untung Suami Ramai Teruja Haniz Zalikha Berenang Cantik Dan Tenang Je

Keknis Serba Boleh Untung Suami Ramai Teruja Haniz Zalikha Berenang Cantik Dan Tenang Je

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 248 hits
Hairul Azreen kongsi video isterinya Haniz Zalikha sedang melakukan aktiviti scuba diving My love Hanis Zalikha tulisnya sebagai kapsyen Dalam rakaman tersebut dapat dilihat hanis sedang berenang sangat tenang dan meyakinkan Di ruangan kome...
Masih Ingat Kisah Pak Atan Dan Dugong Si Tenang

Masih Ingat Kisah Pak Atan Dan Dugong Si Tenang

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 275 hits
Masih ingt lagu kisah Pak Atan amp Si Tenang Pada tahun 1999 di Pasir Gudang Johor seekor anak dugong tersangkut di pukat Pak Atan Kemudian Pak Atan membawanya balik dan menjaga anak dugong tu di kelongnya nbsp Keluarga Pak Atan menamakan a...
Video Tenang Ini Cara Lapor Saat Bsu Rp600 Ribu Belum Diterima

Video Tenang Ini Cara Lapor Saat Bsu Rp600 Ribu Belum Diterima

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 179 hits
Pemerintah telah memulai penyaluran tahap I BSU Rp 600 000 Namun terpantau masih banyak masyarakat mengalami kendala dalam mendapatkan dana bantuan
Semoga Tenang Di Sana Abang Rider Konvoi Iringi Sahabat Ke Rumah Abadi

Semoga Tenang Di Sana Abang Rider Konvoi Iringi Sahabat Ke Rumah Abadi

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 195 hits
Umum mengetahui bekerja sebagai seorang penghantar makanan atau mana mana sahaja pekerja sentiasa bermain di jalan raya sememangnya berisiko besar untuk berdepan dengan kemalangan tanpa mengira waktu dan tempat Terbaharu tular sebuah video ...
Hati Saya Tidak Pernah Tenang Ketika Bersama Kumpulan Raihan Nazrey Johani

Hati Saya Tidak Pernah Tenang Ketika Bersama Kumpulan Raihan Nazrey Johani

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 220 hits
Bekas ahli kumpulan nasyid terkenal Nazrey Johani mendedahkan bahawa sebab utama dia menarik diri daripada terus berada dalam industri nyanyian adalah kerana hatinya tidak pernah berasa tenang Kata Nazrey yang ditemu bual dalam sebuah video...
Hiburan Rakyat Malaysia Perlu Rm1 Juta Dalam Simpanan Untuk Bersara Dengan Bermaruah Di Kl Pakar

Hiburan Rakyat Malaysia Perlu Rm1 Juta Dalam Simpanan Untuk Bersara Dengan Bermaruah Di Kl Pakar

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 176 hits
Lapor pakar perkiraan bahagian strategi Kumpulan Wang Simpanan Malaysia rakyat Malaysia yang ingin bersara dengan tenang dalam tempoh 20 hingga 30 tahun lagi memerlukan sekitar RM900 000 sehingga RM1 juta dalam akaun simpanan mereka Menurut...
Faktor Bersara Awal Punca Negara Kekurangan Guru Bahasa L Kpm Akan Buka Pengambilan Guru Baharu

Faktor Bersara Awal Punca Negara Kekurangan Guru Bahasa L Kpm Akan Buka Pengambilan Guru Baharu

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 213 hits
Faktor Bersara Awal Punca Negara Kekurangan Guru Bahasa l KPM Akan Buka Pengambilan Guru Baharu Ramai guru telah memilih bersara awal antara sebab yang dikenal pasti negara kekurangan guru bahasa di sekolah Walaupun sebelum ini negara kita ...
Paklah Hidap Penyakit Demensia Sejak Bersara Khairy Jamaluddin

Paklah Hidap Penyakit Demensia Sejak Bersara Khairy Jamaluddin

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 238 hits
Paklah Hidap Penyakit Demensia Sejak Bersara Khairy Jamaluddin Kuala Lumpur Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Perdana Menteri Kelima Malaysia Tun Abdullah Badawi disahkan menghidap penyakit Demensia sejak bersara dari perdana menteri Ha...
Buat Kira Kira Sebelum Bersara Bantu Simpanan Persaraan Bertahan Lama

Buat Kira Kira Sebelum Bersara Bantu Simpanan Persaraan Bertahan Lama

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 179 hits
BUAT KIRA KIRA SEBELUM BERSARA BANTU SIMPANAN PERSARAAN BERTAHAN LAMABagi mereka yang telah lama berkhidmat dan bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta sudah pastinya mengimpikan kehidupan selepas bersara yang tenang dan dapat berehat sep...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp