Berlatih Di Malaysia Pingat Emas Untuk Filipina


Berlatih belakang rumah di Jasin, Melaka, Hidilyn Diaz sumbang emas pertama Olimpik untuk Filipina

PETALING JAYA: Siapa sangka dengan hanya berlatih ‘di belakang; rumah di sebuah perkampungan di Jasin, Melaka, Hidilyn Diaz mampu mencipta sejarah untuk negaranya apabila menyumbangkan pingat emas Olimpik pertama untuk Filipina melalui acara angkat berat wanita kategori 55kg.

Tersangkut di Malaysia sejak Februari tahun lalu disebabkan pandemik Covid-19, Diaz pada mulanya agak resah terpaksa berlatih di gimnasium sementara yang dikelilingi pokok pisang dan rambutan – tempat latihan yang mustahil mampu memberikan emas kepadanya di Olimpik Tokyo.

Diaz, 30, pemenang pingat di Olimpik Rio 2016, walaupun tersangkut di Malaysia tetapi tetap bertekad untuk merealisasikan impiannya menjadi pemenang pingat emas Olimpik pertama dari Filipina.

“Saya sudah bersedia. Saya tidak dapat mengatakan berapa peratus, tetapi saya berada di sana – fikiran saya ada, hati saya ada, secara fizikalnya ada,” kata Diaz kepada AFP dalam satu temu bual pada Mei lalu ketika dia berehat dari persiapan terakhirnya untuk menyertai Sukan Olimpik keempat buat dirinya, dan mungkin terakhir.

Nama Diaz sememangnya sudah terpahat dan menjadi buah mulut rakyat negaranya, di samping ikon tinju Manny Pacquiao, sebagai satu-satunya wanita dari kepulauan di selatan negara itu – Mindanao – yang pernah memenangi pingat Olimpik – perak di Rio yang memecahkan kemarau pingat 20 tahun untuk Filipina.

Perawakannya meningkat dua tahun kemudian ketika dia meraih emas di Sukan Asia di Indonesia dan mengulangi prestasi di Sukan SEA di tanah air pada bulan Disember 2019.

Diaz berada di landasan yang baik untuk muncul juara di Olimpik, tetapi Covid-19 mengubah segala-galanya apabila temasya sukan itu ditunda setahun.

“Sukar untuk meletakkan sasaran apabila ia dilanjutkan beberapa bulan dan pada masa yang sama anda tahu anda mempunyai rancangan setelah Olimpik,” kata Diaz, yang bertugas sebagai anggota Tentera Udara Filipina.

Anak perempuan seorang pengayuh beca itu berasal dari sebuah kampung miskin berhampiran pelabuhan Zamboanga di Mindanao, Diaz tidak bertemu keluarganya sejak Disember 2019.

“Saya harus mengorbankan masa bersama keluarga, mengorbankan masa dengan rakan, mengorbankan masa dengan belajar … kerja saya di Tentera Udara Filipina,” katanya.

Dia awalnya datang berlatih di Malaysia pada Februari 2020 kerana jurulatihnya dari Cina, Gao Kaiwen, berpendapat itu lebih baik untuk dirinya jika mahu memberi tumpuan untuk layak ke Tokyo.

Tetapi dalam beberapa minggu berlaku sekatan pergerakan akibat Covid-19 yang menyebabkan Diaz berhadapan dengan situasi di mana gimnasium ditutup, tidak ada akses kepada peralatan angkat berat dan ketidakpastian sama ada sukan itu akan diadakan atau tidak.

“Pada mulanya ada banyak kegelisahan, ketakutan, dan kebimbangan kerana kami berada di Malaysia – kami tidak tahu di mana harus tinggal, kami tidak tahu di mana untuk berlatih,” kata Diaz.

Selama berbulan-bulan Diaz dan jurulatihnya – “Team HD” – ‘terperangkap’ di sebuah blok pangsapuri di ibu kota Kuala Lumpur di mana mereka harus berhati-hati agar tidak memecahkan lantai berjubin ketika berlatih dengan angkat berat.

Tetapi Diaz yang tidak pernah menyerah kalah berjaya mencari masa untuk mengumpulkan wang melalui sesi latihan dalam talian untuk mengedarkan bungkusan makanan kepada keluarga miskin di kampung halamannya yang menderita akibat pandemik Covid-19.

Pada bulan Oktober tahun lalu, Diaz dan pasukannya berpindah ke kawasan perkampungan di Jasin, Melaka di mana mereka tinggal di rumah yang dimiliki oleh seorang pegawai persatuan angkat berat Malaysia.

Diaz menggunakan gimnasium yang terletak berdekatan rumah yang ditumpangnya itu, tetapi apabila sekatan pergerakan diperketat memaksanya untuk bersenam di tempat letak kereta di rumah tersebut dan terpaksa bertarung dengan cuaca panas di tempat terbuka berbanding latihan di gimnasium yang ada pendingin hawa.

“Setiap kali ada sekatan perjalanan, dunia kami benar-benar terhenti dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan dan anda terkejut,” katanya.

“Sekiranya saya tidak mempunyai Team HD, saya mengaku tidak akan berada di sini, saya akan pulang ke Filipina.”

Masalah itu memberi kesan kepada Diaz, yang hanya meraih di tempat keempat di Kejohanan Asia di Tashkent pada April, pertandingan pertamanya selepas lebih dari satu tahun. Itu cukup untuk mendapatkannya tempat di Olimpiknya, tetapi jauh dari yang terbaik, akuinya.

Diaz menjalani kuarantin 10 hari lagi setelah kembali, enam hari dikurung di bilik hotel dengan empat hari terakhir di rumah, menggunakan basikal senaman, dumbbell dan gelang getah untuk mengekalkan kecergasan dan kekuatannya.

Dia bertekad supaya berada dalam keadaan terbaik untuk Olimpik, yang dibuka dalam masa dua bulan iaitu pada 23 Julai.

“Sudah tentu tekanan sangat tinggi… semua orang mengharapkan saya memenangi pingat emas di Tokyo,” katanya.

“Saya terima keadaan ini. Saya hanya memberitahu diri saya untuk fokus pada teknik, fokus pada kerja yang akan datang.

“Saya tidak mahu berjanji untuk menang emas, saya hanya mahu melakukannya.”

Berlatih di sepanjang jalan yang sibuk, Diaz sering disertai oleh anak-anak tempatan yang ingin belajar bagaimana mengangkat berat.

“Saya gembira apabila anak-anak bergabung dengan angkat berat dan mereka menjadi terpesona, begitulah juga saya memulainya,” kata Diaz, yang memulakan dengan mengangkat balang air l18 liter untuk keluarganya semasa kecil.

“Mereka kata saya langsung tidak senyum. Tetapi saya perlu fokus. Kita perlu berlatih,” katanya.

Hasil daripada kerja keras itu, Diaz akhir menyumbangkan emas pertama dalam sejarah negaranya hari ini apabila mengetepikan cabaran penyandang juara yang juga peserta pilihan dari China, Liao Qiuyun. – AFP

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/07/berlatih-di-malaysiapingat-emas-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berlatih Di Melaka Menang Di Jepun Hidilyn Diaz Cipta Sejarah Sumbang Emas Pertama Buat Filipina

Berlatih Di Melaka Menang Di Jepun Hidilyn Diaz Cipta Sejarah Sumbang Emas Pertama Buat Filipina

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 328 hits
Hidily Diaz nama yang kini sudah tercatat dalam sejarah baharu sukan Olimpik apabila berjaya merangkul emas pertama untuk negaranya Filipina melalui acara angkat berat wanita kategori 55kg Kemenangan ini lebih manis apabila dia memandang ke...
Lihat Siapa Di Depan Perlekeh Malaysia Selepas Lsraei Raih Pingat Pertama Di Olimpik 2020

Lihat Siapa Di Depan Perlekeh Malaysia Selepas Lsraei Raih Pingat Pertama Di Olimpik 2020

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 328 hits
Umum ketahui bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan yang baik bersama lsraeI yang dikuasai oleh Zi0nis berserta kekjaman yang dibuat terhadap PaIestin membuatkan rakyat Malaysia kurang senang dengan lsraeI Ketegangan antara Malaysia dan l...
Pemenang Pingat Emas China Puji Nur Dhabitah

Pemenang Pingat Emas China Puji Nur Dhabitah

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 512 hits
Pemenang Pingat Emas China Puji Nur Dhabitah Pemenang pingat emas acara 3 meter papan anjal individu wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 Shi Tingmao memberikan pujian buat penerjun negara Nur Dhabitah Sabri selepas mempamerkan aksi memukau dala...
Pingat Pertama Malaysia Di Olimpik Tokyo Tahniah Aaron Chia Dan Soh Wooi Yik

Pingat Pertama Malaysia Di Olimpik Tokyo Tahniah Aaron Chia Dan Soh Wooi Yik

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 492 hits
Pingat Pertama Malaysia Di Olimpik Tokyo Tahniah Aaron Chia Dan Soh Wooi Yik Malaysia memperoleh pingat pertama di temasya Sukan Olimpik Tokyo menerusi beregu badminton lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Beregu nombor 1 negara itu me...
Tokyo 2020 Tiba Di Thailand Olimpian Sujud Kalung Pingat Emas Kepada Bapa

Tokyo 2020 Tiba Di Thailand Olimpian Sujud Kalung Pingat Emas Kepada Bapa

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 285 hits
Dalam adegan yang menyentuh hati Panipak berlutut dan menghadiahkan pingat emasnya kepada ayahnya yang sedang menunggu kedatangannya di lapangan terbang Juara Olimpik Taekwondo dari Thailand Panipak Wongpattanakit tiba di negaranya dan disa...
Tokyo 2020 Aaron Chia Soh Wooi Yik Hadiahkan Pingat Gangsa Pertama Untuk Malaysia

Tokyo 2020 Aaron Chia Soh Wooi Yik Hadiahkan Pingat Gangsa Pertama Untuk Malaysia

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 320 hits
Soh Wooi Yik dan Malaysia s Aaron Chia meraikan kejayaan mereka menewaskan pasangan Indonesia untuk menang pingat gangsa Olimpik Tokyo AFP PETALING JAYA Satu per tiga sasaran pingat di Sukan Olimpik berjaya direalisasikan selepas beregu lel...
Pemenang Pingat Emas Tom Daley Sempat Lagi Mengait Beg Pingat Curi Perhatian Penonton

Pemenang Pingat Emas Tom Daley Sempat Lagi Mengait Beg Pingat Curi Perhatian Penonton

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 245 hits
Pemenang Pingat Emas Tom Daley Sempat Lagi Mengait Beg Pingat Curi Perhatian Penonton TOKYO Pemenang pingat emas acara platform 10 meter seirama lelaki Tom Daley mencuri perhatian lensa penonton apabila dengan gaya selamba mengait ketika me...
Penuh Sukacita Filipina Akhirnya Raih Emas Pertama Sejak Ikut Olimpiade Tahun 1924

Penuh Sukacita Filipina Akhirnya Raih Emas Pertama Sejak Ikut Olimpiade Tahun 1924

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 314 hits
Torehkan sejarah atlet angkat besi perempuan Hidilyn Diaz berhasil membuat negaranya bangga Langsung dihujani bonus
Kondom Rahsia Pingat Emas Fox

Kondom Rahsia Pingat Emas Fox

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 311 hits
TOKYO Atlet kanu Australia Jessica Fox berterima kasih kepada kondom yang telah membantunya memenangi pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 Fox mengakui kondom mempunyai banyak kegunaan dan bukan untuk hubungan seks semata mata apabila mengg...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad