Berpada Pada Bagi Gajet Pada Anak Cari Visual Bergerak Perlahan Rentak Tenang Warna Lembut


Penggunaan gajet pada anak, lebih-lebih lagi pada anak di awal usia sememangnya dilarang keras. Pun begitu jika menggunakan gajet untuk meransangang deria anak, ada baiknya mak ayah baca dahulu penggunaan gajet seperti yang dikongsikan pakar ini.
Menurut Pn Maryam Jamadi, Terapis Carakerja (Occupational Therapist), penggunaan gajet pada anak perlu berpada-pada. Malah mak ayah juga perlu tahu di mana keperluan dan bagaimana untuk menggunakan gajet supaya lebih bermanfaat untuk anak.

ANAK ASYIK NAK TENGOK GADGET/SKRIN?
Kelmarin saya ada buat LIVE tentang isu di atas, bagi mak ayah yang terlepas. Ringkasan sharing saya:
1. Umur berapa anak mula pandai tengok skrin?
– Seawal umur 3 bulan sebab sewaktu itu penglihatan bayi dah mula jelas.
– Lebih tertarik dengan warna yang kontra dan terang terutamanya putih, merah dan hitam.
2. Kenapa anak suka tengok skrin?
– Anak umur 2 tahun ke bawah sentiasa mencari rangsangan deria penglihatan dan pendengaran. Masa ini waktu genting untuk perkembangan sensori mereka.
– Anak umur 6 bulan sudah pandai memanipulasi mak ayah.

3. Had masa untuk anak?
– Umur 0- 18 bulan – ZERO
– Umur 18 bulan – 2 tahun – 30 minit sehari bersama mak ayah
– Umur 2 tahun – 5 tahun – 1 jam sehari
– Umur 5 tahun ke atas – 2 jam sehari
4. Apa risiko pendedahan skrin berlebih?
– Ada kajian, setiap 30 minit anak didedahkan dengan skrin semasa umur 18 bulan ke bawah meningkat 48% risiko kelewatan bercakap.
– Risiko masalah sistem penapisan bunyi (auditory filtering), anak tersalah filter bunyi penting dan tak penting.
– Masalah tingkahlaku sebab anak akan mudah jadi tidak sabar dan tantrum.
– “Autism- like symptoms”, ada simptom seperti autisme tetapi bukan autisme sebenar.
5. Bila anak boleh akses internet?
– Semasa 7 tahun ke bawah perlu pantauan 100% akses internet sebab waktu ini anak belum boleh menapis maklumat yang diterima.
– Jika mak ayah ajar anak guna skrin dengan betul, hadkan penggunaan harian dan pantau, sepatutnya tiada masalah lain.

6. Mak ayah bekerja, terpaksa bagi anak tengok skrin?
Sekiranya dalam situasi yang tidak dapat dielakkan, boleh cuba:
– Pilih rancangan yang sesuai ikut umur anak, pastikan anak faham apa yang dilihat.
– Bayi umur 18 bulan ke bawah, perlu cari rancangan yang bergerak perlahan, rentak yang tenang dan warna yang lembut untuk mengelakkan masalah terlebih rangsangan deria visual dan audiotori.
– Untuk anak 18 bulan ke atas, boleh cari rancangan yang ada libatkan pergerakan berbanding duduk tengok sahaja.
– Lepas tengok, minta anak ceritakan kembali untuk kenalpasti pemahaman anak.

7. TV atau gadget?
– TV lebih baik dari gadget sebab TV kita boleh kawal dan hanya ada 1 tempat berbanding gadget boleh dapat di mana-mana.
– Pastikan mak ayah ada 100% ownership dan anak kena hormat supaya mudah di masa akan datang.
8. Anak dah mula ketagih skrin?
– Kalau anak tak ada masalah perkembangan, boleh cuba hadkan masa dan kekerapan.
– Sekiranya anak dah mula ada masalah kelewatan perkembangan, mohon tutup 100% skrin. Seminggu pertama memang agak mencabar tetapi kesannya akan nampak pada minggu seterusnya.
– Banyakkan bermain dengan anak untuk alihkan perhatian anak dari teringat skrin.
– Mak ayah juga perlu elakkan tengok gadget semasa dengan anak.
Jangan terlampau marah anak asyik nak gadget sekiranya kita mak ayah yang kenalkan gadget pada anak. Perlu faham dan sentiasa bersabar untuk “ceraikan” gadget dari anak. Semoga berjaya ya!
Silakan share sekiranya bermanfaat.
Artikel berkaitan:Selalu Dengan Gajet Punca Anak Boleh Sakit Kepala Sampai Tahap Ni Kena Ambil Serius
Doktor Jelaskan Kes Anak Juling Akibat Gajet, Membimbangkan, Elak Sebelum Terlambat

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Berpada-Pada Bagi Gajet Pada Anak, Cari Visual Bergerak Perlahan, Rentak Tenang & Warna Lembut! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/berpada-pada-bagi-gajet-pada-anak-cari-visual-bergerak-perlahan-rentak-tenang-warna-lembut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Rimas Anak Nak Tidur Suka Cari Jari Telinga Rambut Ibu Itu Ibarat Penenangnya

Jangan Rimas Anak Nak Tidur Suka Cari Jari Telinga Rambut Ibu Itu Ibarat Penenangnya

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 416 hits
Semestinya ibu ibu ada pengalaman ni kan Anak nak tidur mesti nak kita ada sebelahnya Selain tu ada juga yang perlu bantal busuk kain hisap jari gentel baju gosok telinga dan macam macam lagi Istimewanya juga anak kita ni bukan itu saja yan...
Laksam Hipster Resipi Simple Warna Warni Confirm Anak Makan Bertambah Tambah

Laksam Hipster Resipi Simple Warna Warni Confirm Anak Makan Bertambah Tambah

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 345 hits
Laksam diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak Apabila mengeras ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan Semasa dihidang ...
Sampai Tercabut Pintu Jamban Anak Pecahkan Pintu Cari Mak Nak Susu Time Tu Mak Pulak Tengah Darurat

Sampai Tercabut Pintu Jamban Anak Pecahkan Pintu Cari Mak Nak Susu Time Tu Mak Pulak Tengah Darurat

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 211 hits
Sepanjang mengasuh anak kecil kadang kadang memang rasa leceh bila mereka asyik mengempeng Pantang nampak ibu nak baring atau berehat saja confirm mula merengek nak susu kan Anak bangun 2 pagi melalak nak susu Baru baru ini seorang ibu dari...
6 Doa Untuk Anak Anak Ini Jika Diamalkan Mereka Akan Dengar Kata Lembut Hati

6 Doa Untuk Anak Anak Ini Jika Diamalkan Mereka Akan Dengar Kata Lembut Hati

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 254 hits
Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan rumah tangga bahagia Bila ada anak sudah pasti mahukan yang terbaik untuk anak Untuk mencapainya salah satunya mestilah melalui doa Jadi apakah doa untuk anak anak yang perlu ibu bapa amalkan Kali ...
Cikgu Ini Pesan Anak Darjah 1 Fokusnya Belajar Jangan Paksa Nak Tulisan Warna Cantik

Cikgu Ini Pesan Anak Darjah 1 Fokusnya Belajar Jangan Paksa Nak Tulisan Warna Cantik

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 383 hits
Bagi ibu bapa yang ada anak di tahun satu dan tahun dua mungkin agak terasa cabarannya dalam keadaan sekarang ini Bukan apa persekitaran untuk anak yang seusia ini belajar di sekolah tak dapat dilaksanakan dengan sempurna seperti anak lain ...
Mommy Sorry Ok Jangan Malu Nak Minta Maaf Pada Anak Tak Rugi Malah Anak Pun Lembut Hatinya

Mommy Sorry Ok Jangan Malu Nak Minta Maaf Pada Anak Tak Rugi Malah Anak Pun Lembut Hatinya

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 248 hits
Nilai kemaafan adalah sesuatu yang harus dididik pada anak anak kerana ia mampu menjadikan anak itu lebih bertanggungjawab dan berjiwa besar Bayangkan dunia tanpa kemaafan dan dipenuhi kemarahan dan dendam Tak best kan Kita sendiri tidak ta...
Semua Mainan Amp Pakaian Nak Warna Pink Ia Lumrah Sifat Anak Perempuan Kajian

Semua Mainan Amp Pakaian Nak Warna Pink Ia Lumrah Sifat Anak Perempuan Kajian

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 263 hits
Sebagai ibu bapa moden dan berfikiran terbuka kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memecahkan stereotaip jantina yang berterusan hingga ke hari ini Contohnya seperti adalah sifat perempuan suka warna merah jambu lelaki suka biru budak pe...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah