Masya Allah...cantik sangat dan cukup menenangkan! Saya jadi sangat teruja masa mula-mula sampai sini, tak sabar nak celup kaki dalam air tu. Masa kami sampai ni awal pagi (sekitar jam 8.30 pagi) sebab nak pastikan dapat pondok pilihan (di sini ada banyak jenis pondok). Sementara orang belum ramai, cepat-cepat saya ambil gambar sana-sini
Akhirnya...khemah yang saya dan suami beli lebih setahun lalu dapat juga digunakan. Lama dah menyimpan hasrat tu kan, Alhamdulillah kali ni terlaksana. Sebagai permulaan dan tanpa kelengkapan yang cukup, kami memilih untuk berkhemah di Riverside Janda Baik. Kami pilih untuk mendirikan khemah di pondok ni. Dah tak perlu risau kalau hujan nanti banjir ke apa kan. Untuk pondok ni, bayaran RM40/bermalam dan RM20/balik hari.
Pandangan dari dalam khemah kami. Saya suka
Pengunjung dah mula ramai, hampir semua pondok dah ada yang punya. Meriah dengan gelagat kanak-kanak bermain air, tak ketinggalan juga yang dewasa (termasuk kami..haha). Air memang sangat sejuk dan menyegarkan
Sungai ni ada banyak batu di bawah dan aliran agak deras. Tapi tidaklah berapa dalam. Sesekali kita kena ke tepi sebab ada pengunjung sedang melakukan aktiviti 'water tubing'. Alah...duduk atas pelampung besar sambil di bawa arus sungai tu. Seronok tengok
Tak kan tengok je orang ber'water tubing' kan? Kami akhirnya tergoda nak mencuba. Tapi kami tunggu sebelah petang, waktu pengunjung dah berkurangan. Kurang segan dan kurang mengganggu pengunjung lain yang sedang asyik bermain air
Gambar kami ber'water tubing' memang takdelah, sebab dua-dua pun masuk dalam air kan. Tapi memang aktiviti yang sangat-sangat seronok! Juga sedikit mencabar bila kadang-kala pelampung tersangkut di bahagian berbatu. Masa pertama kali buat aktiviti ni, saya (pelampung saya) lalu di sebelah seorang kanak-kanak perempuan yang peramah. 'Makcik..makcik jangan pergi sampai chalet yang hujung tu tau. Dalam.' Lebih kurang begitu dia berpesan. Ya Allah, tersentuh hati saya. Dan selepas itu setiap kali pelampung saya lalu di kawasan dia bermain air, dia akan memanggil 'makcik..makcik' sambil tersenyum melambai. Hihi...anak sendiri takde, anak orang bersorak kat kita pun dah rasa seronok
Malam pun tiba...ada sedikit debaran dalam keterujaan, disebabkan ini adalah pengalaman pertama kali tidur dalam khemah (setelah lebih 20 tahun tak berkhemah). Tiada pengunjung lain yang bermalam di pondok sebelah kami, tapi ada pengunjung lain selang beberapa pondok dari kami. Tak rasa takut sebab lampu disediakan dan kedudukan kami cuma di tepi jalan. Bukan dalam hutan pun
Pagi yang indah! Walaupun baru jam 8 lebih, dah ada pengunjung yang datang bermain air. Termasuklah kami yang 'menyeksa diri' masuk dalam air sungai sejuk ni, sebabnya kami nak bergerak balik pagi ni jugak. Sebelum balik, harus main air dulu
Jenis penginapan dan pondok yang ada di Riverside Janda Baik. Siap mintak dari staf pejabat, senang saya nak rujuk akan datang. Untuk pondok tak boleh booking, konsep siapa cepat dia dapat. Bayaran terus buat di pejabat sebelum menggunakan pondok
Yang bermalam di pondok akan dapat kertas notis ni. Patutlah aman je sepanjang berada di sini, rupa-rupanya memang ada peraturan|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |