Berpantang Rumah Mak Sendiri Lagi Best Dari Mertua Setuju


Tanyalah mana-mana wanita berpantang, mereka mesti pilih untuk habiskan waktu berpantang di rumah mak sendiri. Bagi yang sedang sarat pun mesti dah ada plan yang sama. Bagi yang dah alami proses berpantang mesti setuju dengan sebab-sebab di bawah.
BERPANTANG RUMAH MERTUA VS RUMAH MAK SENDIRI
1. KURANG SEGAN
Foto Kredit: oshesakura.blogspot.my
Nak minta tolong berpapah pergi tandas ke, bangun dari katil atau tunduk cangkung kuranglah segannya berbanding nak minta tolong mertua, nurse atau orang luar. Nak-nak pula kalau berat badan sendiri jenis nak capai suhu takat didih. Lagi segan nak minta tolong papah.
2. TEGASNama pun mak, dia nak marah anak sendiri lagi senang. Bagi keturunan-keturunan yang kuat berpantang cara lama ni, mak dia akan jadi Inspektor Sahab paling garang di mukabumi. Nak mengelat minum air kunyit? Nahh… suara dia menjerit mungkin sampai planet Zuhal boleh dengar. Mak pasti akan marah kita tanpa rasa bersalah.
Kalau mertua ni segan sikit nak marah-marah menantu. Kalau orang luar yang jaga pula, silap-silap kena maki balik pula dengan kita. Sudahnya lepas pantang badan tak slim. Mereputlah tepi sudut dinding sorang-sorang. Kena marah dengan mak sendiri tu perkara biasa. Kena marah dengan mertua? Em.. Raya tahun depan tak balik kampung. Sorry.
3. BOLEH S3KSI-S3KSI
Foto Kredit: eyzacantek.blogspot.com
Ingat pakai bengkung senang? Bergolek sorang-sorang atas katil untuk lilit diri, bukan perkara yang mudah. Terselak sana, terburai sini, itu perkara biasa. Bukan senang nak ikut amalan berpantang selepas bersalin yang selalu orang tua cakap. Bengkung tradisional pula jenis yang tak reti nak istiqamah. Asyik-asyik lilitan terbuka, lilitan tak kemas, longgar dan sebagainya. Kalau ada mak, boleh tolong pakaikan bengkung.
Lagi satu, waktu berurut aci pakai alas kain batik sehelai. Mak sendiri keluar masuk nampak kita tak adalah malu sangat. Kalau orang luar yang nampak, kulit badan pula tak sehalus kulit bawang, jawabnya berurut sambal pakai topenglah.
Itu belum cerita bab nak mandi atau buang air. Lebih-lebih lagi sehari dua lepas bersalin. Waktu badan masih belum kuat nak bergerak lasak. Paling penting, jangan lupa pakai stokin sebab ada kebaikannya dari sudut saintifik.
4. KAWAN-KAWAN DATANG MELAWAT
Foto Kredit: hmetro.com.my
Senang dan lebih selesa kalau ada kawan-kawan yang nak datang melawat. Kawan pula dari golongan yang kalau ketawa, sampai simpang depan traffic light pun boleh dengar. Kalau berpantang rumah sendiri nanti boleh paksa adik-adik sendiri tolong buatkan air untuk tetamu. Kalau berpantang rumah orang lain nanti gigih pula nak bangun sendiri buatkan air untuk tetamu. Anak pula tiba-tiba menangis. Kelam-jabut jadinya.
Kalau yang jenis datang ziarah waktu malam dan tak reti-reti nak balik, tak adalah tuan rumah jeling semacam. Mak kita kalau tak larat mesti dia tidur sahaja. Pandai-pandai kau lah nak layan kawan sendiri.
5. LEBIH MUDAH DAN SELESA
Foto Kredit: esfarisya.blogspot.my
Waktu berpantang kena sentiasa berpanas badan. Baju sendiri asyik kotor dengan pilis param, dengan muak susu anak atau minyak urut. Duduk rumah orangtua sendiri lebih senang nak tarik-tarik baju t-shirt labuh mak, atau kemeja lama ayah, atau seluar track abang dan stoking adik.
Orang berpantang ni cepat lapar sebab banyak hilang darah. Perlukan makanan banyak. Duduk rumah mak, asal lapar sikit boleh selongkar dapur. Korek periuk nasi atau ketuk tong biskut. Kalau duduk rumah orang lain, duduk dalam bilik gigit kepala katil lah kalau segan.
SEBENARNYA
Foto Kredit: bubblynotes.com
Bukan tak suka mertua. Cuma lebih selesa untuk diri sendiri dan juga untuk keselesaan mertua. Tahun depan saya balik beraya ya, mak! Anda semua macam mana? Pilih berpantang rumah mak sendiri atau rumah mak mertua? Kalau berpantang sendiri, jangan sedih-sedih ya.

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Jualan Baju Raya Dah Bermula!!!

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2019/03/berpantang-rumah-mak-sendiri-lagi-best.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Dah Kahwin Janganlah Duduk Rumah Mertua Atau Rumah Ibu Bapa Sendiri Rileks Media

Kalau Dah Kahwin Janganlah Duduk Rumah Mertua Atau Rumah Ibu Bapa Sendiri Rileks Media

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 454 hits
Skrg aku nak cerita kisah aku sikit Lps brkwn dgn bf aku setahun dia ajak kahwin Prkara prtama yg aku tanya adalah nak duduk mana lps kahwin Aku tak ada nak brsweet2 plan anak berapa org nama anak apa yada yada yada dok cerita2 berangan bua...
Mak Cik Saya Lapar Ibu Tiada Di Rumah Budak 7 Tahun Ditinggalkan Dalam Rumah Cetus Simpati Jiran

Mak Cik Saya Lapar Ibu Tiada Di Rumah Budak 7 Tahun Ditinggalkan Dalam Rumah Cetus Simpati Jiran

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 432 hits
Mak Cik Saya Lapar Ibu Tiada Di Rumah Budak 7 Tahun Ditinggalkan Dalam Rumah Cetus Simpati Jiran Penderitaan kanak kanak berusia tujuh tahun dikurung bersendirian di rumahnya di Taman Hijrah oleh ibunya selama lima hari sejak Rabu lalu bera...
Seorang Ibu Di Ntt Kubur Bayi Sendiri Karena Takut Hubungan Gelapnya Dengan Mertua Ketahuan

Seorang Ibu Di Ntt Kubur Bayi Sendiri Karena Takut Hubungan Gelapnya Dengan Mertua Ketahuan

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 271 hits
Kasus pembuangan bayi kembali terjadi Kali ini terjadi di Kabupaten Manggarai Flores Nusa Tenggara Timur Seorang wanita bernama Lediana Suweng tega membuang lalu mengubur bayi yang baru saja ia lahirkan Mengutip dari Pos Kupang bayi yang di...
Cara Mudah Buat Sos Blackpepper Sendiri Di Rumah Dan Jimat Bajet

Cara Mudah Buat Sos Blackpepper Sendiri Di Rumah Dan Jimat Bajet

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 420 hits
Cara Mudah Buat Sos Blackpepper Sendiri Di Rumah Dan Jimat Bajet Salam semua sejak dah biasa dengan sos blackpepper homemade tapi jimat bajet memang yang inilah selalu buat Apabila tekak teringin nak makan mashed potato wajib ada sos blackp...
Jaga Rumah Tangga Sendiri Usah Sibuk Ganggu Umno Pas

Jaga Rumah Tangga Sendiri Usah Sibuk Ganggu Umno Pas

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 321 hits
Oleh Siti Fatimah Ishak 06 03 2019Terlalu gatal jaga perihal orang lain kain isteri koyak tak perasanBANGI 29 Jamadilakhir 1440H Rabu Tak usah sibuk komen kerjasama UMNO PAS sebagai sumbang mahram bukan atas dasar cinta atau lain lain Ramai...
Thailands Best Hidden Paradise Koh Mak Koh Chang Koh Kham

Thailands Best Hidden Paradise Koh Mak Koh Chang Koh Kham

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 722 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Cara Sempoi Nak Pikat Hati Mak Mertua Supaya Anda Jadi Menantu Kesayangan

Cara Sempoi Nak Pikat Hati Mak Mertua Supaya Anda Jadi Menantu Kesayangan

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 783 hits
Orang cakap bila ada mak mertua ni kena jaga jaga takut nanti terlampau cerewet dan mengongkong Betul ke Pertama kali untuk berhadapan dengan ibu mertua merupakan antara pengalaman yang ngeri khususnya buat menantu perempuan Mungkin ada yan...
Tips Ibu Bekerja Dari Rumah Elak Tekanan Perasaan Dan Tidak Sabar Dalam Berniaga Sendiri

Tips Ibu Bekerja Dari Rumah Elak Tekanan Perasaan Dan Tidak Sabar Dalam Berniaga Sendiri

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 297 hits
BismillahSalam sayang semua Apa khabar Sejak Qhaira semakin besar kini sudah berusia 1 tahun 7 bulan tingkah lakunya dan perhatian sangatlah menyesakkan Berbeza ketika mengandung dan membesarkan anak kecil ini tidak sama Apabila anak anak s...
Usahawan Merisiko Nyawa Sendiri Demi Mendedahkan Penganiayaan Falun Gong Di China

Usahawan Merisiko Nyawa Sendiri Demi Mendedahkan Penganiayaan Falun Gong Di China

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 345 hits
Selepas menghadapi ketidakadilan di negaranya sendiri di China ahli perniagaan yang berjaya bernama Yu Ming ingin berkongsi bersama dunia dengan apa yang telah disaksikannya menurut sudut pandangan dan kehidupan barunya di Amerika Syarikat ...
Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Perempuan Melawan Lara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446h

Raja Muda Selangor Titah Mangsa Kebakaran Ditempat Di Lokasi Lebih Selesa

Common For Gas Pipelines To Pass Through Residential Areas Says Ex Engineer

Cidb Retracts Statement On Putra Heights Blast Findings

48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope

Joker123th 100