Berkecai Sudah Impian Tukar Mb Perlis Syabas Pas Kerana Bertindak Pantas






25 December 2025


Pertama sekali harus diberikan ucapan tahniah dan syabas kepada Pas kerana telah bertindak pantas menamatkan cubaan untuk menjatuhkan MB Perlis, Shukri Ramli.


Dalam keputusannya malam tadi, Pas mengumumkan tiga Adun  parti itu di Perlis telah terhenti keahlian mereka berkuat-kuasa serta merta.


Mereka ialah Adun Chuping, Saad Seman; Adun Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.


Tiga Adun berkenaan dipercayai terbabit bersama lima Adun Bersatu dalam menyerahkan akuan bersumpah (SD) kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, bagi menyatakan hilang keyakinan terhadap Shukri.


Lima wakil rakyat Bersatu yang turut menarik sokongan itu ialah Abu Bakar Hamzah (Kuala Perlis), Izizam Ibrahim (Titi Tinggi), Megat Hashirat Hassan (Pauh), Wan Zikri Afthar Ishak (Tambun Tulang), dan Marzita Mansor (Sena).


Kumpulan berkenaan dilaporkan turut mengemukakan nama tiga Adun daripada Bersatu iaitu Abu Bakar Hamzah (Kuala Perlis), Megat Hashirat Hassan (Pauh) dan Izizam Ibrahim (Titi Tinggi) kepada Istana Perlis sebagai calon MB Perlis yang baru untuk menggantikan Shukri.


Keputusan Pas bertindak memaklumkan keahlian parti tiga Adun berkenaan terhenti adalah disebabkan tindakan mereka itu dianggap bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.


Presiden Pas, Tuan Guru Hadi Awang seterusnya berkata, pihaknya akan memaklumkan keputusan  itu secara rasmi kepada Speaker DUN Perlis.


“(Ia) bagi tujuan memenuhi Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022 serta-merta,” katanya.


Kenyataan beliau itu merujuk kepada undang-undang kerajaan negeri yang menyatakan seseorang itu akan terhenti menjadi Adun dan kerusinya menjadi kosong sebaik sahaja “dia melepaskan keanggotaan parti politiknya.”


Dalam maksud yang mudah, tujuan Pas dalam hal ini ialah adalah agar diadakan pilihan raya kecil di keriga-tiga DUN berkenaan dan tiga Adun terbabit seterusnya dapat diganti dengan tokoh lain yang mempunyai lebih kesetiaan kepada peraturan serta displin parti.


Kiranya diadakan PRK, Pas dipercayai dengan mudah dapat mengekalkan kemenangan di ketiga-tiga kerusi itu.


Dengan lima Adun Pas masih kekal menyokong Shukri dan tiga Adun yang baru nanti juga semestinya taat setia kepada parti, ditambah dengan keputusan PH Perlis semalam untuk terus menyokong parti Islam itu menerajui Perlis sehingga habis penggal demi menjamin kestabilan, bermakna lima Adun Bersatu bakal terpanggang begitu saja.


Perlis mempunyai 15 DUN di mana Pas mempunyai 9 Adun, Bersatu 5 dan PH 1.


Dalam hal ini, besar kenungkinan selepas ini Bersatu akan memanggil kelima-lima Adun mereka itu dan akan dinasihatkan untuk terus memberi sokongan kepada Shukri.


Makna kata, drama sudah boleh dikira berakhir.


Yang pasti,  langkah pantas Pas menangani isu ini berjaya menghalang, malah menjadikan cubaan menukar MB menjadi berkecai dan bersepai di tengah jalan. 


Di sinilah pentingnya Tuan Guru Hadi untuk terus menarajui Pas. – ShahbudinHusin 25Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/berkecai-sudah-impian-tukar-mb-perlis-syabas-pas-kerana-bertindak-pantas/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/berkecai-sudah-impian-tukar-mb-perlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Terminates Membership Of 3 Perlis Reps Amid Mb Controversy

Pas Terminates Membership Of 3 Perlis Reps Amid Mb Controversy

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 85 hits
The trio were among the eight PN assemblymen who allegedly submitted statutory declarations to the Raja of Perlis declaring they no longer backed menteri besar Shukri Ramli PAS president Abdul Hadi Awang said the party s central working com...
Pas Lawan Pas Krisis Tebuk Atap Di Perlis Paling Hina Mahfuz

Pas Lawan Pas Krisis Tebuk Atap Di Perlis Paling Hina Mahfuz

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 78 hits
Malaysiakini nbsp Amanah melihat pergolakan kerajaan Perlis adalah potret sebenar kegagalan PAS dan PN apabila diberi kuasa tanpa disiplin dan keupayaan mentadbir sekali gus menyaksikan tebuk atap paling hina berlaku Naib presidennya Mahfuz...
Ph Sokong Pas Perintah Perlis Sampai Tamat Penggal

Ph Sokong Pas Perintah Perlis Sampai Tamat Penggal

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 137 hits
Malaysiakini nbsp PH Perlis menyatakan sokongan supaya kerajaan negeri diterajui PAS ketika ini diteruskan dan kekal memerintah sehingga tamat penggal demi menjamin kestabilan pentadbiran negeri Pakatan Harapan menegaskan bahawa Kerajaan Ne...
Pas Pecat Tiga Adun Perlis Serta Merta Keahlian Terhenti Ikut Perlembagaan Parti

Pas Pecat Tiga Adun Perlis Serta Merta Keahlian Terhenti Ikut Perlembagaan Parti

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 101 hits
PAS memecat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu berkuat kuasa serta merta susulan keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS yang bersidang hari ini Tiga wakil rakyat terbabit ialah ADUN Chuping Saad Seman ADUN Bin...
Panas Pas Pecat Tiga Adun Perlis

Panas Pas Pecat Tiga Adun Perlis

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 84 hits
Malaysiakini nbsp PAS hari ini memaklumkan keahlian tiga ahli dewan undangan negeri Perlis parti itu terhenti berkuat kuasa serta merta Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dibuat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A Perlembaga...
Keahlian Tiga Adun Perlis Terhenti Serta Merta Presiden Pas

Keahlian Tiga Adun Perlis Terhenti Serta Merta Presiden Pas

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 84 hits
Keahlian Tiga ADUN Perlis Terhenti Serta Merta Presiden PAS Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri di Perlis terhenti serta merta Menerusi satu kenyataan Hadi berkata keputusan pemb...
Presiden Pas Pecat Tiga Adun Perlis Demi Selamatkan Besan

Presiden Pas Pecat Tiga Adun Perlis Demi Selamatkan Besan

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 81 hits
HarapandailyAbdul Hadi dan Mohd ShukriPresiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang didakwa memecat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri dari parti itu bagi menyelamatkan Menteri Besar Perlis yang juga besan beliau Ini berikutan keputusan Pas Pusat meng...
Ini Barulah Dianggap Seorang Ibu Tak Pernah Meminta Wang Selalu Mencari Kesalahan Menantu Prince Syed

Spotify Digoncang Serangan Terbesar 86 Juta Lagu Dicuri Dunia Muzik Bergegar

Polis Tahan 85 Individu Dalam Serbuan Ops Dadu Mega Seluruh Negara

Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk

When Anwar Hailed Court Sending Najib To Jail As Victory For Rakyat


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Vespa Anti Tank Inovasi Ketenteraan Paling Pelik Abad Ke 20

Di Sebalik Kejayaan Dunia Kos Kuda Latihan Jadi Cabaran Terbesar Atlet Negara Aatvmedia 23 12 2025

Kedai Buku 24 Jam The Library Bookxcess Sunway

Surat Dari Syurga

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan