Berkhatan Doktor Kongsi Tip Jaga Luka Supaya Tak Bentan Bernanah Cepat Sembuh


Sekarang ini musim cuti sekolah. Inilah masa yang sesuai untuk anak-anak berkhatan. Berkhatan merujuk pada proses memotong lebihan kulit pada bahagian alat sulit sama ada lelaki atau perempuan. Berdasarkan pandangan Imam Syafie, berkhatan wajib dilakukan ke atas mereka yang beragama Islam.
Jika dahulu, mendengar nama Tok Mudim saja sudah cukup menggerunkan, apatah lagi membayangkan proses berkhatan tradisional menggunakan pisau dan batang pisang.
Berkhatan, Doktor Kongsi Tip Jaga Luka Selari dengan perubahan zaman, kanak-kanak kini tidak lagi dapat membayangkan kelibat Tok Mudim dengan pisaunya. Hanya doktor dengan peralatan khas untuk berkhatan. Teknik berkhatan yang digunakan kini juga ada beberapa kaedah iaitu biasa, laser dan clamp.
Ramai ibu bapa yang memilih untuk menggunakan teknik clamp kerana cara penjagaannya yang lebih mudah dan tempoh penyembuhan juga lebih cepat. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka bersedia secara mental untuk menghadapi prosedur berkhatan.

Supaya Tak Bentan, Bernanah & Cepat Sembuh Berikut dikongsikan tip tentang penjagaan luka selepas berkhatan.
Sebagai ibu bapa amat penting untuk mengetahui tip penjagaan selepas berkhatan agar tidak bentan atau bernanah dan luka cepat sembuh
1. Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut: *Jangkitan/nanah *Bengkak/bentan *Jahitan terbuka *Keruping melekat pada balutan 2. Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline. Caranya: *Bersihkan daki / darah beku sekitar luka *Cuci luka dengan normal saline *Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan *Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda 3. Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan: *Tahan sakit: diambil bila perlu *Antibiotik: perlu diambil ikut jadual *Ubat cucian: lazimnya normal saline *Elak sapu minyak/herba pada luka 4. Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang
5. Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat
6. Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah
7. Pastikan minum air secukupnya. Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka
8. Jaga pengambilan makanan. Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan
9. Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor: *Sakit/bengkak melampau *Nanah yang banyak *Demam tinggi *Tak boleh kencing 10. Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan
*Jahitan konvensional: tak perlu dibuka *Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka *Gam: tak perlu jumpa doktor semula Semoga tip ini dapat membantu ibu bapa memudahkan urusan menjaga anak-anak selepas melalui proses berkhatan
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan The post Berkhatan, Doktor Kongsi Tip Jaga Luka Supaya Tak Bentan, Bernanah & Cepat Sembuh appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/berkhatan-doktor-kongsi-tip-jaga-luka-supaya-tak-bentan-bernanah-cepat-sembuh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tip Masak Bubur Nasi Anak Supaya Rasa Lebih Sedap Tahan Lama

Tip Masak Bubur Nasi Anak Supaya Rasa Lebih Sedap Tahan Lama

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 284 hits
anak bukan sahaja perlu sedap rasanya tapi boleh bertahan lama Tidak dapat dinafikan menyediakan anak saban hari memang mencabar lebih lebih lagi bagi ibu bekerja Apa kata kita cuba cara yang dikongsikan oleh ibu ini pula Memang pantas Maca...
Marah Anak Lepas Itu Rasa Bersalah Pakar Ini Kongsi Tip Buat Ibu Bapa

Marah Anak Lepas Itu Rasa Bersalah Pakar Ini Kongsi Tip Buat Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 147 hits
Ibu bapa kadangkala tidak dapat mengelakkan diri daripada memarahi anak terutama apabila anak bersikap nakal Belum ditambah jeritan dan pekikan anak anak bergaduh Naik pening dibuatnya Keletihan badan dan minda membuatkan ibu ibu mudah naik...
Belajar Cepat Ingat Otak Jadi Fokus Doktor Sarankan Anak Ambil Makanan Ni

Belajar Cepat Ingat Otak Jadi Fokus Doktor Sarankan Anak Ambil Makanan Ni

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 246 hits
Mak ayah mana yang tak mahu anak jadi bijak kan Selain memperbanyakkan latihan harian beberapa jenis makanan ini disarankan untuk anak ambil dalam diet harian mereka Makanan apa Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan lapan jenis makanan ini...
Rancang Jantina Bayi Perempuan Cikgu Kimia Kongsi Tip Ikut Logik Sains Selain Doa

Rancang Jantina Bayi Perempuan Cikgu Kimia Kongsi Tip Ikut Logik Sains Selain Doa

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 200 hits
Mungkin anda sedang merancang untuk mendapatkan anak perempuan Bermacam usaha telah dicuba tapi rezekinya masih lagi anak lelaki Ada lelaki sudah berderet macam keretapi tapi anak perempuan masih lagi belum kunjung tiba Seorang guru kimia T...
Luar Nampak Elok Tak Sedar Terkena Jangkitan Baik Baik Jaga Luka Lepas Bersalin

Luar Nampak Elok Tak Sedar Terkena Jangkitan Baik Baik Jaga Luka Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 335 hits
Selepas sahaja melahirkan anak ada mak mak yang tidak kisah dan kurang mengambil berat soal kesihatan diri Bukan hanya kerana tidak sakit luka bersalin lebih lebih lagi jahitan caesarean perlu dijaga dengan baik sehingga benar benar pulih B...
Hasil Autopsi Sekeluarga Tewas Di Musi Banyuasin Ada Luka Akibat Benda Tumpul

Hasil Autopsi Sekeluarga Tewas Di Musi Banyuasin Ada Luka Akibat Benda Tumpul

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 236 hits
Hasilnya semua korban tewas akibat benda tumpul bukan senjata tajam Luka bekas pukulan itu utamanya paling dominan berada di kepala
Truk Seruduk Tiga Motor Dan Rumah Di Cianjur Dua Orang Meninggal Dan Tujuh Luka

Truk Seruduk Tiga Motor Dan Rumah Di Cianjur Dua Orang Meninggal Dan Tujuh Luka

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 178 hits
Satu unit truk tronton menabrak sepeda motor dan satu rumah di Cianjur Dua orang meninggal dunia dan tujuh lainnya luka luka dalam peristiwa itu
Samarinda Hati Tercarik Luka

Samarinda Hati Tercarik Luka

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 191 hits
Bila cinta bagai dijampi HatiTercarikLuka Mulai 20 Disember Isnin Khamis 10 malam di TV3 Adaptasi novel
Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Mural By The One Academy

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Lelaki Itu Bukan Kiriman Tuhan

Pulanglah Wahai Sahabat

Things To Ponder Self Reflection 7


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Najib S Addendum Sent Back To Istana After Change Of Agong Says Pm

The System Is Rigged And Other Truths We D Rather Ignore

Kebakaran Los Angeles Ingatkan 3 Ayat Ini

24 Year Old Who Travelled Abroad Being Treated For Mpox

Petronas Downsizing Catches Fire On Social Media

Mum Boyfriend Nabbed After Son 7 Dies Of Alleged Abuse