Berlaku Amanah Jujur Dalam Urusan Perniagaan


 
DI ANTARA sifat-sifat yang mulia dan amat penting yang harus dimiliki pada setiap orang ialah sifat jujur dan amanah. Sifat inilah yang menentukan sama ada kita boleh dipercayai atau tidak. Sifat jujur dan amanah juga merupakan modal utama dalam segala apa jua urusan pekerjaan, kerana dengan memiliki sifat sedemikian akan mencapai kemajuan dan kejayaan.

Dalam urusan perniagaan, sifat jujur dan amanah amat diperlukan bahkan agama Islam turut mewajibkan supaya kita bersifat jujur dan menjauhi sifat khianat. Jika kita jujur pasti para pembeli akan percaya kepada mutu barangan yang dijual dan akan merasa selamat daripada penipuan. Berniaga merupakan salah satu usaha kita mencari rezeki yang baik, tetapi kadangkala rezeki yang baik dan halal itu boleh tercemar menjadi sebaliknya iaitu jika ada sikap dan perbuatan khianat dilakukan. Antaranya seperti melakukan penipuan dengan mengurangkan timbangan dan sukatan dari yang sepatutnya, menipu dengan sumpah-sumpah palsu, memuji-muji barang dagangan sendiri sedangkan tidak seperti yang diucapkan, memburuk-burukkan barang dagangan orang lain dan sebagainya.

Allah Subhanahu Wata'ala memerintahkan agar urusan jual beli dijalankan dengan menyempurnakan timbangan, sukatan dan sebagainya. Hal ini ditekankan melalui firman-Nya yang tafsirnya :

"... Dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil ..."
(Surah Al Israa' ayat 35).

Mengurangi timbangan dalam urusan jual beli atau perniagaan adalah salah satu di antara penipuan yang sangat dilarang oleh Islam. Allah mengancam akan menyeksa orang-orang yang menipu sesamanya. Dalam perkara ini Allah Subhanahu Wata'ala berfirman yang tafsirnya :

"Kecelekaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada Hari (Kiamat) orang yang amat besar (huru-haranya). Hari berdiri manusia untuk menghadap Tuhan sekalian alam?"
(Surah Al Mutaffifiin ayat 1-6).

Sebahagian peniaga lebih mengutamakan keuntungan sehingga sanggup menipu orang ramai. Mereka berkeyakinan bahawa siapa yang lurus dan jujur tidak akan mendapat untung. Malahan ada yang beranggapan bahawa menipu dalam urusniaga adalah perlu sebagai taktik dan strategi. Sebagai umat Islam, kita janganlah melakukan tipu daya atau helah ketika berurusniaga, walaupun hasil daripada tipu daya tersebut membawa keuntungan yang lumayan dan kemewahan dalam kehidupan ini, kerana ia diperolehi melalui jalan yang tidak halal.

Pada zaman moden ini juga pelbagai cara dibuat demi untuk melakukan barang jualan, antaranya seperti mempromosikan barang jualan dengan makluamt yang kurang bertepatan atau palsu untuk mengadakan jualan murah sedangkan tiada pengurangan harga dibuat atau menjual murah hanya pada barang stok lama atau bahan makanan yang hampir-hampir luput tarikh baik penggunaannya. Ada juga sebahagian peniaga yang terlalu meninggikan harga jualannya dan akan menurunkan harga jika ada pembeli yang berminat. Bukankah semua ini penipuan yang akan mengelirukan orang ramai dan hak pengguna?

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud :

"Barang siapa menjual barangan yang cacat di mana ia tidak menerangkannya, nescaya ia sentiasa di dalam kemurkaan Allah, dan Malaikat tidak akan henti-henti melaknatnya," (Hadis riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

Sebenarnya berlaku jujur dalam berniaga amat menguntungkan dan hanya yang bersifat tamak sahaja yang menganggap ia adalah perbuatan yang merugikan. Biarpun keuntungan hanya sedikit tetapi jika ia diperolehi dengan jalan yang jujur, ia akan dapat membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa, keluarga dan harta benda serta inilah sebenarnya yang disebut kekayaan yang membawa berkat.

Dari itu, marilah kita sama-sama beringat terhadap kewajipan kita sesama Muslim dengan saling tegur-menegur dan nasihat-menasihati demi kesatuan umat Islam. Kita semua adalah bersaudara, kerana itu janganlah kita menipu saudara kita sendiri. Berniagalah secara jujur, insya-Allah akan mendapat keuntungan dan keselamatan di dunia dan akhirat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://araazblog.blogspot.com/2020/11/berlaku-amanah-jujur-dalam-urusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasharudin Dilepas Tanpa Dibebaskan Kes Pecah Amanah

Nasharudin Dilepas Tanpa Dibebaskan Kes Pecah Amanah

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 216 hits
Datuk Dr Nasharudin Mat Isa BERNAMAKuala Lumpur Bekas Timbalan Presiden PAS Datuk Dr Nasharudin Mat Isa dilepas tanpa dibebaskan atas 16 pertuduhan pecah amanah berhubung gaji yang diterimanya sewaktu memegang jawatan pengerusi Yayasan Nass...
Banduan Kluster Tembok Nyanyikan Lagu Doa Kepada Para Petugas Kesihatan Selepas Menjalankan Amanah Menyaring

Banduan Kluster Tembok Nyanyikan Lagu Doa Kepada Para Petugas Kesihatan Selepas Menjalankan Amanah Menyaring

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 268 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 4 November lalu ada berkongsi satu video yang cukup menyentuh jiwa Ia adalah satu bentuk penghargaan yang dizahirkan dalam bentuk nyanyian khas buat para petugas kesihatan barisa...
Budget 2021 Amanah Mps Hint Of Support If In Malaysians Interest But Pkr Lawmakers Would Rather Wait And See

Budget 2021 Amanah Mps Hint Of Support If In Malaysians Interest But Pkr Lawmakers Would Rather Wait And See

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 343 hits
Parti Amanah Negara vice president and Pokok Sena MP Datuk Mahfuz Omar said the Budget should not be viewed only in terms of addressing the Covid 19 pandemic but holistically as in previous years Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Nov 3 O...
10 Protokol Royal Yang Didobrak Putri Diana Dari Urusan Pertunangan Nikah Hingga Cara Asuh Anak

10 Protokol Royal Yang Didobrak Putri Diana Dari Urusan Pertunangan Nikah Hingga Cara Asuh Anak

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 296 hits
Nggak cuma cantik dan cerdas mendiang Putri Diana juga dikenal berani mendobrak tradisi kerajaan
Kkm Sedia Sop Urusan Mayat Pesakit Covid 19

Kkm Sedia Sop Urusan Mayat Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 241 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan tatacara tertentu bagi pengendalian jenazah pesakit Covid 19 untuk membendung penularan pandemik berkenaan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Rohaizat Yon berkata ini kerana terdapat situas...
Laporan Audit Serlahkan Sifat Amanah Pengurusan Dana Harapan

Laporan Audit Serlahkan Sifat Amanah Pengurusan Dana Harapan

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 167 hits
Oleh IpohmaliDalam laporan Audit semalam didedahkan bagaimana Dana Harapan diuruskan cukup amanah oleh Lim Guan Eng yang sebelum ini difitnahkan kepada kerajaan PH dan Harapan mereka fitnahkan kononnya Lim Guan eng telah gunakan dana terseb...
Apabila Amanah Vs Amanah Ph Gomo Ph

Apabila Amanah Vs Amanah Ph Gomo Ph

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 205 hits
Sebelum ini Ustaz Che Ibrahim dedah ada pimpinan mereka tengok blue dalam pejabat Ini kiparah akibat buat fitnah kepada Ustaz Nasruddin dan Ustaz Mokhtar senik dengan isu seks Hari ini Che Ibrahim buat posting lagi Maka puak mereka balas po...
Amanah Tak Akan Sokong Belanjawan 2021 Jika Kekal Apa Yang Ada

Amanah Tak Akan Sokong Belanjawan 2021 Jika Kekal Apa Yang Ada

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 312 hits
Mohamad ke Kelantan hari ini bagi merasminkan Konvensyen AMANAH Kelantan Parti Amanah Negara tidak akan menyokong Belanjawan 2021 pada hari pengundian di Dewan Rakyat nanti jika ia kekal dengan apa yang ada Presidennya Mohamad Sabu berkata ...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada