Bersama Dalam Kerajaan Tak Bermakna Angguk Semua Keputusan Pemuda Umno Bidas Dap


Pemuda Umno membidas DAP yang baru-baru ini meminta ketuanya Dr Akmal Saleh menghentikan polemik garis panduan umat Islam menghadiri majlis perayaan bukan Islam.
PETALING JAYA: Pemuda Umno bukan hanya sekadar pelengkap dalam kerajaan perpaduan malah akan terus mempertahankan kepentingan rakyat terutama Islam seperti sering dibangkitkan Ketuanya Dr Akmal Saleh.
Mengingatkan perkara itu kepada Pemuda DAP, Ketua Penerangan Mohammad Sollehin Mohamad Tajie, berkata sayap Umno itu hanya membawa suara rakyat dan tiada kaitan mereka sebagai ejen Perikatan Nasional (PN).
“Pemuda Umno bukan budak suruhan sesiapa. Kami ada prinsip, maruah dan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.
“Jangan ingat kerana kita bersama dalam kerajaan, maka kami wajib angguk dan diam pada segala keputusan.
“Perpaduan yang ingin dibentuk itu mesti berteraskan nilai keadilan, bukan hanya berpihak kepada satu kelompok sahaja,” katanya dalam kenyataan.
Baru-baru ini, Pemuda DAP meminta Akmal berhenti daripada meneruskan polemik berhubung garis panduan umat Islam menghadiri majlis perayaan bukan Islam dan akur dengan keputusan dibuat Jemaah Menteri.
Sayap DAP itu berkata jika Akmal masih ingin bertindak seolah-olah sebagai ejen PN, lebih baik letak jawatan dan sertai PAS daripada terus menjadi musuh dalam selimut dalam kalangan kerajaan perpaduan.
Jemaah Menteri pada Jumaat lalu memutuskan tiada keperluan untuk mewujudkan garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimuktamadkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan akan dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selaku Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).
Namun keputusan itu dikritik dikritik Akmal yang menegaskan perlunya penyediaan garis panduan berkenaan sebagai sumber rujukan dan peringatan kepada umat Islam.
Sollehin turut mempersoal DAP adakah salah jika seorang pemimpin seperti Akmal bersuara untuk mempertahankan kepentingan umat Islam.
“Kononnya Akmal mahu jadi ‘hero agama konservatif’, kononnya beliau tidak menghormati keputusan kerajaan. Hakikatnya, beliau hanya menyuarakan kebimbangan yang ramai rakyat rasa.
“Pemuda DAP jangan jadi seperti ‘ketam mengajar anak berjalan lurus’ cakap soal perpaduan, tetapi bila ada suara yang tak selari dengan mereka, terus dihentam. Ini bukan cara sebuah kerajaan yang kononnya meraikan kepelbagaian.”
“Kalau Pemuda DAP tak boleh terima perbezaan pandangan dalam kerajaan siapa sebenarnya yang menjadi ‘musuh dalam selimut’?,” soal Sollehin. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/a_50.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sila Tanding Semua Kerusi Pemimpin Umno Johor Cabar Ph

Sila Tanding Semua Kerusi Pemimpin Umno Johor Cabar Ph

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 306 hits
freemalaysiatoday com0 Feb 2025 06 08 PMKetua Umno Sri Gading Lassim Burhan berkata kenyataan PKR dan Amanah sering bangkit isu agihan kerusi untuk PRN16 mencerminkan sikap gelojoh serta pentingkan diri Ketua Umno Sri Gading Lassim Burhan b...
Tak Ada Lah Walaun Dap Dalam Pas Cuma Dalam Pas Bukan Semua Walaun Benggong Yang Suka Pimpinan Mereka Memfitnah

Tak Ada Lah Walaun Dap Dalam Pas Cuma Dalam Pas Bukan Semua Walaun Benggong Yang Suka Pimpinan Mereka Memfitnah

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 411 hits
Kumpulan pro DAP dalam Pas serang Pesuruhjaya Perak dakwa Pemuda Pas Pulau PinangHarapandailyFebruary 8 2025Naib ketua Pemuda Pas Pulau Pinang Hafis Alias mendakwa bahawa kumpulan pro DAP dalam Pas sedang menyerang pesuruhjaya Pas Perak Raz...
Kerajaan Fail Permohonan Gantung Keputusan Pelarasan Pencen Pesara

Kerajaan Fail Permohonan Gantung Keputusan Pelarasan Pencen Pesara

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 304 hits
bharian com myOleh Februari 10 2025 7 43pmKetua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz Foto fail NSTP Hairul Anuar RahimKUALA LUMPUR Kerajaan memfailkan permohonan untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi yang mem...
Kepelbagaian Bukan Bermakna Harus Bermusuhan Pemuda Pas

Kepelbagaian Bukan Bermakna Harus Bermusuhan Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 253 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 29 2025 10 22 AMSempena Tahun Baru Cina Pemuda PAS menyiarkan mesej dalam bahasa Cina di laman Facebook rasmi mereka bagi menyeru persefahaman dan toleransi antara kaum Dalam keadaan ketegangan kaum dan agama...
Dap S Political Decline A Friend In Umno Youth Head Honcho Akmal An Enemy To Itself

Dap S Political Decline A Friend In Umno Youth Head Honcho Akmal An Enemy To Itself

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 253 hits
GERAKAN S deputy president Oh Tong Keong is not entirely wrong in criticising DAP for being a mere yes man within the Pakatan Harapan led government Once a fierce advocate for non Malay and non Muslim rights DAP has seemingly surrendered it...
Umno Parti Berbisa Bukannya Lalat Dalam Kerajaan Perpaduan Puad Zarkashi

Umno Parti Berbisa Bukannya Lalat Dalam Kerajaan Perpaduan Puad Zarkashi

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 177 hits
bharian com myJanuari 29 2025 12 49pmAhli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi Gambar failPETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata parti itu adalah ular berbisa dan bukannya lalat...
Dap Did Not Ask Bn To Kick Mca Out Says Umno Leader

Dap Did Not Ask Bn To Kick Mca Out Says Umno Leader

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 297 hits
Umno supreme council member Abdul Rahman Dahlan has dismissed claims of ongoing discussions to remove MCA from the BN coalition ADSRahman clarified that no party including MCA s longtime political rival and coalition government ally DAP had...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Mendaki Rawang Bypass

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank