Bermula Dari Iklan Parodi Hingga Jadi Nation Mc Kenali Pengacara Penghibur Yoo Jaesuk


Bagi mereka yang mengikuti perkembangan industri hiburan Korea Selatan pastinya akan mengenali dengan pengacara dan penghibur Yoo Jae-suk.

ARTIKEL BERKAITAN Campur Iklan & Program Hiburan, Pendapatan Yoo Jaesuk Bagi Separuh Pertama 2022 Lebih RM26 Juta Untuk pengetahuan, pada 14 Ogos hari ini, Yoo Jae-suk telah pun mencecah usianya yang ke-50 tahun. Selamat hari jadi Yoo Jae-suk!
Sempena meraikan ulang tahun kelahiran pengacara kegemaran ramai itu, Kimchi Daily ingin berkongsi latar belakang mengenai Yoo Jae-suk, dari kehidupan peribadinya dan bagaimana kerjayanya bermula!
Biodata Yoo Jaesuk
Yoo Jae-suk dilahirkan pada 14 Ogos 1972 di Seoul, Korea Selatan dan merupakan anak lelaki sulung dalam keluarga, dengan dua adik perempuan. Sekitar zaman sekolah menengahnya, dia sudah mula menunjukkan minat dalam komedi dan sering menghiburkan keluarga dan rakan sekelasnya melalui sindiran dan gurauan. Kemudian, dia memasuki Institut Seni di Seoul.
Tepat di sekitar zaman kolejnya, dia mula membuat komedi dan mengambil bahagian dalam Festival Komedi KBS pada tahun 1991 dan mengubah hidupnya apabila dia melakukan parodi iklan yang sangat popular. Persembahannya sangat disukai oleh penonton dan penerbit rancangan, dan dia mendapat pendedahan awal yang baik sebagai pelawak.
Selepas tamat kolej, dia tiada pekerjaan untuk beberapa tahun akan datang dan hanya membuat persembahan dalam acara kecil di sana sini, mencari pelung untuk terlibat dalam industri TV.
Perkembangan kerjaya Yoo Jaesuk
Pada tahun 2000, Yoo Jae-suk telah menjadi pengacara di program televisyen “Life and Enjoy Together”, yang menjadi titik permulaan untuk kerjayanya. Kemudian pada 2003, Yoo Jae-suk mengacarakan program “X-Man” yang bermula perlahan tetapi akhirnya menjadi rancangan yang paling popular dan memberi Yoo Jae-suk gelaran sebagai ‘Nation MC’ serta memberikannya ‘sinar’ dalam industri hiburan Korea Selatan.
Pada 2006, dia menyertai rancangan “Infinite Challenge” sebagai pengacara. Meskipun program itu kurang berjaya pada awalnya namun setelah beberapa konsep telah digubah, ia berjaya menjadi program yang baling banyak ditonton di Korea Selatan.
Rancangan hiburan lain yang diacarakan oleh Yoo Jae-suk seperti “Happy Together 3”, “Family Outing” dan banyak lagi, telah membuka banyak ruang dan peluang buat Yoo Jae-suk untuk lebih dikenali, dan terus terkenal dalam kalangan selebriti.

Tidak dilupakan program “Running Man” yang merupakan titik perubahan besar dalam kerjayanya. Program itu mula ditayangkan pada 2010, dan masih berjalan dengan aktif sehingga kini dan mempunyai pengikut antarabangsa yang besar.
Kini, Yoo Jae-suk masih kekal aktif sebagai pengacara dan penghibur di Korea Selatan dengan pelbagai program baharunya seperti “The Sixth Sense”, “You Quiz on the Block”, “Hangout with Yoo” dan pelbagai lagi!
Kehidupan peribadi Yoo Jaesuk
Yoo Jae-suk mula bercinta dengan Na Kyung-eun, rakan sekerjanya dalam rancangan “Infinite Challenge”, tidak lama selepas mereka mula bekerja bersama. Kedua-dua mereka terus menafikan khabar angin tentang hubungan tetapi akhirnya, mereka menerima dan mengikat tali perkahwinan pada Julai 2008. Pasangan itu melahirkan seorang anak lelaki, Yoo Ji-ho, dua tahun kemudian. Kemudian, dikurniakan cahaya mata perempuan pertama Yoo Na-eun pada 2018.
Anugerah yang dimenangi Yoo Jaesuk
Sudah lebih 25 tahun berada dalam industri hiburan, Yoo Jae-suk telah membuktikan gelarannya sebagai ‘Nation MC’ di Korea Selatan apabila dia telah berjaya merangkul banyak anugerah hebat. Antaranya pada tahun 2002 dan 2003, beliau telah menerima ‘Anugerah Kecermelangan Terbaik dalam MC Televisyen’, kemudian menerima anugerah ‘Daesang’ iaitu hadiah utama, lebih dari 10 kali dalam anugerah ‘MBC Entertainment Awards’ dan ‘SBS Entertainment Awards’.
Memang hebat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/bermula-dari-iklan-parodi-hingga-jadi-nation-mc-kenali-pengacara-penghibur-yoo-jaesuk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telatah Lee Kwangsoo Yoo Jaesuk Dalam The Zone Survival Mission Imbau Kenangan Running Man

Telatah Lee Kwangsoo Yoo Jaesuk Dalam The Zone Survival Mission Imbau Kenangan Running Man

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 102 hits
Siapa yang merindui Lee Kwang soo dalam program hiburan jangan risau kerana lelaki itu akan kembali di dalam The Zone Survival Mission tak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Bakal ditayangkan di Disney pada 8 September nanti program itu turut dike...
Sebab Ni Ke Awak Keluar Running Man Soalan Yoo Jaesuk Buat Lee Kwangsoo Jadi Perhatian

Sebab Ni Ke Awak Keluar Running Man Soalan Yoo Jaesuk Buat Lee Kwangsoo Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 267 hits
Sudah setahun berlalu nampaknya masih ramai merindui Lee Kwang soo dalam Running Man ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Disney telah berkongsi teaser pendek untuk program hiburan The Zone Survival Mission yang menampilkan Lee Kwang soo Yoo Jae suk d...
Yoo Jaesuk Kim Goeun Psy Tampil Hulur Bantuan Buat Mangsa Banjir Di Korea

Yoo Jaesuk Kim Goeun Psy Tampil Hulur Bantuan Buat Mangsa Banjir Di Korea

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 163 hits
Korang mesti dah dengar yang Korea sekarang ini sedang dilanda banjir kan Benda yang tak dijangka jangka terjadi Ramai juga yang terkesan akibat banjir tersebut namun beberapa artis Korea tidak terlepas daripada menghulurkan bantuan semampu...
Ahy Black Campaign Hoaks Hingga Buzzer Membabi Buta Di Pemilu 2024

Ahy Black Campaign Hoaks Hingga Buzzer Membabi Buta Di Pemilu 2024

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 195 hits
AHY meminta pers agar bekerja independen dan memberikan informasi kredible kepada masyarakat Sebab dia menekankan pada informasi penting yang dibutuhkan oleh Indonesia
Dimulai Hari Ini Pesta Rakyat Simpedes Di Karawang Hadirkan Artis Hingga Umkm Expo

Dimulai Hari Ini Pesta Rakyat Simpedes Di Karawang Hadirkan Artis Hingga Umkm Expo

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 104 hits
Pasti sudah tidak sabarkan buat datang ke PRS dan lihat penampilan dari artis ternama Tanah Air seperti Dewa 19 Slank Ungu dan Kangen Band Penampilan meriah dari Inul Daratista Via Vallen dan Nella Kharisma juga siap menggoyang panggung PRS...
Kasus Brigadir J 3 Jenderal Bintang Satu Hingga Bintara Diperiksa Penyidik

Kasus Brigadir J 3 Jenderal Bintang Satu Hingga Bintara Diperiksa Penyidik

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 153 hits
Sebelumnya Kapolri menyebut ada 25 personel Polri yang diperiksa penyidik Bareskrim terkait kematian Brigadir J
Aksi Kejam Seorang Lelaki Langgar Gilis Kekasih Berulang Kali Hingga Mati

Aksi Kejam Seorang Lelaki Langgar Gilis Kekasih Berulang Kali Hingga Mati

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 215 hits
HEBEI Seorang lelaki bertindak kejam melanggar dan mengilis kekasihnya berulang kali sehingga mati dalam kejadian ngeri di hadapan sebuah kolam renang pada Selasa Menerusi video rakaman yang tular di media sosial lelaki dikenali sebagai Zha...
Cerita Edy Rahmayadi Dicap Gubernur Galak Oleh Wapres Menteri Hingga Surya Paloh

Cerita Edy Rahmayadi Dicap Gubernur Galak Oleh Wapres Menteri Hingga Surya Paloh

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 737 hits
Kendati dicap sebagai gubernur galak namun Edy mengakui bahwa dirinya hanya tegas dalam memimpin
Erick Thohir Soal Setop Ekspor Nikel Hingga Bauksit Kita Tidak Anti Asing

Erick Thohir Soal Setop Ekspor Nikel Hingga Bauksit Kita Tidak Anti Asing

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 115 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Erick Thohir mengatakan komitmen pemerintah untuk menghentikan ekspor nikel hingga bauksit bukan bentuk anti asing Langkah ini mendukung hilirisasi industri nikel hingga bauksit untuk meningkatkan nilai tamb...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis