Berperang Dihujani Peluru Komunis Tapi Tidak Pernah Terima Pencen




Hampir lima dekad berlalu, namun kejadian dihujani peluru sekumpulan pengganas komunis pada 30 Mac 1973 ketika berperahu di Sungai Kanowit, masih segar dalam ingatan Nyayang Angie

Pada usia 91 tahun, memori bekas anggota Pengakap Sempadan Sarawak itu ternyata masih kuat untuk mengimbas kejadian pada petang hari tersebut yang turut menyaksikan seorang rakan seperjuangannya cedera di mulut, terkena peluru musuh

“Kami berempat sahaja (ketika itu), berbalas tembak dengan komunis dari pukul empat hingga enam petang,” kongsinya ketika ditemui media selepas sambutan Hari Pahlawan Bahagian Sibu, di Monumen Pahlawan Kanowit di Kanowit baru-baru ini.
Menurut Nyayang, insiden di Lubok Garan, Ulu Sungai Kanowit, Julau itu berlaku ketika dia dan tiga rakan seperjuangan dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Pos Entabai, selepas menghadiri majlis penghargaan atas kejayaan terdahulu mereka “menumbangkan” beberapa pengganas komunis di Majau, pada awal bulan berkenaan

“Kami ditembak bertalu-talu hinggakan saya siap berdiri di atas perahu dan membalas tembakan pengganas.
"Malah, enjin sangkut perahu kami juga bocor ditembusi peluru musuh. Syukur, umur kami masih panjang dan berjaya mengatasi serangan itu walaupun rakan saya Chakat cedera terkena tembakan di mulut,” ceritanya.
Nyayang merupakan antara anggota terawal Pengakap Sempadan Sarawak, iaitu unit khas yang ditubuhkan pada 1964 bagi menjadi "mata dan telinga” polis semasa era Konfrontasi Malaysia-Indonesia

Peranan pasukan itu yang dianggotai oleh etnik antaranya Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah dan Kelabit, kemudian dikekalkan bagi membantu pihak berkuasa membanteras komunis yang menyusup masuk ke Sarawak dari Kalimantan Utara


Pantang maut sebelum ajal
Tegas anak Iban yang berasal dari Ensiring, Julau itu, semangat yang tertanam dalam jiwanya pada saat tersebut mungkin tidak pernah dirasai oleh generasi selepasnya

Bercerita lanjut, Nyayang berkata insiden di Majau pula berlaku pada 1 Mac, di mana dia berjaya menembak mati dua pengganas termasuk timbalan komander Rejimen Ketiga Parti Komunis Kalimantan Utara

Kisahnya berdepan maut tidak berakhir di situ apabila pada Oktober tahun sama dia nyaris terkorban selepas ditembak oleh seorang anggota komunis

“Insiden ini berlaku di Ulu Lijan. Saya terserempak dengan seorang pengganas komunis sedang mandi di sebatang sungai di situ lalu saya menembak mati pengganas itu. Tapi, saya tidak sedar ada seorang lagi komunis tidak jauh dari situ dan dia melepaskan beberapa das tembakan ke arah saya sebelum melarikan diri.
“Ajal saya belum sampai, hanya satu peluru mengenai saya, iaitu menggeser bahagian belakang menyebabkan baju saya terkoyak dan kulit bergores,” kongsinya lagi.
Lanjut Nyayang, lima tahun kemudian pada 1978, ketika negara sedang meraikan sambutan hari kemerdekaan ke-21, dia terlibat dalam satu lagi pertempuran dengan pengganas komunis

Dalam operasi di Sungai Machan itu, dia berjaya menembak mati dua pengganas sementara seorang lagi maut terkena tetakan parangnya


‘Jasa seolah hilang’
Nyayang menamatkan perkhidmatannya dengan pangkat koperal pada 1986 dan dilantik menjadi tuai rumah panjang di Ensiring, dua tahun kemudian

Menurutnya, pengalaman bertempur dengan pengganas komunis selain kekacauan yang dicetuskan oleh kumpulan itu di Kanowit dan Julau khususnya, sukar untuk dia lupakan

Katanya lagi tiga rakan seperjuangannya yang terselamat dalam serangan hendap di Lubok Garan itu telah meninggal dunia

Namun, katanya, amat menyedihkan kerana jasa mereka seolah-olah “hilang” begitu sahaja, tanpa sebarang pengiktirafan

“Saya harap kerajaan ingat kepada saya, saya tidak pernah lari daripada kerajaan. Berhenti kerja (pengakap sempadan) ini, saya jadi tuai rumah dari 1988 hingga sekarang,” tambahnya

Bagaimanapun menurut Nyayang, dia pernah menerima pingat Bentara Bintang Sarawak ketika masih dalam perkhidmatan dan pingat Ahli Bintang Sarawak pada 2017

“(Namun) sejak bersara hingga sekarang, saya tidak pernah menerima pencen. Cuma ada bantuan one-off, tapi lain-lain tidak ada,” ulasnya yang berharap kerajaan, baik negeri mahupun pusat, mengenal pasti veteran sepertinya dan menghulurkan bantuan sebagai penghargaan.
“Saya harap pihak berkenaan dapat membantu saya dan rakan-rakan lain yang masih ada, untuk sekurang-kurangnya memberi sedikit pengiktirafan bagi mengenang sumbangan kami semasa menentang pemberontakan komunis dahulu,” katanya.
Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/08/berperang-dihujani-peluru-komunis-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Tidak Pernah Terima Pengakuan Cinta Jinwoo Winner

Saya Tidak Pernah Terima Pengakuan Cinta Jinwoo Winner

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 132 hits
Selepas fenomena rancangan realiti mencari pasangan Single s Inferno kini satu lagi rancangan realiti baru berjaya menambat hati peminat iaitu Somefing ARTIKEL BERKAITAN Rancangan realiti Somefing itu menampilkan 5 orang pengacara dan salah...
Mahathir Serang Appandi Berurusan Dengan Jho Lo Tapi Tidak Usik Zeti Tawfeq Terima Rasuah Dari Jho Lo

Mahathir Serang Appandi Berurusan Dengan Jho Lo Tapi Tidak Usik Zeti Tawfeq Terima Rasuah Dari Jho Lo

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 234 hits
Oleh Sirajuddin AhmadDalam cubaan Mahathir alih tumpuan terhadap skandal skandal kroni dan diri sendiri maka Mahathir lancar serangan false flag operation dengan menyerang Tan Sri Appandi Ali Mahathir pura pura mengungkit perihal TS Appandi...
Gadis Kongsi Majikan Diskriminasi Gaji Dibuang Kerja Selepas Buat Aduan Ke Jabatan Tenaga Kerja Kini Terima Habuan

Gadis Kongsi Majikan Diskriminasi Gaji Dibuang Kerja Selepas Buat Aduan Ke Jabatan Tenaga Kerja Kini Terima Habuan

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 164 hits
Isu perbezaan gaji di antara pekerja bukanlah satu perkara yang baru tetapi kini ia semakin berleluasa Tambahan lagi jika majikan sendiri yang menimbulkan masalah Seperti memberikan gaji yang berlainan dan tidak adil pada pekerja Baru b
Pecah Rekod Born Pink Blackpink Jadi Album Paling Banyak Terima Pra Tempahan

Pecah Rekod Born Pink Blackpink Jadi Album Paling Banyak Terima Pra Tempahan

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 211 hits
Siap sedia semua BLACKPINK akan kembali mendominasi dunia K Pop ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 11 Ogos album penuh kedua BLACKPINK BORN PINK telah mula dijual secara pra tempahan Hanya dalam masa 8 jam album tersebut telah berjaya menjadi a...
Terima Kasih Mat Motor Nak Tolak Stroller Bayi Kerusi Roda Pun Payah

Terima Kasih Mat Motor Nak Tolak Stroller Bayi Kerusi Roda Pun Payah

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 273 hits
Disebabkan ada sesetengah penunggang motor selamba menggunakan ruang pejalan kaki maka pengguna lain seperti yang berkerusi roda dan ibubapa yang membawa anak menggunakan stroller pula mengalami masalah Ciapan pengguna Twitter Shireen Shaib...
Pernah Dimki Dan Pukul Kepala Coki Dedah Pernah Jadi Mgsa Wanita Terbabit Dan Ini Yang Coki Dedahkan

Pernah Dimki Dan Pukul Kepala Coki Dedah Pernah Jadi Mgsa Wanita Terbabit Dan Ini Yang Coki Dedahkan

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 338 hits
Coki juga menjadi salah seorang mgsaaa pen puan Myra Personaliti media sosial Coki mendedahkan dia pernah menjadi saksi dan melihat sendiri kanak kanak berusia empat tahun bernama Alia did ra oleh wanita dikenali sebagai Myra Khan
Terima Kasih Digi Servis Yang Terbaik

Terima Kasih Digi Servis Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 171 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi semua Mood baik sejak kelmarin lagi Pertama kelmarin last kerja dalam minggu ini Lagi satu masalah internet sudah selesai Hari itu saya pernah tulis entri mengenai tersilap unsubcribe plan internet Nak baca ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord