Berpuasa Dan Beraya Mengikut Cerapan Anak Bulan Negara Lain



Soalan:
Bolehkah kita mula berpuasa dan menyambut Hari Raya mengikut hasil cerapan hilal (anak bulan) di negara Arab Saudi berbanding dengan hasil cerapan di negara kita?

Jawapan:
Persoalan ini sering berlegar di kalangan masyarakat yang terkeliru tentang perkara ini dan mempersoalkan mengapa kita tidak bersama dengan negara-negara lain dalam penentuan tarikh masuk dan keluarnya bulan-bulan Islam, terutamanya bulan Ramadhan dan bulan Syawal.

Dua bulan tersebut sangat istimewa bagi umat Islam kerana terdapat padanya perkara-perkara khusus yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain seperti ibadah puasa, qiam, iktikaf, lailatul qadar dan Hari Raya Aidilfitri.

Asas kepada perkara ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW :

صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ
“Berpuasalah jika kamu melihatnya (anak bulan), dan berbukalah (berhari raya) jika kamu melihatnya (anak bulan).” [Riwayat al-Bukhari (1909) dan Muslim (1081)]

إِذَا رَأَيْتُمْ الْهِلالَ فَصُومُوا وَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَأَفْطِرُوا
“Jika kamu melihat anak bulan, maka berpuasalah, dan berbukalah (berhari raya) jika kamu melihatnya.” [Riwayat Muslim (1081)]

Dalam mazhab Imam asy-Syafi’e Rahimahullah, penentuan masuknya bulan Ramadhan atau bulan Syawal adalah berdasarkan anak bulan yang kelihatan di negara yang mempunyai matla’ yang sama. [Rujuk al-Mu’tamad fi Fiqh asy-Syafi’e (2/161)]

Matla’ bermaksud kawasan yang berada pada jangka masa waktu terbit dan terbenam matahari serta bulan yang hampir sama, atau lebih mudah difahami, ia bermaksud negara yang berkongsi waktu siang dan malam mereka. Negara Malaysia adalah terletak dalam matla’ Asia Tenggara.

Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah telah menjelaskan perkara ini dengan berkata: “Dan apabila dilihat anak bulan di sesuatu negara, maka hukumnya adalah sama seperti negara yang berhampiran dengannya, sebagaimana kota Baghdad dengan kota Kufah kerana kedua-duanya seolah-olah seperti satu negeri, bukannya (hukum yang berbeza) bagi negeri yang jauh seperti Hijaz dan ‘Iraq pada pendapat yang lebih tepat.” [Rujuk Mughni al-Muhtaj Ila Ma’rifati Alfaz al-Minhaj (2/144-145)]


Pandangan ini adalah bersandarkan kepada hadith sahih yang telah diriwayatkan daripada Kuraib:

رَأَيْتُ الْهِلَالَ بِالشَّامِ ثُمَّ قَدِمْتُ الْمَدِينَةَ فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: مَتَى رَأَيْتُمْ الْهِلَالَ؟ قُلْتُ: لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ، قَالَ: أَنْتَ رَأَيْتَهُ؟ قُلْتُ: نَعَمْ وَرَآهُ النَّاسُ وَصَامُوا، وَصَامَ مُعَاوِيَةُ فَقَالَ: لَكِنَّا رَأَيْنَاهُ لَيْلَةَ السَّبْتِ فَلَا نَزَالُ نَصُومُ حَتَّى نُكْمِلَ الْعِدَّةَ. فَقُلْتُ: أَوَلَا تَكْتَفِي بِرُؤْيَةِ مُعَاوِيَةَ وَصِيَامِهِ؟ قَالَ: لَا، هَكَذَا أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Aku melihat anak bulan di Syam pada malam Jumaat, kemudian aku pulang ke Madinah, lalu Ibnu ‘Abbas bertanya kepadaku: “Bilakah kamu melihat anak bulan?” Aku menjawab: “Kami melihat pada malam Jumaat.” Ibnu ‘Abbas bertanya lagi: “Adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu?” Aku menjawab: “Ya, orang lain pun melihatnya dan mereka juga berpuasa, Mu’awiyah turut berpuasa.” Ibnu ‘Abbas berkata: “Kami di sini melihat anak bulan pada malam Sabtu, oleh itu kami terus berpuasa sehingga kami sempurnakan 30 hari Ramadhan.” Aku bertanya: “Tidakkah memadai bagi kamu dengan anak bulan yang dilihat oleh Mu’awiyah dan puasanya?” Ibnu ‘Abbas menjawab: “Tidak! Beginilah caranya Rasulullah SAW menyuruh kami berbuat demikian.” [Riwayat Muslim (1087), at-Tirmizi (693), Abu Daud (2332), an-Nasai’e (2110)]

Kesimpulan

Matla’ negara Malaysia adalah berbeza dengan matla’ Arab Saudi kerana kedudukan kedua-dua negara ini adalah berbeza. Jarak antara Malaysia dan Arab Saudi adalah dianggarkan dalam 7000 kilometer dan jarak masa antara kedua negara ini adalah lebih kurang 5 jam.

Kedudukan Arab Saudi yang berada pada kedudukan yang lebih barat berbanding negara kita menyebabkan peluang untuk anak bulan kelihatan di negara berkenaan adalah lebih tinggi berbanding di negara kita. Justeru, ketika anak bulan dicerap pada waktu matahari terbenam di Arab Saudi, kedudukan anak bulan tersebut adalah lebih tinggi berbanding di Malaysia. Oleh itu, kemungkinan peluang untuk anak bulan dapat dilihat adalah lebih tinggi di Arab Saudi berbanding di negara kita.

Kesimpulannya, kita wajib mengikut hasil cerapan anak bulan di negara kita bagi menentukan masuknya bulan Ramadhan dan bulan Syawal, bukan mengikut hasil cerapan anak bulan di negara Arab Saudi kerana faktor perbezaan matla’ di antara dua negara yang boleh menyebabkan perbezaan hasil cerapan anak bulan.

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/berpuasa-dan-beraya-mengikut-cerapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kekal Bertenaga Susu Pun Banyak Walaupun Berpuasa Ini 25 Rahsia Ibu Menyusu Dapat Kenyangkan Anak Ketika Bulan Ramadan

Kekal Bertenaga Susu Pun Banyak Walaupun Berpuasa Ini 25 Rahsia Ibu Menyusu Dapat Kenyangkan Anak Ketika Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 672 hits
Ibu yang menyusukan pastinya lebih letih dan merasa lapar ketika berpuasa Anda tidak perlu meninggalkan ibadah berpuasa asalkan ada pengetahuan bagaimana untuk mengekalkan tenaga berpanjangan Paling penting usah lupa bersahur dan ambil maka...
Negara China Larang Umat Islam Berpuasa Di Bulan Ramadan Komuniti Muslim Di Amerika Diminta Boikot Produk China

Negara China Larang Umat Islam Berpuasa Di Bulan Ramadan Komuniti Muslim Di Amerika Diminta Boikot Produk China

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 566 hits
Ramadhan ini kumpulan hak asasi manusia dan organisasi Islam mendesak umat Islam Amerika Syarikat untuk memboikot produk yang dibuat di China Hal ini berikutan tindakan pihak berkuasa China yang menghalang serta menghukum umat islam untuk b...
Terkini Tinjauan Cerapan Anak Bulan Ramadan Di Menara Kuala Lumpur

Terkini Tinjauan Cerapan Anak Bulan Ramadan Di Menara Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 469 hits
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri melakukan cerapan anak bulan menggunakan teleskop bagi menetapkan bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur MalaysiaGazette com Online News Portal Follow US Now Or visit www malaysiaga...
Jangan Cemuh Usaha Ibu Bapa Lain Pujuk Anak Mereka Berpuasa Walaupun Baru 3 Tahun

Jangan Cemuh Usaha Ibu Bapa Lain Pujuk Anak Mereka Berpuasa Walaupun Baru 3 Tahun

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 439 hits
Melatih anak anak kecil berpuasa ini memerlukan kita menjernihkan hati kita Fokus untuk melakukannya kerana mencari redha Allah Bila kita faham akan perkara ini maka bila kita mahu melatih anak berpuasa kita boleh membuat keputusan yang bai...
Krisdayanti Mulai Ajarkan Amora Dan Kellen Berpuasa Seharian Penuh Di Bulan Ramadan

Krisdayanti Mulai Ajarkan Amora Dan Kellen Berpuasa Seharian Penuh Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 404 hits
Pasangan Krisdayanti dan Raul Lemos sudah mulai mengajarkan puasa kepada kedua anaknya yakni Ariannha Amora Lemos dan Kellen Alexander Lemos Hal itu mulai dia terapkan pada bulan Ramadan tahun ini
15 Komik Lawak Ragam Berpuasa Di Bulan Ramadan Yang Mengimbau Nostalgia

15 Komik Lawak Ragam Berpuasa Di Bulan Ramadan Yang Mengimbau Nostalgia

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 896 hits
Bila tiba bulan ramadan pasti ramai pastinya terpalit kenangan dan flashback sewaktu menjalani ibadah puasa itu dengan kisah dan ragam yang menarik dan mencuit hati untuk dikenangkan Jadi jom kita selongkar antara ragam ragam orang berpuasa...
Anak 18 Bulan Ke Atas Pilih Baju Sendiri Berdikari Itu Tanda Pintar Emosi

Anak 18 Bulan Ke Atas Pilih Baju Sendiri Berdikari Itu Tanda Pintar Emosi

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 508 hits
Memasuki usia 18 bulan ke atas anak akan mula menunjukkan kepintaran emosinya makin berdikari Ibu ayah mesti banyak bersabar menghadapi fasa ini Melalui fasa perkembangan satu perkembangan menyaksikan perubahan kepada karakter si kecil Tida...
Anak Kedua Belum Setahun Adira Hamil 5 Bulan Tiada Alahan Tak Sedar Mengandung

Anak Kedua Belum Setahun Adira Hamil 5 Bulan Tiada Alahan Tak Sedar Mengandung

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 903 hits
Murahnya rezeki Adira Suhaimi Tatkala anak kedua masih belum cecah setahun dia hamil lagi Ibu kepada dua cahaya mata comel Anggerik 2 tahun Assan 8 bulan ini tidak mengetahui dirinya sedang mengandung Penyanyi lagu Pujaan Hati Kanda ini han...
5 Mei Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan

5 Mei Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 434 hits
KUALA LUMPUR Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia adalah pada Ahad 5 Mei bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja Raja jawatankuasa yang ...
Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Hari Ke 29 Rezeki Datang

Fast Paced Roulette Action Spin Win At 389sports Login

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Bahan Kimia Pengganggu Endokrin Dan Kesuburan Anda

Pn Belum Habis Mengigau

Don Did Chinese Emperor Reveal Pas Hypocrisy Or Newfound Tolerance