Berkecil Hati
BERKECIL HATI | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. JANGAN MUDAH berkecil hati. Ya, memang mudah bercakap macam tu. Kadang tu siap ada yang berani perli-perli. "Sikit-sikit kecil hati". "Sikit-sikit nak terasa hati". Semua orang Allah Jadikan hatinya daripada sebuku darah. Cantik sebuku darah itu iaitu hati, maka cantik dan selamatlah seluruh jasad seorang manusia itu.
kredit
Itu yang perlu kita dasari. Itu yang perlu ada latihan sepanjang hidup macam mana nak jernihkan hati. Namun begitu, hakikatnya adalah rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Ada banyak jenis acuan dan cetakkan, untuk doh atau adunan, begitu jugalah dengan hati manusia ni.
Ada yang mudah berkecil hati. Ada yang tak mudah berkecil hati. Masing-masing. Tapi bagus PC, berkecil hati itu bukan satu yang pelik atau langsung tidak dibolehkan kecuali keterlaluan. Kita manusia ada jiwa. Ada rasa. Rasa berkecil hati ni bukan direka atau boleh disetkan. Spontan. Semulajadi.
PC yakin juga, rasa berkecil hati ni biasanya kalau ada tindakkan atau provokasi berlebihan daripada orang lain atau anasir-anasir luar disekitar kita. Lebih-lebih lagi kalau menyentuh isu sensitif, kisah lalu dan terlalu peribadi dicuit.
Awalnya berkecil hati. Kemudian terus jadi sakit hati. Bila dibiarkan tidak diluahkan atau berterus-terang boleh jadi dendam. Ini saling berkaitan dan saling kena mengena. Sebenarnya Bahaya. Menganggu ketenangan hidup. Jadi rungsing. Serba tak kena. Mula la lebih banyak nampak salah berbanding yang benar. Adoi.
Lebih bahaya, bila yang berkecil hati itu ibu bapa kita, darah daging kita dan orang yang rapat dengan kita. Apatah lagi kalau Allah SWT yang murka.
Tinta Perdu Cinta ❤Berkecil Hati
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2022/07/berkecil-hati.html