Berlin German


Assalamualaikum

Sampai sahaja di Berlin, Kami berlima terus menuju ke Hostel yang telah dibooking. Penat dengan perjalanan night-bus semalam, Kami rancang untuk refresh kan diri dulu sebelum bersiar-siar di sekitar Berlin. Elyss ada request early check-in masa buat reservation. Tapi apabila sampai sahaja di Hostel, kami difahamkan oleh pihak hostel bahawa bilik tersebut masih belum disediakan. Alang-alang kami pun sedang menunggu Dalili, maka kami berlima bersetuju untuk simpan luggage dahulu dan hanya ambil angin di sekitar hostel

Mujur sahaja berdekatan dengan hostel tersebut ada satu taman permainan, boleh juga kitorang ambil angin pagi sambil bersarapan. Haha. Tapi cuma dapat sarapan roti dan sambal ikan bilis jelah. Plan awal tergendala sebab kitorang check-in hotel lambat. Aktiviti pagi tu digantikan dengan photoshoot yang entah apa-apa dekat playground sambil main buaian dan gelongsor. Sambil main tu acah-acah lupa yang umur masing-masing dah 22 tahun

Gambar Photoshoot habiskan masa sebelum check-inAfter je check-in, masing-masing refresh diri dan bersiap-siap untuk berjalan. Sempat juga kitorang lunch dalam hostel tu. Aku berpuas hati dengan keadaan hostel tu, sangat besar dan selesa. Walaupun bilik air dia dekat luar, tapi kebersihan terjaga.

Muka excited dapat kibarkan Bendera Malaysia di German. (Itu guna monopod tu...hehe)Hari kitorang berjalan di Berlin jatuh pada tarikh Hari Merdeka iaitu 31 Ogos. Itu yang excited bawa bendera. Bangga tau kibarkan bendera negara sendiri dekat negara orang. Itu yang gigih buat monopod jadi batang bendera tu. Kreatif tak?

Destinasi pertama yang kami tuju adalah Bradenburg Gate. Bradenburg Gate ni menandakan permulaan jalan dari Berlin ke Kota Brandenburg An Der Havel. Ia dibina pada tahun 1791 .Dibina sebagai simbol keamanan atas titah King Friedrich Wilhem II.

Bradenburg Gate

Brandenburg gateRamai tourist/orang german pandang pelik bila kitorang ambil gambar dengan bendera Malaysia tapi ada juga yang teringin nak ambil gambar dengan kitorang. Anyhow, I'm proud to be Malaysian and eventhough, ada yang tanya "What country is this?" [malaysia cam tak popular enn] but still proud to say "It's Malaysia!"

Reichstag Building
Lepas ambil gambar di Brandenburg Gate, Kami berjalan menuju ke Reichstag Buiding. Reichstag Building ni adalah Bangunan Parlimen.

Reichstag BuildingNampak? Still bangga ambil gambar dengan Bendera Malaysia walaupun Bendera German lagi banyak dikibarkan (memang ar kann, negara diorang. lol)

Cute DaliliHaa, Inilah Dalili. Tour Guide kitorang yang baik hati

Charlie Checkpoint
Memandangkan hari ni adalah hari terakhir kami berada di German. Souvenier untuk dibawa pulang mestilah kena cari. Dalili bawa kami berlima ke Charlie Checkpoint untuk cari souvenier. Dapatlah aku beli sepasang T-shirt and satu set coaster dari Germany

Checkpoint CharlieCharlie Checkpoint ini adalah garisan pemisah antara west berlin dan east berlin, banyak lagi history tentang checkpoint charlie ni, contohnya macam dulu ini adalah jalan untuk tukar banduan dan banyak lagi, tapi malas nak baca and ulas.hehe. 
Habis je shopping, kami berlima terus balik ke hostel sebab keesokan harinya kitorang kena bangun awal untuk naik flight ke swiss. Lagipun, bag kena kemas, time ni rasa serabut gila dengan barang-barang yang tak tau mana datang.  
Thanks for reading. Hope you enjoy :)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sinuhadentist.blogspot.com/2016/10/berlin-german.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fussen German

Fussen German

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 214 hits
Assalamualaikum Perjalanan dimulakan dengan sarapan nasi lemak dan kami bertolak dalam pukul 9pagi untuk menaiki train ke Fussen Perjalanan ke Fussen mengambil masa dalam 2jam and the view was fantastic Serious kalau tertidur mesti rasa men...
Munich German

Munich German

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 142 hits
Assalamualaikum Muka fresh lepas dua hari tak mandi oops Perjalanan kami pada dua hari yang lepas menggunakan night bus Dua hari kitorang tak book mana mana accomodation Nak refresh semuanya di toilet Nak travel jiwa kena kental Sampai je d...
Cologne German

Cologne German

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 161 hits
Assalamualaikum Kami berlima sampai di Cologne Germany pada waktu pagi Semalaman tidur dalam keadaan yang tidak selesa Semuanya disebabkan satu transit nightmare semasa dalam perjalanan dari Amsterdam Cologne ni Lap peluh Malas nak cerita S...
Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Harga Kesihatan Memastikan Suplemen Makanan Dilindungi Di Malaysia

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Pm Perlu Terus Tekan Untuk Menaikkan Gaji Minima Ke Rm2000



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Kempen Mari Beli Lokal Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Antara Pilihan

Hantam Terus Frans Kritik Dr Haji Murariau Dosen Akademi Dakwah Di Riau

Bahagia Ibu Meninggal

Makan Nasi Kandar Di Pelita Gateaway Seremban