Berkongsi Pengalaman Bersalin Di Jepun Wanita Ini Buat Ramai Yang Nak Bersalin Di Jepun
Hi semua..
Hari ni saya terbaca pengalaman sorang wanita Malaysia yang bersalin di Jepun. Dia share rutin hari pertama selepas bersalin sampai la dia discharge. Memula baca komen ramai yang macam "wah..seronok nya bersalin di jepun..Layanan tip top gini."
Yang komen2 ni buat macam la kat Malaysia tak de layanan macam ni.Hahah.. Tapi ikutkan pengalaman saya bersalin dua kali di hospital kerajaan (Hospital Seri Manjung, Perak ) , macam ni la layanan yang nurse-nurse bagi.
Tak de beza pun. Hari-hari dia check jahitan, check kalau-kalau ada darah beku kat dalam. Nurse ajar macam mana nak menyusukan bayi. cara nak perah susu cemana, nak basuh punggung bayi cemana, Nak tukar diapers pun diajar.
Macam saya anak pertama tu dia ajar cemana nak tukar tuala wanita. saya duduk ward seminggu, 3,4 hari jugak la nurse yang tukarkan tuala wanita. Hari selebihnya saya minta nak buat sendiri sebab malu.hahah.. Nurse juga ajar kita pasal merancang keluarga,
Bab makan pun ok je..sedap2.Masakan melayu semuanya..siap buah oren, buah lai, buah epal, tembikai susu pun ada..
kalau kat Jepun memang hidangan diaorang hari-hari banyak guna mangkuk jadi tak hairan la nampak macam banyak dia jamu. padahal sama je. hahah..
Jom baca sikit pengalaman Pja_Chan Ni.
So I baru lepas deliver baby dekat hospital Jepun Sabtu haritu .Kalau bersalin normal dekat hospital Jepun, kena stay wad 4-5 hari, kalau caeser 8-10 hari.
Sepanjang dekat wad tu ala2 macam camp how to become a mom la lebih kuran. Dorang akan ajar satu2 everything about newborn 👶🏻
This is my 2nd experience la join this ‘camp’. Sepanjang dekat hospital dorang akan jaga kita elok2. Cek luka jahitan every day for few times, cek blood pressure, air kencing ibu. Monitor berat baby & banyak mana susu baby minum everyday. Talk about family planning.
Paling best sekali especially for first time mother is dorang akan ajar satu satu about breastfeeding. Nurse/midwives akan ajar dan duduk teman kita breastfeed baby & cek. Dorang akan ajar position, how to hold baby dengan betul time breastfeeding. Cara tukar diapers buang taik pon dia ajar weh.
Dorang akan buat kelas ajar & demo macam mana nak mandikan baby dalam tub juga.
Routine hari2
Shower - breakfast - check up doc - kelas mandikan baby/family planning/baby check up - hi tea - dinner (and breastfeeding in between ikut timing baby every 3 hours)
Basically tu je la. So benda paling best dalam semua ni makanan hospital la😂
I deliver tengahari haritu. So dapat lunch tapi tak tangkap gambar plak. So ni la meal after delivery haritu. Ada gambar untuk hi tea and dinner je
Hi tea
Diner
Pantang food Jepun day 1 :😆 Breakfast - Lunch - Hi tea - Dinner 😋
Pantang Jepun meal day 2 😁
Tembikai tu dia hidang sejuk2 weh 🤤
Pantang Jepun day 3 😋
Dinner harini special sebab memang bila bersalin dekat hospital sini, akan ada one meal special ala2 celebration meal la camtu untuk ibu yang baru lepas bertarung teran baby 😂
Last meal breakfast pagi tadi sebab dah boleh discharge 😭 Haha sedih pulak boleh discharge. Kalau bukan 1st time mom stay 4 hari je. I’ll miss all the foods and all the layanan tiptop here 😭.
So sepanjang 56 hari i stay ward sini i makan sedap2 macam dalam gambar atas tu weh 🤪 Rasa mcm duduk hotel tak macam duduk hospital 😆🤣 These are some of the meal served to me for the past 7 weeks
Disebabkan 98% yg quote thread ni cakap nak bersalin dekatt Jepun, anda haruslah menepati syarat2 ini
1) ada visa yang sah untuk stay sini. sama ada visa kerja/spouse/family/permanent resident.
2) kena masuk insurans. dekat jepun hampir semua rakyatnya (termasuk foreigner masuk insurans)
Tujuan saya membuat thread ini adalah hanya utk berkongsi pengalaman dan bukan lah untuk membanding-bandingkan dengan mana2 pihak. Semoga tiada salah faham di sini 😬 Yang baik kita ambil yg buruk kita tinggalkan
-Pja_Chan-
Biasalah orang kita ni selalu sangat rasa macam tempat orang lagi bagus dari tempat sendiri padahal sama je. Mungkin yang komen-komen tu belum pernah bersalin agaknya. Hahaha..
Tapi tak pe la. Nanti diaorang akan alami dan tahu yang tak de beza pun sebenarnya. Tambah pulak nurse-nurse kat sini siap datang rumah setiap hari bila kita dah keluar hospital.Dah la masa mengandung pun nurse datang , dah bersalin pun datang lagi.
Mana2 tempat pun sama je. Ada best dan tak best nya. Kalau kat Malaysia yang tak best nya cuma satu je. Bayaran hospital swasta tu mahal dari hospital kerajaan.
Menurut thread yang disediakan Pja_Chan ni kos hospital di Jepun sama je tak kira di hospital swasta atau kerajaan. Tapi kalau rutin hospital swasta pun sama je macam hospital kerajaan buat apa kita pilih2 ..kan?
ok bye..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2019/07/berkongsi-pengalaman-bersalin-di-jepun.html